336,413
Kategori:
Genre:
Bab 72
Aliaa paling tak suka pergi ke tapak projek. Panassss!! Tapi nak taknak kena pergi juga, Haikal suruh juga pergi. Terpaksa. Cuaca hari ni memang menguji keimanan betul, panas sangat. Rasa seperti matahari tu sejengkal saja diatas kepala. Dari tengahari tadi Aliaa rasa macam tak sihat. Lemah badannya. Lunch tadi pun sikit saja dia makan, tak ada selera. Bila dah rasa badan  macam tu, memang kena menghadap doktorlah jawabnya ni. Ubat pun dah habis langsung. Itulah, tak ada penyakit cari penyakit. Eh!! Tak apa. Kalau ada apa-apa terjadi pada Aliaa. Kan ada Mr. Doktor, bestfriends forever.

Tak habis lagi perbincangan mereka. Aliaa langsung tak dapat nak fokus. Kepalanya dah mula pening. Aliaa hanya layan kepala saja. Mereka ni pun satu, kenapalah tak bincang dekat office ke,  dekat hotel ke, restoran ke. Ini bincang dekat tapak projek. Sabar sajalah. Ni semua Haikal yang uruskan, Aliaa memang tak tahu apa-apa.  kalau Aliaa tak ada pun tak apa sebenarnya. Tapi Haikal pula mengada nak minta teman bagai. Turutkan sajalah Aliaa.

Bila semua dah setuju dan faham segala, mereka berjalan pula ke kereta. Aliaa berjalan ditengah-tengah antara Haikal dan Faliq. Aliaa pun tak tahu bila masa pula Faliq boleh jalan disebelahnya, tadi rasanya Faliq di belakang bersama Nizam. Hmm.. Tak boleh nampak Aliaa bersama Haikal. Jelouslah tu kut. Tengah jalan, tiba-tiba kepala Aliaa jadi berat semacam. Pandangan mula kabur. Aduh!! Masalah ni. Kata hatinya. Tanpa fikir panjang, Aliaa terus tarik lengan Haikal. Dia dah tak dapat nak fikir apa dah.

"Haikal..!!"Aliaa memberhentikan langkah tiba-tiba.  Aliaa memicit- micit kepalanya.

" Aliaa..!! Allahuakhbar..!! Boleh tak?!" Haikal dah tahu dah keadaan Aliaa. Aliaa hanya angguk dan senyum. Masih boleh bertahan lagi.

"Kenapa ni? Awak tak sihat ke?!" Tanya Faliq pula. Dah nampak Aliaa macam ni lagi dia tanya sihat ke tak. Aliaa tak jawab pun. Haikal bawa  Aliaa duduk sebentar di kerusi plastik tidak jauh dari mereka. Dan Aliaa menundukkan kepala. Memicit kepala, rasa macam nak tercabut je kepala Aliaa.

Encik Andy memberikan air mineral water pada Haikal. Haikal menyuruh Aliaa minum tapi Aliaa taknak. Aliaa sempat melirik pada Faliq, dia hanya memandang.

"Nafas okey tak?!" Tanya Haikal lembut. Tenang je mukanya. Aliaa geleng. Rasa pendek nafasnya tapi masih boleh kawal. Baru sahaja Haikal mahu tengok tapak tangan dan jari Aliaa. Tiba-tiba boleh pula Faliq marah.

"Broo.. Broo.. Dah kenapa kau nak sentuh Aliaa pula ni?" Keras suaranya. Buat hal lah Faliq ni.

"Sentuh apa pula.." kata Haikal lembut.

" Tu yang kau nak pegang-pegang tangan dia tu kenapa? Haram tau tak..!" Dah pula Faliq ni kenapa. Makin sakitlah Aliaa jawabnya. Nizam berkerut tengok Faliq. Ketuk kepala sendiri.

" Aku sentuh bukan suka-suka tapi nak check dia. Salah ke?!"

"Memanglah salah. Kau bukan suami dia nak sentuh.." sambung Faliq lagi. Tak puashati. Pula dah.

"Dia sakit Faliq. Aku nak check dia.."

" Bawa dia ke hospital atau klinik. Biarlah doktor yang check. Yang kau sibuk nak check dia untuk apa. Kau nak ambil kesempatan dekat Alia kan..!!" Nizam tak sedap hati. Terus dia hampiri Faliq. Faliq muka dah bengang.

"Astaghfirullah Al Azim.. Apa kau merepek ni..!" Haikal mengeluh.

" Merepek apa pula. Betul kan..!!" Faliq menambah.

"Aliaa.. Kita pergi hospital ya.." Aliaa pandang Haikal dan senyum. Haikal tak peduli dengan apa yang Faliq cakapkan. Yang dia fikir kini, kesihatan Aliaa. Haikal menyambut tangan Aliaa. Dan kemudian...

"Haikal.. Kau cari pasal ke apa ni?!" Marah Faliq lagi. Haikal tarik nafas dalam. Tak faham dia dengan Faliq ni.

" Kau dah kenapa ni Liq. Aliaa ni sakit. Aku nak bawa dia ke hospital kau bising. Apa masalah kau ni.." kata Haikal lembut.

"Yang masalah tu kau...!!"

"Sudahlah. Kenapa korang ni. Tak malu ke gaduh-gaduh macam ni. Macam budak-budaklah. Dua-dua tak payah sibuk pasal saya. Saya belum nak mati lagi.." Aliaa terus berdiri. Bersuara keras. Dengan wajah yang memang pucat sangat dan Aliaa kuatkan juga badannya berjalan.


Aliaa terus berjalan meninggalkan mereka. Haikal pandang tepat ke muka Faliq dan geleng kepala. Geram betul dia dengan Faliq. Lalu, Haikal terus berlari mengejar Aliaa. Faliq terpinga-pinga. Nizam juga menggeleng. Haikal membuka pintu kereta. Memimpin Aliaa masuk ke dalam kereta. Dan terus menutup pintu semula.

" Kau nak bawa dia ke mana?!" Faliq menegur Haikal.

"Hospital.."

" Tapi... "

" Simpan dulu marah kau tu, sekarang ni nyawa Aliaa penting. Kalau apa-apa terjadi dekat dia macam mana? Aku gerak dulu.." kata Haikal lembut. Terus Haikal berlari masuk ke kereta. Dan, kereta meluncur laju. Faliq terpinga-pinga lagi.

" Encik Faliq.. Apa tunggu lagi. Jomlah..!"Ajak Nizam. Faliq blurr. Dia hanya memandang dan garu kelapa.

" Nak pergi mana?" Bertanya pelik.

" Ya Allah.. Pergi hospital lah. Cik Aliaa sakit kut. Dah jom cepat..!!" Nizam berkerut. Tak faham betul dia dengan Faliq. Emergency macam ni boleh lagi dia buat hal. Hmm..

Haikal sentiasa menoleh pada Aliaa. Berdebar-debar dadanya. Risau teramat sangat. Baru sebentar Aliaa cakap sesak nafas. Wajahnya amat pucat.

"Aliaa.. Aliaa awak okey tak.?! Aliaa...!!" Beberapa kali dia panggil Aliaa. Tapi tiada sahutan. Berhenti di trafik light, pipi Aliaa ditampar-tampar tapi tiada juga tindakbalas. Aliaa pengsan. Duganya. Dia memasang double signal dan memecut laju. Dia tak fikir apa dah. Yang dia fikir hanya Aliaa dan mahu cepat sampai hospital secepat mungkin.

Sampai di hospital, kereta betul-betul berhenti di bahagian kecemasan. Dengan pantas Haikal terus keluar dari kereta dan meminta pembantu kesihatan mengambil troli. Keadaan agak kelam kabut. Haikal mengangkat Aliaa dan baringkan diatas troli. Beberapa orang jururawat dan Haikal juga terus tolak troli ke dalam bilik kecemasan. Faliq dan Nizam memerhati dari tepi pintu bilik kecemasan itu. Masing-masing terdiam. Tak tahu apa yang dah terjadi pada Aliaa. Faliq terus mencari Haikal. Mereka duduk dikerusi di ruang menunggu. Tidak lama Haikal keluar dari bilik emergency.

" Bro.. Aliaa kenapa? Macam mana dia? Dia sakit apa? " Tanya Faliq terus pada Haikal.

" Aliaa.." Baru saja Haikal mahu menjawab. Seorang jururawat memanggilnya.

"Doktor..  Ni laporan kesihatan Cik Aliaa.." Jururawat memberi laporan pada Haikal. Haikal menyemak satu persatu helaian.

"Awak bagi Doktor Alex ya.." Haikal memberi semula laporan kesihatan Aliaa pada jururawat.

"Kau Doktor?!" Haikal senyum. Faliq tercengang.

"Aliaa okey"kata Haikal. Apa yang Faliq tanya dia tak jawab pun.

" Selalu ke dia macam ni?!"

"Selalu juga. Biasalah Anemia. Tapi Anemia dia ni tahap serius sebenarnya. Tu aku yang aku pantau dia betul-betul.." kata Haikal.

" Serius? Kenapa aku tak tahu.."

"Macam mana kau nak tahu Liq. Sedangkan kau pun tak pernah ambil tahu pasal dia sebelum berpisah dengan dia pun" Tersentak Faliq. Selama ni dia fikir Aliaa cuma sakit biasa saja. Tekanan darah rendah biasa-biasa saja. Tak sangka sampai tahap serius. Sedangkan sebenarnya doktor yang rawat Aliaa sebelum ni pun sudah maklumkan padanya tapi cuma dia saja yang tak ambil peduli.

"Haikal.. Kau sayang Aliaa?!" Faliq bertanya pada Haikal. Nizam memandang Faliq. Risau pula dia dengan Faliq. Takut Faliq buat hal lagi. Haikal senyum.

"Rasanya dalam keadaan Aliaa macam ni. Tak perlu kut kita cerita pasal ni. Sekarang ni aku cuma fikir kesihatan dia je. Kalau kau nak tanya pasal hati perasaan, tunggulah dia sihat sepenuhnya. Aku harap, buat masa ni kau janganlah bagi tekanan dekat dia ya.. " kata Haikal. Dia tak selesa dengan pertanyaan Faliq. Faliq menunduk. Fikiran dia tak menentu, lagi-lagi bila tengok Haikal dan Aliaa. Perasaan cemburu menjadi-jadi.

"Tapi aku sayang dia bro.." Faliq mulakan lagi. Nizam ketuk kepala.

" Faliq.. Tolonglah. Tolong faham keadaan Aliaa sekarang. Boleh tak?!" Pinta Haikal.

" Iya.. Aku faham. Aku nak jaga dia.."

"Hmm.. Tolonglah. Jangan bagi dia tekanan.."

"Maksud kau, aku buat dia tekanan? Bro.. Aku cuma nak jaga dia kut.." Aduh Faliq ni.

" Bukan macam tu.."

" Kau sengaja tak bagi aku jaga dia kan?!" Faliq bengang. Sinis.


" Ya Allah Ya Tuhanku..! Faliq, kau boleh tak jangan fikir bukan-bukan. Aliaa tu patient aku. Tanggungjawab aku. Aku kena jaga dan pantau kesihatan dia, dia kena banyak rehat.." jelas Haikal. 

" Jadi betul lah kau doktor. Kau jelah yang boleh jaga Aliaa, aku tak boleh?!"

" Astagfirullah Al Azim.. Encik Nizam, tolong nasihatkan Encik awak ni, tolong fahamkan dia apa maksud tanggungjawab ya..!" Haikal dah tak tahu nak jelaskan macam mana lagi. Susah betul si Faliq ni nak faham. Naik pening dia jadinya.

"Kau tak payah nak perli-perli akulah. Aku tahulah niat kau.."Masih tak puashati. Faliq. Faliq..!!

" Encik Faliq.. Dengar sini.  Di office aku adalah Haikal. Aku dan Aliaa rakan sekerja. Dan kita bekerjasama sebab projek company, okey! Tapi di hospital ni, aku adalah Doktor Harris. Yang bertanggungjawab ke atas pesakit aku, Aliaa Sofea. Kesihatan dia dibawah tanggungjawab aku. Tolong hormat tugas aku dan pesakit aku. Jangan campur adukkan soal personal. Tolong faham..!!" Kata Haikal tegas.

" Okey!! Di office korang rakan sekerja, di hospital korang doktor dan pesakit. Luar daripada itu, apa pula?! Kekasih ?" Hahahaha.. Boleh jadi gila layan si Faliq ni lama-lama.

" Hmm.. Iya Faliq. Luar dari itu, Aliaa kekasih aku. Aku sayang dia, aku cinta dia. Dia wanita paling baik pernah aku jumpa. Wanita yang kau sia-siakan selama ini. Puashati?!" Lembut suara Haikal. Dia dah tak tahu nak cakap apa lagi dah. Ada saja yang Faliq tak puashati. Bila Haikal cakap begitu. Terdiam seribu bahasa Faliq. Langsung tak cakap apa. Hanya mata merenung tepat muka Haikal. Haikal senyum. Nizam menyapu mukanya. Pening dia dengan Faliq. Kemudian, Faliq terus berlalu. Tak tahu kemana perginya. Haikal menggeleng kepala melihat Faliq dan duduk dikerusi. Nizam menghampiri Haikal dan duduk disebelahnya.

" Encik Haikal.. Saya minta maaf bagi pihak Encik Faliq. Dia tu.. terlalu..hmm...!" Nizam pun tak tahu nak cakap macam mana.

"Tak apa Nizam. Saya faham. Tengok cara dia pun saya tahu. Saya tak ambil hati pun.." kata Haikal senyum.

"Lepas berpisah dengan Cik Aliaa. Baru dia menyesal, nak rujuk balik tapi Cik Aliaa taknak.  Tapi dia terlalu yakin konon Cik Aliaa masih nak kembali pada dia. Tu yang dia jelous bila tengok Encik Haikal dan Cik Aliaa.." terang Nizam. Haikal hanya senyum.

"Biasalah tu Zam. Bila ada di depan mata tak dihargai, bila dah tak ada baru mencari. Tapi tulah, hati wanita bila dah hancur. Saya pun tak berani nak komen.." kata Haikal lagi.

" Tapi tulah Encik Haikal. Saya yang menghadap dia setiap hari. Dah naik berbuih dah mulut ni nasihatkan dia.. Maaf ye Encik Haikal kalau dia cakap bukan-bukan tu. Fikiran dia serabut tu.." Nizam juga yang serba salah pada Haikal.

"Tak apa. Saya faham..! Saya tak ambil hati. Jangan risau..!" Haikal menepuk bahu Nizam.

" Kalau boleh saya tahu. Encik Haikal dan Cik Aliaa bercinta ke?!" Amboii.. Pandai Nizam pusing cerita. Padahal dia pun nak tahu juga.

"Hahahahaa..!!" Haikal gelak saja. Nizam sengeh. Tak jawab pun. Haikal terus bangun apabila Doktor Alex keluar dari bilik kecemasan. Haikal dan Doktor Alex berbincang sesuatu, Haikal mengangguk perlahan tanda faham dan kemudian Doktor Alex berlalu pergi. Nizam hanya melihat.

"Cik Aliaa macam mana?!" Tanya Nizam ingin tahu.

" Cik Aliaa dah sedar cuma kena buat pemindahan darah. Hb sangat rendah.." terang Haikal. Nizam mengangguk dan dia juga tahu penyakit Aliaa. Haikal minta diri untuk uruskan Aliaa, manakala Nizam pula mencari Faliq yang entah kemana perginya. Nizam cuba menghubungi Faliq tetapi tiada jawapan pula. Buat hal apa lagilah Encik Faliq ni. Kata Nizam sendiri. Pening dia pening!! 

Previous: Bab 71
Next: Bab 73

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.