336,733
Kategori:
Genre:
Bab 105
 Lalalaaaaa...!! Bernyanyi- nyanyi kecil dengan wajah penuh keceriaan. Semangat mahu memulakan kerja. Memang Aliaa menjadi pembakar semangatnya. Senyumnya sampai ke telinga. Pelan diatas meja diperhati dengan teliti, lalu mengangguk-anggukan kepala tanda puashati. Dia ambil pelan yang kedua pula, diperhatinya lagi. Berkerut-kerut dahi, tangan kanan mengambil pensel dan melakar sesuatu. Fokus. Sambil mulut kumat-kamit bernyanyi lagi.

Bangun dari duduk dan pusing ke belakang mengambil satu fail pula yang tersusun kemas diatas meja. Satu persatu helaian diselaknya. Masih bernyanyi sepenuh hati. Bahagianya hati.

" Amboiii....!! Happy nya Encik Faliq hari ni?!" Nizam tiba-tiba bersuara mengejutkan Faliq yang langsung tak sedar kehadirannya.

" Oit.. Terkejut saya!! Bila masa pula awak masuk?"

"Hahaha..!! Banyak kali saya ketuk pintu, Encik Faliq yang tak perasan..!" Nizam gelak melihat muka Faliq.

" Oh ye ke!" Faliq sengeh.

" Tahulah tengah bahagia..!" Perli Nizam.

"Hahahaaa..!! Nak kata bahagia tu bolehlah. Cuma belum sepenuhnya bahagia.. " balas Faliq duduk dikerusinya.

" Belum sepenuhnya? Maksud?"

"Kalau Aliaa dah jadi hak milik kekal saya, itu baru bahagia sepenuhnya.." senyum berseri wajah Faliq. Pelan diatas meja digulung semula dan diletak ditepi.

"Oh! Baru faham..!! Tapi sejak Cik Aliaa kerja sini semula, saya tengok Encik Faliq ni memang lain sangat. Muka tu muka, macam orang baru kahwin je. Berseri-seri je.." Kata Nizam memuji.

" Yeke..?! Aura Aliaa kut. Hahahaa..!!" Gelak Faliq kuat.

" Besar harapan Encik Faliq ni. Level confident tu fuhhh!! Terlalu tinggi..!!"

" Confident kena ada. Yang penting usaha dan doa tak putus..!!" Yakin seyakin yakinnya Faliq.

"Semoga berjaya!! Eh! Tapi si gedik tu tak ganggu Encik Faliq dan Cik Aliaa ke?" Tiba-tiba Nizam bertanya mengenai Tasya. Terus terhenti senyuman Faliq.

" Bertuahlah kalau dia tak ganggu. Yang pelik tu setiap kali saya jumpa Aliaa, mesti dia menyibuk. Macam tahu je. Pagi tadi dia ada jumpa Aliaa.."Bengang betul Faliq dengar nama Tasya.

"Dia jumpa Cik Aliaa?? Untuk apa??" Nizam berkerut.

" Tak tahulah. Aliaa tak cakap pula dan saya pun tak tanya. Saya sampai lobi tengok mereka tengah berborak duduk dekat bangku bawah.."

"Laaa.. Kenapa tak tanya? Encik Faliq kena tanya, kalau si gedik tu buat something dekat Cik Aliaa macam mana? Tak risau ke?! Tahu kan Tasya tu macam mana? Mesti ada hal tu. Kut-kut dendam ke, manalah tahu kan.." kata Nizam. Berubah muka Faliq.

"Iyelah kan. Tak terfikir pula saya.. Kejab!" Faliq terus mengeluarkan handphone nya dari dalam poket seluar. Menghubungi Aliaa. Nizam memerhati sahaja.

" Sayang..!! Busy ke ni?!" Tanya Faliq.

" Apa sayang?! Tak busy,  kenapa?!" Suara Aliaa ditalian. Garang.

" Nak sweet-sweet pun tak boleh. Janganlah garang sangat. Kang cepat tua..!" Faliq garu kepala.  Sengeh sendiri. Nizam gelak kecil.

" Hm.. Ada apa?!" Tanya Aliaa pula.

"Nak tanyalah. Tadi dekat lobi saya nampak awak dan Tasya duduk berbual. Tasya nak apa?!" Tanya Faliq serius.

" Tak ada apalah.."

" Cakaplah. Mesti ada sesuatu kan. Jangan sembunyikan apa-apa dari saya pasal dia tu. Awak tak tahu dia macam mana sayang oii..!!" Faliq dah agak dah. Aliaa tak kan cakap punya. Pandang pada Nizam.

" Ada tapi nantilah saya cerita. Saya pun memang nak info awak ni. Hal saaangat penting!!" Berkerut terus dahi Faliq.

"Hal apa tu cakaplah. Risaulah..!!"

"Nantilah. Relax dulu. Okeylah. Ada kerja ni. Byee!!" Aliaa terus matikan talian.

"Tak sedap hatilah pula.." kata Faliq sendiri.

"Betul kan Encik Faliq. Mesti ada hal punya. Tasya tu dah lama kut nak jumpa Cik Aliaa, selagi tak jumpa selagi tu dia akan cari..!" Jelas Nizam. Faliq angguk kepala.

" Itulah pasal. Tapi Aliaa ni, bukan nak cakap. Benda penting pun dianggap tak penting. Lagi-lagi yang melibatkan Tasya. Dia ni malas nak ambil port.." merungut Faliq.

" Memanglah malas nak ambil port, dah Encik Faliq pun dah tak ada apa-apa dengan dia. Kalau saya pun..!" Sambung Nizam lagi.

" Sekurang-kurangnya kenalah ambil port sikit. Saya kan bakal suami dia semula.."  


"Hahahaa.. Ini lawak. Bakal suami semula. Hahahaa.. Ooooo Encik Faliq, itu kata Encik tapi kata dia. Hmm..!!" Nizam gelak besar, mengejek. Selamba.

" Awak gelakkan saya ye. Tak apa, saya akan buktikan.. Eh! Ni nak story ni. Memang tercabar jugalah kejantanan saya ni..!" Nizam pelik. Faliq menyandarkan badan.

"Story apa tu sampai tercabar kejantanan.." Nizam gelak kecil.

"Malam tadi, saya bawalah Aliaa dan abang dia makan. Lepas makan ada datang sorang mamat ni tau tegur Adil. Officematenya. Mamat ni boleh pula nak try Aliaa. Siap cakap lagi depan saya. Isshh!! Memang menyirap je. Aliaa pula boleh terpikat dekat mamat tu, aduhh!! Macam nak meletop jantung ni. Siap berborak mesra sweet-sweet lagi tau. Aliaa nak berkenalan dengan mamat tu, suruh Adil bagi nombor handphone nya tau.. Terasa nak putus nyawa saya ni Zam.." Faliq meluahkan. Nizam gelak kuat.

" Hahaha..!! Patutlah tercabar kejantanan. Bekas bini minat orang lain rupanya. Hahaha!!" Sambung gelak Nizam.

" Gila tak tercabar. Hensem mamat tu tau, kacukan. Ini yang buat saya risau ni, bayangkan kalau betullah Adil rekomenkan Aliaa dengan mamat kacukan tu. Tak meroyan saya..!!"

" Hmm... Sekarang ni pun memang dah meroyan kut..!!" Perli Nizam lagi. Faliq sengeh, garu kepala yang tak gatal.

Mereka terus berbual. Macam-macam perbualannya. Boleh dikatakan dalam office itu, Faliq dan Nizamlah yang paling rapat berbanding yang lain. Yang sudah lama bekerjasama. Dan menjadi pekerja kebanggaan  Dato' Muhsin. Selepas kematian Haikal dan selepas syarikat Pearl Holding diambil alih oleh Datin Zita, projek itu masih diteruskan. Faliq cadang mahu ke Sabah bulan hadapan mahu melihat perkembangan projek disana tapi tak tahu sama ada jadi atau tidak. Dia sendiri pun tengah busy sekarang ni. Bertambah rezekinya kini.

Tutt... Tuttt..!! Handphone Faliq berbunyi. Mereka berhenti berbual. Nombor tidak dikenali.

"Sayaaaang!!" Telan liur dia. Ketuk dahi sendiri. Sakitnya jiwa dengar suara itu. Mahu tercabut nyawa.

"Nak apa? Tak payah call lah, tak ada urusanlah..!" Kata Faliq geram. Nizam gelakkan. Dapat meneka.

" Adalah sayang. Jom lunch! I belanja you, you cakap je nak makan apa.." suara menggoda.

" Tasya.. Boleh tak jangan kacau i dan Aliaa. Pleaselah!!"

" Sayang.. !! Kan i dah cakap, i tetap nak dengan you tau. Nak jadi wife you..!" Katanya lagi.

" You ni memang tak faham ke. I tak kan terima wanita lain selain Aliaa seorang sahaja. Jadi, you jangan nak mengharaplah, hati i, hidup i hanya untuk Aliaa sahaja. Tak ada orang lain dan tak ada nama you. Faham?!" Kata Faliq tegas.

" Tak apa. Nanti i akan buat hati you tu hanya untuk i je. So, i tak kisah you nak cakap apapun. Jomlah sayang..! I lapar ni.." jawab Tasya selamba. Sakitnya hati Faliq.

" Peliklah you ni. Sakit jiwa layan orang macam you ni. Lagi satu i nak ingatkan, jangan ganggu Aliaa. Tak payah nak jumpa dia nak berbaik dengan dia. Tak payah..!"  Sambung Faliq lagi.

" Alaaa you ni. I nak kawan dengan dia je kut. Lagipun dia bukan wife you. So, kenapa you nak halang pula. You ni yang over sangat..!" Tasya tetap berdegil.

" Sudahlah Tasya. Buang masa layan you ni..!" Faliq terus matikan handphone. Pening kepala Faliq dengan perangai Tasya. Tak habis-habis menganggu. Mengeluh. Nizam hanya mendengar.

" Saya bosanlah dengan sikap Tasya ni. Tak tahu nak buat apa lagi dah. Awak tak ada idea ke Zam macam mana nak jauh dari dia tu.." Tanya Faliq. Memang geram betul dia dengan Tasya.

" Entahlah ye. Kalau Encik Faliq rujuk semula dengan Cik Aliaa pun dia tetap akan ganggu juga kut. Andai Encik Faliq pergi oversea pun, saya rasa dia tetap akan cari juga. Selagi ada rasa tak puashati dalam dirinya memang tak kan mengalah dia tu. Senang cerita, Encik kahwin jelah dengan Tasya tu. Biar Cik Aliaa kahwin dengan lelaki kacukan tu...!!" Nizam bergurau.

" Amboii... Senangnya pendapat awak ni. Mati semula pun saya tak naklah kahwin dengan si Tasya tu. Rela membujang sampai ke tua tau..!!" Bengang pula Faliq.

" Eh.!! Eh.!! Salah tu Encik Faliq. Bukan membujang sampai ke tua tapi menduda..!" Nizam mengusik.


" Aha.. Menduda..!!" Faliq sengeh. Nizam gelak kecil. Faliq menekup muka dengan tapak tangannya. Mengeluh sendiri. Nizam hanya memerhati. Kasihan melihat Faliq. Nak tak nak memang kena hadapi si Tasya senget tu. Itulah, tak ada penyakit cari penyakit. Dah dapat penyakit, baru rasa langit tinggi ke rendah. Sekarang terimalah setiap perbuatan. Kalaulah masa boleh diundur semula, memang dia tidak mahu berjumpa dan tidak mahu kenal pun dengan Tasya. Tapi inilah takdir Allah. Tiada siapa tahu.

" Saya takut, hubungan saya dan Aliaa akan terjejas sebab Tasya lagi. Cukuplah ikatan perkahwinan sudah terputus sebab Tasya dan saya juga. Saya tak nak ikatan teman mesra ini pula terputus. Ya Allah!! Bukan mudah tau nak ambil hati Aliaa tu.. " luah Faliq.

" Saya pun tak tahu nak cakap apa lagi Encik Faliq. Rasanya kalau Encik Faliq rujuk semula dengan Cik Aliaa dan tak payah layan si Tasya tu. Lama-lama nanti dia bosan pasti dia akan berhenti ganggu gugat Encik Faliq..!"

" Okeyla kalau macam tu. Saya takut dia  dendam dengan saya tapi buat sesuatu pada Aliaa dan anak saya. Itu je yang buat saya risau dan takut.." Faliq meluah rasa kerisauannya.

" Iya tak iya juga kan. Maknanya Encik Faliq kena pasang bodyguard lah. Biar ada yang jaga Cik Aliaa dan anak Encik.." cadang Nizam.

" Wow!! Cadangan awak ni, agak-agaklah. Kalau bodyguard tu pula yang terpikat pada Aliaa, macam mana?!"

" Hahahaaa!! Janganlah fikir sampai macam tu sekali. Positif jelah. Kalau susah-susah sangat,  Encik Faliq jelah jadi bodyguard Cik Aliaa. 24jam menghadap, habis cerita.." Nizam gelak.

" Kan..!! Habis, perbelanjaan saya ni siapa pula nak menanggung? Awak nak bayar kereta, rumah semua. Nak?!" Faliq berkerut pada Nizam.

"Memang tak lah.. Hahaha!!"

"Tahu tak apa. Hmm.. Tak apalah nanti saya bincang dengan Aliaa..!" Katanya angguk-angguk.

Pening kepala fikirkan masalah ini. Ingat bila Tasya ditukar semula ke JB, senanglah hidup Faliq. Tiada sudah gangguan tapi boleh pula Tasya datang semula ke KL walaupun kerja ditempat lain tapi tetap menganggu hidupnya bersama Aliaa. Baru nak bernafas mencari kebahagian dah pula Tasya menyibuk lagi. Aduh!! Pusing-pusing!!

Fikir punya fikir. Faliq dapat idea.

" Saya kena cerita semua ni pada kakak sayalah. Mesti dia boleh tolong saya.." Faliq mengangguk kepala lagi.

" Aha Encik Faliq. Biar padan dengan muka Tasya tu. Biar kena sepak lagi dengan Kak Ash..! " Nizam menyokong.

Faliq senyum. Dia dah habis fikir dah, terpaksa minta tolong Asnida. Biar Asnida yang uruskan semua. Pernah juga Asnida beritahu dia dulu, jika Tasya masih menganggu, cakap sahaja. Tapi ketika itu,  Faliq malas mahu besarkan cerita tapi kini terpaksa. Tiada pilihan, demi hubungannya bersama Aliaa. Malam ini, dia akan cerita semua pada Asnida. Lega sikit hatinya. 

Previous: Bab 104
Next: Bab 106

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.