336,492
Kategori:
Genre:
Bab 188
Aliaa terjaga dari lena, terasa sejuk menusuk ke tulang. Walaupun selimut tebal menutupi tubuh badannya. Dia duduk perlahan, menyentuh dahi yang bertampal plaster. Tarik nafas dalam. Terasa segar badannya, lepas makan ubat tadi terus tidur. Cukup tidur mungkin. Tak tahu dia berapa lama dia tidur. Menoleh ke sebelah. Senyum lebar melihat si suami yang sedang lena. Ditenung wajah Faliq, wajah kepenatan. Kasihan!

Jam didinding sudah menunjukkan ke angka 1.30petang. Terus dia keluar dari selimut, mengambil remote aircond, menurunkan suhu dan terus masuk ke dalam bilik air.

Setelah selesai membersihkan diri, dia kembali ke katil. Duduk ditepi katil. Memandang Faliq lagi dengan senyuman. Lenanya Faliq tidur, betul-betul kepenatan. Aliaa merapatkan mukanya telinga Faliq.

" Ooo Sayangku Encik Suami.. Bangun.. Bangun.. Bangunnn!!" Katanya lembut sungguh. Masih lagi lena. Ditepuk-tepuk lembut pipi Faliq pula.

" Sayang..!! Bangunlah.. Dah petang ni. Bangun solat.." Aliaa kejutkan lagi. Berat sungguh mata Faliq mahu buka. Digosok-gosok matanya. Aliaa gelak kecil melihat reaksi Faliq.

" Jam berapa dah ni?!" Tanya Faliq perlahan. Masih mengantuk lagi.

" 1.45 petang sudah ni.." jawab Aliaa.

" Ha?? Apa?? 1.45 petang?!" Terkejut Faliq dengar. Terus bulat matanya memandang jam didinding. Aliaa gelak lagi.

" Ya Allah..!! Boleh pula terlelap. Lama pula tu..." Faliq ketuk kepala sendiri. Terus pandang Aliaa. Aliaa senyum.

"Awak okey sayang?!" Tanyanya lembut. Sambil tangan menyentuh dahi Aliaa.

" Okey!! Sihat dah. Jangan risau ya..!" Jawab Aliaa penuh keyakinan.

" Macam mana boleh jatuh tangga sayang. Sampai luka dahi ni.." Faliq berkerut risau.

" Sorry!! Tadi saya dahaga sangat. Jadi, saya  turun nak ke dapur, tiba-tiba dekat tangga boleh pula sakit sangat kepala dan  terus blank. Saya pun tak tahu apa jadi. Sedar je dah ada kat bilik,dan mama letak plaster ni.." jelas Aliaa.

" Sekarang ni macam mana?!"

"Alhamdulilah.. Sekarang dah okey. Dah tak pening, dah tak rasa lemah, dah sihat..!" Aliaa sengeh.

"Betul ke ni. Tak tipu saya?!"

"Iya.. Saya tak tipu.." jawab Aliaa jujur.

" Alhamdulilah. Lega saya.."

"Awak pergi mandi, lepas tu kita solat sama ya..!" Pinta Aliaa dan terus ke bilik air, ambil wuduk. Faliq ukir senyuman. Dan bila Aliaa keluar saja Faliq pula terus masuk ke bilik air. Aliaa membentang tikar sejadah dan menyarungkan kain telekung ke tubuhnya. Duduk ditepi katil menunggu imamnya selesai mandi.

Memandang ke lantai, fikir mengenai Adil di hospital. Dia tak tahu apa perkembangan Adil. Tak sabar mahu tahu dari Faliq. Rasa rindu pada si abang. Doa tak putus untuk Adil. Mengharapkan abangnya kembali pulih kembali.  Beberapa minit kemudian, Faliq keluar dari bilik air. Kopiah putih diatas rak almari diambil dan diletakkan dikepalanya. Pandang Aliaa dan senyum menandakan sudah bersedia mahu menghadap Allah swt.

Usai solat, Aliaa melipat kain telekung dan Faliq pula melipat tikar sejadah. Kopiah diletakkan kembali dirak almari.

" Saya nak ikut pergi hospital ya. Saya nak tengok abang? Boleh kan?!" Kata Aliaa memulakan perbualan.

" Baiklah sayang..!" Jawab Faliq.

" Thank you!!"

"Oh ya!! Saya nak call Mak Long kejab. Tadi Mak Long yang temankan abang dekat hospital."

"Mak Long?!"

" Iya..! Wan balik rumah kejab, bergilir dengan saya. Lepas mama call info awak pengsan, tak lama Mak Long sampai. Saya minta tolong Mak Long temankan abang. Tapi saya dah info Wan dah minta dia datang hospital tadi.." jelas Faliq. Aliaa agak terkejut juga mendengar.

" Awal juga Mak Long ke hospital.."

"Tulah. Mujur Mak Long sampai awal. Kalau tak, terpaksa saya tinggalkan abang je tadi kut.."

" Kasihan awak. Terkejar-kejar ke hospital, lepas tu balik rumah sebab saya. Terima kasih sayang. Saya minta maaf, menyusahkan awak.." kata Aliaa. Sedih dan sayu. Rasa bersalah pula.

"Ishh!! Apa cakap macam tu. Dah tanggungjawab saya. Apapun untuk awak dan abang, saya akan lakukan sedaya upaya saya. Sebab dua-dua saya sayang. Dua-dua penting dalam hidup saya dan dua-dua adalah nyawa saya. Lagi-lagi yang depan mata ni ha.


Sangaaatt sayang!!" Kata Faliq jujur. Mencubit hidung Aliaa dan senyum manis. Aliaa hanya senyum.

"Awak siap dulu ye. Saya tunggu dekat bawah. Nak tengok puteri kecil tu. Entah apalah dibuatnya.."

" Okey!!" Faliq bangun dan meninggalkan Aliaa untuk bersiap. Kaki menuruni anak-anak tangga, perlahan-lahan. Mata meliar mencari kelibat si Dhia Afia. Sunyi saja ruang tamu, tiada orang. Lalu, dia jalan ke dapur pula. Pun tiada orang. Mana pula mereka ni, berkerut sendiri. Oh! Mungkin di halaman rumah kut, tekanya pula. Jalan sambil bernyanyi-nyanyi. Di halaman rumah pun tiada orang. Pula dah. Mana mereka pergi. Dia pusingkan badan mahu masuk ke dalam semula. Baru mahu melangkah, terdengar hilaian tawa si kecil.

Faliq jalan ditepi rumah dan terus ke belakang rumah. Tersenyum lebar dia melihat Dhia bersama mamanya dan Sis Tuti sedang membersihkan daun-daun kering pokok rambutan yang berguguran diatas rumput.

" Papaaa..!! Dhia tolong nenek ni..!" Jerit si anak apabila melihat Faliq sedang memerhatikannya.

" Rajinnya anak papa ni.." puji Faliq menghampiri Dhia yang sedang memegang penyapu. Puan Asmah senyum saja.

" Mestilah rajin. Dhia kan anak papa.."

"Good girl..! Sayang.. Papa dan mama nak pergi hospital ni. Nak melawat uncle.!"

" Dhia nak ikut..!"

"Sekarang ni Dhia tak boleh ikut sebab uncle tak sedar lagi. Nanti kalau uncle dah sedar, papa bawa Dhia ye.." jelas Faliq.

"Baiklah papa. Sampaikan salam Dhia dekat uncle ya pa. Cakap dekat uncle, Dhia sayang uncle, Dhia rindu uncle.." pesan Dhia.

" Insha Allah..!! Dah.. pergi sambung sapu..!"

"Okey papa.." Dhia menyambung menyapu sampah. Faliq berdiri dan menghampiri Puan Asmah pula.

" Mama.. Alang nak ke hospital ni dengan Aliaa.."

"Aliaa dah sihat ke?! Kalau belum,tak payahlah bawa dulu Alang. Risau mama.."  Tanya Puan Asmah. Risau.

"Alhamdulilah ma. Nampaknya dah sihat. Dia rindu sangat dekat Adil. Tak sampai hati pula.." jawab Faliq.

"Iyalah. Hati-hati ya. Kalau jumpa Mak Long nanti, sampaikan salam mama dekat dia. Insha Allah kalau papa balik awal, petang nanti kami melawat Adil.." kata Puan Asmah.

"Insha Allah ma.. Alang pergi dulu ya.." Puan Asmah angguk dan senyum. Faliq terus menuju ke halaman rumah. Duduk di kerusi sementara menunggu Aliaa yang masih belum turun lagi. Dia cuba menghubungi Mak Long tapi tiada jawapan.

Dia terpandang taman mini Mawar. Cantik bunga Mawar kembang segar. Sudah lama dia tidak beri bunga mawar untuk si isteri. Dia jalan memasuki taman mini itu. Harumnya!! Betul-betul menenangkan. Dia mematahkan setangkai mawar merah untuk diberikan pada Aliaa. Dia kembali duduk dikerusi. Sambil memerhatikan setiap kelopak bunga. Indahnya ciptaan Allah. Kelopaknya yang lembut, warna yang cantik, dan berbau harum hingga boleh buat rasa tenang begitu. Bunga mawar inilah menjadi saksi cintanya pada Aliaa. Gelak sendiri dia bila teringat akan kenangan sewaktu cuba mahu memikat hati Aliaa. Kenangan terindah.

" Amboi.. Kenapa senyum-senyum tu. Ingat dekat siapa?" Terhenti lamunannya apabila muncul Aliaa.

" Ingat dekat sayanglah. Siapa lagi.." jawab Faliq. Tangan menarik tangan Aliaa dekat padanya.

"Aik pelik. Saya ada je kut depan mata awak. Nak ingat kenapanya.. " Aliaa garu kepala. Tak faham maksud Faliq.

" Iya sayang..!! Memang awak ada depan mata saya ni. Saya teringat zaman dulu-dulu, zaman memikat si garang ni ha..!" Kata Faliq.

"Iyeke..?! Atau awak ingat orang lain ni. Nak cover terus cakap ingat saya. Kan.. kan..!" Aliaa sengaja menyakat.

" Allahuakhbar..!! Demi Allah sayang, saya cuma ingat kenangan kita dulu. Janganlah fikir bukan-bukan ya.." Aliaa senyum. Tahu takut, kata hati Aliaa.

"Untuk bidadari syurga saya..!" Faliq memberikan mawar merah tadi pada Aliaa. Aliaa senyum dan mengambilnya.

" Terima kasih imamku..!" Balas Aliaa dan terus menghidu mawar tersebut.

"Ini kan.. Kalau mama tahu awak patahkan bunga dia. Mesti dia marah.."

" Hahahaa.. Tak ada makna mama nak marah. Mama saya kan sporting. Ingat tak, dulu saya selalu bagi bunga mawar ni. Mama yang suruh ambil bunga dia. Sampai dia yang tolong potongkan dan siap ingatkan lagi supaya beri bunga pada awak tau..!" Seronoknya mereka mengimbau kenangan lalu. 


" Hahaha.." Aliaa gelak besar.

"Tapi kan.. Kalau mak orang lain rasanya dah kena baling dengan batu dah. Nampak tak, punyalah sayangnya mama dekat menantu perempuan dia ni.."

"Biasalah. Dah awak anak kesayangan mama dan  saya satu-satunya menantu perempuan mama. Lagipun, tengoklah siapa Aliaa Sofea. Kan menantu yang cute, yang bijak, yang hebat yang....."

"Amboi.. Amboi.. Amboi.. Dah pandai dah nak perasan ye.." perli Faliq.

"Haahahaa.. Orang cakap. Like father like son right?! So now.. like husband like wife lah. Tak gitu Encik Faliq Alfie.." Faliq gelak besar.

" Iyalah sayang. Eh! Dah jom.. Lambat pula nanti.."Faliq menarik tangan Aliaa dan jalan bersama ke kereta. Memulakan pemanduan.

Dalam perjalanan, mereka berbual mesra. Bergurau senda. Sengaja Faliq menyakat Aliaa, buat Aliaa gelak dan happy. Dia tak nak Aliaa sedih bila melihat Adil nanti. Sebelum melihat Adil, dia mahu menghiburkan hati Aliaa dulu.

Tutt.. Tuttt..!! Handphone berbunyi. Dengan pantas terus dia keluarkan handphone dari poket seluarnya. Zahwan call. Earphone dipasang di telinganya dan memjawab panggilan.

"Iya Wan.." jawabnya perlahan.

"Aliq.. Kau dekat mana?!" Tanya Zahwan.

" Baru keluar rumah ni. On the way ke hospital. Kenapa Wan?" Tanyanya pula. Aliaa mendengar dengan tekun. Memandang Faliq.

" Baguslah. Kau kena datang hospital sekarang juga. Bawa Aliaa sekali.." kata Zahwan. Serius.

"Iya.. Aliaa ada ni. Tapi kenapa Wan? Adil okey ke?!" Terus berdebar hatinya. Membalas pandangan Aliaa yang masih tepat memandangnya. Risau mula menyelubungi diri.

" Tak apa. Nanti kau akan tahu juga. Kau datang je sekarang. Aku tunggu. Hati-hati memandu..!" Zahwan terus mematikan talian. Earphone ditanggalkan.

"Kenapa dengan abang? Abang okey tak?!" Tanya Aliaa. Faliq senyum tawar. Apa dia nak jawab pun dia tak tahu. Dan dia tak tahu keadaan Adil sebenar. Zahwan ni tak nak pula cakap. Cetus hati Faliq.

" Awak..!! Kenapa dengan abang?!" Tanya Aliaa lagi. Soalan yang masih belum dijawab.

" Saya pun tak pasti. Wan cuma suruh kita ke hospital je sekarang.." jawab Faliq jujur.

" Saya risau keadaan abang. Saya tak sanggup kehilangan abang.."

" Insha Allah abang akan pulih. Apapun terjadi, kita kena redha sayang. Awak kena terus kuat. Awak dah janji kan, akan kuat..!"
Aliaa angguk perlahan. Dia tak lupa akan janjinya. Dia kena cekal hati. Faliq senyum pada Aliaa. Terus memandu laju. Dia tunjuk tenang dihadapan Aliaa tapi didalam hatinya. Hanya Allah saja yang tahu. Dan dia sendiri pun takut, takut diri sendiri yang tidak kuat.

Sampai saja di hospital, mereka terus menuju ke wad Adil. Dari jauh kelihatan Zahwan duduk di hadapan wad sendirian. Dengan wajah yang sugul. Duduk bersandar memandang kosong ke arah dinding putih itu. Hati Faliq semakin berdebar-debar. Berpandangan dengan Aliaa. Aliaa tenang saja dan cuba senyum. Langkah demi langkah perlahan menghampiri Zahwan.

Kenapa hati aku semakin berdebar? Kenapa Wan duduk diluar? Kenapa tidak duduk didalam? Apa sudah jadi dengan Adil? Ya Allah..!! Macam-macam yang Faliq fikirkan.

" Wan.. Kenapa kau duduk dekat luar ni?" Tegur Faliq. Zahwan terus berdiri dan senyum tawar. Faliq dan Aliaa memandang Zahwan dengan seribu pertanyaan. Zahwan senyap. Bahu Faliq ditepuk perlahan. Mata Aliaa mula berkaca.

"Adil macam mana Wan?!" Zahwan pandang bawah.

" Abang..!!" Aliaa terus berlari masuk ke dalam wad. Faliq terus mengekori Aliaa. Mereka berdiri memandang ke katil Adil. Berpandangan. Terpaku kaku tanpa mampu bersuara.

Kaki Aliaa seperti digam. Tak boleh bergerak. Hanya mata fokus pandang tubuh kaku Adil. Sama juga dengan Faliq. Terus dipeluk bahu Aliaa. Tidak lama kemudian, Zahwan masuk ke dalam.

Faliq membawa Aliaa ke katil Adil, jalan perlahan-lahan. Segala wayar di tubuh Adil telah tiada. Adil diselimuti hingga paras bahu. Berdengup kencang jantung Aliaa. Laju dan sangat laju. Tiba-tiba rasa perit dadanya. Ditahan.

" Sayang..! Sayang..! Sabar sayang..!" Faliq menenangkan Aliaa. Dia perasan nafas Aliaa turun naik laju. Risau keadaan Aliaa. Airmata jernih jatuh ke pipi tapi wajah Aliaa tenang saja.

Benarkah apa yang dilihatnya?

 Zahwan berdiri disisi Adil. Menunduk pandang ke lantai. Faliq diam terpaku. Bagai tidak percaya apa yang dilihatnya. Mungkinkah? Oh tidak!! Faliq tidak mempercayainya.

" Wan..! Betul ke abang dah tinggalkan saya? Kenapa abang... " percakapan Aliaa terhenti, suaranya bagai tersekat untuk meneruskan bicara. Hanya mata tepat merenung Adil. Faliq menyapu-nyapu bahu Aliaa. Zahwan langsung tidak membalas soalan Aliaa. Tetap pandang ke lantai.

Lemah seluruh badan Aliaa, dia merapati Adil yang terbaring. Tangannya menggigil memegang tangan Adil. Airmata deras mengalir. Tangan Adil dicium penuh kasih sayang. Aliaa terus peluk badan Adil. Menangis tersedu-sedu. Muka disembamkan didada Adil.

"Adik sayang abang. Kenapa abang tinggalkan adik. Adik tak ada sesiapa lagi.." terketar-ketar suara Aliaa menahan sedih. Deras airmatanya. Faliq menoleh ke belakang. Mengesat airmatanya sendiri, tak sanggup melihat kesedihan Aliaa. Zahwan memandang Aliaa dan Faliq pula. Senyum.

" Abang tak tinggalkan adik. Allah masih izinkan abang untuk bersama adik.." Adil bersuara lembut. Aliaa terkejut dan terus mengangkat muka memandang Adil. Adil senyum. Faliq pun terus menoleh pandang Adil, pandang Zahwan pula. Dann.. gelak kecil.

" Abangggg..!!!" Aliaa menjerit dan senyum dalam tangisan. Adil bangun perlahan-lahan dan duduk bersandar dengan bantuan Zahwan. Sesekali berkerut dahi menahan pedih di perutnya.

" Abang.. Abang tak... !!" Tersekat- sekat suara Aliaa. Tak percaya.

"Iya sayang.. Abang tak mati lagi. Abang masih hidup..!"kata Adil perlahan. Senyum.

"Faliq.. Wan.. Abang masih hidup. Hahaaha..!" Alia gelak gembira. Aliaa memandang Zahwan dan Faliq silih berganti. Terlalu gembira hingga tak terkata. Airmata kegembiraan pula mengalir. Zahwan senyum tumpang gembira. Begitu juga Faliq.

" Adik rindu abang..!!" Aliaa peluk Adil seeratnya. Mengalir airmata si abang. Adil mencium kepala Aliaa berkali-kali. Terasa amat merindui adiknya. Terlalu rindu. Suasana hiba dengan esak tangis mereka. Tapi kali ini tangisan kegembiraan. Faliq dan Zahwan juga turut merasai kegembiraan itu.

"Maaf Aliaa.. Maaf Aliq. Ini plan Adil. Aku follow je. Adil dah sedar dari tengahari tadi. Masa Mak Long temankan dia. Aku sampai je tengok dia dah sedar. Aku nak info kau tapi Adil tak bagi. So, ini plan dia tau. Bukan aku.." jelas Zahwan. Jujur.

"Fuhh!! Kau bikin panaslah bro. Nak tercabut nyawa aku. Hahaahaa..!! Alhamdulilah, syukur sangat. Terima kasih Ya Allah..!" Faliq menarik nafas lega.

"Abang jahat tau..!! Kalau adik yang mati macam mana? Sampai hati..." Aliaa mencebikkan muka manja.

"Alalalaa.. Sorrylah. Bila lagi abang nak game kan korang. Kan..kan..." jawab Adil selamba.  Sengeh.

"Banyaklah abang punya game. Jahat!!" Aliaa menjeling manja pada Adil.

"You win brooo!!" Kata Faliq pula. Mereka gelak bersama.

Semuanya sudah kembali. Tiga orang sahabat baik bersama dengan si penyeri hidup mereka. Faliq rasa sangat bahagia. Adil sudah sedar, dia sangat bersyukur ke hadrat ilahi. Si isteri kembali tersenyum dan gelak tawa. Itu amat membahagiakannya dan Zahwan juga sentiasa bersamanya. Susah senang bersama. Faliq sangat bersyukur disamping mereka. Disamping sahabat sejatinya dan disamping isteri tercinta.

"Terima kasih Ya Allah..!! Terima kasih tidak terhingga. Kau telah kembalikan segalanya. Kau beri peluang kepada kami untuk bersama menumpang kasih. Alhamdulilah.." Doa Faliq didalam hati. Senyum bahagia. Syukur..!!
Previous: Bab 187
Next: Bab 189

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.