336,697
Kategori:
Genre:
Bab 86
Masihkah ada lagi sinar kebahagiaan untuk aku? Perlukan aku terus berjalan sendirian melalui hari-hari mendatang tanpa berteman? Mampukah aku? Segala onak duri kutempuhi sendiri. Walau perit jerih menanggung segala kepayahan dan kesakitan hidup. Orang melihat tidak sama dengan apa yang ku tanggung. Orang melihat dari mata kasar segala kebahagiaan adalah milikku yang punyai kerjaya, punyai keluarga, punyai kehidupan yang selesa. Semua aku ada. Tapi hakikatnya, kehidupan penuh berliku. Penuh dugaan, ujian dan rintangan. Kebahagiaan yang aku miliki hanya sebentar cuma. Arhh!! Kehidupan.

Sampai bila harus begini? Sampai bila harus bertahan? Aku juga inginkan perlindungan, perlukan perhatian, perlukan kasih sayang yang sebenar-benarnya. Kenapa aku tidak miliki segala itu. Pada siapa aku harus mengadu? Kadang, aku rasa tak sanggup nak hadapi ini semua. Ia terlalu sakit, terlalu perit, terlalu sukar. Tapi seringkali Allah beri juga dugaan ini bertubi-tubi. Silih berganti.

Kenapa? Kenapa Ya Tuhanku? Aliaa.. Jangan pernah mengeluh, jangan pernah kau kesali setiap apa yang berlaku. Allah tahu kau mampu hadapi. Allah tahu kau kuat. Kau adalah insan terpilih yang jatuh bangun dengan sendiri. Kau bangkit dari kejatuhan. Kau kuat Aliaa!!. Kau tidak seorangan, kau ada Allah. Allah sentiasa bersamamu. Allah sayang kau sebab itu diberi ujian. Allah tahu kau seorang yang sabar. Kau boleh Aliaa.. Kau boleh hadapi semua ini. Lakukanlah Aliaa.. Teruskan melangkah. Iya!!. Ada masa kau akan rasa sangat lemah, akan rasa jatuh tersungkur tapi percayalah. Bila kau jatuh dan bangkit sendiri, kau akan dapat satu nikmat dan kau akan rasa bersyukur dengan dugaan ini. Percayalah pada diri sendiri. Percayalah pada hikmah disebalik dugaan. Bersabarlah Aliaa.. Bertabahlah.. Pelangi nan indah sentiasa menantimu disana..

Menitis airmataku lagi. Kenapa hari ini aku rasa sangat down. Rasa give up, rasa nak... nak apa ni.. arghhh..!!! Nak lariii...!! Aku menekup muka dengan tangan. Menangis teresak-esak dah macam budak kecil je. Pedulilah siapa pun nak dengar aku nangis dekat office ni. Tak kisahlah. Aku dah tak mampu nak menahan dah. Biarlah waktu ni aku buang semuanya. Tak tahan nak tanggung sampai dirumah. Ku luahkan segalanya ni dengan airmata. Biar rasa lega sikit. Aku pusingkan kerusi menghadap laut. Laut biru terbentang indah. Tenangnya kau laut. Cantik je. Sejuk je mata memandang. Tapi jangan silap, laut pun ada masa bergelora juga. Jangan disangka tenang sentiasa. Bila laut dah bergelora, gerun melihatnya. Itulah kehidupan umpama roda. Tak sentiasa bahagia, pasti ada kedukaan. Yang diatas tak sentiasa berada diatas dan yang dibawah tak sentiasa berada dibawah. Selagi kita bernama manusia, tak lari dari dugaan. Makin jauh berlari makin banyak dan makin hampir pula ia kejar kita. Jadi, hadapilah dengan tenang Aliaa. Kata hatiku, memujuk hati sendiri. Siapa lagi nak pujuk hati kalau tak diri sendiri.

Aku kembali pusing ke meja. Letakkan kepala di meja beralas tangan. Tak ada mood nak buat kerja, nak balik tapi entahlah. Kepala jadi sakit, tekanan kut. Macam-macam nak fikir. Dengan kesihatan yang kejab okey kejab tak okey. Kadang sampai aku fikir, mati lagi baiklah.  Ishh!! Merepek je aku ni. Huhu!! Mati susah hidup pun susah. Aku pejamkan mata, airmata masih mengalir. Sedih akan diri sendiri. Beberapa hari ni aku rasa ishh!! Entahlah tak tahu nak cakap macam mana. Dan dah berapa hari juga aku tak makan ubat. Ah! Biarlah. Yang sakit pun aku, yang tanggung pun aku seorang. Semua orang tak suka aku, semua orang benci aku. Biarlah aku mati je. Fikiran aku betul-betul terganggu.

Aku ambil handphone. Aku call abang, nak luah dekat abang. Tapi abang tak jawab. Banyak kali aku call tetap abang tak jawab. Abang memang tak sayang adik. Time adik perlukan abang, abang tak ada. Abang pergi mana? Abang tak sayang adik ke? Sampai hati abang..!!

"Abang dekat mana? Adik perlukan abang! Abang tak sayang adik ke? Kenapa adik kena hadapi semua ini. Adik tak larat dah. Adik penat abang. Adik tak mampu dah. Lebih baik adik mati je. Biar semua orang puas hati"


Aku whatsapp abang. Aku letak handphone dimeja semula.

" Aliaa.. Kenapa ni? Awak okey tak ni?" Tiba-tiba Haikal tegur. Aku pun tak tahu bila entah dia masuk bilik ni. Mukanya sangat risau tengok aku. Aku diam je.

" Aliaa.. Kenapa ni? Kenapa awak nangis ni? Awak sakit ke..?!" Tanyanya lagi. Dia ambil kerusi dan duduk rapat menghadap aku. Aku menyandarkan badan dikerusi.

" Saya dah tak larat nak hadapi semua ni Haikal. Saya tak mampu. Kenapa tak habis-habis dugaan ni. Saya penat.. Bila nak berakhir semua ni." Aku luah padanya. Pandang tepat kewajahnya. Dia membalas pandangan dengan pandangan redup.  Airmataku masih mengalir.

"Sabar Aliaa..!! Awak kena kuat. Saya faham apa yang awak rasa, dan saya tahu awak kuat.."pujuknya.

"Awak tengok saya kuat tapi hakikatnya saya tak kuat. Saya lemah, saya tak mampu. Elok saya mati je..!!" Makin deras airmataku.

"Jangan cakap macam tu. Tak baik!! Sabar banyak-banyak Aliaa. Saya sentiasa ada bersama awak.." pujuk dan pujuk. Aku pandang ke lantai. Lalu, ku bangun dan duduk pula disofa. Haikal memerhatikan aku penuh rasa simpati.

" Saya dah tak larat. Saya dah tak mampu..!!" Aku menekup muka. Banyaknya airmataku keluar. Tak ada dah rasa segan silu depan Haikal. Haikal bangun dan duduk di tepiku.

" Awak kena kuat. Awak boleh Aliaa. Kuatlah demi Dhia dan abang awak. Mereka perlukan awak. Awak pernah cakap kan, Dhia Afia dan Abang Adil adalah kekuatan awak.." kata Haikal senyum.

" Sampai bila saya kena hadapi semua ni.." Fikiran aku betul-betul serabut. Otak jadi blank. Tak tahu apa yang aku fikir, apa yang aku buat, apa aku rasa, apa yang aku cakap. Arrhh!! Entahlah..
 
"Selagi kita bernama manusia. Selagi tu kita akan terus diuji dan diduga. Kita tak boleh lari dari masalah tapi kita kena hadapi juga. Jangan give up..!!" Kami bertentangan mata. Aku senyum dan angguk.

"Haikal.. Awak baik sangat dengan saya. Terima kasih sangat-sangat. Saya tak tahu macam mana nak balas budi awak.."

" Saya tak minta dibalas budi. Saya tolong awak semua dari Allah.."sambungnya lagi perlahan. Sinar matanya sudah cukup membuktikan keikhlasan hatinya.

" Ada satu perkara yang bermain difikiran saya.." Haikal pandangku berkerut.

" Apa dia Aliaa? Pasal mama saya ke? Maafkan saya Aliaa.." tekanya. Aku senyum tawar.

"Bukan tu..!"

" Habis?! Apa dia?!" Tanyanya.

" Saya sakit apa sebenarnya? Awak ada rahsiakan sesuatu dari saya kan.." aku renung ke dalam anak matanya. Dia terdiam. Mengalihkan pandangan ke lantai. Aku senyum. Iya..!! Dia ada rahsiakan sesuatu. Bila aku renung anak matanya dan dia tidak membalas renunganku. Itu bermakna memang ada sesuatu yang dia sembunyikan.

" Haikal.. Cakaplah!!" Tanyaku lagi.

" Awak kan tahu,awak penghidap Anemia. Tahap serius. Sebab tu saya pantau kesihatan awak.." jawabnya.

" Awak tipu saya kan..?!"

" Aliaa.. Apapun penyakit, saya cuma nak awak jaga kesihatan dengan baik. Saya nak awak sihat sentiasa, saya nak tengok awak ceria macam biasa. Jangan stress, jangan terlalu kuat kerja. Awak perlukan rehat secukupnya. Bagi saya seorang doktor, bila tengok patient ceria itu adalah kegembiraan buat saya. Bila tengok patient sihat itu adalah kebahagiaan. Jadi, saya nak awak ceria dan sihat,  okey!!" Katanya dengan senyuman manis. Pandai dia pusing cerita. Aku hanya dengar. Sebenarnya tak puashati dengan jawapannya. Dia bangun dan duduk disebelahku.

"Dahlah. Tak payah fikirkan lagi. Saya tahu awak tengah stress sekarang ni...!" Terima kasih Haikal kerana memahami hati aku.

" Awak tak makan ubat ya?! Muka awak pucat ni. Tengok tangan ni pucat sangat.."tanya Haikal padaku. Tapak tangan aku ditengoknya.
Aku diam. Dan sandarkan kepala disofa. Tiba-tiba rasa sempit pula dada ni berulang lagi. Macam pagi tadi juga. Rasa macam mengah je, penat sangat. Aku pejamkan mata. Masih mampu ku kawal.

" Malam ni dan esok awak kerja tak?!" Tanyaku tukar tajuk perbualan.

"Tak.. Malam ni saya off sampai balik KL. Kenapa Aliaa..!"


" Boleh tak tunaikan permintaan saya. Untuk kali ni je. Sebelum awak balik KL..?!" Aku pandang wajahnya. Berubah airmuka dia. Dia terdiam dan renung dalam mataku. Aku senyum tawar.

"Apa dia Aliaa?!" Tanyanya lembut. Aku pejamkan mata, berkerut dahiku menahan rasa perit dada. Rasa pening kepala.

"Saya tak ada sesiapa disini. Saya hanya ada awak dan Dhia je. Saya minta. Boleh tak awak temankan saya malam ni dan esok. Jangan tinggalkan saya ya Haikal. Boleh tak?!" Pintaku. Haikal telan liur.

" Boleh Aliaa..!!"

" Kalau apa-apa terjadi pada saya. Tolong tengokkan Dhia ya. Bawa Dhia pada abang saya. ."kataku lagi. Aku tak tahu apa yang aku cakap. Yang aku tahu pening dah kepala ni. Aku pejamkan mata. Dan entah macam mana boleh pula aku letak kepala dibahu Haikal. Rasa tenang sikit. Haikal hanya berdiam. Tak jawab apapun. Aku rasa letih, penat semua ada. Lama-lama antara sedar dan tidak. Aku terlelap di bahu Haikal.

Previous: Bab 85
Next: Bab 87

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.