336,697
Kategori:
Genre:
Bab 180
Sampai saja dirumah, Aliaa terus masuk ke dalam rumah untuk menyimpan barang yang dibelinya tadi. Faliq pula duduk di bangku dihalaman rumah sementara menunggu Adil tiba.

Setelah menyimpan barang, Aliaa keluar semula dan duduk di hadapan Faliq. Berbual kosong. Majlis mereka tidak lama lagi, bersemangat dan happy sungguh Faliq. Mengalahkan perempuan tapi Aliaa biasa-biasa saja. Tak terlalu happy dan tak terlalu tak happy. Sedikit sebanyak pengalaman hitam tetap ada didalam hati walaupun sebesar zarah. Kesan parut lukanyanya tetap akan kekal. Itulah hati.

Sedang asyik berbual, kereta Adil masuk ke perkarangan rumah. Senyum mereka bersama. Terhenti perbualan. Adil menghampiri mereka dan duduk di sebelah Aliaa.

"Lama ke tunggu? Sorrylah. Jalan sesak pula." kata Adil.

"Kami pun baru sampai ni.." jawab Faliq.

" Abang ada beli keropok lekor tak?!" Tanya Aliaa.

"Tak adalah dik. Makcik hujung jalan sana tak buka gerai pula.." jawab Adil.

"Yeke?! Tak apalah.."

" Esoklah ye. Ni shopping apa tadi?" Tanya Adil pada Aliaa. Lembut suaranya.

"Beli baju adik dengan beli baju Dhia.."

"Tu je? Baju abang tak ada ke?!"

" Hehe.. Tak ada. Esok kalau free, adik belikan untuk abang pula ye. " balas Aliaa manja. Faliq senyum saja melihat dua beradik itu.

"Abang gurau je..!" Senyum Adil.

" Adik nak masuk ye. Letih sangat..!"

"Dah makan ubat?" Tanya Adil. Risau mukanya.

"Dah.."

" Pergi masuk, rehat" Aliaa angguk dan terus masuk ke dalam rumah. Adil memandang Aliaa. Ada rasa sedih pada wajah itu.

"Tadi aku dah call Doktor Raziq. Esok jumpa dia.." kata Adil dengan muka yang sedih. Memandang ke lantai. Berdiam sebentar.

" Kenapa ni bro. Ada masalah ke? Lain je aku tengok kau hari ni.." tanya Faliq. Adil senyum tawar.

" Tak ada apa cuma aku risau dekat adik je. Dengan kesihatan dia macam tu, Tasya pula cari dia. Tak tenang hati aku.." jawab Adil.

" Iya.. Aku pun. Kita doa banyak-banyak semoga Allah lindungi dia.." Adil angguk perlahan. Mata masih memandang ke lantai.

" Liq..! Tak lama lagi kau akan bersatu semula dengan adik aku. Jujur aku cakap, aku memang rasa sangat berat hati nak lepaskan dia lagi pada kau. Bukan aku tak percaya kau tapi entahlah. Rasa macam nak terpisah jauh je dari dia.." sayu wajah Adil. Tarik nafas panjang.

" Aku faham perasaan kau Dil. Kau jangan risau ya. Aku janji dengan kau kali ni, aku akan jaga adik kau dengan baik.." balas Faliq.
Adil diam lagi.

"Kau sahabat aku Liq. Aku percaya kat kau. Satu permintaan aku. Aku harap kau boleh tunaikan dan peganglah apa yang aku nak cakapkan ini.." Adil memandang wajah Faliq penuh pengharapan.

" Permintaan apa bro?" Tanya Faliq.

"Aku serahkan adik aku pada kau dan aku amanahkan adik aku pada kau. Tolonglah jagakan dia untuk aku, didiklah, bimbinglah dan bawalah dia menuju ke syurga ilahi. Sayangilah dia macam mana aku sayangi dia selama ini. Janganlah sakiti hatinya. Kalau kau sakiti dia bermakna kau juga sakiti aku. Aku tak boleh terus bersama dia, tanggungjawab dah beralih pada kau. Tolonglah jaga adik aku baik-baik" perlahan suara Adil. Faliq senyum.

" Insha Allah Adil. Aku akan pegang amanah ni. Ini pun amanah dari Allah. Apa yang dah berlaku sebelum ni, betul-betul buat aku insaf dan sangat menyesal. Aku akan pastikan pisang tak kan berbuah dua kali. Percayalah sahabat. Dan, terima kasih juga percaya kat aku dan terima aku jadi adik ipar kau semula." Kata Faliq memberi keyakinan pada Adil.

" Alhamdulilah, lega aku dengar. Aliaa beri peluang kedua untuk kau, hargailah sebaik-baiknya. Jangan ditambah kenangan pahit dia tapi binalah kenangan indah kau bersamanya dan bersama anak kau. Aku akan sentiasa doakan kebahagiaan kau dan adik aku.." sambung Adil lagi. Faliq senyum dan tetap mengangguk.

Aaminn..! Insha Allah..!" Mereka berdua berborak kosong. Faliq memandang wajah Adil, kenapa sayu sungguh wajah sahabatnya itu. Setiap perbualannya, ada saja nasihat dan pesan memesan padanya untuk si adik. Risau terlalu risau mungkin. Nak melepaskan adik yang sorang bukan mudah bagi Adil. Lagi pula, pernah lalui penderitaan oleh sahabat sendiri.


Percaya macam mana sekalipun, perasaan bimbang tetap ada.

Sedang asyik berbual, tiba-tiba dengan sepantas kilat sebuah kereta berwarna putih berhenti dihadapan rumah dan pemandu mencampakkan sesuatu si halaman rumahnya. Lalu, terus memecut laju. Terkejut mereka. Tak sempat melihat pemandunya kerana terlindung kereta Adil.

" Eh! Siapa tu?!" Mereka terus bangun dan berlari ke pagar mahu melihat kereta tersebut.  Tapi tak sempat, kereta putih itu sudah hilang.

" Kau nampak tak siapa?!" Tanya Adil.

"Tak nampak. Sekelip mata je bro..! Adil, tengok tu.." Faliq memuncungkan bibir ke arah satu kotak sederhana besar berwarna hitam. Adil berkerut dan mengambil kotak itu. Dibuka perlahan-lahan.

" "Subhanallah...!!" Sangat terkejut melihat isi dalam kotak hitam itu. Mereka berpandangan. Anak patung yang dikerat dibahagian kepala, tangan, kaki, badan hingga terputus dan diletak perwarna merah.

" Ini mesti kerja Tasya.." kata Faliq. Geram!

" Apa motif dia bagi ni?! Eh!! Ada surat.." Adil mengeluarkan sekeping surat berwarna putih terselit ditepi kotak. Surat itu juga diletak pewarna merah.

"Hahahahahahahaahaa!! I akan buat you seperti anak patung ini nanti betina. I akan putuskan setiap anggota badan you. Hahahahahahaa.. !!!" Adil menarik nafas dalam. Lalu, memberikan surat itu pada Faliq pula.

"Memang tidak syak lagi. Semua ini memang kerja Tasya.." kata Adil.

" Dia ni memang dah gilalah. Tapi kenapa dia tak nak muncul je depan-depan. Kan senang.." Punyalah sakit hati Faliq. Berkerut dan merah muka tahan marah.

"Sebab dia gilalah, pihak polis pun tak dapat berkas dia lagi. Licik perempuan ni.."

" Sepandai-pandai tupai melompat Dil, jatuh juga ni nanti.." balas Faliq.

" Memang akan jatuh dan yang aku risau tupai jatuh dengan meninggalkan kesan.." Adil serius. Masih merenung kotak hitam itu lagi.

" Better kau info Inspektor Adam sekarang.." arah Faliq. Adil mengangguk dan mengeluarkan handphone dari poketnya.

"Abang..!!" Suara Aliaa menjerit terus mematikan niatnya mahu menghubungi Inspektor Adam. Mereka menoleh serentak ke arah Aliaa dan terus meghampiri Aliaa. Muka Aliaa pucat dan risau.

" Kenapa dik?!"

" Abang tengok ni.." Aliaa menghulurkan  handphone pada Adil. Satu video yang dihantar oleh nombor yang tidak dikenali melalui whatsapp.

" Astaghfirullah Al Azim..!!" Adil menarik nafas dalam dan lepaskan perlahan. Mata terus memandang pada Aliaa. Dipeluk adiknya. Dia tahu, Aliaa mesti terkejut dengan video tersebut. Handphone diberi pada Faliq pula.

 Video jelas kelihatan muka Tasya yang sedang memegang sebilah pisau tajam yang masih berkilat. Anak patung yang masih elok di potong-potong setiap anggota badannya.  Disusun juga diatas meja, lalu menuang pewarna merah diatas anggota patung tersebut dan dipisau. Kemudian, bilah pisau tersebut dijilatnya dengan wajah yang bengis. Wajahnya tak ubah seperti nenek lampir, dengan rambut yang megerbang tidak terurus.
Suasana sekelilingnya seperti berada di satu stor barang. Tapi tak berapa nak jelas.

" You nampak anak patung ni kan Aliaa. I akan buat you sama macam anak patung ni juga tau. I akan kerat setiap badan you. I akan pulangkan badan you pada Faliq sebagai hadiah pernikahan you all yang tak menjadi nanti. Dannnn.. Darah you i akan jilat, i nak rasa darah perempuan sial seperti you. Biar roh you tak tenang. Hahahaahaaa!! " Di akhir video, Tasya ketawa mengilai seperti pontianak.

" Ya Allah..!! Melampau dah ni Dil.."

" Sekejab.. Aku call Inspektor Adam.." Adil melepaskan pelukan Aliaa dan menghubungi Inspektor Adam. Adil jalan ke keretanya. Aliaa duduk dikerusi dengan wajah yang tenang. Diam membisu. Dia buka kotak hitam tadi dan melihat isinya. Aliaa menggeleng kepala. Lalu,memandang Faliq.

"Dia baru hantar ni tadi. Sekelip mata dia campak dan terus pecut. Kami tak sempat tengok apa-apa.." jelas Faliq perlahan.

" Huh!! Entahlah Faliq. Saya pun tak tahu nak cakap apa. Cuma kenapa dia makin berani buat ni semua..?!" Tanya Aliaa yang masih tak tahu cerita sebenar Tasya.

" Sebenarnya pihak polis ada buat tangkapan aktiviti Tasya dengan budak-budaknya subuh tadi. Pian tertangkap cuma Tasya terlepas. Polis tengah cari dialah ni.." cerita Faliq serba sedikit. 


" Ha?! Terlepas?! Maknanya mesti Tasya cari saya kut. Kalau tak, kenapa dia bagi semua ni. Surat-suratnya pun semua kata nak bunuh saya.."

" Iya sayang.. ! Itu yang Inspektor Adam cakap.." Aliaa berkerut dan mengeluh kecil.

" Saya risaulah Faliq. Risau waktu majlis kita nanti, tiba-tiba dia datang buat hal. Kut-kut waktu tu dia bunuh saya ke, tembak saya ke, betul tak?! Matilah saya dimajlis nikah rujuk kita. Tak dapatlah kita hidup bersama..!" Aliaa sempat lagi bergurau.

"Sayang..!! Apa cakap macam ni. Awak ni kan, jangan nak merepek boleh tak? Benda serius ni..!!" Marah Faliq pada Aliaa. Aliaa gelak besar. Berkerut dahi Faliq, marah. Bertuah punya bakal bini, bisiknya dalam hati.

" Alaaalaaa.. Janganlah marah. Gurau-gurau manja je. Senyum muka tu, senyum. Jangan nak ketat sangat. Senyum wahai bakal suamiku.." Aliaa gelak lagi. Ambil hati Faliq. Akhirnya, Faliq senyum.

Tak lama kemudian, Adil menghampiri mereka. Muka serius dan bertambah risau. Pandang ke arah Faliq dan Aliaa silih berganti.

" Selepas maghrib nanti, Inspektor Adam datang sini.." kata Adil.

"Kenapa datang sini? Tak jumpa dekat luar?!" Tanya Faliq. Risau dia kalau Tasya tahu pihak polis datang.

" Tak.. Lagipun Aliaa tak sihat. Dia pun ada dekat KL ni. Jomlah kita masuk dalam dah nak maghrib ni, mandi, solat, makan dulu. Aliq, kau stay sini ya tunggu Inspektor Adam sampai.." ajak Adil. Mengambil kotak hitam tadi dan bawa sekali ke dalam.

" Okey boleh saja. Nak suruh tidur sini pun boleh. Kan sayang kan..!!" Mereka bangun dan menuju ke pintu utama rumah.

" Tak boleh..!!" Jawab Aliaa tegas. Mereka mengekori Adil di belakang.

" Bolehlah. Ni kan rumah saya juga.."

" Hello... Ini rumah abang saya dan rumah saya bukan rumah awak.." Sempat lagi mereka bergurau. Adil senyum saja.

Adil meletakkan kotak hitam diatas meja. Mereka berpisah masuk ke bilik masing-masing. Sebelum masuk bilik, Adil ke dapur melihat lauk yang dimasak oleh Sis Tuti untuk makan malam. Sudah terhidang. Tudung saji dibuka dan senyum. Sayur taugeh, ayam masak merah, ikan kerisi goreng dan sayur sawi goreng. Sungguh menyelerakan. Berbunyi terus perutnya. Tudung saji ditutup semula dan Adil berlalu ke dalam biliknya. 
Previous: Bab 179
Next: Bab 181

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.