336,608
Kategori:
Genre:
Bab 36
Rasa macam tak ada mood hari ni nak masuk office. Sejak malam tadi, fikiran asyik pada Faliq je. Itulah kalau aku duduk sorang-sorang, mesti akan ingat Faliq punyalah. Dan secara automatiknya. Eh..Eh!! Pipi dah basah dek airmata. Sedihnya..!! Perasaan ini tak boleh nak simpan, tak boleh nak kawal. Iya..!! Bila perasaan ini bertamu, aku hanya mampu berdoa agar dia disana juga merasai perasaan ini padaku. Perasaan apa? Perasaan rindu. Sangat merinduinya.. Siapa yang tak rindu, walau apapun dia dah lakukan. Perasaan itu tak boleh nak lari. Oh angin..!! Sampaikan rindu aku padanya..

Tadi.. Masa bincang dengan staff. Boleh pula aku termenung teringatkan Faliq. Ini betul-betul rindu tahap melampau ni. Aduh!! Hmm.. Entahlah.. Aku melangkah lemah masuk ke bilik. Duduk dikerusi, memandang nun diluar sana. Oh laut.. Hanya kau yang tahu hati perasaanku. Bila melihatmu hatiku tenang. Indahnya kau laut. Tapi kau tak mampu untuk ubati rasa rinduku ini. Tak mampu..!! Adakah dia juga merindui aku? Entahlah.. Mungkin tiada lagi rasa itu padaku. Iyalah.. rasa rindu, rasa sayang dan rasa kasihnya mestilah hanya pada si kekasih gelapnya. Aku? Sekadar dipinggiran. Bersabarlah..

Aku cuba menghubunginya. Tapi tak dapat pun. Hanya yang dapat peti pesanan suara. Hmm.. Kalau dapat dengar suaranya pun jadilah. Untuk berbual mungkin tidak. Cukuplah sekadar dia jawab "Hello.." itu dah cukup bagiku untuk melepaskan rasa rindu ini. Tapi aku tahu dia tak akan nak cakap dengan aku pun, nak dengar suara aku pun mesti menyampah. Iyalah.. Dia dah ada Tasya. Siapalah aku, hanya isteri yang dia benci. Sedihnya..!!

"Arhhhh!!" Aku menjerit melepaskan rasa rindu. Menitis airmata sekejab.

"Aliaa.. Awak kenapa? Awak okey??!" Alamak!! Boleh pula terover emosi. Cepat-cepat aku kesat airmata dan menoleh ke arah Haikal yang masih berdiri dimuka pintu. Risau mukanya tengok aku.

" Hehe.. Okey.. Okey..!!" Aku sengeh dan menunjukkan isyarat peace padanya. Malu sungguh!!

" Kenapa awak menjerit?!" Tanyanya lagi.

"Eh!! Tak.. Tak ada apa. Ada tikus lalu tadi tapi dah lari dah.." kataku mengelak. Sengeh lagi.

" Tikus?? Selama saya kerja sini tak pernah pula saya jumpa tikus.." Haikal duduk dihadapanku. Berkerut.

" Oh.. hmm.. Mungkin tikus tu cuma nak jumpa saya je kut tapi taknak jumpa awak.. Kan?!" Jawabku selamba.

"Hahahaha..!! Ada-ada je awak nilah.. Nah ni.." Haikal meletakkan satu fail padaku. Aku berkerut.

" Apa ni?!"

" Uncle nak awak uruskan.." aku mengambil fail tersebut dan baca.

" Eh!! Ni bukan bidang kita kut. Kalau nak pembekal ke pengedar produk okeylah, ni bab-bab buat rumah, kedai,bangunan bagai. Ishh!! Mana saya reti.." aku dah rasa pelik dah ni. Membebel lah aku. Buat kerja aku pun masih terkial-kial. Boleh pula Dato' suruh aku uruskan. Ha?? Aduh!!

" Nilah dia. Bila baca tajuk je dan terus fikir lain. Cik Aliaa oiii.. Baca tajuk dan baca isi-isinya sampai habis dulu ya. Lagipun, ini arahan dari Boss Besar kita. Jangan bagi banyak alasan, okey?!" Kata Haikal tegas. Aku tersentak sekejab.

"Baiklah boss. Saya bertindak mengikut arahan..!!" Balasku. Dia senyum sikit je.

"Okeylah. Saya keluar dulu. Oh ya! Minggu depan kita kena ke Tawau tau.." Haikal membuka pintu dan kembali menoleh padaku.

"Tawau?? Buat apa? Berapa lama?"

"Kerjalah takkan nak honeymoon pula. 2hari je. Tapi nanti apa-apa saya confirmkan semula.." jawabnya.

"Okeylah boss..!!" Haikal terus keluar. Aku belek-belek lagi isi fail ni. Ish!! Malaslah nak baca. Nanti-nantilah. Kalau dah malas datang. Memang tak boleh buat apalah. Kerja tengah tak banyak, jadi malas berganda-gandalah jawabnya.

Aku kemas apa yang patut dan aku mula langkah meninggalkan bilikku. Nak pergi kedai sekejab sebelum balik. Rindu juga dengan sikecil. Tengah layan emosi dan tiba-tiba handphone berbunyi. Zahwan call.

"Haiii cute..!! Awak di mana? Saya mau jumpa awak boleh ka?!" Suaranya ditalian.

" Hahahaa..!! Saya baru keluar office nak pergi kedai.."

"Okey.. Saya ada di depan kedai awak ni. Saya tunggu ya..!"

"Iyalah..!!" Dah kenapa pula dia nak jumpa ni. Hmm..


Aku memandu terus ke kedai. Sampai je dikedai, Zahwan tersenyum menyambut aku. Setianya dia menunggu. Kemudian, kami ke restoran berdekatan. Malas nak bersembang dalam kedai. Mengganggu customer pula kang.

" Kenapa nak jumpa saya ni?!" Tanyaku. Menyedut air limau ais. Lega tekak.

" Lusa saya turun KL. Nak ikut tak?!" Jawabnya.

"Ish!!"Taknaklah.. " Dia senyum. Sengajalah tu.

"Buat apa awak ke KL?!" Tanyaku lagi.

" Ada hal sikit. Nak jumpa abang awak sekali. Lama sangat tak jumpa dia. Awak tak rindu abang awak ke?!" Jelasnya.

" Siapalah yang tak rindu.."

" Kalau rindu, baliklah. Tak pun call dia. Kasihan dia. Dia pun rindu adiknya juga,rindu anak buahnya. Sampai bila nak merajuk macam ni.." katanya lembut. Aku hanya senyum.

" Saya tahu.. Awak pun rindu Faliq juga kan?!" Tekanya pula.

" Hahahaa.. Hmm.. Entahlah. Jadi, berapa lama awak ke KL?!" Aku menukar tajuk. Malas nak cerita pasal ni.

" Tengoklah. Sehari dua ke, empat lima hari ke.." Aku angguk tanda faham.

" Kenapa? Takut rindu saya ya..?!" Zahwan sengeh hingga menampakkan gigi taringnya.

" Ish!!"Tak kuasalah.. " aku jeling.

"Hahahaa.!" Dia gelak.

"Tapi ingat tau. Jangan info abang apa-apa ya pasal saya. Sikit pun jangan..!!" Aku mengingati dia. Takut terlepas cakap pula dia.

" Baiklah cute!!" Matanya merenungku tajam. Alahai Zahwan. Cukup-cukuplah. Takut pula aku tengok dia ni. Renungan dia tu, masih sama renungan yang mula-mula perkenalan kami dulu. Renungan dan senyuman yang buat aku terrrrpikat, dulu. Oh kenangan!

"Sudah-sudahlah Wan.." kataku. Aku teringat akan luahan hatinya padaku tempoh hari. Mengharap.

" Kalau dibagi peluang kedua, saya sangat berbesar hati Aliaa..!" Mula dah.

" Wan.. Saya isteri orang kan dan masih isteri orang.."

"Iya.. Saya tahu.." perlahan saja suaranya.

"Saya taknak fikir perkara ni. Saya taknak komen apa-apa pun. Saya masih isteri orang." kataku tegas.

" Tapi kalau Faliq dah lepaskan awak. Tak salahkan.."Aduhai dia ni.

"Saya serahkan semua pada Allah. Ajal maut, jodoh pertemuan ditangan Allah kan. So, berdiam lebih baik.." Jawabku dengan senyuman. Tak sangka, Zahwan ni masih ada hati lagi dekat aku. Padahal dia dah pernah berkahwin kut, tapi kenapa masih ada rasa sayang pula. Ish!! Hmm.. Dia kahwin pun atas pilihan keluarga dan dah berpisah pun. Tak mustahil pun. Lagi pula dia dapat hidu yang hubungan aku dan Faliq dilanda badai. Apalagi dia pun try cucuk jarumlah.

Entahlah.. Minta dijauhkan dari semua ini. Aku ke sini bukan nak membalas kecurangan Faliq. Tak terfikir langsung pun. Aku kesini dengan satu niat dan nekad. Itu je. Ya Allah!!  Permudahkanlah urusanku. Aku pun malas nak berbual lama-lama. Jadi, elok aku masuk kedai layan customer je. Kami jalan menuju ke kedai, dia nak hantar aku ke kedai katanya. Padahal boleh je aku jalan sorang. Ish!! Rasa tak sedap hatilah pula.

" Eh! Abang.!! " Tegur seorang wanita bershawl kemas, berbaju blouse biru dan berseluar hitam. Kami memberhentikan langkah. Aku senyum dan salam pada wanita itu. Dia membalas senyuman tawar.

"Iya.. Awak buat apa disini?"

"Mahu jumpa kawan saya. Ini siapa?!" Tanya wanita itu. Pandang aku semacam je. Atas bawah. Aku senyap je.

" Ni kawan saya. Aliaa.. Aliaa, ni bekas isteri saya..Mimi.." Oh!! Cantik orangnya. Padan sangat dengan Wan tapi iyalah. Jodoh tak ada.

" Hai apa khabar?!" Tanyaku peramah. Tapi sayang peramah aku dibalas dengan senyuman sinis. Aku rasa aku faham maksud senyuman tu.

" Jangan risau. Saya dengan Wan cuma kawan je. Tak lebih pun.." Selamba je aku cakap. Wan buat muka pelik. Mimi senyum.

" Saya call abang tadi. Mahu ajak abang keluar.." katanya.

"Oh!! Sorry.. Tak perasan kali.." aku jadi serba salah pula terus ada disitu.

" Hmm.. Wan, saya masuk kedai dululah ye. Saya minta diri dulu.." pintaku.

"Okey!! Jaga diri." pesan Zahwan padaku. Aku hanya senyum. Aku tengok muka Mimi lain macam pula. Aku salam Mimi dan terus tinggalkan mereka. Aku pula jadi risau. Masuk je ke dalam kedai aku terus ke belakang letakkan handbag dan buat apa yang patut. Kak Su belum sampai lagi, ada urusan katanya.


Lina tengah busy layan customer. Aku buka laptop dan check setiap stok kain. Banyak kain yang dah berkurangan. Sepatutnya, stok kain dah sampai. Nak kena call pembekal dan tanya. Tapi sebelum tu nak kena tanya pada Kak Su dulu. Okey tak apa. Tunggu Kak Su sampai sekejab lagi.

" Kak Aliaa.. Ada orang mahu jumpa..!!" Lina datang memberitahuku. Aku mengangguk perlahan. Pelik juga. Siapa yang nak jumpa aku pula ni. Aku terus bangun dan menuju ke bahagian luar kedai. Eh!! Kenapa dia datang nak jumpa aku. Nak beli kain kut. Aku menghampiri dia.

"Haii.. Selamat datang!! Nak cari kain apa ya?!" Tegurku peramah.

"Saya datang bukan mahu cari kain tapi saya mahu cari kamu.."katanya sedikit keras. Wajahnya serius.

"Cari saya untuk apa ya?!" Tanyaku ingin tahu. Tiba-tiba rasa tak sedap hati.

"Untuk pengetahuan awak. Saya dan Zahwan mahu rujuk semula. Jadi, saya minta tolong jauhi Zahwan. Saya taknak awak berhubung dengan dia lagi.." Wow!!

"Oh yeke!! Alhamdulilah, syukur. Saya minta maaf, saya tak tahu pun. Wan pun tak cerita apa-apa. Dan, saya harap awak tak salah anggap ye sebab saya dengan dia memang tak ada apa-apa hubungan pun.."kataku jujur.

"Tapi itu kata awak. Tapi dia?! Dan, saya tahu awak kekasih lama dia. Sebab tu saya taknak awak rapat dengan dia.." Terkejut aku dengar. Kekasih?? Ish!! Merepek je. Kekasih tak jadi adalah kut. Kekasih tepuk tak berbunyi.

"Eh!! Awak salah faham ni. Saya dah kahwin dah. Lagipun, Wan tu kawan abang saya dan kawan suami saya.." sambungku lagi. Senyum.

"Sedangkan orang yang dah lama kahwin pun boleh bercerai bila jumpa kekasih lama. Betul kan?!" Ayat dia. Fuh!!

" Saya faham maksud awak. Saya akan jauhkan diri dari Wan. Apapun, Tahniah ya..!!" Aku pun tak boleh nak cakap apa, takut keadaan menjadi lebih teruk lagi. So, sebelum menjadi teruk lebih baik aku lari dari terus rapat dengan Zahwan. Dan, kalau betul mereka nak rujuk. Baguslah.. Aku taknak jadi penghalang hubungan mereka. Lagipun aku isteri orang. Macam-macam orang akan fikir mengenai aku. Tak sanggup nak dengar kata-kata negatif dari orang dah.

Mulut orang, sampai bila-bila pun akan bercakap tanpa tahu situasi sebenar. Dan pula dengan status aku yang tak jelas ni memanglah segala kesalahan keburukan 100% akan berpihak pada aku je. Fuh!! Tak sanggup dah. Hmm... Apalah nasib. Di semenanjung macam-macam dugaan aku terima. Di Sabah ni pun, dugaan juga. Aku pun tak pernah terfikir ini semua berlaku. Pertemuan dengan Zahwan tiba-tiba ingat tak adalah problemnya. Maksudnya kawan seperti biasalah tapi bila bab berkaitan dengan bekas isteri dia. Fuhh!! Memang aku gerun, takut. Takut bekas isteri dia cop aku, penghalang hubungan mereka pula. Tapi memang.. dan memang. Aku langsung tak tahu yang Zahwan dan bekas isterinya nak rujuk semula. Tak ada dia cakap pun. Kalau aku tahu memang aku taknak rapat dengan Zahwan ni. Oh tidakk!!! Jauhkan aku dari semua keadaan ini.

Dugaan apakah ini? Bersedialah aku untuk hadapi dugaan yang akan mendatang. Sabar dan tabahlah wahai Aliaa...!!

Previous: Bab 35
Next: Bab 37

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.