336,582
Kategori:
Genre:
Bab 90
Sepanjang perjalanan ke rumah, Aliaa hanya berdiamkan diri sahaja. Langsung tidak bersuara. Adil tanya langsung tidak dijawab. Risau Adil tengok Aliaa begitu. Entah apalah yang Aliaa fikirkan. Dugaan lagi dan lagi. Aliaa hanya pandang ke hadapan. Langsung tidak menoleh pada Adil walaupun sekali. Sunyi dan sepi sahaja. Aliaa sandarkan kepala di seat. Masih senyap dan senyap. Senyum tak, sedih tak, ketawa tak. Entahlah. Risau sangat Adil.

"Adik.. Adik okey tak ni?" pertanyaan Adil langsung tidak dijawab. Senyap seribu bahasa. Adil menoleh pada Aliaa, Aliaa pejamkan mata. Mungkin kepenatan, teka Adil. Padahal Aliaa tak tidur pun. Sengaja pejamkan mata supaya Adil tak tanya macam-macam. Dia langsung tiada mood mahu menjawab setiap pertanyaan. Langsung tiada mood mahu bercakap dengan sesiapa. Sedih dengan nasib diri. Kecil hati dengan Abangnya sendiri. Sampai hati merahsiakan penyakitnya. Cepat betul dia terasa. Haikal pun sama juga. Aliaa rasa macam down sangat. Rasa macam dah tak guna hidup. Give up!!

Adil parking kereta. Pintu pagar tidak lagi ditutup. Keluar dari kereta dia terus buka pintu rumah. Aliaa terus masuk dan duduk di sofa. Menyandarkan badan. Adil meletakkan kunci kereta diatas meja kemudian  terus ke dapur mahu minum. Dahaga sungguh tekaknya. Tanpa buang masa, Aliaa terus ambil kunci kereta Adil  dan ambil walletnya kemudian ambil kunci kereta Personanya yang tersangkut di dinding dan terus berlari keluar. Masuk dalam kereta Adil, menghidupkan enjin kereta Adil dan terus memandu laju entah kemana tujuannya. Adil mengejar Aliaa, menjerit-jerit panggil Aliaa. Aliaa terus memandu laju.

" Aduh..!! Mana pula dia nak pergi malam-malam ni.." Berdebar-debar hati Adil. Tak sedap hati. Dia berlari masuk ke dalam rumah,niatnya mahu mengejar Aliaa dengan menggunakan kereta Aliaa tapi nasib. Aliaa lebih pantas. Kunci kereta Aliaa ambil juga.

" Kunci pun dia bawa ni. Aduh adikkk!!  Macam mana ni?" Adil keluarkan handphone mahu menghubungi Aliaa. Pula dah. Handphone Aliaa tidak bawa, berbunyi dalam handbag nya di sofa. Semakin risau dia. Adil buntu. Apa dia nak buat ni. Nak kejar Aliaa, kunci kereta dibawanya. Call pula handphone tak bawa. Mati kutu dia dibuatnya.

"Ya Allah Lindungilah adik aku..!" Doanya sendiri. Risau dan risau. Dalam keadaan Aliaa begini pasti serabut. Pasti dalam tekanan. Adil teringat Faliq. Tanpa buang masa, dia terus hubungi Faliq.

" Bro.. Bro.. !! Kau dekat mana sekarang ni?" Terus saja Adil tanya.

"Ada dekat rumah ni. Apasal ni?"

" Kau datang rumah aku sekarang. Ambil aku cepat, kita cari Aliaa. Sekarang okey?! Jangan lambat..!!" Arah Adil. Kelam-kabut rasanya.

"Cari Aliaa? Kenapa dengan Aliaa? Apa dah jadi?"

" Nanti aku cerita. Sekarang ni kau datang rumah. Cepat tau.. Now!!"

"Okey.. Okey!! Aku gerak sekarang..!!" Adil terus matikan handphone. Mujur Faliq ada.

"Tapi mana aku nak cari Aliaa. Aduhai... Tak apa. Tunggu Faliq sampai. Mesti Faliq tahu kut. Sabar Adil, Relax..!!" Adil menenangkan diri sendiri. Dalam hati doa tak putus.

Adil bangun dan keluar. Sebelum keluar dia ambil handphone Aliaa didalam handbagnya. Siap-siap kunci pintu dan tunggu Faliq di pagar saja. Pagar rumah pun ditutup. Berdiri dan  berjalan mundar mandir. Tak tenang hati tak senang duduk. Sekejab duduk di batu tepi pagar, sekejab berdiri. Dalam fikiran, memang risau pada Aliaa. Jam ditangan dilihatnya, dah masuk jam 11.40malam dah. Semakin risau. Tidak lama kemudian, kereta Faliq muncul. Dengan pantas Adil terus masuk ke dalam kereta.

" Apakes..!!"

"Sekarang ni. Kita cari Aliaa..!" Kata Adil.

" Apa masalah ni bro, risau aku dibuatnya.." tanya Faliq.

"Sekarang ni jom kita cari Aliaa. Nanti aku cerita.. Sekarang..!! Jomlah cepat.." Arah Adil. Kelam-kabut, cuak semua ada.

"Okey..!! Jom..!! Tapi masalahnya nak cari dekat mana? Dia pergi mana?"

"Kalau aku tahu taklah aku ajak cari dia. Masalahnya aku pun tak tahu dia ke mana.."

" Tak tahu pula. Habis nak cari dekat mana ni?!"

" Kita cari jelah mana-mana port..!" Dah pula. Masing-masing jadi huru-hara. Blurr.


" Port mana? Area KL, Subang, PJ, Klang, Banting? Bro..! Relax okey.., Cuba kau bawa bertenang. Jangan cuak melampau macam ni. Kau cuak aku lagi huru-hara. Sekarang kau tarik nafas dalam, hembuskan perlahan. Relax and cool.." Faliq menenangkan Adil. Adil ikut je apa yang Faliq cakap. Memang dia serabut sekarang ni.

" So, kau dah okey sekarang. Cuba kau info aku, apa masalahnya ni. Aku pun kena tahu juga.." pinta Faliq. Adil menceritakan serba sedikit apa yang berlaku tadi. Berkerut-kerut dahi Faliq mendengar. Dia sendiri pun sakit hati bila Aliaa dihina oleh Datin Zita.

" Kasihannya sayang aku tu. Kurang ajar betul lah Datin tu. Patut disula je. Apa!!  Ingat dia Datin, berpangkat bagai boleh suka-suka buat orang macam ni. Kalau aku dapat Datin tu biar aku cili-cili mulut dia. 10 kilo cili api betul-betul berapi aku bubuh dalam mulut dia. Baru padan muka dia...!!" Faliq membebel.

"Yang kau ni dah kenapa? Terlebih emosi kenapa? Sekarang ni, aku nak cari adik aku. Kau tak tahu ke tempat dia lepak selalu, tempat dia release tension ke..!!" Faliq sengeh.

" Sorry bro.. Terlebih sudah.. Hehe!! Ish!! Kau bukan tak tahu adik kau, mana dia ada lepak-lepak bagai. Dia tension pun duduk dalam bilik jelah. Tapi biasa kalau dia tension, dia suka pergi tempat sunyi, tengok pemandangan, duduk tepi laut. Tapi malam-malam macam ni laut mana pula nak cari ek!!"Faliq garu kepala.

" Iyelah kan. Hmm.. Mana ada pemandangan sunyi dan tenang area KL ni. Laut jauh sekalilah. Kalau luar KL.. mana ekk!! .."

" Putrajaya!!!" Dua-dua jawab serentak.

"Jom.. Jom..!!" Faliq terus memandu laju menuju ke Putrajaya. Itu jelah kut tempat yang relax, tak sesak dengan kenderaan. Sepanjang perjalanan mereka masih bercerita mengenai kejadian tadi.

"Apa? Aliaa sakit jantung? Kau biar betul bro.." terkejut beruk Faliq dengar. Sungguh tak menyangka dia.

"Iyalah takkan aku nak tipu pula. Disebabkan Anemia dia teruk, hb dia bawah 9mg/d bro. Selalu pengsan, sesak nafas. Risiko pada jantunglah apa lagi. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana sebab masih dalam rawatan. Tapi dah jadi macam ni, aku kena cari doktor pakar dekat KL ni. Esok lusa aku nak jumpa Dina, nak bincang pasal Aliaa ni.." jelas Adil.

"Ya Allah!! Sedih aku dengar. Aku rasa bersalah pula, memang susah aku nak maafkan diri aku ni. Aku rasa semua ni berpunca dari aku bro. Buat dia menderita.." keluh Faliq.

"Ini dah ditakdirkan. Ini dah jalan hidup dia. Allah yang tentukan, kita merancang je beb.."

" Aku hanya mampu berdoa semoga hati dia terbuka untuk aku semula. Aku nak tebus segala dosa-dosa aku padanya dan pada Dhia. Aku sangat menyesal atas perbuatan aku. Kau doakanlah untuk aku, Aliaa dan Dhia.." sambung Faliq lagi.

" Insha Allah.. !!"

"Aku tak kisah pun orang nak cakap aku gila talak ke, meroyan ke, apa ke. Lantak.. Yang penting. Aku nak Aliaa semula dan nak tebus salah aku. Nak bagi bahagia padanya. Nak bina rumahtangga baru dengannya. Itu je niat aku. Aku sedar aku jahat bro tapi jahat tak selamanya jahat kan.." luahnya lagi.

" Baguslah kalau kau dah betul-betul berubah. Aku taknak komen apa-apa. Semuanya dari Aliaa sendiri. Pandai kau pujuk, okeylah kut.." kata Adil pula.

" Tak apa. Aku akan usahakan perlahan-lahan..."jawab Faliq lagi.

Mereka memasuki Putrajaya. Satu tempat ke satu tempat mereka cari Aliaa tapi tak jumpa juga. Satu Putrajaya dipusingnya tapi tetap hampa. Mereka jadi buntu. Mana lagi nak cari Aliaa ni. Faliq memberhentikan kereta di bahu jalan Jambatan Seri Wawasan. Memikirkan sesuatu.

" Tak ada. Jadi macam mana?" Faliq bertanya pada Adil.

"Entahlah. Aku pun dah buntu. Dah jam satu lebih dah pun. Kalau dia tak balik juga macam mana? " Kata Adil pula. Sedih dan risau.

"Kita balik dan tunggu dekat rumah. Kut-kut dia dah balik ke kan. Relax bro, jangan risau. Kita doakan baik-baik untuk Aliaa. Dia tengah stress tu. Nak menyendiri..." Pujuk Faliq pada Adil.

" Okeylah kita tunggu dekat rumah je." Kata Adil perlahan. Faliq sendiri pun tersangat risau. Kalau boleh nak saja dia cari Aliaa satu Malaysia. Cari sampai jumpa. Selagi tak jumpa selagi tu takkan stop mencari. 


"Manalah kau ni Aliaa. Risau gila-gila aku dibuatnya. Boleh jadi gila macam ni. Kalaulah aku dapat jumpa dia, mahu terus aku bawa dia jumpa tok kadi. Nikah semula. Hahahaha!" Gelak Faliq dalam hati. Tak perasan terkeluar pula gelaknya.

"Aikk Liq..!! Aku tengah risau ni, kau boleh gelakkan aku pula..?!" Berkerut Adil memandang Faliq yang tersengeh macam kerang busuk.

" Eh.. Eh..!! Tak.. Tak..!! Aku tak gelakkan kaulah. Ni aku boleh pula mengelamun.." sambung gelak lagi.

" Dah mengelamun kenapa pula. Kau nikan yang pelik-peliklah Liq.."

"Tak.. Aku fikir, kalau aku dapat jumpa Aliaa. Aku nak ajak dia jumpa tok kadi terus. Ajak kahwinnnn lagi...!!! Hehe..!!" Sengeh lagi.

"Hahahahaha..!! Kau ni kan sampai ke situ pula. Aduhai.. boleh buat lawak pula. Memang sah gila..!!" Adil gelak. Terlepas sedikit serabutnya tadi.

" Hahaha..!! Aku gila pun sebab gilakan adik kau sekali lagilah bro.. Jangan marah ya abang!!" Dua-dua gelak. Hai lah Faliq. Perangai gila-gila tetap ada. Adil menggeleng kepala. Macam-macam perangai sahabat dia seorang ni. Tengah tension terus hilang dek kerana perangai Faliq.

Sampai saja di hadapan rumah Adil. Aliaa masih tidak balik lagi. Adil membuka pintu pagar dan duduk di kerusi batu. Diikuti Faliq.

" Tak balik lagi bro. Macam mana ni?! Risaulah.."

"Tulah. Aku pun..! Kau tak try tanya Haikal. Kut dia jumpa Haikal ke. Naim atau balik kampung ke.." Faliq beri cadangan.

"Aku dah whatsapp Haikal. Tapi Haikal cakap dia tak jumpa Aliaa. Kampung tak mungkin kut. Nak call pun dah tengah malam. Taknak ganggu Mak Long.." Faliq angguk.

"Jom masuk.. Dahagalah.."ajak Adil. Faliq mengekori. Pintu dibuka. Adil terus kedapur dan ambil air sejuk dari dalam peti ais dan bawak dua gelas kosong ke ruang tamu.

" Sorrylah bro air kosong je.." Faliq angguk. Adil menuang air ke dalam gelas dan beri pada Faliq. Mereka meneguk air hingga habis. Betul-betul dahaga. Gelas diletak diatas meja.

Tut... Tuttt....!! Handphone Adil berbunyi. Haikal call. Cepat saja Adil menjawab.

" Adil.. Handphone dia lagi satu dia ada bawa tak? Check dalam handbag dia.. "Arah Haikal.
Adil terus ambil handbag Aliaa dan mencari handphone lagi satunya. Handphone untuk kerjanya. Handphone tersebut ada tapi silent.

" Ada ni. Tapi silent.." kata Adil.

" Pula..!! Ubat dia ada tak dalam handbag.." Lagi sekali Adil mencari. Ada dua botol ubat.

"Ni ada hmm..  botol warna putih dan botol warna hitam..." kata Adil lagi.

"Aduhai.. Dia mesti tak makan ubat lagi ni. Ya Allah mana Aliaa pergi. Aku tak sedap hati. Baru dia sihat tiga hari lepas. Tapi tupun tak sihat sepenuhnya. Aku minta maaf Dil. Aku tak tahu sampai macam tu sekali mama. Aku minta maaf. Aku buntu. Aku sayang Aliaa, demi Allah tapi mama aku..." sedih suara Haikal.

"Tak apalah. Ni dugaan untuk kau. Macam yang Aliaa cakap tadi. Jangan jadi anak derhaka. Itu mama kau, buruk baik pun mama kau. Selagi dia masih hidup ni, ikutkanlah apa dia nak walaupun kau tak suka. Pasti akan ada bahagia untuk kau nanti. Sabarlah.." nasihat Adil.

" Aku risau Aliaa. Kau jagalah Aliaa baik-baik. Dia wanita paling baik pernah aku jumpa, aku tahu dia kecil hati sebab kita rahsiakan sakit dia. Rajuk dia tak lama tu. Aku minta maaf bagi pihak mama aku. Dan maafkan aku Dil. Aliaa kena buat rawatan susulan. Nanti aku bagi nombor telefon kawan aku Pakar Jantung di Hospital Serdang. Aku dah cerita semua pasal Aliaa dekat dia. Kau boleh call dan jumpa dia. Insha Allah dia akan tolong, dia kawan baik aku. Aku rasa aku takkan dapat jumpa Aliaa lagi. Sampaikan salam akhir aku pada Aliaa. Aku sayang Aliaa. Sayang aku padanya sampai hujung nyawa aku. Aku sayang Dhia juga, aku dah anggap Dhia macam anak aku sendiri. Sampaikan salam aku pada Faliq juga. Cakap dekat dia aku minta maaf. Mungkin jodoh dia masih bersama Aliaa. Aku akan doakan mereka, cuma pesan dekat Faliq. Janganlah sesekali sakiti hati Aliaa lagi. Andai mereka bersama semula, jagalah Aliaa sebaiknya. Jangan sia-siakan hati wanita sebaik Aliaa. Kelak akan menyesal. Terima kasih Adil.. 


Aku akan sayang Aliaa sampai bila-bila.."Haikal meluah segalanya. Terdengar esakan suaranya. Terharu sangat Adil pada Haikal. Baik sungguh budak ni, cetus hati Adil.

"Insha Allah.. Terima kasih pada kau juga. Kau banyak tolong Aliaa selama ni. Aku sangat hargai. Jasa baik kau hanya Allah saja yang boleh balas. Aku doakan kau akan bahagia dunia akhirat. Kau pun jaga diri baik-baik.." lembut suara Adil.

" Iya.. !! Jaga Aliaa baik-baik. Jaga Dhia baik-baik ya. Okey lah. Apa-apa news mengenai Aliaa. Tolong bagitahu aku ya. Aku akan sentiasa tunggu. Assalammualaikum.."

" Baiklah..!! Waalaikumsalam.." talian terus dimatikan. Adil termenung sebentar. Rasa tak sedap hati pula dia. Menarik nafas dalam. Pandang pada Faliq dan Faliq membalas pandangannya.

" Kenapa beb?!" Tanya Faliq ingin tahu.

" Aku tak sedap hatilah. Berdebar-debar je hati aku ni.. Ya Allah!! Harap tiada apa-apa yang berlaku pada adik aku dan Haikal.. " kata Adil.

Dia pun tak tahu nak buat apa. Hanya berdoa dan hanya menunggu kepulangan Aliaa saja. Memang tak dapat tidur malam ni. Fikiran sepenuhnya pada Aliaa.

"Liq.. Kau nak balik dah ke?!"

" Taklah. Aku temankan kau. Aku pun risau Aliaa, aku nak tunggu dia.." jawab Faliq. Adil senyum.

"Okey..!! Tunggulah kejab, aku nak solat.. Eh! Kau dah info makcik tak kau dekat sini.."

"Dah sudah. Aku dah whatsapp Angah. Angah ada dekat rumah.." jawab Faliq.

"  Baguslah kalau macam tu.. Aku solat dulu ya..!!" Faliq angguk. Adil terus berlalu masuk ke dalam biliknya. Tinggallah Faliq sendirian di ruang tamu. 

Previous: Bab 89
Next: Bab 91

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.