336,400
Kategori:
Genre:
Bab 70
" Kacau betullah. Aku baru nak mengayat Aliaa, dah pula dia datang. Tak bagi peluang langsung.." Faliq menyapu muka dengan tapak tangannya. Geram saja dia tengok Haikal dan Aliaa begitu mesra dan berdua-duaan lagi. Perasaan cemburu semakin memuncak.

" Macam tak ada peluang je. Aduhaiii.. Siap sayang-sayang bagai. Diaorang ni bercinta ke? Matilah.. Mati.. Aku datang sini nak mengayat Aliaa. Ingat bolehlah keluar dengan Aliaa dan Dhia je. Dia pula join.. Tak boleh jadi ni. Tak boleh.." Faliq masih bercakap sendiri. Memang tak tenang hatinya.

" Papa  sini.. Marilah temankan Dhia main..!" Jerit Dhia memanggil Faliq. Faliq senyum dan berlari anak menuju ke arah Dhia. Layan Dhia bermain pun mata tetap meliar mencari kelibat Aliaa. Masih belum kelihatan. Sakan berdating mereka. Turun naik je nafas Faliq. Macam nak bagi penumbuk padu saja dekat muka Haikal tu. Sakit hatinya melihat Haikal bersama Aliaa. Tapi siapa dia nak buat macam tu. Faliq bukan kekasih Aliaa. Faliq bukan suami Aliaa dan Faliq bukan sesiapa dah pun pada Aliaa. Eh!! Faliq bapa kepada Dhia dan teman tak berapa nak mesra Aliaa. Tapi apa hak Faliq nak marah Haikal. Tak ada hak pun. Kalau betul lah Aliaa dan Haikal bercinta. Jadi, Faliq tak boleh ganggu hubungan mereka. Takkanlah Faliq sanggup rosakkan hubungan cinta mereka. Takkan Faliq sanggup hancurkan kebahagiaan Aliaa lagi.

Tapi tak tahulah. Kadang-kadang, kerana terlalu sayang. Seseorang boleh lakukan apa sahaja untuk dapatkan apa yang dia mahu miliki. Walaupun melibatkan nyawa. Tak mustahil. Tapi minta dijauhkan dari semua itu. Faliq tak macam tu.

 Faliq rasa agak letih, Sis Tuti yang melayan Dhia. Faliq duduk di kerusi. Tidak lama kemudian, Aliaa dan Haikal sampai. Haikal memberikan Faliq air soya dalam tin. Faliq mengambilnya dan mengucap terima kasih. Aliaa duduk di kerusi bersebelahan sendirian.  Haikal pula duduk disebelah Faliq. Tak sedap pula dibiarkan Faliq seorang sedangkan dia bersama Aliaa. Tak elok rasanya.

" Kau duduk hotel mana?!" Tanya Haikal memulakan perbualan.

" Biasalah bro.. Promonade Hotel.. "jawabnya ringkas. Haikal angguk.

" Esok jam berapa?! Jam 9.00 pagi ke.." Tanya Faliq.

"Tak.. Tak..!! Dalam jam 2.00 petang. Sebab pagi tu aku ada hal sikit. Lagipun appointment dengan Encik Andy lepas lunch.." terang Haikal.

" Okeylah tu..! Hmm Bro..!!  Aku nak tanya something boleh tak?!" Tanya Faliq perlahan. Mata terus memandang Dhia yang sedang berlari.

"Nak tanya apa? Tanyalah.."

"Hmm... Kau .. Kau dan Aliaa ada.. ada..." tergagap-gagap pula Faliq nak bercakap.

" Ada?? Ada apa?? Kami ada je dekat sini..!" Haikal berkerut. Dapat tangkap dah apa yang Faliq mahu katakan. Tapi Haikal buat-buat tak tahu. Senyum.

" Iya.. Memang kau dan Aliaa ada dekat sini. Maksud aku, kau dan Aliaa ada...."

" Uncle Daddy...!!" Pula dah. Baru nak tanya Dhia pula berlari menjerit menuju kearah Haikal. Terus Dhia peluk Haikal. Faliq memerhati je.

" Dhia dah penat. Balik jommm!!" Kata Dhia. Haikal gelak kecil.

" Nak balik dah.. Bagitahu mama..!" Dhia terus berlari ke Aliaa pula.

"Mama.. Jom balik. Dhia dah penat.. !!" Haikal senyum je.

" Alaa Kasihannya anak mama..!! Jom..!! Tapi Dhia dah bagitahu papa tak?!" Dhia geleng kepala dan terus berlari pula arah Faliq.

"Papa.. Dhia nak balik ye. Dhia penat..!" Kata Dhia.

" Baiklah sayang..! Nanti ada masa kita jumpa lagi ya.."

" Papa tak balik rumah kita ke? Nanti kita main sama-sama, Dhia boleh lukiskan untuk papa. Papa balik rumah ya..!" Aduhaii... Kasihannya Dhia. Faliq pandang Aliaa dan Aliaa membalas pandangan.

" Tak boleh sayang..!!"

" Kenapa tak boleh. Rumah mama pun rumah papa juga. Dhia pun nak papa tidurkan Dhia.." Sedihnya. Nada suara agak merajuk.

" Insha Allah lain kali ya sayang. Papa ada kerja ni. Nanti kita jumpa lagi ya.." kata Faliq bagi alasan.

"Papa ni asyik kerja, kerja je. Tak sayang Dhia pun.. "Terpanah jugalah Faliq. Tapi apa boleh buat kena tanggung jugalah. Faliq terdiam. Dia tahu hati anaknya itu mesti sedih.

" Dhia.. Tak baik cakap macam tu. Papa dia kan nak kerja, nanti papa Dhia akan datang lagi.


Kata Haikal. Aliaa hanya diam saja.

" Okeylah..!!" Suara Dhia mendatar. Sedih saja mukanya. Aliaa pandang Haikal.

" Janganlah merajuk. Kalau merajuk nanti tak comel. Nanti muka jadi kedut macam nenek-nenek. Dah tak cantik.. Senyum sikit..!!" Faliq memujuk Dhia. Panjang muncung Dhia. Faliq mendukung Dhia dan mereka mula berjalan. Faliq dan Haikal jalan dihadapan. Aliaa dan Sis Tuti dibelakang.

Sampai di pintu utama mall. Mereka berdiri di tepi pintu.

"Okey sayang!! Esok kita jumpa lagi ya. Jangan nakal-nakal tau. Jaga diri baik-baik. Sayang papa tak?!" Pesan Faliq pada Dhia.

" Sayang ..!!" Jawab Dhia.

"Kalau sayang, cium dulu...!!" Dhia terus cium pipi Faliq dan Faliq membalas dan peluk erat Dhia. Rasa taknak berpisah lagi. Sedihnya hati. Haikal dan Aliaa hanya tengok gelagat mereka berdua. Faliq turunkan Dhia.

" Okeylah Liq. Kami gerak dulu. Jumpa esok ya.. !" Kata Haikal.

"Okey..!!"

"Kau naik apa ni?" Tanya Haikal ingin tahu.

"Kereta. Company aku ada sewakan kereta. Senang nak gerak..!" Jawab Faliq.

" Oh!! Okeylah tu. Aku ingat kau tak ada transport, aku boleh je tolong. Insha Allah..!!" Kata Haikal.

" Tak apa terima kasih banyak-banyak.." Faliq senyum. Dhia terus pegang tangan Haikal.

" Kami minta diri dulu. Assalammualaikum.. " kata Aliaa akhiri pertemuan mereka petang itu. Faliq dengan rasa cemburu, rasa sedih, rasa kecewa memerhati mereka berlalu. Menarik nafas panjang. Apabila mereka telah pergi meninggalkan bangunan ini. Baru Faliq berjalan ke kereta. Dalam hati segala perasaan ada. Yang paling bahagia bila dapat berjumpa dengan anak yang dah lama tak jumpa. Walaupun Dhia ada sedikit keliru tapi Dhia masih ingat lagi papanya. Bersyukur Faliq.

Faliq terus memandu ke hotel. Agak sesak jugalah jalan ke hotel. Biasalah hujung minggu, petang waktu beriadah bersama family. Kadang bila Faliq tengok rumahtangga orang lain,  family orang lain bersama dan bahagia saja rasa rindu nak dapatkan situasi yang sama seperti mereka. Cemburu dengan family mereka. Dia yang tak dapat jadikan family sendiri seperti itu. Dan sekarang semuanya hanya  sekadar angan-angan sajalah. Menyesal pun tak guna. Semua salahnya sendiri. Apalah nasib..!!

Masuk saja dalam bilik hotel. Terus dia duduk di sofa. Nizam yang sedang baring dan  membaca buku, memandang pelik pada Faliq. Dan senyum.

" Aik!! Encik Faliq.. Dah jumpa anak pun murung lagi? Patut ceria.." Nizam bersuara.

" Hmm.. memang ceria. Terubat rindu saya dekat anak. Dah besar anak saya, macam tak percaya je Zam. Keletah betul dia. Bijak.. cumaa...!!" Faliq terdiam sekejab.

"Cuma? Cuma kenapa? "

" Mama dia tak layan saya pun..!" Faliq mengadu.

"Laa.. Sebab tu ke murung macam ni. Aduh!! Hahaha.!!" Nizam gelak kuat. Ketuk kepala.

"Awak gelakkan saya Zam. Memang betul. Aliaa langsung tak layan saya tau. Awak tahu, iya-iya saya ingat hanya saya, Aliaa dan Dhia je. Rupanya, Haikal dan maid dia pun ada juga. Kacau betul.." cerita Faliq. Betul-betul dia geram. Nizam gelak lagi.

" Okeylah tu. Semua dia bawa.."

" Banyaklah okey. Saya dah fikir ayat power dah nak mengayat Aliaa. Tapi lain pula jadinya. Boleh pula, Aliaa suruh maid dia temankan saya. Ikut je mana saya dan Dhia pergi. Aliaa pula berkepit je dengan Haikal. Fuhh!! Betul-betul terbakar hati saya tengok mereka.." Faliq dengan muka bengangnya bercerita.

"Yang Encik Faliq nak terbakar hati tu dah kenapa? Cik Aliaa tu single kut. Dah tak ada apa-apa dengan Encik Faliq tau. Biarlah dia nak berkepit dengan Encik Haikal ke siapa ke. Apalah..." kata Nizam.

"Memanglah tapi saya kan masih sayang Aliaa lagi. Saya nak dengan dia lagi. Nak rujuk dengan dia.."

" Tapi kalau Cik Aliaa taknak lagi dengan Encik Faliq macam mana. Hati perempuan tak boleh dipaksa Encik Faliq oii.. Cik Aliaa bukan macam Tasya.." terang Nizam. Susah betul nak fahamkan Faliq ni. Kasihan betul Nizam pada Faliq.

" Tu saya tahu. Tapi tak salahkan berusaha dan mencuba..!" Katanya lagi.

" Okey ni saya nak tanya. Kalau contoh Cik Aliaa betul bercinta dengan Encik Haikal. Macam mana?!"

Sengaja Nizam bertanya walaupun dah banyak soalan yang sama ditanyanya.

" Hmm.. Entahlah Zam. Saya pun tak tahu jawapannya apa dan tak tahu nak buat apa. Entahlah..." keluh Faliq. Termenung.

" Apapun Encik Faliq kena belajar sikit-dikit untuk terima hakikat. Takut bila Encik Faliq terlalu mengharap dan terlalu yakin pada Cik Aliaa dan bila suatu hari nanti Cik Aliaa nikah dengan orang lain. Taklah Encik Faliq kecewa amat. Jangan pula sampai lakukan sesuatu diluar batasan.." nasihat Nizam. Faliq diam.

Nizam menggeleng kepala. Memang sah gila talak. Kata hati Nizam. Parah.. parah..!!

" Entahlah Zam.. Sekarang ni pun dah rasa kecewa. Huh!! Tapi takkan nak pasrah macam tu je kan. Selagi Aliaa belum akad nikah selagi tu saya masih berpeluang. Saya akan usahakan dengan berdoa jelah. Hanya itu yang saya mampu lakukan.." kata Faliq. Yakin. Nizam hanya senyum. Tak tahu dah nak nasihatkan apa lagi. Semua dah Nizam cakapkan. Tak apalah. Semoga semuanya dalam keadaan baik.

Previous: Bab 69
Next: Bab 71

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.