336,535
Kategori:
Genre:
Bab 5
Tokkk... tokkk...

Pintu diketuk. Encik Kamaruddin membuka pintu. Tercegat Adil dimuka pintu dengan senyuman. Disambut baik oleh Encik Kamruddin dan mempersilakan Adil masuk. Berbual kosong.

" Eh!! Adil rupanya. Ingat Alang tadi. Adil apa khabar, sihat? Lama tak jumpa.." tegur Puan Asmah. Mesra dan ramah.

" Alhamdulilah sihat makcik. Sibuk sekarang ni makcik,  ni pun baru sampai dari Labuan. Outstation 3 bulan dekat sana. Balik rumah pun tak lagi. Nak jumpa Aliaa. Rindu dekat dia.." terang Adil.

" Laa iyeke! Patutlah lama tak datang. Aliaa ada dalam bilik. Eh!! Tunggu sekejab ya, makcik buat air.." Adil mengangguk perlahan. Berbual kosong dengan Encik Kamaruddin. Tidak lama kemudian, Puan Asmah keluar dari dapur dengan membawa dulang berisi sejug air oren dan 3 gelas kaca. Lalu diletakan diatas meja dan menuang air oren ke dalam 2 gelas kaca dan diberikan pada Encik Kamaruddin dan Adil.

"Aliaa tengah mandi rasanya. Sekejab lagi keluarlah tu.." kata Puan Asmah.

" Rindu betul saya dekat adik. Beberapa hari ni rasa tak sedap hati pula. Ni balik terus kesini. Tak sangka pula ada makcik dan pakcik.." kata Adil.

" Kami pun baru sampai ni. Esok Faliq nak berangkat ke Jepun ada kursus katanya.." cerita Puan Asmah.

"Jepun? Berapa lama?" Adil terkejut. Berkerut dahinya.

" Seminggu katanya. Kursus kenaikan pangkat. Eh!! Faliq tak beritahu Adil ke?!" Encik Kamaruddin pula bertanya.

" Tak ada pula. Tapi bukan Aliaa tengah tunggu hari nak melahirkan ke makcik?!" Adil mula tak sedap hati.

"Iya.. Tengah tunggu hari. Dia pun selalu tak sihat. Yang dia masuk wad sebab menghidap Anemia tahap kritikal tu Adil tahu tak?!"

"Ha?? Kritikal?? Anemia?? Ya Allah..!! Bila makcik.. Demi Allah saya tak tahu apa-apa pun.." Bertambah terkejut beruk Adil.

" Dua bulan lepas. Tapi mujur cepat dapat rawatan, tahap HB darah dia terlalu rendah. Doktor cakap kalau dibiarkan mahu hilang nyawa.." terang Encik Kamaruddin.

"Astagfirullah al azim.. Kenapa boleh jadi macam tu.."

"Aliaa memang ada Anemia sebelum kahwin lagi katanya tapi dia diam-diam je. Pula tu sejak mengandung alami mabuk teruk. Salah satu faktor juga. Sekarang ni kena makan ubat tambah darah, vitamin dan kena pantau.." terang Puan Asmah lagi. Dia yang lebih mengetahui. Dia yang jaga Aliaa.

" Ya Allah..!! Patutlah dia selalu pitam, pucat. Adik.. Adikk..!!" Adil bertambah risau. Setahu dia penyakit Anemia ni kalau tak dirawat memang merbahaya dan lebih merbahaya sewaktu mengandung dan melahirkan. Memang tak tenang hatinya.

" Sabarlah Adil. Kita doakan yang terbaik untuknya.." Adil mengangguk perlahan.

"Tapi kenapa Faliq tak beritahu saya langsung. Perkara penting macam ni. Dia pun dah lama tak call saya, saya call dia tak jawab. Tak sedap hati pula." Adil kesal dengan sikap sahabatnya itu. Seperti ada sesuatu yang tak kena.

" Mungkin dia sibuk dan tak sempat kut nak beritahu. Nanti dia balik Adil tanyalah dia sendiri. Makcik dan pakcik pun tak berani nak cakap.. " kata Puan Asmah perlahan.

" Macam ada yang tak kena je makcik..!" Tanya Adil.

Tiba-tiba pintu dikuak. Muncul Faliq dengan muka yang agak terkejut apabila melihat Adil. Pucat mukanya. Entah dari mana entah dia, keluar pagi petang baru balik. Sedangkan hari ni cuti sebab esok nak terbang ke Jepun dah. Mama dan papanya pun tak tahu.

"Bila kau sampai bro?!" Faliq bersalaman dengan Adil. Adil serius dan tak senyum langsung. Berkerut pandang Faliq.

"Baru sampai.."

" Bukan kau dekat Labuan ke?!"

" Aku baru sampai dari Labuan lah ni. Terus datang kesini nak jumpa adik aku. Tak sedap hati beberapa hari ni.." jelas Adil. Faliq duduk disebelah Puan Asmah. Tersengeh-sengeh.

"Janganlah risau. Aliaa sihat je.." kata Faliq.

"Bila kau nak ke Jepun?!" Tanya Adil tegas. Berubah airmuka Faliq. Rasa bersalah pula. Dipandang mama dan papanya tapi mereka buat tak tahu je.

" Esok petang. Sorrylah..!! Aku tak sempat nak info kau. Busy sangat..!!"

" Kau nak tinggalkan Aliaa dalam keadaan dia macam tu?!"

" Bukan macam tu bro. Aku pergi pun seminggu je. Insha

 Allah sempat aku balik dia bersalin. Jangan risaulah.


Lagipun mama boleh jagakan dia.." terang Faliq.

" Kau ingat tak janji kau dekat aku Liq?!" Faliq terdiam.

" Okey tak apa bro. Ni aku boleh terima. Cita-cita kau kan, nak pangkat. Pangkat yang kau kejar ni sampai kau lupa janji kau dekat aku tapi satu perkara ni aku tak boleh nak terima. Kenapa tak info aku Aliaa masuk hospital dengan keadaan kritikal. Dia adik aku bro, aku ada hak tahu.." kata Adil, keras. Faliq diam membisu.

" Relax.. Relax Dil.. Aku minta maaf. Aku dalam keadaan kalut waktu tu. Dengan aku sibuk kerja lagi. Nak uruskan rumah lagi. Aku blurr beb.. Aku... Aku minta maaf.." tersekat-sekat suara Faliq. Puan Asmah dan Encik Kamaruddin hanya mendengar. Mereka pun tahu, Faliq yang salah. Dan sewaktu Aliaa masuk wad tu pun Faliq lewat sampai. Jenuh mereka hubungi Faliq. Alasan busy dengan meeting. Memang patut pun Adil marah Faliq.

" Makcik ke yang jaga Aliaa nanti selama Faliq tak ada ni..?!" Tanya Adil pada Puan Asmah.

"Iya.. Makcik tak sampai hati nak tinggalkan dia sorang-sorang. Risau! Tapi tak tahulah dia nak ke taknak duduk rumah makcik. Tadi dia cakap taknak.." jelas Puan Asmah.

" Dia taknak? Malam tadi Alang suruh dia duduk rumah mama. Dia okey. Kenapa dia taknak pula?!" Faliq menggaru kepala.

"Sebab dia taknak menyusahkan mama kau. Sepatutnya dalam keadaan dia macam ni. Kau berada disisi dia bukan tinggalkan dia dan kejar kerjaya. Nampak sangat adik aku ni tak penting dalam hidup kau. Antara isteri dan kerjaya. Kerjaya kau pilih kan. Tak apalah Liq..!" Pedih kata-kata Adil. Sedih!! Tercengang Faliq sampai.

" Adil.. bukan macam tu. Aku ambil peluang ni pun sebab Aliaa dan bakal anak aku. Aku nak bahagiakan mereka nanti.."

" Kau sendiri cakapkan. Kau bersyukur dengan kerjaya kau, kau ada butik,isteri dan bakal anak. Kau dah taknak kejar apalagi dah. Semua dah cukup lengkap. Jangan sampai, bila kau dah dapat apa yang kau nakkan ni. Kau lupa anak bini sudah. Sekarang ni pun,  ish!! Dah lah Liq.. Makcik Pakcik, saya minta maaf..!!" Itu yang paling Adil takutkan. Sungguh Adil memang tak sedap hati.

Tidak lama kemudian, Aliaa berjalan perlahan-lahan ke ruang tamu. Tersenyum lebar dia apabila melihat Adil. Terus saja Adil menghampiri Aliaa dan peluk cium dahi Aliaa. Rindu teramat sangat. Menitis airmata Aliaa. Terubat rindu pada abang kesayangan. Adil memimpin Aliaa duduk disofa. Sedihnya Adil melihat keadaan Aliaa. Wajah adik ditenung.

"Kenapa kurus sangat ni dik? Adik sihat tak ni?!" Tanya Adil perlahan.

"Sihat je. Mana ada kurus, dah berisi dah ni. Abang tu je yang taknak jumpa Adik. Adik call pun abang tak jawab. Abang yang lupa adik.." jawab Aliaa. Menafikan.

" Abang baru balik ni terus datang sini nak jumpa adik. Kandungan macam mana.."

" Alhamdulilah.. Okey dan sihat juga. Tak lama lagi abang dapat anak buah. Abang doakan adik selamat melahirkan ye.." Aliaa senyum. Adil mengangguk. Yang lain memerhatikan mereka saja. Adil memeluk Aliaa, menitis airmatanya melihat keadaan Aliaa yang semakin kurus. Cepat-cepat dia kesat airmata taknak Aliaa nampak. Faliq buat selamba je.

Suasana senyap sebentar. Puan Asmah juga sebak melihat Adil dan Aliaa. Puan Asmah ke dapur diikuti Aliaa. Mahu membuat kuih untuk minum petang. Encik Kamaruddin pula keluar mahu pergi kedai katanya. Tinggallah Adil dan Faliq. Senyap. Adil menekup muka dengan tangan. Sedih melihat Aliaa. Lalu, bangun dan menuju ke koridor. Kalau ikutkan hatinya mahu dibagi penumbuk padu dimuka Faliq ni. Geram sangat!! Adil duduk dikerusi. Merenung di kejauhan. Faliq mengekori. Duduk disebelahnya.

"Aku minta maaf Dil.." Faliq bersuara memecah kesunyian.

" Bagi aku jaga Aliaa sampai dia bersalin. Izinkan dia tinggal dengan aku. Aku cuti dua minggu. Biarlah aku jaga dia. Boleh?!" Pinta Adil meminta izin bagi pihak Aliaa. Serius pandang Faliq. Faliq mula rasa serba salah.

" Tapi mama yang nak jaga Aliaa.."

" Tak apa. Nanti aku bincang dengan makcik. Biar aku jaga dia, dia ada laki pun sibuk kejar kerjaya. Sanggup tinggalkan dia sorang-sorang..!" Perli Adil lagi. Menjeling pada Faliq. Tertelan liur Faliq dengar. 


 Adil meninggalkan Faliq sendirian. Dia mahu menunaikan solat asar dulu. Faliq duduk termenung. Memikirkan sesuatu. Kenapa dia jadi berubah? Kerana pangkat dan kerjaya? Ish!! Tak mungkin. Faliq seorang yang bertanggungjawab. Mana mungkin kerana kejar pangkat dia berubah macam tu. Dia amat menyayangi isterinya. Lagi pula, dia sangat excited dengan kehadiran bakal cahayamatanya tidak lama lagi. Dia yang paling happy. Atau ada sebab lain? Hmm..

Handphonenya bergetar. Whatsapp masuk. Dia cepat-cepat megeluarkan handphone dari poketnya. Membuka aplikasi whatsapp dan membacanya. Tersenyum lebar. Dan, memasukkan handphonenya semula didalam poket lalu berdiri dan berjalan menuju ke biliknya. Bernyanyi-nyanyi kecil. Happy nya hati. Sampai dibilik, handphone diletakkan diatas katil. Mengambil tuala mandi dan terus masuk ke dalam bilik air. Masih bernyanyi. Apalah yang buat dia happy.

Aliaa dengan termengah-mengah masuk dalam bilik. Duduk perlahan di katil. Mengusap-ngusap perutnya. Letih sangat. Ubat diambil dan menuang air kosong ke dalam gelas kaca. Menelan ubat. Peritnya tekak terasa kepahitan ubat. Jadi kembang tekaknya. Gelas diletakkan semula. Aliaa terasa getaran handphone si suami. Kenapa handphone ni silent? Bisik hatinya. Dia mengambil handphone Faliq dan membuka aplikasi whatsapp yang baru masuk tadi. Handphone tak berlock. Aliaa membaca whatsapp tersebut.

Terpaku kaku. Mengigil seluruh tubuhnya. Turun naik nafasnya. Dadanya jadi sakit. Sesak nafasnya.

" Allahuakhbar!! Astagfirullah Al Azim.." hanya itu yang mampu dia katakan. Airmata terus mengalir. Ya Allah!! Apa semua ini. Benarkah apa yang dia lihat dan baca ini? Kerana inikah Faliq berubah tiba-tiba? Kenapa sampainya hati Faliq lakukan begini pada Aliaa? Kejamnya? Sanggupkah?  Dia terus ambil nombor telefon itu dari handphone Faliq. Siapa gerangannya ni?  Dia kena tahu dan kena siasat? Tak apa. Sabar dulu Aliaa.. Jangan fikir negatif. Handphone diletakan semula seperti tadi.

Pintu bilik air terbuka. Faliq senyum memandang Aliaa. Mengelap rambutnya dengan tuala. Cepat-cepat Aliaa mengesat airmatanya. Aliaa membalas senyuman tawar. Faliq duduk disebelah Aliaa.

" Hai baby.. Buat apa tu?!" Faliq berbual dengan baby. Tindakbalas baby menendang perutnya dan mengeras. Berkerut Aliaa menahan sakit. Ganas juga baby ni. Aliaa senyap je. Membiarkan Faliq melayan baby.

"Abang.. !!"

" Iya.. Kenapa?!"

"Abang sayang saya?!" Tanya Aliaa.

" Mestilah sayang. Sayang kan isteri abang. Bidadari abang.." Jawab Faliq dengan senyuman manis.

" Tapi kenapa abang..." Aliaa menghentikan percakapannya. Tak perlu bertanya apa-apa lagi. Sabar.. Aliaa pujuk hati sendiri.

"Kenapa apa?" Tanya Faliq.

"Tak ada apa.. Tak apalah, saya nak masuk bilik air.." Aliaa terus bangun. Faliq tercengang. Pelik melihat Aliaa. Diperhatikan saja isterinya.  Aliaa memandang wajah sendiri dicermin. Menangis semahu-mahunya. Air paip dibuka kuat, dibiarkan air mengalir laju.

Apakah ini dugaan untuk Aliaa? Kenapa ini perlu terjadi? Kenapa Aliaa kena hadapi semua ini? Dugaan ini tak habis lagi dan datang lagi satu dugaan yang Aliaa sendiri tak pernah terfikir akan berlaku pada dirinya. Umpama,  sudah jatuh ditimpa tangga. Berat betul dugaannya. Kesihatan yang masih tak stabil dan kadang-kadang terpaksa berlakon sihat. Dan kali ini. Oh...!!

"Ya Allah!! Kuatkan semangatku, kuatkan hatiku, kuatkan fizikal mental dan rohaniku untuk hadapi segala dugaan dan ujianMu ini Ya Allah.. Kuatkanlah aku agar aku boleh hadapi semua ini dengan hati yang tenang dan redha kepadaMu. Jadikan aku hambaMu yang bergantung hidup sepenuhnya padaMu dan bukan pada manusia.. Kuatkan aku Ya Allah..!!" Doanya perlahan dalam tangisan. Aliaa membasuh mukanya. Menutupi segala tangisan. Lalu, mengambil wuduk dan mahu meluahkan segalanya pada Maha Pencipta.

Iya.. Aliaa percaya. Allah beri dugaan dan ujian diatas kemampuannya. Aliaa boleh hadapi semua ini. Yakin..! 

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.