336,401
Kategori:
Genre:
Bab 40
Aku dah sihat dah. Yeah!! Dah boleh masuk office. Happy nya aku. Sehari tak masuk office rasa macam setahun. Hahahaa.. Gila kerja betul. Seronok juga tak kerja semalam, dapat layan Dhia, suapkan dia makan, mandikan dia, pakaikan baju dia, berkejar-kejaran dengannya. Lama dah tak luangkan masa dengan anak dara aku ni. Asyik dengan Sis Tuti je. Kasihan Dhia. Sorrylah sayang.. Insha Allah lepas ni mama akan luangkan banyak masa untuk sayang mama ni ye. Kataku padanya yang masih tidur. Lena betul dia tidur, aku cium pipinya. Mama sayang Dhia..!!

Aku ambil handphone dan handbag. Dan, turun ke bawah. Sis Tuti sedang bersarapan. Nampak aku terus dia berdiri. Segan kali.

" Cikpuan mahu apa-apa?!" Tanyanya.

" Tak.. Tak.. Awak makanlah, saya nak pergi kerja.." kataku. Aku senyum.

" Eh!! Tapi Cikpuan belum sembuh?! Nanti Encik Haikal marah saya lagi.. " Tanyanya risau. Sis Tuti ni, sekejab panggil aku Cik, sekejab panggil Puan, sekejab panggil Cikpuan. Mana satu pun aku tak tahulah. Suka kaulah Tuti, jangan panggil aku makcik atau nenek sudah. Hahaa..!!

" Saya dah sihat dah. Tak apa, nanti saya bagitahu dia, jangan marah awak.. " Sis Tuti hanya mengangguk. Kasihan dia. Takut kena marah. Aku pun teruslah keluar dan memulakan pemanduan ke office.

Semangat pula aku nak masuk office hari ni. Tak sangka aku boleh tinggal di bumi Sabah ni. Dulu masa muda-muda ada hati juga nak duduk sini. Dan tak sangka jadi kenyataan. Oh bumi Sabah. Entah kenapalah aku boleh terpikat di negeri ini. Kenangan menerjah 11tahun dulu. Pertama kali jejakkan kaki di negeri ini, terus terpikat. Bukan terpikat dengan negeri ni je tapi terpikat juga dengan orangnya juga. Siapa lagi kalau bukan Zahwan. Hmm..  Zahwan oh Zahwan..!! Kenangan oh kenangan.

Ish!! Merepek pula dah. Aku sengeh sendiri. Lawak pun ada. Sampai office aku terus menuju ke bilik.

"Aliaa.. Kenapa awak masuk office? Tak sihat lagi kan?!" Terkejut aku tiba-tiba Haikal bersuara dari belakang. Tak perasan.

"Saya dah sihatlah.."

"Doktor suruh awak rehatkan?!" Aku senyum dan jalan masuk bilikku. Haikal ikut.

"Saya dah sihatlah. Lagipun saya bosan duduk rumah.."Berkerut dia pandang aku.

"Kesihatan tu penting.."

" Iya saya tahu tapi saya dah sihat. Dan, saya ada bawa ni.." aku keluarkan ubat dari dalam handbag dan tunjukkan padanya. Sengeh. Haikal menggeleng dan mengeluh. Tak boleh cakap apa dah. Bagusnya Haikal ni. Bab-bab kesihatan dan kekeluargaan semua staff sangat dijaga. Memang dia akan ambil berat. Tapi yang aku, degil. Sorry Haikal..!!

" Hmm.. Baiklah Cikpuan Aliaa.. Oh ya.. Sekejab lagi kita jumpa Encik Andy, bincang pasal projek yang uncle bagitahu tu. Dato' nak awak juga uruskan.." kata Haikal. Aku tercengang.

"Tapi kenapa saya? ."aku rasa dah pelik dah ni.

" Nanti kita bincang..!!" Aku angguk jelah. Apa sebenarnya plan Dato' ni. Kalau ikutkan ni bukan bidang aku tapi dia nak sangat aku uruskan. Dah tu pula ambil arkitek dari semenanjung pula tu. Kenapa jauh sangat. Dekat Sabah ni tak ada arkitek ke?! Peliklah Dato' ni. Hmm.. Haikal senyum. Tengok mukanya macam ada rahsiakan sesuatu je. Haikal keluar mahu siapkan kerja katanya. Aku angguk. Aku ambil semula dokumen projek yang aku perlu uruskan. Rekabentuk bangunan memang cun, tempat pun best tepi laut. Kalau bagi aku memang okey jelah. Hahahaa..!!

Aku letak semula dokumen ni. Termenung sekejab. Eh! Abang..!! Aku nak call abanglah. Kasihan abang. Rindu dia padaku. Padahal aku pun rindu dia juga. Aku ambil handphone, mencari nama abang di phonebook dan menghubunginya. Dua tiga kali aku cuba hubungi. Abang tak jawab. Sibuk kut. Tak apa,cuba sekali lagi.

" Assalammualaikum.. Adik..!!" Ya Allah rindunya dekat abang. Senyum lebar aku dengar suara abang.

" Waalaikumsalam.."

" Adik dekat mana ni? Kenapa lari macam ni? Abang risau dik.. Tahu tak abang rindu adik.." Sedihnya dengar suara abang. Airmata menitis.

" Adik minta maaf abang. Adik tak boleh bagitahu mana adik sekarang. Adik belum bersedia.."

"Adik.. Janganlah macam ni. Adik balik ye.. Abang boleh jaga adik dan Dhia.. Balik ye.!"abang pujuk aku lagi.

"Abang.. Adik akan balik nanti.. Adik perlukan masa.." jawabku lagi. Sedihnya..

" Abang tahu apa adik rasa. Abang taknak Adik terus macam ni.."

" Abang percaya dekat adik kan.. Adik perlukan masa.. "aku ulang semula. Minta abang faham situasi aku. Aku terpaksa. Aku memang belum sedia nak jumpa sesiapa. Maafkan adik abang..

" Tak apalah. Abang faham. Adik dan Dhia macam mana? Adik sihat kan? Dhia?" Akhirnya abang mengalah juga.

" Alhamdulilah.. kami disini sihat.  Abang jangan risau ya.. Adik masih ada di Malaysia. Tak jauh pun, masih dekat dengan abang.." kataku. Masih tetap tidak bagitahu lokasiku.

"Syukurlah dik. Adik tolonglah jangan berdiam terus. Jangan tukar nombor, jangan buat abang risau macam ni lagi..!"

" Maafkan adik.. Adik tak tukar nombor, insha Allah masih nombor ni. Cuma adik block je nombor semua. Sebab adik taknak diganggu. Adik nak menyendiri. Nak cari kekuatan. Nak bangkit dari kejatuhan. Abang faham kan situasi adik sekarang.." jelasku.

" Iya sayang.. !! Abang faham sangat. Abang pun dah kecewa sangat dengan Faliq. Sangat kecewa. Sampai hati dia buat adik abang macam ni.." keluh abang.

"Abang.. Janganlah marah dia. Semua ni berlaku mesti ada sebab. Lagipun adik taknak persahabatan abang terjejas kerana adik.."

" Dia dah buat adik menderita macam ni. Tak kan nak biar je dik. Abang tak boleh terima. Tak kisahlah sahabat ke apa ke. Kalau dah melampau macam ni. Abang rela tak ada sahabat macam tu.." Abang betul-betul marah dan kecewa. Aku tak boleh cakap apalah.

"Adik redha.. Kalau ini dah suratannya.."

"Dahlah. Abang taknak adik cakap lagi pasal dia. Biarkanlah dia. Allah akan balas segala-galanya. Abang percaya dekat adik. Abang tahu adik kuat, kuat hati, kuat semangat. Kuatlah demi Dhia dan kuatlah kerana Allah. Abang nak adik happy dengan Dhia.." Airmata masih mengalir. Nasihat abang buat aku bertambah semangat dan kuat.

" Terima kasih abang.. Adik hanya ada abang dan Dhia je. Abang jangan risau pasal kami ye. Adik dekat sini okey je. Nanti sampai masa, adik akan info mana lokasi adik ya.. Maafkan adik..!!"

"Tak apalah. Adik dah call abang ni pun. Abang dah dengar suara adik pun dah cukup bersyukur dah. Abang hanya tunggu adik call, selagi adik tak call, abang tak tenang. Jaga diri baik-baik ye sayang. Jaga Dhia baik-baik. Jaga kesihatan.." sebak hati abang.

" Insha Allah abang.. !! Adik rindu abang..!!" Tersekat-sekat suara aku menangis. Abang pun sama. Sedih sangat!!

Hanya abang saja yang tahu perasaan aku. Yang memahami aku. Kasihan abang. Kecewa dengan sahabat sejati. Tapi sekarang dah tak sejati lagi. Hati abang betul-betul hancur. Apa abang rasa sama seperti aku rasa. Kecewa dan hampa. Tapi aku lagi kecewa, lagi hampa, lagi hancur hati dan lagi luluh hati. Aduhaiii... Tak dapat nak diluahkan dan tak mampu nak diluahkan. Pendam simpan jelah dalam hati.

Aku kesat airmata. Semua nombor telefon yang ku block ku unblock semula. Nombor telefon mama, papa, Angah. Aku tahu mereka mesti risau, mesti cari aku dan mesti rindu aku. Aku tak boleh terus macam ni. Aku kena kuat. Tak apalah. Aku kena hadap semua ni aku tak boleh lari dari masalah. Makin laju nanti masalah kejar. Tak apa Aliaa.. Kau kuat, kau boleh. Kata hatiku. Aku dah call abang. Aku dah tenang. Sekarang ni, sumber kekuatan aku hanya abang kandungku dan anakku Dhia.

Tit.. titt..!! Bunyi whatsapp ni mematikan kesedihan aku. Aku terus je baca. Huh!! Tak ada orang lain ke nak whatsapp aku. Asyik kau je. Tasya.. Tasya.. Tak apa. Tengok jelah apa lagi dia nak sakitkan hati aku. Laaa... Hantar gambar je. Alaa setakat gambar makan berdua dengan laki aku je pun. Sikit pun tak hairan. Aku gelak dan geleng kepala. Baru nak letak handphone. Ada lagi whatsapp darinya. Perempuan ni dah tak ada kerja agaknya. Kasihan..

" Happy nya hidup kami. Thanks Aliaa bagi laki you dekat i.." Amboii ayat dia. Hey perempuan. Nak balas ke tak ni ek. Apa aku nak kenakan dia. Arhh!! Malaslah layan. Biarlah dia. Kalau aku layan makin poyo lah dia. Abaikan jelah.

Aku pun terus letak handphone di tepi laptop. Beberapa fail didepan mata

ku semak satu persatu. Report bulanan. Tak lama, Haikal masuk ajak jumpa Encik Andy. Kontraktor katanya. Entah aku pun tak tahu sangat. Ikut jelah. Aku dan Haikal jalan bersama menuju ke kereta. Naik kereta dia. Boleh tahan mamat ni. Duduk di Sabah seorang diri. Family dekat KL. Pergi kerja, balik kerja. Nak kata enjoy, tak pula aku tengok dia kuat enjoy. Kuat bekerja juga. Umur dah meningkat tapi kahwin tak fikir lagi. Bila aku saja mengusik, tanya bila nak kahwin. Dia jawab. Belum ada jodoh. Simple je jawapan. Sanggup dia tinggal di sabah ni untuk jalankan bissness pakciknya. Tenang je hidupnya.

"Haikal.. Saya nak tanya boleh?!" Aku menoleh padanya.

"Tanyalah. Kenapa?"

"Kenapa awak kerja dekat sini dan tinggal dekat sini?! Dekat KL pun kerja melambak kut kan. Atau kekasih awak orang sini yee..!!"  Saja aku nak tahu. Haikal senyum je.

" Awak ingat saya duduk sini semata-mata sebab perempuan ke?! Sorry lah.. " jawabnya.

"Iyalah.. Mesti ada sebab kenapa. Tapi biasanya lelaki yang nak duduk sini mesti sebab perempuan. Perempuan Sabah kan cantik-cantik. Kan.. kan...!!" Saja aku mengusik.

"Haahahaa..!! Dah agak dah. Mesti awak fikir saya macam tu kan.." dia gelak.

"Iyalah.. Sebab sebelum ni yang uruskan Pearl Holding ni share partner Dato'. Hmm.. Siapa namanya ek. Lupalah.. Dulu saya selalu berurusan dengan dia.." aku cuba mengingati.

" Untuk pengetahuan awak, share partner uncle tu adalah Daddy saya. Daddy saya kan sakit, jadi sayalah pengganti.."  Terkejut aku dengar. Tercengang.

"Laa iyeke.. !! Sorry.. Saya tak tahu.." Haikal senyum.

"Tak apa..!! Sekarang ni saya pula nak tanya awak. Tapi personal sikit. Boleh?!" Pula dah. Bertukar-tukar tanya pula.

"Okey.. tanyalah.."

" Awak dengan suami awak macam mana? Maksudnya.. masih bersama atau dah berpisah.." Aku terdiam dan senyum. Kenapa dia tanya soalan ini. Aduhaii..

" Entahlah.. Saya pun tak tahu.." jawabku ringkas. Angkat bahu.

" Tak tahu?! Peliklah awak ni.."

" Apa pelik..?!"

"Iyalah.. Sorry tau. Saya bukan nak campur tapi saya rapat dengan Erisya dan uncle. Mereka memang cerita semua. Dan amanahkan saya jaga awak dekat sini. Takkan awak nak diamkan je. Awak ada hak Aliaa.." katanya. Pertama kali selama kami kenal ni dia tanya personal aku. Aku senyum.

" Saya tak tahulah. Saya malas nak fikir. Sekarang ni saya nak happy dengan Dhia dan hidup saya sendiri. Cukuplah.. "jawabku selamba.

"Tapi tak boleh macam tu. Kasihan Dhia dan kasihan awak juga. Kalau dia betul taknak awak. Kenapa taknak lepaskan. Kenapa perlu seksa awak dan Dhia macam ni. Saya tak fahamlah kenapa dia tak hargai isteri dia ni.  Awak semua ada. Cantik, baik, bekerjaya, masak pandai, berniaga pandai, buat kek, menjahit semua pandai. Apa yang kurangnya" Aku terdiam.

"Yang awak nampak tu mata kasar je tapi banyak kelemahan saya sebenarnya.." aku merendah diri.

" Setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan. Sorry Aliaa..!!" Sambungnya.

" Tak apa. Saya okey je..!" Aku senyum.

" Kalau dia dah taknak awak. Saya dengan seikhlas hati sepenuh jiwa. Boleh terima awak seadanya Aliaa.. " Terkejut.. Terkejut.. dan sangat terkejut mendengar pengakuan itu. Terpaku seketika. Aduhaii.. Satu lagi hal.

"Haikal.. Jangan macam ni. Saya datang sini saya nak kerja. Nak cari rezeki. Saya taknak tambah dosa saya dan tambah dosa suami. Saya masih isteri orang.." kataku.

"Iya saya tahu. Maafkan saya.. Maafkan saya ya..!! Hmm.. Kita lupakan ya.. Maafkan saya..!!" Dia jadi bersalah. Takut aku ambil hati kut. Aku hanya angguk dan senyum.

Tak berani nak komen apa-apa. Biarlah.. Orang yang tahu kes aku ni mesti bersimpati. Tapi yang tak tahu pasti akan menyalahkan aku. Biasalah.. Kalau ada problem antara suami isteri. Mesti si isteri yang dipersalahkan. Macam-macam dikatanya. Tapi pedulilah orang nak cakap apa.

Hmm.. Andai memang ditakdirkan aku tiada jodoh lagi bersama Faliq. Bukan bererti aku mudah untuk aku terima mana-mana lelaki. Kecewa aku kerana lelaki. Hancur hatiku kerana lelaki. Patah hatiku juga kerana lelaki. Pintu hati, ku tutup serapat-rapatnya untuk lelaki. Tiada sikit pun ruang.

Maafkan aku.. Maafkan aku..!!

Previous: Bab 39
Next: Bab 41

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.