336,472
Kategori:
Genre:
Bab 7
Aku hanya berdiam saja. Langsung tak bersuara apa-apapun. Dia tanya sepatah kata aku jawab sepatah juga. Dia tanya sepuluh patah kata pun aku jawab tetap sepatah juga. Entahlah. Rasa kecewa sungguh menebal. Lagi-lagi dalam keadaan emosi yag sangat sensitif ni. Teman aku hanya airmata dan airmata. Harap-harap baby ni jangan kuat emosi sudahlah nanti. Huhu..!!

Aku dah bersiap tunggu abang aku diruang tamu. Duduk menonton tv. Faliq?! Entahlah. Tengah bersiaplah kut. Tak ada mood mahu tahu. Biarlah apapun yang terjadi, aku akan tanggung sendiri. Tanpa mengharap dia lagi. Aku kena buka mata, buka hati dan aku kena terima yang suami aku curang padaku. Hatinya bukan untukku seorang, bukan untuk isterinya ni seorang tapi hatinya ada seorang lagi wanita. Ah!! Lelaki.. Aku nekad. Aku kena kuat dan tak boleh patah semangat kerana kecurangannya. Aku mesti bangkit.

Sekarang ni Allah tunjukkan padaku segala kecurangannya walau sekadar bercinta tapi mungkin satu hari nanti tiba-tiba aku dikejutkan pula dengan perkahwinannya pula. Siapa tahu? So, aku kena bersedia hadapi segalanya. Kena bersedia kuatkan  mental dan rohani aku agar terus kuat dan kuat hadapi dengan tenang.

Apa aku kisah. Aku akan ada anak, aset aku dunia akhirat. Kerja?! Aku tak risau dengan kerja. Bila-bila masa keluarga angkat aku boleh terima aku kerja semula di office Dato' Hamid. Mereka pun nak sangat aku kerja semula. Rumah? Aku dah ada rumah pun. Abang bagi rumah kami tu pada aku memandangkan abang dah beli rumahnya sendiri. Apalagi aku nak fikir. Suami? Tak apalah kalau dia nak si Tasya tu. Aku redha!! Kalau dia betul sayang aku dan anak ini. Pasti dia akan berubah dan tidak curang lagi. Tapi.. Hmm.. Entahlah. Tunggu dan lihat jelah. Malas nak fikir.

Rasa sakit hati, rasa kecewa ini hanya Allah je yang tahu. Sampainya hati suami. Sabar Aliaa.. Sabar..!! Kau boleh, kau isteri yang kuat. Allah sentiasa bersamamu Aliaa. Kau tak keseorangan. Kata hatiku.

"Sayang..!! " Lamunan aku terhenti apabila Faliq memanggil namaku dan terus duduk disebelahku. Aku tanpa buang masa terus bangun mahu meninggalkannya. Tanganku dipegang, aku tepis perlahan dan senyum. Lalu terus menuju ke dapur. Aku mengambil gelas dan menuang air suam. Ku tebuk segelas air hingga habis. Kemudian, kucuci gelas dan letak ditempat pengering. Bila aku pusingkan badan je, Faliq berdiri betul-betul berdiri hadapanku. Tanganku dipegang dan digenggam erat. Memandang wajahku dengan pandangan redup. Muka bersalah. Tapi aku tunduk pandang lantai. Maaf suami.. Hatiku kau sakiti!!

" Sayang..! Abang minta maaf. Abang tahu abang salah. Maafkan abang ya?" Minta maaf?? Aku senyum sinis.

"Mudahnya abang minta maaf dan minta dimaafi. Hati sayang ni macam mana?!" Aku lepaskan pegangannya.

" Sayang.. Abang tetap ada sayang seorang je dalam hidup abang.." katanya.

" Tak abang..!! Dalam hidup abang bukan ada sayang seorang tapi ada Tasya. Maaf abang. Maaf..!!" Aku terus meninggalkannya dan berjalan ke ruang tamu.

" Ya Allah sayang. Demi Allah.. Dalam hati abang, dalam hidup abang cuma ada sayang je. Hanya ada Aliaa Sofea. Bukan dia.." Faliq mengekori aku.

" Kalau dalam hati dan hidup abang hanya ada Aliaa Sofea je. Kenapa perlu ada Tasya juga?!" Aku pandang tepat pada matanya. Dia terdiam.

" Dia kawan je. Tak lebih..!!"

"Kawan? Tak lebih?!! Hahahaa.." aku gelak.

" Dahlah abang. Sayang malas nak gaduh. Kalau abang cakap Tasya tu musuh ke apa ke tapi dalam hati ada perasaan sayang padanya. Tak guna pun. Dia pun sayang abang. So, tak ada istilah kawan. Sayang bukan bodoh.." Aku hanya mampu senyum. Aku taknak stress. Dengan beri senyuman, aku masih rasa tenang.

"Oh ya lupa nak cakap. Saya harap biarlah kecurangan abang ni cuma kita berdua je yang tahu. Janganlah sampai mama, papa dan abang sayang tahu. Sayang tak sampai hati dan tak sanggup nak tengok mereka kecewa kerana sikap kecurangan anak kesayangan mereka sendiri. Sayang harap abang faham!" Kataku.
Faliq hanya mendengar. Langsung tak bagi apa-apa respon. Entahlah. Memang benarlah kut dia juga menyayangi Tasya. Hmm.. Lelaki!!

"Sayang.. ! "


"Dahlah abang.. Sayang taknak dengar apa-apa lagi dah. Taknak kusutkan kepala dengan semua ni. Lebih baik sayang fikir baby yang nak keluar tak lama lagi ni. Hanya baby yang faham apa yang sayang rasa. Maafkan segala salah silap sayang selama ni.." sambungku perlahan.

Faliq menekup muka dengan tapak tangannya. Aku buat tak tahu je. Tak lama kemudian, abang aku sampai. Happy nya aku dan buat-buat happy depan abang walaupun dalam hati meraung sebenarnya. Bermulalah episod lakonanku dihadapan mereka. Bolehkah nak berlakon bahagia sedangkan dalam hati sedang berduka? Bolehkah aku sentiasa tersenyum sedangkan dalam hatiku menangis? Aku lemah terasa seperti down sangat tapi aku kena kuatkan juga untuk bangkit dan terus berjalan. Demi anak ini. Iyaa!! Demi anak dalam kandunganku ini.

" Adik okey?!" Tanya abang.

" Okey!" Jawabku yakin dan senyum. Abang pandang aku sayu dan kemudian pandang Faliq pula. Abang seperti merasai sesuatu. Tapi aku cuba tarik perhatian abang dari terus bertanya.

" Mak Long dah sampai ke abang?!"

" Belum. Tadi abang call. Katanya on the way.." jawab abang, aku hanya mengangguk.

" Liq.. Aku bawa adik aku tinggal dengan aku ni. Aku harap kau izinkan seikhlasnya.."

"Iya.. Insha Allah jangan risau. Tolong jagakan dia baik-baik. Aku sayang dia, sayang sangat-sangat. Aku sayang anak aku juga.." kata Faliq. Mata pandang padaku. Tapi aku buat tak tahu je.

" Insha Allah..!!" Jawab abang. Abang menoleh padaku dan agak pelik jugalah tengok aku buat selamba je. Aku balas dengan senyuman. Kami banyak berdiam je. Tak mesra seperti biasa. Aku layan tv je. Faliq buat muka bersalah dan muka sedih je. Asyik pandang muka aku je. Aku tak ada mood nak balas pandangan dia. Entahlah.. Nak pandang mukanya pun rasa macam kecewa sangat. Pedihnya hati ini!

Mama dan papa muncul. Senyum mereka melihat kami. Memandangkan jam sudah menunjukan ke angka 4, jadi tanpa buang masa kami terus beredar menuju destinasi masing-masing. Tapi sebelum kami berpisah arah tadi. Aku dan Faliq berbual sebentar sambil berjalan ke kereta.

" Sayang jaga diri baik-baik ya. Jaga kesihatan dan jaga baby baik-baik. Berat hati abang nak tinggalkan sayang. Abang minta maaf.." Berat hati konon tapi sebenarnya tak sabar nak tinggalkan aku. Psiko lebih.

" Apapun, sayang ni isteri yang tak sempurna. Mohon ampun dan maaf dan mohon keredhaan dari abang. Halalkan makan minum, tempat tinggal dan segalanya. Andai sesuatu terjadi pada sayang saat melahirkan nanti harap abang redhakan pemergiaan sayang.." kataku meluah rasa.

" Kenapa cakap macam ni sayang.. Tak baik!!"

" Jodoh maut, ajal pertemuan ditangan Allah. Sayang cuma cakap andai je.. " aku senyum padanya. Wajahnya sayu je. Aku salam dan cium tangan suamiku. Dia memeluk aku dan mencium dahiku. Berkaca juga matanya tapi untuk apa. Berlakon mungkin. Padahal hati berkobar-kobar nak pergi bersama Tasya. Ingat aku tak tahu. Tak apalah..

Aku bersahaja. Alhamdulilah.. Aku langsung tak menitiskan airmata. Aku hanya tersenyum dan tersenyum. Kekuatanku adalah dari kandunganku ini. Dari anak ini. Mama dan papa pun, bertubi-tubi pesanannya padaku supaya jaga kesihatanlah jaga dirilah. Macam-macam lagi. Dah macam aku pula yang nak pergi jauh padahal balik rumah abang je kut. Punyalah risau mereka. Nampak tak betapa sayangnya mereka padaku. Bayangkan kalau mereka tahu Faliq kecewakan aku. Sudah tentu mereka berganda-ganda kecewanya pada Faliq kerana buat menantu kesayangan mereka ni kecewa. Hihii..

Aku melangkah masuk ke dalam kereta abang. Abang meletakan beg pakaianku di seat belakang dan kemudian terus masuk. Enjin kereta dihidupkan. Abang memulakan pemanduan. Mama melambaikan tangan kearahku dan aku membalas. Faliq hanya perhatikan aku. Senyum sayu mukanya. Aku senyum sikit je dan terus pandang ke hadapan.
Betullah orang cakap, bila hati disakiti oleh insan yang kita sayang. Nak pandang mukanya pun rasa seperti.. Hmm.. Okey tak apa!!. Hakikat..

" Abang.. Adik nak makan sate.." kataku memecah kesunyian. Dari tadi senyap je. Mesti abang ingat aku tengah sedih kut tu yang dia taknak ajak aku berbual.


" Sate? Petang macam ni mana ada dik. Malam nanti boleh, nanti abang beli 50 cucuk adik makanlah sorang. Okey?!" Jawab abang.

" Amboii.. Perli nampak. Okey malam pun malamlah.."aku sengeh.

" Hahahaa.. Mana ada perli. Dah adik hantu sate kan. Kalau dulu 30 cucuk sorang makan boleh habis. Ni kan dah berdua. Jadi, abang up lah lagi 20 cucuk. So, semua 50 cucuk. Betul tak?!" Abang gelak. Aku pun ikut gelak.

" Tak teragak-agak tu 50 cucuk. Hahaha.. " Gelak besar kami. Happy aku. Lupa segala kedukaan dalam hati.

" Tak sabar nak jumpa Mak Long. Rindu sangat dengan Mak Long.. " luahku.

" Kejab lagi sampailah tu Mak Long. Eh!! Esok adik ada appointment dengan doktor kan?!" Tanya abang.

" Haa.. Jam 9.00pagi. Abang temankan adik tau. Adik harap darah adik semuanya okey. Minggu lepas doktor cakap, kalau darah masih tak naik juga. Adik kena masuk wad.." kataku perlahan. Buat muka kasihan.

" Insha Allah semua akan okey! Ubat kena makan jangan lupa. Nasi kena makan. Itu penting.. Abang tahu adik abang ni kuat.." abang senyum bagi semangat padaku.

" Insha Allah abang..!!" Aku balas senyuman abang. Hanya abang tempat aku mengadu, yag tahu hati perasaanku. Yang tak pernah sakiti hati aku. Yang jaga aku sehabis baik walaupun aku dah bersuami. Tapi kenapa suami aku sendiri tak faham hati perasaanku? Kenapa suami aku sakiti hatiku? Kenapa suami aku curang? Sedih berganda-ganda. Huwaaa!!!

Sabar Aliaa.. Kuatkan iman, kuatkan semangat. Jangan pernah mengalah. Jangan pernah putus asa. Teruskan bangkit dan melangkah. Kau ada Adil, ada Mak Long dan Pak Long dan kau masih ada Mak dan ayah mertua dan ipar-ipar yang menyayangi kau. Biarkan Faliq. Mungkin dia tersalah langkah hingga terjebak pada cinta terlarang. Bagi dia ruang dan peluang. Kemungkinan bila kau sudah melahirkan cahayamata untuknya nanti. Dia akan sedar dan lebih menghargaimu. Percayalah.. Manusia.. Tak lari dari melakukan kesilapan. Dan apabila dia mulai sedar dan mulai menyesal itu adalah yang terbaik. Tapi jika dia tidak pernah untuk sedar dan menyesal. Itu lelaki tak siuman namanya. Berdoalah dan terus berdoa. Semoga segalanya kembali terjalin. Doa seorang isteri yang teraniaya itu terkabul. Doalah yang baik-baik. Insha Allah.. Allah akan bagi yang baik-baik juga.. Sabar..!!

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.