336,429
Kategori:
Genre:
Bab 37
Malam tu aku rasa tak sedap hati. Berdebar-debar je. Fikiran ni asyik memikirkan Faliq je. Apa agaknya yang Allah nak tunjukkan padaku. Apa lagi yang Faliq dah lakukan. Ish!! Aku taknak fikir bukan-bukan. Aku taknak negatif dan bersangka buruk pada suamiku. Aku taknak tapi perasaan ini seolah-olah ingin memberitahu sesuatu. Perasaan yang sama aku rasa ini sewaktu mengetahui kecurangan Faliq dulu. Ya Allah!! Apa pun yang Kau mahu tunjukkan, berikanlah aku ketabahan hati agar aku tetap terus punyai kekuatan untuk hadapi. Aku menarik nafas dalam sedalam-dalamnya dan menghembuskan perlahan-lahan. Ku ulang lagi.

Aku selimutkan Dhia yang sedang lena dibuai minpi. Ku cium pipinya, mukanya, dahinya. Sayangnya dekat Dhia ni. Aku peluk dia, peneman hidupku. Dan aku terlelap.

Disatu majlis, aku tak pasti majlis apa dan aku tak tahu macam mana aku boleh berada dimajlis itu. Ramai tetamu. Aku berjalan perlahan seorang diri masuk ke sebuah rumah besar melalui karpet merah yang dihiasi bunga-bunga indah dikanan kiri. Aku jalan, jalan dan jalan sehinggalah aku terpaku memandang pelamin tersergam indah. Dipenuhi bunga-bunga yang amat cantik. Sepasang mempelai berdiri berpelukan memandang sesama mereka. Tersenyum bahagia. Hatiku berdebar-debar terus menghampiri mempelai itu. Dari sisi, ku lihat seperti ku kenal wajah itu, dengan langkah perlahan aku menghampiri. Hati semakin berdebar bagai mahu gugurjantung. Aku memberhentikan langkah. Kedua mempelai terus menoleh memandangku dengan senyuman bahagia. Seakan mengejekku. Aku terpaku kaku, tiada kata-kata. Hanya airmata yang mengalir. Ya Allah..!! Apa semua ini? Benarkah apa yang kulihat ini? Sampainya hatimu.. Sampai hatimu wahai suami.. Allahuakhbar! Aku menangis dan menangis semahu-mahunya. Aku terduduk terpaku kaku. Betapa kecewanya, betapa hancurnya hati. Dua mempelai ketawa besar, Faliq dan Tasya ketawakan aku!! Hahahahahaha!!!

Aku terus terjaga dari tidur. Berpeluh-peluh sampai. Astagfirullah Al Azim.. Subhanallah.. Allahuakhbar..!! Aku bermimpi rupanya. Aku tarik nafas dalam. Pejam mata mencari kekuatan diri. Fuh!! Sampai bawa ke mimpi. Aku tengok jam, tepat tiga pagi. Aku turun dari katil dan melangkah ke bilik air. Sebelum tu aku ambil tuala mandi, dan handphone berbunyi. Tapi cuma missed call saja. Eh!! Siapa pula missed call ni. Kemudian, whatsapp masuk. Hatiku berdebar-debar. Dengan perasaan berkecamuk aku ambil handphone dan duduk di katil. Aku membuka aplikasi whatsapp. Nombor tidak ku kenali. Siapa ni? Bagi gambarlah pula. Okey..

Airmata aku terus mengalir melihat gambar tersebut. Menggigil seluruh badan. Ya Allah..!! Inikah yang Allah mahu tunjukkan padaku? Inikah? Adakah mimpiku tadi ada kaitan dengan gambar ini? Kenapa Faliq? Kenapa sampai hatimu lakukan ini lagi padaku. Runtuh jantung, luluh hati. Baru aku rasa kerinduan padamu. Baru aku rasa mahu berbaik denganmu tapi ini yang terjadi. Hampa, kecewa yang amat,amat dan teramat kecewa. Hatiku kau patah-patahkan. Kau robek-robekkan. Kau tikam-tikamkan hingga tiada secebis pun yang tinggal. Aku kuatkan melihat semula gambar itu, amat pedih. Tak apa, kutahan. Ku lihat tarikh gambar ditangkap. Iya tarikh dan masa ini, hari ini,waktu ini.

Aku memejamkan mata, menangis dan menangis. Hati isteri mana yang tidak menderita melihat gambar suami berpelukkan dengan kekasih gelap tanpa berpakaian. Dengan kekasih gelap yang hanya berpakaian tidur sahaja. Luluh hatiku.

Wahai suami.. Kenapa sanggup buat aku macam ni. Aku isterimu. Sampainya hatimu. Aku lembutkan hatiku untukmu. Aku tunggu kau hubungiku tapi tiada satu pun khabar. Aku cuba menghubungimu tapi mana hilangnya kamu wahai suami. Aku menghampirimu tapi engkau menjauhiku. Aku mengejarmu dengan buang segala kesakitan tapi engkau berlari meninggalkanku. Kau pergi bersamanya. Aku kau tinggalkan dengan menagih secebis kasihmu. Kau campak kasih sayangku ketepian. Kau buang rasa rinduku dilautan dalam. Ya Allah..!! Tabahkan aku.. kuatkanlah aku!!

Airmata terus mengalir dan mengalir. Betapa tidak dapat menanggung kesedihan ini. Kesakitan ini bertambah parah. Oh hati!


Masih dengan airmata. Aku melangkah lemah ke bilik air. Membersihkan diri dan mengambil wuduk. Aku bentang kain sejadah, aku menyarungkan telekung ke tubuhku. Aku menunaikan solat sunat taubat dan solat sunat tahajjud. Aku nak mengadu pada Allah, aku nak luahkan segala-gala kesakitan ini. Aku nak minta kekuatan dariNya. Iya.. Aku kembali lemah. Hanya padaMu tempatku mengadu. PadaMu yang Maha Memahami hatiku.

Selesai solat, aku kembali baring di tilam. Airmata masih lagi mengalir. Kenapa taknak berhenti airmata ni, kenapa laju sangat ia keluar seperti air paip. Sudahlah!! Kata hatiku yang juga tidak sanggup melihat diri sendiri menangis dan terus menangis hingga bengkak mata. Menanggung penderitaan seperti ini. Sudahlah makan hati berulam jantung pada si suami. Menahan rindu yang tidak terubat dan pula menderita melihat perlakuan tak senonoh mereka. Sampai bila ini harus terjadi padaku. Sudah-sudahlah. Cukuplah segalanya. Aku dah penat, aku dah tak larat dengan semua ni. Tolonglah aku Ya Allah..!! Hapuskan segala kesakitan ini.

Sampai ke subuh airmataku menemani. Selepas solat subuh, sambung lagi menangis. Memang tidak pandai berhenti airmata ini kali. Ah Sudah!! Lama-lama aku rasa badan menjadi lemah, kepala menjadi pening, rasa seram sejuk je badan. Bersin pula.. Sah nak demam ni. Pula dah. Mungkin tekanan kut. Terkejut lihat gambar tadi terus demam. Huhu..!!

Aku bangkit dan turun kedapur. Sis Tuti sedang sediakan sarapan. Aku ambil panadol di dalam laci khas segala ubat-ubatan disitu. Aku telan dua biji panadol actifast.

" Cik Aliaa ngak sihat?"tegur Sis Tuti dengan loghat Indonesia nya.

"Iye.. Tak sedap badan pula. Saya nak rehat, nak tidur kejab." kataku sambil memicit-micit kepala.

" Iyalah.. Cik Aliaa rehatlah. Jangan stress nanti makin parah" risaunya dia. Aku senyum.

" Nanti awak tolong uruskan Dhia macam biasa ya..! "

" Iya iyalah Cik Aliaa, sudah kerja saya kok urus anak Dhia.." aku senyum lagi.

" Saya naik atas dulu ya.." aku terus bangun dan naik ke bilik. Dhia masih lena lagi. Aku tak risau sangat dengan Dhia. Walaupun masih kecil Dhia dah pandai berdikari. Bangun tidur terus turun bawah cari Sis Tuti, Sis Tuti mandikan dia. Tapi pilih baju dan pakai baju dia sendiri. Bijak anak aku. Sangat memahami mamanya. Anak oh anak!!

Aku melabuhkan badan dikatil. Pejam mata. Tapi masih tak dapat tidur. Lemah badan, sakit kepala. Aduhai.. Nilah akibat terlalu banyak menangis. Sedih!! Ni rasa macam memang tak larat nak masuk office. Aku capai handphone dan menghubungi Haikal.

" Haikal.. Sorry ganggu..!!"

" Taklah.. Kenapa Aliaa? Awak tak sihat ke? Lain macam suara ni.." tanyanya.

" Iya.. Demam sikit kut. Rasa tak dapat nak masuk office hari ni. Tak larat..!" Aku bersin, suara jadi sengau.

"Laa.. Dah makan ubat tak ni?"

"Dah.. Baru makan panadol"

"Tak apa awak rehat dulu. Nanti dalam jam 9.00pagi saya ambil awak dan hantar awak ke klinik ya. Awak okey tak ni?!" Katanya. Nada risau.

" Awak uruskan je kerja . Pagi ni ada appointment kan.. Saya okey, tak apa. Nanti saya pergi klinik sendiri.." jawabku. Taknak menyusahkan dia.

"Aliaa.. Dengar ni. Nanti saya ambil dan hantar awak. Jangan pergi sendiri. Kalau apa-apa terjadi dekat awak nanti, macam mana?! Tak pasal-pasal saya kena marah dengan uncle. So, awak tunggu saya ya..!!" Katanya tegas.

" Baiklah.. Saya rehat dulu.. Bye!!"  kataku mengakhiri perbualan. Talian kumatikan.
Ku letak handphone ditepi bantal. Aduh peningnya kepala. Rasanya dah lama tak demam. Sekali demam memang betul-betul tak larat. Bersin tak sudah-sudah. Masalah betul lah. Handphone berbunyi bep. Tanda whatsapp masuk. Aku capai handphone dan baca whatsapp. Dari Zahwan.

" Morning cute..!! Sekejab lagi nak terbang ke KL. Jaga diri baik-baik ya. Bye..!!" Laaa.. itu je nak info. Lebih baik tak payah. Aku dah tahu pun. Hmm.. Ni kalau bekas isteri Zahwan tahu ni, mati aku. Macam mana aku nak info Zahwan supaya jangan hubungi aku lagi ek. Peninglah.. Satu masalah tak settle, tambah lagi satu masalah datang. Ni bukan silih berganti dah ni tapi masalah yang bertimpa-timpa.


Ibaratnya sudah jatuh ditimpa tangga. Iyalah kut. Aku cuba lagi tidur. Hmm.. Langsung tak dapat tidur. Tapi kepala dah kurang sakit sikit. Aku tengok jam, 8.30 pagi. Aku bergegas ke bilik air. Mandi dan bersiap. Sekejab lagi Haikal datang nak bawa aku ke klinik. Aku sarung tudung dikepala dan pakai sweater. Sejuk macam disalji je ni. Dhia masih lena tidur. Aku terus turun kebawah. Menunggu Haikal. Baru je nak duduk. Kereta dia dah muncul depan rumah. Dia ni memang menepati janji. Kalau cakap jam 9, memang tepat jam 9 muncul. Hebat..!! Bukan mudah cari lelaki yang menepati masa ni.

Aku melangkah lemah menuju ke keretanya. Haikal menunggu aku dikereta. Senyum manis dia padaku. Lalu, membukakan pintu untukku.  Dia memulakan pemanduan. Menoleh padaku. Aku menyandarkan kepala diseat. Kepala sakit lagi. Aku pejamkan mata.

"Awak okey?!" Aku membuka mata kecil dan senyum paksa.

"Okey!!" Jawabku ringkas.

" Risau saya tengok keadaan awak ni. Kenapa muka awak jadi pucat, jadi kuning macam ni.." tanyanya lagi. Berkerut dahi. Simpati.

"Iya.. Memang saya macam ni " aku senyum.

"Hmm.. Bayangkan kalau awak sorang-sorang dekat sini. Awak sakit macam mana Aliaa. Ni mujur ada saya. Awak kerja kuat sangat. Saya perhatikan je. Siang awak masuk office, kalau busy sampai tak makan. Balik kerja awak masuk kedai sampai malam. Tu saya tak tahu makan ke tak. Sampai sakit macam ni. Saya risau tahu tak?!" Katanya jujur. Aku jadi terharu pula. Selama ni dia diam je, pendiam je tapi rupanya dia perhatikan aku.

" Haikal.. Janganlah risau. Saya dah biasa. Sejak belajar lagi memang saya sorang-sorang pun. Semua saya sendiri.." jawabku.

" Iya Aliaa.. Memang dulu awak sendiri tapi sekarang awak dah ada anak. Macam mana awak nak urus diri sendiri, urus anak lagi kalau tak sihat macam ni. Maaf saya cakap.. Awak ada suami, tapi suami awak biarkan awak semua sendiri. Ishh!! Kejamlah.." Simpati dia pada aku. Aku tak minta simpati sesiapa pun. Aku taknak.

"Haahaha.. Awak ni pendiam tapi kalau dah membebel mak nenek pun kalah. Dahlah ye, nanti bertambah sakit saya ni dengar awak bebel.."aku gelak terpaksa. Taknak dia terus bersimpati. Aku mengusik.

" Okey!! Sorry ye.." Lembut suaranya.

Aku memandang ke hadapan. Kalau ikutkan mahu jatuh lagi airmata ni tapi kutahan. Aku tak pernah cerita mengenai Faliq pun padanya. Dan aku tak tahu dari mana dia tahu semua. Mungkin dari Dato' dan Erisya kut. Personal aku memang aku tak sentuh pun bila dengannya. Malas.. Lagipun tak baik. Nanti lain pula jadinya. So, aku hanya berdiam dan buat hal aku sendiri je. Ikut perangai gila-gila aku. Taknak campur adukkan soal kerja dan personal. Kerja adalah kerja dan personal adalah personal. Haikal pun tak pernah tanya. Tapi tulah.. Dah dia anak saudara Dato' dan Dato' pun amanahkan dia jaga aku dan Dhia disini. Jadi, mesti Dato' ada cerita.

Dalam keadaan aku macam ni, sebenarnya ramai yang bersimpati. Tapi apa boleh buat. Apa boleh aku lakukan selain mendiamkan diri dan tutup mulut. Hanya masa yang akan tentukan segalanya. Dan hanya itu yang mampu ku katakan. Jadi, redha jelah Aliaa..!!

Previous: Bab 36
Next: Bab 38

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.