336,444
Kategori:
Genre:
Bab 159
Malam tadi aku lewat tidur, sebab memikirkan plan seterusnya. Aku dah dapat idea sendiri. Bertindak sendiri jelah. Idea abang dan Faliq idea orang lama, bosan dan tak best. Ada pula suruh info Inspektor Adam, biar polis buat kerja. Kalau macam tu lebih baik aku tak payah pening-pening nak fikir dan nak cari idea. Tak ada cabaran langsunglah dua sahabat tu.

Disebabkan kereta aku tak dapat diselamatkan dan dah arwah dah pun. Jadi, aku nak beli kereta baru. Senang sikit nak gerak, segala dokumen aku dah sediakan. Tinggal nak serah pada abang je. Aku suruh abang uruskan. Dan yang penting boleh minta abang tambah downpayment. Hahaha!!

Hari ni abang hantar aku ke office macam biasa. Aku ke ruang tamu, duduk dan semak semula dokumen. Excited sebenarnya. Abang keluar dari dapur, lepas breakfast. Aku malas nak breakfast. Nanti jelah.

" Abang..! Kenapa adik tengok abang hensem sangat pagi ni. Kalah Zul Arifin..!" Aku memuji. Memuji ada maksud nak membodek.

" Sikit-sikit Zul Arifin. Dah tak ada contoh lain ke nak bodek pun.." Aku sengeh.

"Ha lah. Dah dia je adik minat. Selamat tak jadi laki adik. Tiba-tiba si Faliq lah pula.." aku bergurau.

"Eleh.. Zul Arifin bukan pandang adik pun. Kalau si Faliq tu tak pandang memang jadi anak dara tualah sampai ke tua.." perli abang.

"Eh!! Jangan silap okey. Kalau Faliq tak pandang pun, Wan pandang. Hehe!!"

" Amboiii...!! Menggedik pula dia.." gurau adik-beradik.

"Hahahaaa..!! Ni nak minta tolong abang boleh tak?!"

" Tolong apa?!" Tanya abang sambil memakai stokin.

"Ni adik dah siapkan segala dokumen. Adik nak beli kereta. Abang tolong uruskan ya..!" Aku hulurkan dokumen pada abang. Abang ambil.

" Nak beli kereta?"

"Iyalah. Kereta adik kan dah arwah. Terpaksalah ambil lain, senang sikit gerak. Taklah menyusahkan abang, menyusahkan Faliq nak kena hantar dan ambil.." jelasku dengan panjang lebar.

" Okeylah.."

" Abang..!! Abang bagilah kereta abang tu dekat adik. Abang belilah kereta lain. Jimat duit..!!" Cadang aku. Senyum.

"Tak ada makna ye. Kereta tu lah punca rezeki abang. Kereta pertama abang, sayang oiii. Selagi boleh digunakan selagi tu abang takkan tukar lain. So, ni nak kereta apa ni?"

"Kedekut. Apa-apa jelah. Tapi downpayment adik 5k je dan monthly rm500 selama setahun.. Okey?!"  sambungku.

"Oiii.. Suka-suka dia je. Kereta sorong bolehlah.."

"Adik nak kereta macam abang warna hitam. Tu je budget, kalau lebih downpayment, monthly abang tambah tau. Adik tahu, adik nak juga paling lewat tiga hari dah keluar. Pandai-pandai abang lah ye.. Hehe!!" Aku terus capai handbag dan keluar rumah.

"Hampeh betul. Dahlah downpayment, monthly minta tambah lepas tu nak cepat pula.."Aku dengar abang merungut sorang-sorang. Aku gelak je. Abang merungut saja je tu, hari tu dia juga yang offer nak belikan kereta tapi waktu tu aku taknak. Ada duit sendiri kut buat apa nak minta abang. Eceh!

Selepas abang hantar terus pecut memandu ke tempat kerjanya. Aku jalan perlahan-lahan  menuju ke cafe. Pintu ku tolak, kelihatan si dia dah setia menunggu kehadiranku. Awalnya sampai. Aku menghampiri dan terus duduk dihadapannya.

"Mana Adil?!" Tanyanya.

"Abang tak dapat join, ada meeting pagi ni. Dia kirim salam je.." jawabku. Faliq angguk. Kemudian, dia bangun dan ambil makanan dan minuman. Aku jadi boss, duduk je.

" Thanks..!! Awal sampai?!"

" Yup..! Sekejab lagi ni nak jumpa client. Tunggu Nizam sampai..!" Aku angguk sambil mengunyah kuih lapis.

"Sayang.. Tahun depan Dhia sekolah. Awak dah servay sekolah untuk dia?" Tanya Faliq.

"Dah register pun. Sekolah yang saya info awak tulah. Okey kan sekolah tu..?!"

" Oh..!! Okey good!! Bagus sekolah tu. Tak jauh dari rumah mama, dan sekali jalan ke rumah kita..!" Aku berkerut.

"Rumah kita?!"

"Hmm.. Maksud saya sekali jalanlah kalau hantar Dhia ke sekolah dan ke rumah mama. Kan satu jalan.." Faliq sengeh.

"Ooo... Ahaa memang sekali jalanlah.."

"Kejab je masa berlalu kan. Dah nak sekolah dah anak kita, macam tak percaya je..! Hehe..!!" Faliq gelak kecil. Teruja sangat dia nak Dhia sekolah. Dia yang sibuk cakap nanti nak shopping barang sekolah Dhia. Aku pun sebenarnya excited juga. Walaupun baru nak masuk sekolah tadika. Keseronokkan nak tengok anak sekolah tu, hanya Allah je yang tahu. Rasa macam aku je sendiri yang nak ke sekolah. Tapi ni, si papa Dhia yang over excited pula. Siap dah atur jadual untuk Dhia pun.

Pagi ke sekolah, petang mengaji, sabtu nak hantar kelas melukislah, kelas bahasa Jepunlah, kelas itulah inilah. Macam-macam pula cadangannya. Tak terkejar pula Dhia nanti. Semua kebolehan yang Faliq ada kalau boleh dia nak turunkan pada anak tunggalnya. Apalagi kalau bukan melukis dan bahasa Jepun. Yang abang pula, lebih utamakan keagamaan. Siap pesan lagi, nak hantar sekolah pastikan ada pelajaran agama dan nak Dhia belajar bahasa Arab. Macam uncle. Faliq nak Dhia melukis dan pandai bahasa Jepun. Abang pula nak Dhia pandai bahasa Arab, yang aku simple je. Dhia kena belajar taekwando. Untuk mempertahankan diri sendiri.

 Sekarang ni macam-macam kes, kes bulilah, kes ragutlah, gaduhlah. Kalau Dhia pandai taekwando, dan ada orang nak buat jahat dekat dia. Kan senang, belasah je penjahat tu. Biar patah tulangnya. Lepas tu serah dekat polis. Padan muka penjahat. Macam Tasya. Ish!! Aku ni, tak pasal-pasal Tasya juga yang kena. Ha laa!! Siapa suruh hati tu busuk sangat. Dia belum kenal aku lagi. Sekali aku buka kuda-kuda silat aku. Melayang dia nanti.

" Anis a.k.a Tasya ada call lagi..?!"

" Ada. Call whatsapp semua ada. Tengok kat handphone tu. Macam biasalah dia sayang. Ayat-ayat dia, sama je. Naik rimas pula saya.."kata Faliq. Aku ambil handphone Faliq dan baca whatsapp yang dihantar oleh Tasya. Ayat menggedik.

"Apakata awak layan je dia. Kita tengok apa plan dia seterusnya..!" Cadang aku.

"Taknak sayang..!! Nanti dia ingat saya nak dia pula. Taknak.. taknak..!!" Faliq menolak cadangan aku. Aku senyum lebar.

" Okey apa. Nanti waktu dah nikah, awak tak payahlah layan.."

"Eee awak ni.. Makinlah sakit hati dia nanti. Entah benda apa pula dia buat nanti, lagi teruk adalah. Biar dari sekarang saya tak layan dia. Mana tahu dia akan terfikir dan surrender dan mungkin bertaubat. Kita doakan yang baik-baik untuk dia. Okey?!" Aku angguk. Betul juga kan. Kalau ikut hati aku ni, memang aku nak je sakitkan hati dia tu sampai hancur lumat. Macam hati aku dulu. Padan muka!!

"Assalammualaikum.. Sorry Encik Faliq. Terlewat pula. Anak buat hal pula taknak dihantar ke pengasuh.." Muncul Nizam.

"Waalaikumsalam.." jawab kami serentak. Nizam duduk di sebelah Faliq.

" Tak apa. Kami pun tengah breakfast ni. Tak breakfast dulu ke..?!"

"Saya dah breakfast dekat rumah. Cik Aliaa sihat? Lama tak nampak? Makin cun pula saya tengok.."

" Tengoklah bini siapa. Dah lakinya pun hensem dan macho, bini pun mestilah cun juga..!" Amboii dia pula yang angkat bakul sendiri. Aku gelak je.

" Nak juga. Iyalah tu Encik Faliq. Macho lah sangat.." Nizam buat muka bosan pada Faliq.

Tidak lama kemudian, kami pun beredar dari cafe itu berpisah arah. Faliq dan Nizam terus menuju ke kereta mahu jumpa client dan aku naik ke office. Melangkah saja aku ke dalam office, Nina menjerit panggil aku. Aku memberhentikan langkah dan menoleh padanya.

"Cik Aliaa.. Ada orang hantar something. Saya dah letak atas meja Cik Aliaa. Dia kirim salam je..!" Aku tercengang.

" Bila dia hantar? Lelaki ke perempuan?" Aku berkerut. Awal pagi tu.

"Baru 10 minit lepas. Lelaki.."

" Lelaki? Orangnya macam mana?" Aku tanya lagi.

" Orangnya tinggi, ber Tshirt,kulit hitam manislah lebih kurang.. Segak jugalah..!" Jawab Nina.

" Awak pernah nampak dia ke area sini sebelum ni?!" Aku tanya lagi.

"Tak pernah pula. Rasanya dia orang luar kut.."  Aku berkerut lagi. Dia ke Mr.K tu ek. Aku fikir sesuatu.

"Kenapa Cik Aliaa? Ada yang tak kena ke?!" Tanya Nina pula.

"Hmm.. Lepas ni kalau kebetulan dia datang lagi, kalau boleh nak minta awak snap gambar dia. Tapi snap curi-curi tau. Ada hal sikit.." pintaku.

"Ha?? Snap gambar dia?!" Nina garu kepala. Aku sengeh. Mesti Nina pening dengan permintaan aku. Hehe..!! Aku melangkah masuk ke dalam bilik pula. Setangkai mawar merah bersama beg kertas berwarna pink terletak kemas diatas meja. Aku meletakkan handbag dan duduk dikerusi. Merenung pemberian tersebut. Beg kertas aku ambil dan kubuka. Sepasang kain bercorak batik tulis berwarna pink juga. Cantik sangat! Dan, terselit satu sampul surat berwarna pink juga dicelah-celah kain tersebut. Aku ambil dan buka sampul surat itu. Berdebar hati ni. Berhati-hati je aku buka.

" Hai Cik Aliaa..!!

Setiap hari saya dibayangi senyuman awak.
Makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena. Sudikah menjadi teman saya?
Saya masih menanti jawapan awak.
Dan, saya akan pastikan awak menjadi milik saya selamanya...

Bye..

- Mr.K -

Fuh..!! Ayat.. Hmm.. Ayat dah basi lah. Bagilah ayat power sikit. Tak mandi memanglah tak basah. Siapa suruh tak makan memanglah tak kenyang, dah perut lapar memanglah tidur tak lena. Pelik!!

Aku masukkan semula surat itu dalam sampulnya dan ambil bunga mawar tadi dan masukkan sekali dalam beg kertas. Sorrylah. Aku hanya terima bunga mawar dari Faliq Alfie sahaja. Dari orang luar yang langsung aku tidak kenali. Sorry..!! Aku tak ambil. Bahaya!!

Aku menyandarkan badan di kerusi. Memikirkan mengenai Mr.K ini. Kalau 10 minit lepas dia hantar, maknanya mesti aku berserempak dengannya tadi di lobi, atau ditangga atau pun liff. Tapi tak nampak pula ada lelaki keluar atau jalan. Entahlah.. Tak perasan pula. Mungkin juga waktu aku masuk liff dia keluar. Boleh jadi juga. Siapa dia ni ya?

Takkan Zahwan kut. Tak mungkinlah. Buat apa dia nak berkenalan dengan aku. Memang dah kenal kut. Dan menurut Nina, lelaki ni kulit hitam manis sedangkan Zahwan kulit putih melepak. Tak mungkin Zahwan. Ini mesti orang luar ni.

Aku bangun dan jalan laju keluar, terus cari Nina. Ada benda aku nak tanya lagi. Mana pula Nina ni, dekat meja tak ada. Aku ke dapur pula. Oh okey!! Tengah minum dengan Kak Intan.

"Nina..!!" Tegurku. Terkejut mereka. Selamat tak tersembur air dimuka Kak Intan. Rancak mereka berbual tanpa sedar aku datang. Hehe..!!

"Iya.. Cik Aliaa nak nescafe?!" Teka Nina.

"Eh!! Tak.. Tak.. Saya nak tanya ni. Lelaki tadi tu. Awak tengok gaya dialah kan, macam orang biasa- biasa je ke atau nampak macam orang vip ke atau anak Dato' ke. Faham kan maksud saya.." tanya aku serius.

"Hmm.. Rasanya orang biasa-biasa je kut..!" Jawab Nina jujur.

"Oh okey!! Itu jelah nak tanya.. Thanks Nina..!" Aku senyum.

" Okey!!" Aku melangkah meninggalkan mereka tapi berpatah balik dan munculkan muka di pintu dapur.

" Nina.. Boleh tolong buatkan nescafe? Tiba-tiba teringin pula.." aku sengeh.

"Boleh.. Boleh.. !! Kejab lagi saya hantar ya.." senyum Nina.

"Okey thank you.. Sayang awak..!!" Aku terus jalan masuk ke dalam bilik. Sambung fikir lagi.

Hmm.. Tak apa. Slow and slow. Nanti aku mesti dapat juga jejak Mr.K tu. So, sekarang jangan serabutkan kepala. Just relax and cool.. Aku senyum dan mulakan kerja.

Handphone ku berbunyi. Aku terus capai. Ni nombor Mr.K semalam. Nak jawab ke tak ye. Dua hatilah pula. Jawab jelah.

" Hai Cik Aliaa..! Sorry ganggu. Dapat dah barang yang saya bagi? Harap awak terima.." Terus dia bercakap tanpa beri salam pun. Suaranya garau dan slow je.

" Maafkan saya. Saya tak boleh terima. Saya tak kenal awak. Saya tak berani nak ambil..!"

" Hahaha..!! Jangan risau, barang tu semua tak ada bom pun dan saya ikhlas nak kenal lebih rapat lagi dengan awak.." dia gelak. Ingat lawak ke?!

" Mana awak dapat nombor saya dan siapa awak?"

"Macam yang saya cakap, siapa saya tak penting. Dan saya dapat nombor awak dari kenalan. Itu je saya boleh beritahu.."

" Mestilah penting dan kena tahu siapa awak. Saya bukan jenis suka nak melayan lelaki yang entah dari mana.."

" Iya saya tahu. Dan saya pun ada sebab untuk tidak kenalkan diri sebenar sekarang. Awak akan tahu sendiri nanti.."

" Hmm.. Sukahatilah. Dan saya pun ada sebab untuk tidak ingin kawan atau kenal awak. Faham?!"

" Garang awak ni buat saya naaaakkk sangat kenal lebih rapat lagi dengan awak. Orang garang ni sebenarnya seksi..!!" Eee gila punya lelaki. Seram pula aku dengar.

"Hello Mr.K.. Listen here!! 


Selepas ni tak perlulah awak hantar barang dan bunga dan segala bagai. Saya tak boleh terima. Terima kasih barang ni, saya simpan dan saya akan pulangkan semula pada awak. Saya sudah berpunya dah ada anak dan suami. Tolong jangan ganggu saya ya. Saya harap awak faham. Saya minta maaf..!"

" Iya saya tahu. Tapi awak belum nikah lagi pun dengan Mr. Arkitek awak tu kan.." Ha?? Aku tercengang.

"Mr. Arkitek?! Awak kenal?!"

" Ofcourse saya kenal. Mr. Arkitek yang disegani. Hebat..!! Tapi dia tak layak untuk awak Cik Aliaa.."

" Layak atau tidak dia, bukan urusan awak.."

"Memang bukan urusan saya. Tapi saya simpati dengan awak. Dia pernah lukakan hati awak dan jalinkan hubungan dengan officemate sendiri sampai terlanjur dan awak masih terima dia. Dia tak layak untuk wanita sebaik awak Cik Aliaa.."

"Mr. Arkitek saya adalah cinta hati saya dunia akhirat. So, saya harap ini panggilan terakhir dan barang ni juga adalah yang terakhir dari awak. Terima kasih dan Assalammualaikum.. " Aku terus matikan talian.

Fuhh!! Memang dia tahu segalanya pasal aku ni. Sampai ke Faliq pun dia tahu dan hmm...
Dah.. Dah..!! Lupakan pasal Mr.K ni. Biarlah dia nak tahu segala pun dan nak cakap apapun. Orang macam ni hanya nak membinasakan dan merosakkan je. Kalau dia cakap Faliq tak layak untuk aku. Apa? Dia tu layak sangat ke untuk aku? Ini confirm cubaan merosakkan hubungan aku dan Faliq. Pedulilah. Yang penting hati aku tetap pada Faliq Alfie.

Good Aliaa!! Jangan sesekali negatif dan jangan cepat dengar hasutan orang yang jelous dengan hubungan kau dan Faliq. Ini semua parasit ni. Spesis Tasya juga ni. Parasit dan Tasya berpisah tiada. Bagus sangatlah tu, sorang parasit betina dan sorang parasit jantan. Cun sangatlah tu. Boleh aku rekomenkan nanti. Pasangan bahagia si parasit. Hahahahaaha.. Aku gelak kuat. Macam-macam hal..

Previous: Bab 158
Next: Bab 160

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.