336,736
Kategori:
Genre:
Bab 122
Lalalalaaa... Happy aku hari ni. Sebelum tidur malam tadi, senyum. Bangun tidur pun senyum. Hati banyak senyum. Hari senyum sedunia kali ni. Bila senyum hati ceria pasti tak stress. Apalagi senyumlah, lagipun aku kan memang suka senyum. Hmm.. Iyalah tu Aliaa, hati tengah kembang mekar setaman ibarat bunga mawar yang segar bugar, memanglah senyum. Hahaha.. Aku gelak sendiri menghadap cermin. Okey dah cun. Hari ni pipi banyak berserilah. Dah lama tak rasa macam ni, tak happy macam ni. Semoga akan terus rasa begini. Syukur Alhamdulilah..

Aku ambil handphone. Itu yang penting. Ada whatsapp, makin senyum lebarlah aku.

" Morning Dinda..!! Pagi ni abang awak hantar awak ke office, nak breakfast dengan saya katanya. So, nanti kita jumpa di cafe ya.. Love you!"

Aik!! Abang nak hantar aku? Tak cakap pun. Aku tahu, abang mesti nak makan lepat pisang kut. Kalau breakfast di cafe tu lepat pisang memang abang suka. Kata abang, sedap macam Mak Long buat. Aku seperti biasalah kuih serimuka dan bingka tepung dan kalau Faliq pula, semua makanan dia suka. Tolak batu, kayu dan besi je dia tu. Hahaha..!!

Aku melangkah ke ruang tamu dengan membawa beberapa fail yang perlu diserahkan pada papa nanti. Ya Ampun!! Pagi ni jam 8.00 papa nak fail ni. Papa ada appointment. Aku tengok jam. Masak ni.. Lambat dah ni. 7.20pagi dah ni. Alamak!! Sempat ke tak ni. Aduhhh!! Boleh pula lupa. Aku terus cari abang didapur.

" Abang..!! Abang..!!" Jerit aku panggil abang. Huru-hara aku jadinya.

"Oii.. Kenapa?!" Abang baru menuang air teh dalam cawan.

" Abang... !! Jom pergi sekarang. Adik dah lambat sangat.. sangat.. sangat ni. Cepat..!!" Kataku. Cepat-cepat tuang air suam dan meneguk cepat air itu.

" Laa pula. Bagilah abang minum air ni dulu. Panas ni..!!" Abang duduk.

" Ish!! Tak payahlah minum. Nanti minum jelah dekat cafe. Cepatlah abang...!!" Aku terus tarik tangan abang.

" Bertuah betullah dia ni. Kejab-kejab abang nak ambil kunci.." nak taknak abang terpaksalah ikut.

" Sis.. Saya pergi dulu ya. Dah lewat ni. Kirim salam dekat Dhia.. Bye..!!" Pesanku pada Sis Tuti yang sedang menyapu. Ish!! Mana pula abang ni. Dah lambat dah ni.

" Abang.. !! Cepatlah. Adik dah lambat ni. Pantaslah abang.. Lambat betul lah abang ni..!!" Abang muncul dalam keadaan kelam-kabut pakai kasut.

" Sabarlah. Dia yang lambat abang yang serabut jadinya..!" Berkerut abang. Aku gelak je. Masuk dalam kereta dan terus abang memandu laju. Mujur jalan lengang. Aku dah tak senang duduk dah ni, risau lambat. Taknak sampai papa menunggu.

Sampai je di lobi,  aku terus minta izin abang naik office sekejab. Nak hantar fail ni pada papa dulu kemudian aku terus turun ke cafe pula. Melangkah masuk dalam cafe, kelihatan abang dan Faliq dah pun duduk bersembang dan sedang menghadap makanan. Aku terus ambil makanan. Tak ada yang menyelerakan pula. Aku ambil kuih serimuka dan kuih keria. Jadilah untuk alas perut. Aku duduk disebelah abang.

" Aik!! Makan itu je ke?!" Tanya abang.

" Tak ada seleralah.."

"Ceh!! Tak ada selera konon. Kau tengok Liq, dia kalau makan dengan aku memang tak ada selera bagai, cuma kalau dengan kau. Melantak!!" Aku jeling tajam pada abang. Cari pasal tak habis-habis. Faliq gelak je.

" Abang ni dah kenapa? Cari pasal? Kang orang merajuk lagi baru tahu.." aku berkerut tanda bengang.

"Abang dah tak kisah dah kalau adik nak merajuk, dah ada orang yang akan pujuk pun. Ni kanda adik ni yang pujuk kan.. kan..!!" Abang saja mengusik aku. Aku pandang Faliq pula dan terbeliakkan mata. Ni mesti Faliq cerita dekat abang ni pasal panggilan tu. Ishh!! Itu pun Faliq nak cerita dekat abang ke. Huh!! Buat malu aku je. Faliq hanya gelak dan gelak.

" Tak payahlah nak perli-perli adik. Abang tu yang jahat, suka sangat buat adik marah.." aku bengang. Makan kuih serimuka sikit je. Rasa tak sedaplah pula. Hilang selera aku.

" Hmm.. Masalahnya awak tu dah ada anak pun tapi perangai mengalahkan perangai anak. Sikit-sikit nak merajuk, sikit-sikit nak sentap. Pandai-pandailah kau Liq jaga adik aku yang kuat sentap ni. Dah tua kut." Eee geramnya aku dengan abang ni.


" Abanggg!!! Geram betul lah. Cari pasal jeee..!!" Aku terus cubit pinggang abang. Geram sangat.

" Hahaha.. Aduh.. Aduh..!! Sakitlah..!!" Padan muka. Puashati aku. Faliq gelak dan gelak.

" Rasakan.. Cari pasal lagilah. Tengoklah abang ni, jahat kan..!!" Kataku pada Faliq. Faliq gelak lagi. Hari ni hari gelak dia kut asyik gelak je dari tadi. Kami berbual dan berbual.

" Adil.. Esok aku ke Singapore tau kursus seminggu.."

" Okey! Kau naik apa? Nak aku hantar ke airport tak?"

"Tak payah. Aku memandu je. Senang sikit, habis je boleh terus balik.."

" Baguslah tu. Jangan nak menularlah pula. Nanti ada yang merindu kau pula. Payah pula aku nak mujuk.."aku jeling abang lagi. Tak habis-habis nak kenakan aku.

" Hahaha.. Ingat nak bawa dia tu. Boleh ke?!" Lagi sekali aku terbeliakkan mata pandang Faliq.

" Hohoho.. Belum sah kut, kalau dah sah tak apalah. Nanti kau buat apa pula dekat adik aku ni. Jangan cari pasal broo..!" Jawab abang. Aku gelak kecil.

" Astaghfirullah Al Azim.. Kau agak-agaklah bro. Takkanlah aku nak buat yang tak elok kut dekat bakal bini semula aku ni bro.."

" Ha!! Sebab bakal bini semula tulah yang kena jaga dan yang aku risau. Manalah tahu, kau dah buat sesuatu dekat adik aku lepas tu kau tinggalkan dia lagi. Dendam ke kan. Memang mati dalam tangan akulah jawabnya kau ni.." kata abang.

" Betul.. Betul.. Betul.. Bukan boleh percaya lelaki ni. Semua sama je. Habis madu sepah dibuang. Lepas tangan. Lepas tu time nak, ayat power, dah dapat tapi tak hargai. Bila perempuan dah tawar hati, mulalah cakap itulah cakap inilah..." Aku membebel pada mereka. Kan dah terungkit semua. Nasiblah kau Faliq. Abang dan Faliq berpandangan dan gelak.

" Amboiii...!! Meriahnya you all. Bahagianya!! Boleh i join..!!" Ya Allah! Bila masa pula perempuan parasit ni muncul. Tiba-tiba je. Kami terus terdiam dan berpandangan. Buat muka bosan. Dengan selamba dia duduk sebelah Faliq dan merapatkan kerusi pada Faliq. Faliq menjarakkan kerusinya pula. Rimas.

" Kalau tak ada penyibuk ni memang tak sah kut ek? Atau kau ni dicipta memang untuk jadi penyibuk atau macam mana ek?!" Perli aku. Macam nak bagi penampar je perempuan ni tau. Hmm..

" Alaa relax lah Aliaa. Sportinglah sikit. I cuma nak join je, bukan buat apapun. Tapi sebab sayang i ni lah yang buat i terpanggil-panggil nak join tau. Boleh kan sayang i join you..!!" Dengan selamba Tasya menggosok tangannya pada lengan Faliq.

" Apa ni? Tak malu ke?!" Marah Faliq. Tepis tangan Tasya. Abang geleng kepala.

" Hmm.. Okeylah Liq. Aku gerak dulu. Nanti balik adik nak abang ambil atau ..." abang bersuara.

" Eh! Tak apa Dil aku hantar bakal bini aku ni nanti " Faliq sengaja depan Tasya. Aku senyum.

" Okeylah kalau macam tu. Abang gerak dulu..!" Aku salam dan cium tangan abang. Faliq dan abang bersalaman dan abang terus berlalu tinggalkan kami. Tapi si parasit ni masih lagi menyibuk. Hmm..

" Dinda.. Dinda.. Jomlah, Kanda rasa rimaslah duduk sini..!" Faliq sengaja dan kami bertentang mata. Tak hiraukan Tasya pun.

" Iyalah Kanda. Dinda pun rasa saaaangat rimas..!"

" Eeee.. Menyampahnya. Dinda Kanda konon. Zaman kuno lah you all ni. Kita di zaman moden sekarang ni lah. Meluat i.!!" Aku nak gelak sebenarnya tapi ku tahan. Sama juga dengan Faliq.

" Kenapa? Jelous ke?" Aku senyum sinis pada Tasya.

" Dahlah Dinda.. Jom kita pergi.. !!" Faliq bangun dan hulurkan tangan pada aku. Aku dengan selamba terus sambut dan kami jalan meninggalkan Tasya yang masih buat muka bosan pada kami. Aku dan Faliq gelak kecil.

"Tak baik tau buat dia macam tu. Kasihan dia..!!"

" Mana ada buat apa-apa. Dah dia sendiri yang jelous tengok kita. Kita kan sweet couple. Sayaaaang awak..!!" Hahahaaa! Aku gelak lagi. Kami jalan menuju ke tangga. Tiba-tiba aku rasa macam nak kenakan Faliq lah. Agak-agak dia sanggup tak lakukan apa yang aku minta. Hmm.. Nak try lah. Lagipun orang tengah ramai keluar masuk office ni.

" Awak..!! Kalau saya minta awak buat sesuatu untuk saya, awak sanggup tak?!" Tanyaku. Berhenti kami di tepi tiang. Memberi laluan pada mereka yang lalu lalang.

" Mestilah sanggup. So, awak nak saya buat apa?" Jawab Faliq muka memang confident sangat.

" Boleh ke kalau cakap dekat semua orang ni yang awak sayang saya dan awak...."

" Okey.. Okey..!! Tak payah cakap lagi. Saya faham. Tapi awak kena tunggu sini kejab ya. Tunggu sini tau jangan ke mana-mana.." Faliq terus potong cakap aku.

" Eh!! Awak nak pergi mana?!"

" Tunggu kejab..!!" Jeritnya dan terus berlari anak. Dah kemana pula dia nak pergi ni. Aku garu kepala. Okeylah. Aku tunggu. Tidak lama, muncul lagi si Tasya ni. Heyy!! Dah macam tak ada orang lain ke. Asyik muka dia ni je. Nampak je aku terus datang. Memang dah ditakdirkan mana aku pergi pasti ada dia kut. Sabar jelah.

" Eh!! You pun kena tinggal dengan Faliq ke. Haahahaaa!! Kasihannya.. !!" Dia gelak tiba-tiba. Sakit kali perempuan ni. Aku biarkan je. Lantak kaulah nak gelak ke apa ke.

" Oh ya!! Hmm.. Faliq ada inform you tak esok dia nak ke Singapore? Seminggu tau. Puaslah i luangkan masa dengan dia nanti.." kata Tasya. Aku terkedu sekejab. Macam mana dia boleh tahu Faliq nak outstation ke Singapore. Takkan pergi dengan Tasya kut? Apa sebenarnya ni? Aku mula tak sedap hati dan buat tak tahu jelah. Relax Aliaa.

" Lama dah i plan ni tapi baru sekarang dia setuju. Untuk pengetahuan you, dia outstation tu cuma dua hari je. Selebihnya dia nak bersama i. Iyalah kan, dah lama sangat dia tak bercuti dengan i. Alang-alang dia ke Singapore, i pun joinlah sekali. Nak jumpa parents i sekali nak bincang pasal pernikahan kami. Parents i tu asyik tanya Faliq je. I pun inform lah Faliq. Tak sangka pula dia setuju. Bahagianya i. Sebab tu i tak kisah pun, kalau you nak sweet-sweet dengan Faliq sekarang. Sebab Faliq tu cuma nak sedapkan hati you je. Dia tetap nak i jadi wife dia tau. Maybe bermadu dengan you kut.." Aku dengar je apa Tasya cakap. Hati aku mula berdebar.

" Hmm.. Sukahati kaulah nak cakap apa"  jawabku dengan senyuman.

" Okey!! Kita tunggu dan lihat. Faliq milik you atau milik i. Cuma i nak nasihatkan you awal-awal supaya bersedialah ye untuk menangis tak berlagu..!! Haahaha.." Aku hanya senyum melihat Tasya gelak mengejek. Dalam hati hanya Allah saja yang tahu. Tasya berdiri di depan liff.

Aku nampak Faliq jalan menuju ke arahku dengan membawa setangkai bunga mawar merah dan senyum. Dia beli bunga kut tadi.

" Selamanya.. Hati ini akan selalu memujamu. Mencintaimu seumur hidupku hanyalah padamu.."

Sambil berjalan perlahan ke arahku. Faliq bernyanyi kuat lagu itu. Semua yang lalu di situ memberhentikan langkah dan melihat drama kami. Aduhhh!! Malunya muka aku. Merah padam muka aku. Betul-betul dia buat, aku ingat gurauan je. Aku senyum. Tasya dengan selamba berdiri disebelahku. Eh.. Eh..!! Dah kenapa minah senget ni. Dia pula tersengeh-sengeh macam hmm.. tak tahu nak cakaplah.

" Jadikan malamku lebih indah,
Jadikan siang ku lebih terang,
Biarkan bungaku mewangi,
Selamanya.."

" Thank you sayang...!! I love you soo much!" Aku pelik je tengok Tasya ni. Dah kenapa dia pula yang emosi terjiwang lebih. Aku abaikan dan kembali pandang Kanda aku tu yang mendaki satu persatu anak tangga menuju ke arahku dan masih lagi bernyanyi. Orang ramai tersenyum melihat kami.

Tangga terakhir, dia berhentikan langkah dan senyum padaku. Tiba-tiba, tanpa perasaan malu. Tasya pula yang jalan ke arah Faliq dan berdiri di hadapan Faliq. Aku terpinga-pinga. Orang yang melihat berbisik-bisik sesama mereka. Faliq berkerut melihat Tasya. Dengan selamba Tasya mahu ambil bunga mawar merah ditangan Faliq dan dengan pantas Faliq menepis.

"Ini untuk Aliaa Sofea. Bakal isteri i.." Terus berubah muka Tasya menahan malu.

Faliq terus jalan ke arah aku dengan senyuman yang manis sekali. Dan aku membalas. Dia tarik tangan aku dan bawa aku ke tangga. Orang semakin ramai, ada yang baru keluar dari cafe dan baru datang kerja. Mereka juga turut menyaksikan drama kami. Tasya dengan muka merah menyala pandang je kami. Turun naik nafasnya. Kelihatan juga officemate aku dan officemate Faliq. Nizam dan Mira senyum je. Malunyaa aku!! Kau nak kan Aliaa. Ambil kau..

" Assalammualaikum semua.. Saya nak umumkan disini dan saya nak buktikan pada Aliaa Sofea yang saya sangat-sangat menyayangi dan mencintai dia. Saya sanggup lakukan apa saja demi dia. Dialah hidup saya, nyawa saya, sumber inspirasi saya, kebahagiaan saya dunia akhirat dan syurga saya..!" Aku pandang wajah Faliq. Menitis airmata tiba-tiba. Sangat terharu. Faliq menghadap aku dengan senyuman. Dia merenung ke dalam mata aku sedalamnya. Terpancar cahaya kebahagiaan. Aku rasa tenang sangat.

" Aliaa Sofea.. Dengan bersaksikan mereka semua ni. Saya Faliq Alfie ingin melamar awak menjadi isteri saya. Sudi tak jadi isteri saya?" Senyuman demi senyuman di wajah Faliq. Aku terpaku seketika. Terdiam. Tak senyum. Tiba-tiba teringat akan apa yang Tasya cakapkan tadi. Ada sikit mengganggu fikiran aku. Aku pandang tepat padanya. Suasana sunyi sebentar.

" Cik Aliaa.. Terima jelah. Encik Faliq ikhlas tu..!" Ada satu suara bercakap. Siapa tu aku tak pasti.

" Betul tu.. Alaa.. Lupakan yang lepas, bina hidup baru. Kami sentiasa doakan untuk kamu berdua..!" Seorang lagi bercakap. Faliq masih menanti jawapan. Padahal dia dah tahu dah kut tapi depan orang ramai ni. Dia nak aku pun umumkan juga. Tasya masih terpaku memandang kami. Aku menoleh pada Tasya dan muka Tasya seperti mengejek aku. Aku tunduk pandang bawah. Pejamkan mata, tarik nafas panjang. Ya Allah..!! Andai ini adalah takdir dariMu untukku. Aku redha apapun yang akan berlaku dan keranaMu Ya Allah. Aku terima Faliq Alfie menjadi suamiku semula. Kataku di dalam hati.

" Aliaa Sofea.. Sudi tak jadi isteri Faliq Alfie?!" Faliq bertanya lagi.

" Terima jelah Cik Aliaa..!" Mereka mula tak sabar menanti jawapan dariku. Aduhai.. Aku angkat kepala dongak pandang wajah Faliq. Tepat ke dalam anak matanya. Dia senyum dan aku pun senyum.

" Saya.. Aliaa Sofea dengan seikhlas hati kerana Allah swt terima lamaran Faliq Alfie..!!" Kataku akhirnya.

" Alhamdulilah syukur Ya Allah..!!"

" Yeahhhh!!!" Mereka semua bersorak serentak dan bertepuk tangan tanda happy. Perhh!! Dah memang macam dalam drama pula ni. Tak sangka ramai pula yang sokong dan happy dengan hubungan aku dan Faliq. Aku sempat menoleh pada Tasya yang masih berdiri. Wajahnya sangat bengis. Sakit hatinya melihat kami.

"Tahniah Encik Faliq.. Akhirnya.. Penantian terjawab. Tak sia-sia penantian Encik Faliq. Dapat juga berbinikan janda sendiri. Perkahwinan kali kedua, bini kali kedua.. hahaaha!!" Nizam bersalaman dengan Faliq. Amboii ayat dia. Boleh tahan. Aku dan Mira gelak je.

" Ini Faliq Alfie lah. Sayang dan cinta tetap pada Aliaa Sofea seorang. Inilah dia cinta syurga saya.. " Happy nya Faliq.

" You kan Aliaa.. Patut mati!!" Tiba-tiba Tasya datang mahu menyerang aku. Pantas je tangannya mahu tampar aku. Tapi Faliq lebih pantas menghalang dan terus tarik aku dalam pelukannya. Kalau tak memang berbiratlah pipi aku dek tangan Tasya.

" Hey!! Tasya.. You jangan berani sentuh Aliaa. Kalau taknak patah tangan you..!!" Kata Faliq serius. Merah muka Tasya. Betul-betul dia marah. Mereka melihat terpaku. Tak sangka Tasya boleh berkelakuan begitu.

" Faliq.. You dah janji kan nak nikahi i. Kenapa dia. Janda you ni tak guna tahu tak?!" Kata Tasya.

" I tak pernah janji apa-apa dengan you. Dari dulu sampai sekarang. Tak pernah pun Tasya. Hanya Aliaa Sofea saja dalam hati i. Bukan you. Tolong jangan ganggu kami. Kita dah berakhir. Tolong okey..!!" Jelas Faliq.

" I takkan mengalah. I yakin, you akan jadi milik i nanti. Ya..! You akan jadi milik i. You tunggu Aliaa..!!" Kata Tasya penuh emosi tidak puashati dan amarah. Terus dia meninggalkan kami.

Aku terdiam. Hati aku jadi tak sedaplah. Risau dan takut. Kenapa? Risau dan takut dengan apa yang dia cakapkan tadi? Perlukah aku percaya cakap Tasya? Tapi aku tahu kut Tasya memang nak rosakkan hubungan kami lagi. Dan memang taknak kami bersama. Tapi.. Ishh!! Aku mula negatif pada Faliq dah ni. Betulkah Faliq memang dah berubah ni? Benarkah Faliq sayang aku? Tapi Tasya cakap, Faliq cuma nak ambil hati aku je? Arhhh!! Ya Allah..! Bantulah aku!

Previous: Bab 121
Next: Bab 123

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.