336,742
Kategori:
Genre:
Bab 166
Disebabkan semalam dah ponteng kerja, jadi hari ni kerja bertimbun. Aku letakkan handbag.  Berdiri menghadap barang-barang yang diberi oleh Mr.k, tersusun cantik dan kemas bersama jambangan bunga yang hampir layu. Semak dah bilik aku dengan segala barang ni. Kalau tunggu sebulan lagi ni, mahu penuh satu bilik. Bukan calang-calang pemberian, semuanya mahal dan berjenama. Apa? Dia ingat aku hadam dengan benda-benda ni, sorry bertubi-tubilah Mr.K. Kalau aku nak, aku boleh beli sendirilah. Lagi puashati atau kalau aku nak pau orang belikan pun, aku boleh minta Mr. Arkitek akulah. Cuma aku taknak je. Aku bukan materialistik lah macam Tasya si Parasit meroyan tu. Huh!!

"Oiii makcik.. Tolong buka pintu ni..!" Terdengar suara Naim menjerit dari luar pintu. Aku cepat-cepat buka pintu seluas-luasnya. Naim masuk dengan membawa kotak kosong besar untuk aku letak semua barang ni. Naim meletakkan kotak di lantai.

"Mana kau dapat kotak besar ni Naim?!" Tanya aku. Naim menepuk tapak tangannya.

"Aku beli dekat kedai kasut hujung bangunan sana tu.." jawab Naim.

" Kau beli? Kenapa tak minta je?!"

"Mula-mula aku minta dekat staff nya, tapi muncul pula supervisor dia dan suruh bayar pula. Kedekut..!!.." jelas Naim.

"Hahaha.. Berapalah kau bayar?"

"Sepuluh hengget makcik oiii..!!. Kotak lunyai macam ni pula tu. Angin je aku tengok supervisor tu. Dahlah aku minta dia buka kotak ni dia cakap busy. Last-last aku angkut jelah. Semua orang aku langgar, tak nampak punya pasal.." Hahaha.. Aku gelak punya sakan. Lawak dengar cerita Naim dan paling lawak gaya dia bercerita. Naim oh Naim. Sahabat sejati aku.

"Kau busy tak ni?!"

"Tak pun, petang je busy sikit. Kenapa?? Hmm.. Okey-okey..!! Aku tolong.." Hahaha..!! Lagi sekali aku gelak. Faham pun Naim.

" Thank you very much my BFF. Kau memang sahabat yang paling baik dan memahami. Saaaayang kau Naim..!!" Aku memuji. Bergurau. Naim menyusun barang-barang Mr.K tu ke dalam kotak.

"Kau tak payah nak sayang sangat ye. Dengar laki kau, tak pasal-pasal masam muka pula dengan aku.."

"Tak ada maknanya dia nak masam muka dengan kau. Kalau tak kerana kau dulu, memang jangan haraplah dia dapat kahwin dengan aku, kan..!" Sambungku mengingati kisah dulu. Ecehh!!

"Aha lah kan Aliaa.. Dulu, kau dengan Wan. Aku juga yang tolong. Lepas tu, kau dengan Faliq, aku juga yang tolong sampai kahwin. Besar pengorbanan aku dekat korang ni tau..!!" Hahaha.. aku gelak lagi. Lawak pula rasanya.

" Banyaklah kau punya pengorbanan. Setakat bagi nombor telefon je kut. Tapi apapun, terima kasih banyak-banyaklah ye Naim jadi posto aku. Hahahaa.." Kami gelak bersama.

Tok... tokk..!! Pintu diketuk. Kami berhenti gelak. Muncul Nina dengan senyuman.

"Cik Aliaa.. Budak penghantar bunga datang.."  Kata Nina.

" Bukan budak hitam manis tu ke?!" Tanyaku.

" Bukan..!" Nina geleng.

"Okey..! Suruh tunggu kejab. Sekejab lagi saya keluar..!" Nina angguk dan terus keluar. Aku termenung kejab. Alamak...!! Dia tak datang pula, atau dia dah tahu yang aku tahu kegiatan mereka. Ish!! Mustahil lah. Dia ada hal kut. Aku terus tengok jam ditangan, waktu yang sama sekitar jam 9.30 pagi. Aku melangkah keluar. Kelihatan seorang remaja lelaki bertopi dan bertshirt menunggu aku. Seperti biasa, jambangan bunga bersama beg kertas diatas meja. Aku senyum. Memang tak syak lagi. Inilah beg kertas berisi minyak wangi yang Pian beli di Sogo semalam.

" Dik.. Awak memang selalu hantar barang ke sini ke?!" Tanyaku pada budak itu.

" Tak juga. Ni baru kali kedua saya hantar kesini, kadang-kadang kawan saya.." jawabnya.

"Awak tahu tak, siapa yang bagi barang ni?" Aku sengaja tanya, kut-kut budak ni tahu.

" Alamak..!! Tak pasti pula saya. Saya cuma penghantar je.." jawabnya jujur.

" Oh okey..!!" Setelah tandatangan pada borang yang disediakan, aku memberikan pen semula padanya.

"Saya minta diri dulu..!!"

" Terima kasih ya..!!"

"Sama-sama.." Ukiran senyuman ku beri pada budak itu. Lalu, ku ambil barang tersebut dan bawa masuk ke dalam bilik.

"Nah beb..!! Tambah lagi. Naik semak mata aku tengok benda ni.." aku memberikannya pada. Naim. Macam biasalah. Naim memang suka membuka dan melihat.

" Minyak wangi..!"

" Hmm.. Minyak wangi dari Sogo je kut. Lainlah kalau dari Paris ke. Okeylah juga..!" Aku mencebik dan duduk. Naim gelak kecil.

"Ada suratlah beb.." Naim memberikan surat berlipat padaku. Tak ada sampul pula, biasa sampul warna-warni. Tak sempat beli kut semalam, kena kejar dengan Encik Adam. Hehe.. kataku dalam hati. Aku membuka lipatan. Tulisan cantik. Sah tulisan Tasya. Tekaku lagi.

" Morning my dear..

Jadikan malam ku lebih indah,
Jadikan siang ku lebih terang,
Biarkan bungaku mewangi,
Selamanya..

Love you Aliaa Sofea.
- Faliq Alfie-

" Haaa??? Faliq Alfie konon. Cehhh..!!" Kataku. Naim pandang aku. Pelik..

"Kenapa beb.."

"Kau baca ni. Dia ingat aku bodoh kut. Dia bagi barang ni lepas tu tulis konon dari Faliq. Taktik lama.." kataku. Menyirap pula hati ni. Suka-suka nak guna pakai nama Faliq. Silap haribulanlah. Aku lebih bijak dari kaulah Mr. K.

"Hmm.. Aku rasalah kan. Dia memang nak korang gaduh ni.."

"Memang pun. Dia kan tahu, lagu tu memang lagu khas dari Faliq untuk aku. Dia umpan akulah tu.." jawabku. Naim tahu semua, aku dah cerita padanya. Tiada rahsia pun.

"Beb.. Kalau betul dari Faliq macam mana?"

"Oii.. Dah sah-sah mata aku nampak sendiri Pian ni beli minyak wangi tu dekat Sogo semalam. Dalam beg tulah dia bawa sekali lari waktu dikejar polis. Lagipun, kalau Faliq nak bagi apa-apa, dia terus bagilah depan aku. Tak adanya nak upah orang hantar. Faliq tu gentle. Kecuali kalau aku merajuk. Tu pun sekali dua je kut. Ni taktik basi.." jelasku. Naim angguk kepala.

"Dia tak pro lagi ni Aliaa. Kena banyak belajar lagi ni.." Naim memasukkan beg kertas ke dalam kotak itu dan menolak kotak ke tepi dinding. Aku sengeh je. Hmm.. Tasya.. Tasya.. Kadang-kadang kasihan dengan dia. Tapi nak kasihan pun tak guna. Sendiri bikin. Macam manalah dia boleh terjebak dengan jenayah macam ni. Dasyat betul. Aku rasa dia ni mesti diperbodohkan kut. Dikaburi dengan kewangan sampai tak tahu mana baik buruk. Macam mana tak tekanan melampau. Eh!! Lupa pula nak tanya Encik Adam. Dia tahu tak ye yang Tasya tu ada masalah mental. Aku terus ambil handphone.

" Okeylah beb. Siap semua. Aku keluar dulu..!"

" Okey beb.. Thanks tau. Nanti aku belanja lunch ye.."

"Okey..!!" Naim terus keluar. Aku whatsapp je Encik Adam tu, nak call takut dia tengah kejar penyangak pula.

Baru letak handphone, berbunyi pula dia. Aku sengeh.

"Hmm.. Aliaa.. Ada apa-apa info?!"

"Assalammualaikum Encik Adam.. Bagi salam tak, terus tanya info ye.." Aku perli.

"Hahaha.. Waalaikumsalam dan Assalammualaikum Cik Aliaa Sofea.."

"Waalaikumsalam.. Macam tulah. Baru berkat. Ni Encik Adam busy ke tak ni. Kut-kut tengah kejar penyangak ke ni.."

"Hahaha.. Awak ingat tugas saya ni asyik kejar penyangak je ye.." Seronok pula borak dengan dia ni.

" Ha lah.. Tengok saya. Saya tak kejar penyangak tapi penyangak yang serah muka kat saya.." aku bergurau.

"Entah jampi apalah awak pakai.."

"Jampi-jampi tak main ek. Kurafat semua tu. Ni saya nak tanya, Encik Adam tahu kan, yang Tasya tu ada masalah mental?!" Tanyaku.

" Mestilah tahu. Sebab tu saya suruh awak hati-hati. Dan saya pun tahu kenapa dia berdendam dengan awak.." Aku angguk.

" Macam mana Encik Adam tahu? Saya tak cerita apa-apa lagi kut.." Aku berkerut.

"Adalah.." Amboii.. nak berteka-teki pula dia dengan aku.

" Eleh.. Saya tahu. Ni mesti Ash info. Betul kan..!!" Dia gelak. Memang sahlah tu.

" Okeylah Encik Adam. Teruskanlah kejar penyangak ye. Byee!!" Aku terus matikan talian. Sengeh sendiri. Mulakan menghadap laptop.

Hari itu kerja relax je, rasa tenang bila dah terbongkar siapa perempuan misteri tu dan bila dah info semua pada Encik Adam. Rasa lepas satu bebanan dalam fikiran aku. Betul abang cakap, bila dah info semua, lega rasa. Pasal Mr.K ni pun sebenarnya aku tak ambil kisah sangat sebab aku tahu ni semua memang kerja Tasya. Mesti orang suruhannya juga ni.

Dan, aku pun dah info Encik Adam, kalau nak tangkap mereka ni, tangkap jelah. Malas dah nak fikir. Hahaha!! Macam akulah pula yang berkuasa untuk bagi arahan. Hahaha..!! Macam-macam hal.

" Jam didinding terus berdetak ah!!
Kakiku juga terus berjalan, tapi mengapa tak kau lepaskan tatapanmu dari diriku.
Menembus hingga jantung ini terasa akan terhentiii.. !!"

Syoknya aku menyanyi. Layan lagu Pencuri Hati si penyanyi Ayda Jebat. Bila dengar lagu ni hati terus berbunga mekar. Senyum ke telinga. Ceh wahh!! Dah jom kemas, nak jumpa si Pencuri hati aku pula. Nak sweet-sweet dengannya. Nak terus pergi butik Angah, nak try baju nikah untuk membina istana kayangan bersamanya. Hahaha!!

Aku terus melayan lagu tu, sampailah di lobi. Belum nampak lagi susuk tubuh badannya. Belum turun kali. Okey tak apa, aku akan setia menantinya disini. Duduklah aku sendirian di kerusi menghadap jalanraya. Layan perasaan sendiri. Eh!! Macam kenal je mamat tu nun dihujung jalan sana. Aku senyum. Best pula ada yang mengawasi aku. Selamat hidup, dah rasa macam orang terpenting je. Kalah menteri. Hahaha.. Perasan lebih.

Layan perasan punya layan. Tiba-tiba je setangkai bunga mawar merah didepan biji mataku. Fuh!! Punya terkejut aku. Tersengeh Faliq.

" Isshhh!! Terkejut saya. Mahu gugur jantung ni.." Faliq gelak kecil. Terus duduk disebelah ku.
Aku mengambil setangkai mawar merah itu dari tangannya.

"Hmm.. Kenapa macam dah layu je bunga ni? Awak petik bunga mama yee!!" Teka aku.

"Hahahaa.. Mana tahu ni!. Iyalah sayang.. Saya nak bagi pagi tadi, tapi terlupa pula, sudahnya bawa ke petang. Tapi still wangi kan..!" Katanya. Bertuah punya Faliq.

" Bolehlah..! Dah jom..!" Kami berjalan ke kereta. Sepanjang perjalanan, kami macam biasa, berbual, bergurau dan aku pun ceritalah mengenai barang yang Mr.K bagi pagi tadi. Terkejut jugalah Faliq dengar. Dia pun pesan supaya berhati-hati. Takut juga kalau barang dari Mr.K tu berupa bahan bahaya. Macam bom ke, asid ke macam-macamlah. Hmm.. boleh jadi juga. Insha Allah,aku akan simpan setiap pesanan mereka.

Sampai saja dibutik, kami melangkah masuk. Lama dah aku tak jejak kaki ke butik ni. Makin cantik deko dalam butik ni. Memang wow sangatlah. Wangi, cahaya lampu, hiasan dan susun atur perabut memang tenang je. Hebat Angah ni. Aku dicium dan dipeluk oleh Angah. Rindu betul dia padaku, dah lama tak jumpa.

" Angah nak tunjuk baju nikah kat Aliaa. Harap Aliaa suka tau. Rekaan khas untuk Aliaa.." kata Angah. Seorang staff membawa set baju nikah warna putih mutiara. Dikeluarkan dari plastik. Terpegun aku tengok.

" Masya Allah.. Cantiknya Angah..!!" Aku pegang kainnya, hiasan yang simple hanya dihiasi dengan mutiara berkilauan, campuran warna pastel dihujung lengan dan dibahagian pinggang. Memang simple tapi sangat menarik. Walaupun kurung moden tapi aku rasa memang wowww!! sangat. Aku kan suka yang simple.

" Mutiara ni Angah order dari Sabah tau. Original Mutiara khas untuk adik Angah ni..!" Angah peluk aku. Allahuakhbar.. Terharunya aku. Faliq senyum je.

" Sekarang ni Angah nak tengok Aliaa try baju ni. Alang pun try juga ye..!!" Pinta Angah. Aku terus masuk fitting room. Dan keluar semula. Dah macam model pula dah. Segannya. Hahaha!!

" Cantiknyaa!! Nampak sweet sangat.." Puji Angah. Tak lama Faliq pula keluar. Segak bergaya. Angah tinggalkan kami sekejab masuk ke dalam.

"Okey tak?!" Tanya aku pada Faliq.

"Okey sangat-sangat. Kalah puteri kayangan.." Faliq pula memuji, memuji ada makna ni. Aku senyum.

"Thanks sayang..! Sudi terima saya semula. Walau macam-macam saya dah buat pada awak. Tak tahu saya nak cakap macam mana rasa hati ni. Sangat terharu dan Ya Allah.. Terima kasih sangat sayang..!!"

"Heyy!! Alaaa janganlah macam ni. Saya terima awak kerana Allah yang bukakan hati saya semula untuk awak. Semua ni kehendak Allah. Allah panjangkan jodoh kita. Insha Allah. Awak kena berterima kasih pada Allah atas semua ni" Alahai.. Touching pula Faliq ni. Berkaca matanya dah, terharu akan penerimaan aku. Aku senyum je.

"Terima kasih Ya Allah atas anugerah seorang bidadari depan mataku ini. Terima kasih sayang..!!" Dia mengesat airmata sendiri. Tanganku dipegang dan dicium.

"Ehem.. Ehem..!!" Alamak..!! Malunya Angah. 


Menyaksikan drama jiwang kami. Hahaha.. Merah muka aku tahan malu.

" Alang.. Aliaa..!! Angah happy sangat tengok korang masih bersama dan akan kembali bersatu. Angah tumpang gembira. Kami semua pun gembira juga. Kasih sayang dan cinta korang memang sangat kuat, memang tak ada siapa boleh pisahkan. Angah dan semua family akan doakan semoga ikatan perkahwinan kali ini akan kekal ke hujung nyawa dan ke syurga ilahi. Angah sayang korang..!" Luah Angah. Aku sangat terharu. Airmata menitis tanpa sedar. Aku dipeluk dicium Angah lagi.

"Terima kasih Angah..!" Hanya itu dapatku ucapkan. Angah peluk aku dan Faliq serentak.

"Thanks Angah.. Alang sayang Angah juga. Kami pun sayang Angah..!!" Faliq diciumnya. Naluri seorang kakak pada adiknya.

"Macam mana kuatnya kasih sayang Adil pada Aliaa, kasih sayang seorang abang pada adiknya. Macam tulah juga, kuat kasih sayang Angah pada Alang. Walaupun Angah ni jahat tapi percayalah Alang. Kasih sayang Angah tak pernah seinci pun kurang untuk satu-satunya adik Angah ni.." luah Angah lagi.

" Baru Angah faham, kenapa Adil lebihkan Aliaa dulu. Angah dapat rasa sekarang ni Aliaa. Betapa bernilainya kasih sayang kekeluargaan yang Angah tak pernah hargai selama ini. Terima kasih Aliaa. Aliaa banyak buka mata Angah tentang erti kasih sayang. Thanks sayang..!!" Aku dicium lagi.

"Angah.. Bukan Aliaa yang buka mata Angah tapi Allah. Kiranya Aliaa ni cuma orang tengah je yang Allah hantar kut. Hehe!! Gurau je.. Doa dari mama, papa, Abang Ngah dan kami juga. Dari orang yang sayangkan Angah.. Kan Faliq kan..!!" Kataku bergurau.

" Aik!! Takkan panggil nama je kut. Panggil lah sayang ke, abang ke, hubby ke, darling ke..!" Aku pandang Faliq dan kami bertentangan mata. Faliq senyum je. Dari tadi senyum manjang.

" Hmm.. Bila dah akad baru panggil sweet-sweet. Sekarang ni tak boleh lagi, awal sangat nanti bersemut pula. Habis gula jadi payau dikerumuni semut.." Kami gelak bersama. Faliq merenung aku, penuh bermakna renungannya itu. Bila lihat wajahnya ni, rasa tenang hati.

Dan, tenang juga tengok Angah. Dari free hair, rambut berkarat, pakaian terdedah sana sini, tak cukup kain. Dan sekarang, dah bertudung,  berpakaian longgar. Bertambah seri wajahnya.  Bertambah cantik wajah Angah aku ni. Bangga bila jalan dengannya. Jalan dengan orang cantik. Tinggi lampai, putih melepak, lagi cantik Angah ni berbanding Tasya. Dua-dua pun cantik . Kalaulah Tasya tu boleh jadi berubah seperti Angah. Ya Allah..!! Seronoknya. Tapi tulah, siapa aku nak ubah Tasya. Hanya dia sendiri je yang boleh ubah diri dia. Tasya.. Tasya..!! Semoga kau diberi petunjuk dan hidayah dari Allah swt. Aku ingin melihat kau berubah Tasya seperti Angah aku. 

Previous: Bab 165
Next: Bab 167

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.