336,582
Kategori:
Genre:
Bab 140
Petang tu juga aku ajak Zahwan potong rambut dia. Biar nampak kemas dan kacak semula. Dia ikut je setiap permintaan aku. Kasihan dia. Dia perlukan teman berbual, teman berhibur. Dia cerita, sejak berpisah dengan bekas isteri, dia sering menangis, berkurung je dalam bilik. Taknak jumpa orang pun, makan pun jarang. Badan dia pun memang susut. Macam zaman remaja dulu, cengkung je muka. Kekecewaan terlampau. Sampai family dia tak tahu nak buat apa dah. Dia asyik brsendiri je. Seorang yang ceria terus jadi pendiam. Dia dah berhenti kerja, dah enam bulan katanya. Dia memang betul-betul down. Tapi dia dapat peluang pekerjaan baru di KL tapi kerja apa, aku tak tanya pula. Malas nak tanya lebih-lebih, takut dia salah faham pula. Sekarang ni niat aku nak kembalikan semangat dia dan nak dia ubah penampilan baru. Itu je.

 Sebelum balik KL, aku akan terus-terang padanya tentang hubungan aku dengan Faliq. Biar dia faham dan tak tanya apa-apa lagi mengenai aku pada Faliq. Tahu-tahulah si Faliq tu, cemburunya pada Zahwan ni boleh tahan. Rasa tergugat dia. Hehe!! Apalah Faliq, kan aku nak jadi wife dia. Kenapa nak rasa tergugat pula. Hmm..

Selesai  Zahwan potong rambut, dia terus hantar aku balik kerumah Kak Su. Tak boleh lama-lama keluar dengan dia ni. Bahaya!! Sampai di hadapan rumah Kak Su, aku tengok pintu pagar berkunci. Terus ku call Kak Su, anaknya belum balik pula. Keluar bersama kawannya. Aku pula lupa nak minta kunci dekat Kak Su tadi. Terpaksalah tunggu anak Kak Su balik. Sementara menunggu anak Kak Su balik, aku berbual dengan Zahwan. Aku suruh Zahwan balik je tapi dia taknak pula.

" Awak sampai bila dekat sini?" Tanyanya.

"Lusa petang saya balik. Tak boleh lama sebab banyak kerja.." jawabku.

"Nanti kalau saya turun KL saya info ya.."

"Bila awak start kerja baru?"

" Bulan depan. Tapi tak pasti lagi berapa haribulan. Aliaa.. Thanks dengan semua ni. Walaupun kejab je kita jumpa tapi kehadiran awak sangat-sangat memberi erti pada saya Aliaa. Thanks..!" Katanya dengan senyuman.

" Sama-sama. Saya pun tak duga dapat jumpa awak secara tiba-tiba kut. Dan, saya langsung tak tahu awak datang kedai cari saya. Kak Su baru info saya tadi. Sedangkan awak tahu kut saya tak ada di kedai dan tak tinggal sini lagi kan.."

"Iya saya tahu... Tapi beberapa hari ni. Fikiran saya tiba-tiba ingat pada awak. Sampai mimpi awak Aliaa. Setiap petang saya ke kedai cari awak, saya dapat rasakan yang awak akan datang sini. Allah kabulkan doa saya untuk jumpa awak.." Aku tercengang sekejab. Mimpi?? Aku pun mimpi dia juga. Ya Allah!! Biar betul. Dia mimpi aku dan aku pun mimpi dia. Apa sebenarnya ni?!

"Allah hadirkan seseorang pada kita mesti ada sebab. Mungkin kehadiran saya ni untuk ubah hidup awak kut. Kuasa Aliaa. Hahahaa!! Gurau je..!!" Aku gelak. Rasanya tak lawak kut tapi sebab taknak perbualan ni jadi serius dari hati dia. Lebih baik aku buat gila sendiri.

"Faliq ada info saya, awak call dia tanya saya.." tanyaku.

"Oh ya betul, memang saya ada call dia. Saya nak tanya dekat Adil saya segan. Tu yang tanya pada Faliq.." aku berkerut.

"Kenapa segan?!"

" Dulu kan dia pernah marah saya sebab ex wife saya tu tampar awak. Dia tak bagi saya contact atau ganggu awak.." jelasnya. Aku angguk tanda faham.

" Laaa..  Awak bukan tak kenal abang pun, dia marah kejab je.."

"Iya saya tahu. Sebelum saya berpisah dengan ex wife. Kami masih contact lagi. Lepas dah brpisah, semua contact number dah hilang. Saya tukar nombor telefon. Nombor Faliq je saya ingat.." sambungnya lagi.

" Terlanjur dah jumpa ni. Eloklah saya cakap sekali.." kataku.

"Cakap apa?!"

" Awak pun tahu kan, saya dan Faliq dah berpisah kan. Alhamdulilah, Allah panjangkan jodoh kami. Dan, insha Allah kami akan rujuk dan nikah. Kalau tak ada apa-apa halangan bulan depan majlis kami. Disebabkan awak sahabat baik Faliq dan abang saya jadi awak diwajibkan hadir tau..!!" Seronok aku menjemput. Padahal aku sendiri pun tak tahu bila majlis aku dan Faliq. Tapi airmuka Zahwan terus berubah lah pula.

" Awak nak rujuk dengan Faliq? Nikah?" Tanyanya terkejut.

Tak berkelip matanya pandang aku.

"Iya..!" Jawabku ringkas.

" Tapi awak.. Macam mana awak boleh.. boleh. Maksud saya.. Hmm.. boleh terima Faliq sedangkan dia dah buat awak..." kata-katanya tersekat-sekat dan terhenti. Aku faham maksud dia. Aku hanya senyum.

"Semua ini ketentuan Allah. Saya tak boleh tolak takdir.. Allah masih beri peluang pada kami untuk membina rumahtangga untuk kali yang kedua." Itu je aku mampu cakap. Jawabku dengan senyuman.

Zahwan diam membisu. Senyumannya kembali tawar. Aku rasa aku tahu apa yang dia fikirkan. Dia masih menaruh harapan padaku lagi. Tapi kenapa aku lagi? Sedangkan dia tahu, hati aku dah mati untuknya. Dah lama mati. Yang tinggal hanya kenangan saja. Itu saja.

" Wan.. Saya tahu apa yang awak fikirkan. Saya faham sangat. Tapi awak kena terima hakikat ni. Kita tetap kawan. Awak sahabat abang saya, dan awak juga sahabat bakal suami saya. Jadi, awak juga adalah sahabat saya. Perkara lepas saya dah buang jauh-jauh ke dasar lautan. Saya bangkit demi kehidupan baru. Saya harap awak pun macam tu juga. Jangan menanti dan menunggu sesuatu yang tak pasti. Jangan terlalu mengharap kelak akan lebih mengecewakan. Saya tahu betapa sakitnya sebuah penantian, betapa deritanya sebuah pengharapan. Saya taknak awak rasa itu semua. Bangkitlah kerana Allah swt. Bukan bangkit kerana manusia." Zahwan hanya mendengar. Aku tak ada niat pun sakiti hatinya aku cuma nak dia kembali bangkit.

" Iya.. Saya faham! Saya minta maaf Aliaa. Saya memang mengharapkan awak untuk terima saya semula. Lagi-lagi waktu saya alami semua ni. Saya hanya fikir awak, awak dan awak je sebab saya tahu nilai kejujuran dan kesetiaan awak sangat berharga Aliaa. Betapa lama awak tunggu saya dulu, saya je bodoh. Bertuah Faliq dapat miliki awak, miliki hati awak, miliki kesetiaan awak.." Sedih pula aku dengar. Tiba-tiba teremosi pula aku ni. Airmata please jangan jatuh.

" Saya hanya manusia biasa Wan. Banyak kekurangan dan kelemahan.." kataku merendah diri. Zahwan tarik nafas dalam dan hembuskan perlahan. Lalu, pandang aku dan senyum.

" Apapun, Tahniah Aliaa!! Tahniah!! Saya akan sentiasa doakan untuk awak. Saya akan pastikan peluang kedua yang awak beri pada Faliq, akan Faliq hargai.." katanya. Aku membalas senyumannya.

"Terima kasih Wan. Terima kasih!! Kita tetap kawan kan..?!"

"Iya.. Kita kawan..!" Kami senyum.

"Saya nak awak macam dulu ya. Yang kuat semangat, yang berwawasan, yang sentiasa ceria. Lupakan semua yang dah berlaku. Terima semua ni dengan hati yang tenang. Redha. Insha Allah bila awak redha dengan ketentuan ilahi. Ketenangan tu pasti awak akan dapat. Kebahagiaan pasti akan awak temui. Yang penting, doa dan bersabar.. Taknak give up tau. Hidup perlu diteruskan... !!" Kata-kata semangat dariku.

"Ya.. !! Insha Allah. Awak memberi semangat baru pada saya.." Happy aku dengar. Dia kembali senyum tapi aku tak tahulah apa dalam hati dia. Harap senyuman di wajahnya ini sama seperti dalam hatinya.

Tak lama kemudian, anak Kak Su sampai dan terus buka pagar. Aku pun tak sedar berapa lama aku berbual dengan Zahwan. Aku turun dari kereta. Zahwan buka tingkap kereta.

"Saya balik dulu. Kalau perlukan apa-apa pertolongan, call je ya.." katanya.

"Insha Allah. Kirim salam dekat makcik ya.. Assalammualaikum.." aku terus melangkah masuk ke dalam. Dan Zahwan pun terus memandu laju. Aku senyum sendiri.

Aku masuk ke bilik tetamu. Terus labuhkan badan ditilam. Letihnya badan. Eh!! Aku tak makan nasi langsung siang tadi. Keluar dengan Zahwan tadi cuma makan sayap ayam je. Tak apa, malam ni kena makan nasi juga. Kalau tak esok meragam perut. Menjawablah aku.

" Tutt.. tuttt..!!" Handphone berbunyi. Cepat-cepat aku ambil handphone diatas meja solek.   Dah agak dah. Memang tak ada orang lain lagi dah. Faliq juga.

" Assalammualaikum sayang..!! Busy ke? Buat apa tu? Dah makan tak? Makan dekat mana? Kedai macam mana? Awak okey tak dekat sana? Dekat kedai lagi ke?" Fuhh !! Bertubi-tubi soalan Faliq.

"Waalaikumsalam.. Ooooooo Mr. Faliq..! Awak cakap laju-laju ni nak pergi mana?" Aku gelak kecil. Dia gelak kuat.


 Nak naik belon ke Sabah. Nak bawa awak balik.. Hahaha!!"

"Aikk!! Tak sampai sehari kut saya dekat sini. Nak ambil saya pula. Taknaklah saya ikut awak. Panas punggung pun tak lagi tau.."

" Amboii.. Nak tunggu sampai panas punggung tu sampai bila pula tu Aliaa Sofea oii..!!"

"Hmm.. Mungkin seminggu lagi kut. Nak tambah cuti lagi. Okey tak?!" Aku saja menyakat. Begurau.

"Ha? Ishh!!  Tak okey.. Tak okey!! Ni yang tak gemar nak dengar ni. Awak kalau dah ke sana tak ingat saya dah kan.. Sedih saya.."

" Alalalaaa..  Mana ada. Saya ingat awaklah. Kalau tak ingat, tak adanya nak jawab call ni.." Mengada pula dia. Aku senyum je. Layankan jelah.

" Iyalah sayang..!! Saya tahu awak sayang saya. Hmm.. Awak ada jumpa Wan?!" Alamak.. Kenapa dia tanya tiba-tiba ni. Macam tahu-tahu je. Atau Zahwan ada info dia. Masalah ni. Aku garu kepala.

"Ada.." jawabku ringkas.

"Apa? Ada? Awak keluar dating dengan dia? Berdua? Dating dekat mana? Lama ke? Cerita apa je? Ada feeling.. feeling tak? Dia ada luah hati perasaan dekat awak ke? Aduhhh..!!" Haahahahaa.. Aku gelak besar sangat. Sakit perut aku. Ini memang lawak.

" Aliaa..!! Saya serius ni. Kenapa gelak.." aku gelak lagi.

" Tak ada feeling pun. Just borak biasa-biasa je. Relax okey! Nanti saya balik KL, saya akan cerita A to Z pada awak dan abang mengenai Wan. Ada berita yang amat-amat mengejutkan.."kataku lembut.

" Berita apa? Sayang..!! Jangan buat suspen okey!.."

"Tak ada suspenlah. Tak ada kena- mengena dengan saya pun. Janganlah risau. Insha Allah.. Aliaa Sofea tetap akan jadi milik Faliq Alfie.."

" Betul?! Awak tak tipu saya? "

" Saya bukan munafiklah. Saya wanita melayu terakhir tau..."aku bergurau.

" Hmm.. Iyalah tu.  Okey! Saya cuba untuk tidak risau dan saya akan sabar menanti awak balik"

" Ha..! Macam tulah sayang saya. Kalau awak confident dengan saya, confident dengan kasih sayang dan cinta saya, awak takkan rasa jelous atau rasa tergugat atau rasa takut kehilangan saya atau semua perasaan negatif. Tahu tak!!"

" Bukan tak confident tapi takut hati awak berubah sekelip mata bila jumpa Wan. Iyalah.. Diakan ex boyfriend awak. Zaman sekarang ni pula,banyak perkahwinan hancur sebab lelaki dan perempuan ikut ex masing-masing. Saya pun jadi gerun jugalah.." Terangnya.

" Itu namanya tak confidentlah tu. Kalau awak confident dengan saya, tak adanya fikir saya macam tu.." balasku .

" Baiklah sayang..!  Saya confident. Ya! Confident..!!" Hahaaha.. aku gelak lagi. Ada-ada saja teman sehati sejiwa aku ni. Kami berbual mesra. Sakat menyakat, gurau senda dan gelak. Walaupun jauh tapi rasa dekat pula.

Perbualan ku tamatkan. Simpan untuk esok pula. Aku masih baring dikatil. Dan kemudian, duduk. Senyum sendiri. Faliq.. Faliq..!! Memang buat aku senyum dan gelak. Walaupun pernah jadi suami tapi kali ni rasa macam baru je bercinta. Hangat bercinta orang kata. Hehe!!

Zahwan.. Nama itu buat aku terdiam sebentar. Kau cinta pertamaku. Dibibir dengan mudah aku menyatakan sudah melupai segala kenangan itu tapi hakikat hati, aku masih tak boleh lupakannya. Iyaa.. Aku boleh terimamu, untuk jadi sahabat, memang boleh tapi untuk melupakan kenangan kita, tak semudah yang disangka. Aku akan cuba melupakan segala kenangan tu perlahan-lahan demi Faliq Alfie.

Ya.. Demi Faliq Alfie..!!
Previous: Bab 139
Next: Bab 141

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.