336,648
Kategori:
Genre:
Bab 175
Abang seronok melayan Dhia. Malam-malam ni suara mereka je yang kedengaran. Main kejar-kejarlah, main sorok-soroklah, main dam ular lah. Kecoh je. Meriah. Sis Tuti pula di dapur, buat inti karipap untuk sarapan esok. Aku gelak je tengok gelagat abang dan Dhia. Dhia penghibur hati abang. Macam manalah bila kami dah pindah nanti. Mesti abang sunyi duduk sorang-sorang. Kasihan abang. Sedihnya..!!

" Mama tengok uncle ni. Uncle main tipu..!" Dhia mengadu.

"Mana ada tipu. Betul lah ni.."

"Dhia dah dekat atas, tiba-tiba Dhia kena turun bawah. Uncle yang naik atas. Tak aci tau..!" Dhia mencebik. Aku gelak je.

" Betul lah sayang.. ! Cuba Dhia kira lagi. Dadu Dhia kan lima. 1,2,3,4 dah 5. Kan mulut ular tu. Jadi, bila kena patuk ular Dhia kena turun dekat ekor ular ni. Uncle tak kena patuk ular, jadi uncle teruskanlah jalan.." abang terangkan satu persatu pada Dhia.

" Jahat ular tu, kenapa nak patuk Dhia. Kenapa ular tu taknak patuk uncle. Dhia taknak mainlah.. Asyik kalah je..!!" Dhia mencebik manja. Hahahaa.. Aku dan abang gelak kuat.

" Yeahh!! Uncle menang lagi..!! Tadi cakap, siapa yang kalah kena cium uncle kan. Cepat cium!" Dhia terus ke arah abang dan cium pipi abang. Abang balas balik cium pipi Dhia.

"Dhia tahu tak. Dari main dam ular ni kan ada pengajarannya. Pengajarannya adalah. Bila kita berada diatas, jangan terlalu bangga sebab tak semestinya kita menang. Dan bila jatuh dan kalah jangan putus asa. Jadikan jatuh dan kalah itu semangat untuk naik atas semula dan  berjaya. Faham tak?!" Tanya abang.

" Faham.. Kalau menang jangan happy nanti kalah. Kalau kalah jangan sedih kena usaha nanti boleh menang. Kan uncle.."

" Hahahaa.. Iyalah..!!" Kami gelak lagi dan lagi. Aduhai anak!! Aku sandarkan badan di sofa. Hanya melihat mereka.

" Okey.. Sekarang ni pergi masuk bilik. Dah penat dah ni kan. Belum solat isyak lagi kan..?!"

" Belum..!!"

" Solat dulu tau..!" Pesan abang.

" Baiklah uncle. Dhia masuk dulu. Sayang uncle..!!" Dhia salam abang, cium tangan abang dan cium pipi abang lagi kemudian ke arah aku pula.

" Mama tak sihat ke?!" Dhia sentuh pipi aku dan dahi aku.

"Mama dah sihat..!"

" Muka mama pucat je. Kasihan mama.. Nanti mama makan ubat ya.." pesan Dhia.

" Okey sayang..!! Dhia sayang mama tak?!"

" Mestilah sayang..!!"Dhia terus cium dan peluk aku. Happy nya aku.

" Okey.. Pergilah masuk bilik. Jangan tidur lewat ya..!!" Pesanku pula.

" Okey mama..! Okey uncle..! Good night!!" Dhia terus berlari ke biliknya. Aku gelak kecil. Bantal sofa ku ambil dan bersandar lagi. Abang pandang aku dan duduk di sebelah ku. Badan menghadap aku.

" Adik tak sihat lagi?!"

" Dah sihat dah cuma penat..!" Kataku perlahan.

"Abang risau kalau adik mula tak sihat.." Kerisauan diwajah abang.

"Tak payahlah risau. Adik okey jelah..!" Abang merenung wajahku. Aku senyum.

"Abang.. Minggu ni kita balik kampung nak tak? Adik rindu arwah ibu dan ayah. Nak ziarah kubur. Lagipun dah lama kita tak balik jenguk Mak Long dan Pak Long.. " cadangku.

" Tulah.. Abang pun ada terfikir. Nak cakap dengan adik asyik lupa je. Jumaat petang kita balik. Abang ingat nak ajak Faliq sekali, boleh Faliq bagitahu Mak Long dan Pak Long majlis korang nanti.." kata abang.

" Aha kan.. Ya Allah..!! Boleh pula lupa..!" Aku ketuk dahi sendiri. Memang sangat lupa nak bagitahu Mak Long dan Pak Long mengenai majlis kami tu.

" Abang ada bagitahu Pak Long minggu lepas tapi lebih elok kalau Faliq sendiri bagitahu mereka niat tu.."

" Baiklah abang. Nanti adik info Faliq.." Abang angguk.

"Assalammualaikum.. !!" Ada orang beri salam. Abang terus bangun dan mengintai dari sliding door. Faliq lah tu datang, siapa lagi.

" Waalaikumsalam.." kami jawab serentak. Abang terus buka pintu. Muncul lah Faliq tersengeh je.

" Lambat sampai?!"

"Dah keluar awal dah tapi jumpa kawan kejab. Mana Dhia, dah tidur ke?!" Tanya Faliq.

" Baru masuk bilik. Belum tidur lagi tu..!" jawab abang.

"Okey..! Aku jumpa dia kejab.." Faliq terus bangun dan menuju ke bilik Dhia. Aku ke dapur nak buat air. Sis Tuti sedang goreng karipap.


" Dah siap ye.."

" Iya..! Saya buat lebih, buat makan Cikpuan Aliaa sama Pak Adil. Nanti saya hidangkan.." jawabnya.

" Bagus juga tu. Ada Faliq tu baru sampai.."  aku ambil teko, mahu bancuh air.

"Tak apa Cikpuan. Biar saya buat. Cikpuan tunggu di luar.."

"Alaaa tak apa. Awak goreng je karipap tu. Saya buat air ni.." kataku senyum. Dia angguk.
Selesai bancuh air kopi panas, aku susun setiap cawan diatas dulang dan teko. Dan juga sepiring karipap panas. Sedap pula bau karipap ni. Kemudian, aku angkat dulang bawa ke ruang tamu.

Abang tengah baring. Faliq masih didalam bilik Dhia lagilah tu. Nak tidurkan Dhia sekali kut. Aku letak dulang di atas meja dan menuang setiap air ke dalam cawan.

" Abang.. Ni karipap panas..!" Aku pelawa abang.

" Bangunlah.. Adik nak duduk.." aku pukul kaki abang dengan bantal sofa.

" Duduklah sana, sibuk jelah..!"

"Taknak, nak duduk dengan abang juga. Nak manja-manja dengan abang..!" Aku sengeh. Abang bangun dan bersandar.

"Eleh... nak manja konon..!" Abang buat muka. Aku gelak kecil.

" Iyalah.. Nanti adik dah kahwin, dah tak dapat nak bermanja dengan abang kesayangan adik ni. Nilah masanya nak bermanja dengan abang. Betul tak?!" Kataku.

" Iyalah.. Orang nak kahwin dah. Nanti dah kahwin mana nak duduk macam ni dengan abang kan. Kut-kut lupa abang langsung.." aku mencebik manja.

" Abang.. Janganlah cakap macam tu. Sampai bila-bila pun adik takkan lupa abang kandung adik yang macho, yang baik, yang serba perfect ni tau. "

"Iyalah tuu.. Tu ha, manja-manjalah dengan bakal imam adik tu..!"abang memuncungkan mulut ke arah Faliq yang sedang jalan ke arah kami.

" Ishh!! Bakal tu belum sah lagi.." abang senyum. Faliq duduk di tepi.

"Dah tidur ke Dhia?!" Tanyaku.

" Dah..!! " jawab Faliq. Aku angguk.

"Minumlah. Karipap panas lagi tu.." pelawa aku. Aku ambil seketul karipap dan terus masuk dalam mulut.

" Arhh!! Panasnya. Habis melecur mulut..!" Aku menjerit kecil. Terjatuh karipap diatas bantal sofa.

" Dah tahu panas, dimakan.." abang berkerut.

"Luar tak panas, inti dia ni panas..!" Aku meniup-niup isi karipap tu. Sedap sangat! Pandai Sis Tuti masak. Kalau aku buat inti ni kadang-kadang sedap kadang-kadang tak sedap. Ikut mood. Hehe!!

" Liq.. Kami cadang nak balik kampung Jumaat petang ni. Kalau kau free, jom join?!" Kata abang.

" Alamak..!! Jumaat petang aku busy.."

" Tak apalah kalau busy.."

" Tapi dah lama juga tak balik kampung. Dapat merendam dalam air terjun, mesti syok. Tak apa, esok aku try adjust macam mana. Apa-apa aku info.. " sambungnya. Abang angguk. Aku terus layan karipap. Habis seketul, seketul lagi aku makan.

" Berapa hari dekat kampung?!" Tanya Faliq pula.

"Tak lama, sebab Isnin aku busy. So, Ahad petang baliklah. Ni adik nak ziarah kubur ibu ayah.."jelas abang. Faliq pandang aku. Aku pula pandang karipap.

" Okey..! Kalau jadi, aku pun nak info Mak Long dan Pak Long pasal majlis nikah rujuk kami nanti..!"

"Ha..! Bagus tu. Aku dan adik baru cakap tadi..!" Faliq angguk. Aku diam jelah, dengar jelah perbualan mereka. Aku minum air kopi pula. Malam-malam minum kopi pekat, mesti payah nak tidur ni. Hehe!!

" Abang.!! Lupa nak cerita. Adik dah tahu siapa Mr.K tu tau..!!" Tiba-tiba teringat pula Mr.K tadi.

" Dah tahu? Adik jumpa dia ke? Hey adik!! Kan abang dah cakap jangan jumpa dia. Kenapa degil sangat ni..!" Aku tercengang. Pelik. Aku pandang Faliq dan Faliq gelakkan aku kuat.

"Ish!! Dia ni.. Dengarlah dulu orang nak cakap. Tahu nak mbebel je. Sumbat karipap ni kang baru tahu." aku merungut. Menjeling abang.

" Habis tu kalau tak jumpa macam mana boleh tahu?!"

" Panjang ceritanyaa..!! Abang tutup mulut jangan membebel ya.. Abang dengar apa adik nak story mori ni. Ada saksi yang melihat kejadian tadi. So, jangan marah adik..!" Tanpa buang masa aku pun ceritalah semuanya dari A ke Z. Habis je cerita, titik. Abang dengar dengan fokus sekali.

" Hmm.. Tasya juga kan. So, sekarang ni maknanya ketua dia adalah Tasya. Tak ada orang lain lagi dah..!" Kata abang.

" Iya kemungkinan besar. Siapa lagi musuh adik kalau tak dia.." jawabku.

" Semua dah terjawab. Allah permudahkan segalanya. Tapi selagi Tasya masih bebas, aku tak senang duduk bro. Aku risau, tak mustahil dia akan buat lebih dasyat lagi pada Aliaa. Lagi pula, semua yang dia plan tak berjaya..!" Kata Faliq. Serius.

" Betul juga tu. Kalau sampai wayar kepala dia longgar.  Habislah.. Adik lepas ni kena lebih berhati-hati dik. Risau abang..!"

" Betul.. Betul.. Betul..!! Macam-macam Tasya tu boleh buat. Awak ada info Inspektor Adam tak?!" Tanya Faliq.

" Belum lagi. Esok saya info kalau dia tak kejar penyangaklah.." Aku sengeh.

" Kita doa banyak-banyak minta perlindungan daripada Allah. Insha Allah, semua ini akan dipermudahkan. Kalau dah settle kes ni dan kalau Tasya tu dah tertangkap. Fuhh!! Lega beb.. !" Kata abang.

" Itulah. Aku pun dah penat dah hadapi benda ni. Dah lama kut. Kasihan dekat Aliaa, jadi mangsa keadaan. Sorry broo..!!" Faliq membalas.

"Tak apalah. Ini kan dugaan. Banyak-banyak sabar. Allah bagi dugaan ni dekat kita semua sebab Allah sayang kita. Jangan pernah putus asa, selagi kita bernama manusia, selagi tu kita akan diuji. Sabar je. Setiap kepahitan tu akan ada manisnya. Setiap kedukaan akan ada kebahagiaan.." nasihat abang memberi semangat pada aku dan Faliq. Kami berpandangan dan senyum.

" Ya..!! Insha Allah..! Dan semoga pernikahan kali kedua kami ni akan kekal ke jannah. Apa yang berlalu, memang sangat-sangat terkesan betul dalam hidup aku. Betul-betul memberi keinsafan dan banyak pengajaran yang aku belajar bro.." luah Faliq pula. Aku jadi pendengar setia jelah. Tak komen apa-apa pun. Mata kejab pandang abang, kejab pandang Faliq dan senyum.

" Aaminn.. Insha Allah. Takkan putus doa aku untuk kau dan ni untuk adik aku yang... Oiitt..!! Habis sepiring karipap dia makan sorang. Abang tak merasa lagi kut. Mencekik tak ingat kami pun..!!" Abang menjerit di telinga aku. Faliq gelak.

" Siapa suruh membebel je. Adik suruh makan, tak layan. Adik makanlah karipap ni. Sedap tau..!!" Jawabku dengan mulut penuh karipap.

" Kut iya pun. Tinggalkanlah seketul dua untuk kami. Bertuah punya adik..! Kau tengok bini kau ni. Huh!!" 

" Hehe.. !! Okeylah tunggu kejab ye. Adik gorengkan.." aku gelak kecil dan terus ke dapur nak goreng karipap untuk insan tersayang. Happy dan rasa bahagia.

Siap goreng, aku bawa sepiring lagi karipap kepada mereka. Aku letak diatas meja. Abang dan Faliq terus berbual. Aku tengok tv. Malas nak kacau perbualan mereka. Sedang asyik tengok tv, tiba-tiba dada aku rasa perit dan sempit. Aku tahankan. Bernafas perlahan.
Dah kenapa dengan aku ni. Aku bangun perlahan-lahan dan menuju ke dapur.

Aku terus duduk di kerusi. Ambil udara sekejab. Pejam mata, bernafas perlahan lagi. Apa aku nak buat pun aku tak tahu. Kosong fikiran. Aku tak fikir langsung nak info abang atau Faliq. Yang aku fikir, kenapa dengan aku dan menahan rasa sakit. Aku bangun perlahan, ambil mug dan isi air suam. Aku meneguk air perlahan-lahan. Semakin lama, semakin perit dan pedih. Pandangan jadi gelap tiba-tiba. Allahuakhbar..!! 

Previous: Bab 174
Next: Bab 176

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.