336,425
Kategori:
Genre:
Bab 101
Pintu liff terbuka je terus kami melangkah laju.  Masih tetap berbual gelak dan tawa. Menuruni anak-anak tangga.

" Aliaa.. Aliaa.. Aliaaa!!" Ada orang panggil akulah. Aku dan Naim berhentikan langkah dan terus menoleh ke belakang. Kelam-kabut si Faliq  berlari anak ke arah kami. Senyum Naim dan aku berkerut.

"Penatnya kejar awak ni! Aduhhh..!!" Termengah-mengah konon.

" Dah kenapa?"

" Saya call, tak jawab. Saya ke office awak, diaorang cakap awak turun..!"katanya.

" Handphone tak bawa.." jawabku sengeh.

" Patutlah.. Baru nak makan ke?"

" Iya..!!"

" Jom.. Saya join. Aku join boleh tak Naim?!" Tanya Faliq pada Naim.

" Kau tak payah join. Kau temankan je dia makan. Aku dah makan dah. Aliaa.. Kau makan dengan Faliq ye, aku nak naik atas, perut aku meragam lagi ni.. "pandai Naim ni mengelat. Sabar jelah.

" Kau memang kan! Okeylah.." aku jeling pada Naim. Naim gelak kecil dan terus berlalu. Aku dan Faliq terus menuju ke cafe.

Cafe dah lengang. Aku terus tengok lauk. Masih ada lagi walaupun tak banyak. Nasi setengah pinggan ku ambil. Sayur tumis kacang panjang  udang, bergedil kentang, telur masin setengah biji, kuah sup sikit dan salad. Jadilah ni. Air suam je. Kemudian, aku terus cari meja di bahagian tengah. Tak lama Faliq datang.

" Aik.. Makan buah je..!"

" Saya dah makan dah dengan client tadi.." katanya sambil menyedut air teh o ais limau. Aku memulakan makan. Faliq renung aku dan sengeh-sengeh.

" Saya tak sukalah awak pandang saya macam tu. Tak selesa tahu tak?!" Kataku berkerut.

" Hahahaa.. Iyeke tak suka?! Dulu okey je.." Boleh dia gelak.

" Hey!! Bila masa, tak ada makna. Lagipun tu dulu punya hal lah. Sekarang kan dah lain.. "

" Bagi saya sama je. Awak tetap ada dengan saya juga ni. Kan..kan..!!" Cakap dengan dia ni, memang dia je betul.

" Sukahati awaklah..!!" Aku tak hiraukan, tak selesa pun tak selesalah, janji perut aku kenyang. Dia nak pandang ke apa ke, biarlah.

" Saya dengar kekasih hati awak datang lagi. Kerja dekat sini juga. Kan?!" Aku sengaja buka  cerita. Terus tersedak dia. Aku senyum sinis.

" Aik!! Cakap je kekasih hati terus tersedak?!" Aku perli. Dia menghirup air dan mata pandang ke aku lagi.

" Aliaa.. Dah tak ada apa-apa dah. Cerita lama kan.." jawabnya lembut.

" Hmm.. Kalau ada apa-apa pun, apa salahnya. Kan?!" Perli lagi.

" Demi Allah.. Saya dah tak nak fikir tu semua. Sekarang ni niat saya cuma nak fikir awak dan anak kita je. Family kita, tu je..!" Jawabnya. Aku sinis lagi. Meletakkan sudu dan garfu di tepi pinggan. Alhamdulilah, perut sudah kenyang.

" Family apanya. Kita bukan suami isteri lagi pun.."

" Sebab tulah saya fikir sekarang. Nak kita jadi satu family semula,bersatu lagi. Bina hidup baru. Saya tahu saya pernah buat jahat. Tapi tak salah awak bagi saya peluang kan. Saya nak kita kembali bersama.." Tinggi harapannya. Aku meneguk air suam. Langsung tak jawab apa-apa. Aku ambil garfu dan cucuk pada buah betik potong dipinggannya. Lalu masukkan ke dalam mulut. Sedap..!! Manis..!! Faliq masih menunggu jawapan aku. Aku buat tak tahu je. Terus mengunyah.

" Sedaplah..!! Saya habiskan ye. Awak ambil yang lain ye.. Hihii..!!" Aku terus layan betik ni. Faliq senyum. Dia tahu aku memang tak kan jawab apa-apa pun kalau dia tanya bab-bab rujuk, bab hubungan kami ni. Aku tak ambil port pun. Biasalah aku. Rasa macam benda remeh temeh ni malas nak fikir walaupun dia rasa benda ni penting. Sebab bagi aku, entah.. Aku pun tak tahu. Belum ada jiwalah nak rujuk lagi. Nanti-nantilah. Esok-esoklah. Malas nak fikir. Satu je sebabnya, bila hati dan perasaan dah terluka. Parut dan kesan tu tetap ada lagi. Tunggulah sampai parut dan kesan ni hilang. Baru on kut. Mungkin ajaib ke tiba-tiba hilang. Hahahaa!!

" Oh ya!! Tadi Angah call. Dia nak bawa saya jumpa client dia malam ni.." Dapat idea tukar tajuk. Hihii.!!

" Jumpa client?!"

" Yupp!! Client dia nak ambil pakej perkahwinan dan pakej kek kahwin sekali. So, Angah  bagi pakej kek tu pada saya.."

" Hmm.. Baguslah tu. Lagipun awak still rakan kongsi butik lagi, boleh teruskan. Buat part time, dapat side income..!" Kata Faliq.


"Eh!! Awak tak keluarkan lagi nama saya?!" Aku terkejut. Dah lama kut. Terharu pula aku.

"Tak lagi. Sebab awak tetap family kami. Cuma kita je terpisah kejab terputus tali tu tapi nanti bersama semula sambung ikatan tu lagi. Kan..!!" Faliq senyum. Yakin betul dia ni. Hmm..
Aku pandang dia sekilas je. Dan angkat bahu.

" Jam berapa nak jumpa client? Angah ambil awak dekat rumah ke?!" Tanyanya.

" Lepas maghrib. Aha.. Dia ambil nanti..!!" Faliq mengangguk kepala. Mengambil buah betik dan makan.

" Haaiii Sayang...!!! " Aku berkerut.

" Allah..!!" Faliq ketuk dahi. Kami berpandangan. Aku gelakkan. Baru disebut, dah pula dia muncul. Macam diseru pula minah parasit ni. Dari jauh dah jerit panggil Faliq. Terkedek-kedek berjalan menuju arah kami. Sengaja tayang lenggang lenggok. Mujurlah orang dah tak ramai. Aku buat selamba.

" Eh!! Youu...! Si janda Faliq pun adalah. Apa khabar, sihat ke?! Boleh i join..?!" Amboi mulut nak kena cili kut. Hmm..

"Alhamdulilah sihat..!" Jawabku ringkas.

" You tak payah nak join kami lah. Mengacau jelah..!" Faliq bengang.

"Alah you ni. Relax lah. I pun nak kenal rapat dengan janda you ni. Iyelah, sebelum ni tak berkesempatan nak kenal. You bukan nak kenalkan pun kan..!!" Tasya duduk rapat sebelah Faliq. Faliq menganjakan kerusinya jauh sikit.

" Sayang..!! You tahu tak. I tak boleh tinggalkan you tau! Tengok, i datang semula sini. Tak boleh move on. Cuma kita dah tak sama company je.. Tapi i still dengan you tau darling..!! Kenapa i call you tak dapat, you dah tukar nombor lain ye. Nanti bagi i ye sayang ye..!! " Naik bernanah pula telinga aku dengar. Hanya mampu senyum jelah.

"Boleh tak you jangan ganggu hidup i lagi. Jangan ganggu rumahtangga i dan Aliaa..!" Kata Faliq tegas. Ha?? Rumahtangga. Okey aku faham. Diamkan jelah.

" Rumahtangga? Hmm..  Macamlah i tak tahu, you all tak rujuk pun. Jadi tak salah pun i nak terus dengan you.." Memang tak tahu malu betul parasit ni. Aku dengar jelah.

" Memanglah salah sebab hati i hanya untuk Aliaa. Jangan ganggu kami.. Faham?!!" Faliq mula marah. Tapi si parasit ni buat bodoh je. Tak peduli pun apa Faliq cakap.

" Mana ada ganggu. I cuma nak hak i je.."

"Hak apa? You bukan bini i pun.."

" Hak hati i yang you pernah ambil. Hak hati i yang you sakiti, hak i yang you beri pada janda you ni. Hak kasih sayang dan cinta i pada you..!!" Fuh!! Dari apa yang dia cakap dan dari airmukanya. Memang Tasya ni tak puashati dan ada nada-nada nak membalas ni. Nak menuntut hak. Dendam?! Wow!! Scary!!

" Jangan nak merepeklah. Dahlah sayang..!! Jom kita pergi, kalau makin lama dekat sini, duduk dengan dia ni mahu lain pula jadinya.. Jom!!" Faliq malas nak layan Tasya. Dia terus bangun dan ajak aku pergi. Aku memang diam membisu. Malas nak campur. Tanganku terus ditarik.

"Sayang..!! Tak kan you nak tinggalkan i dekat sini sorang-sorang. Ishhh!!" Tasya bengang tengok kami. Aduhaii..!! Aku pula jadi pening. Tak pasal-pasal aku pula terjebak. Kami jalan ke kaunter, bayar bil makanan.

" Sabar jelah Encik. Tak serik lagi dia tu. Encik jagalah rumahtangga baik-baik. Jangan sampai dia kacau lagi. Memang masalah dia tu..!!" Kata pakcik cafe. Dia memang tahu sangat kisah si Faliq ni dulu. 

" Insha Allah. Terima kasih pakcik..!!" Faliq senyum dan aku pun senyum. Tasya masih memerhati kami. Setelah membuat bayaran, Faliq tarik tangan aku lagi. Sengaja depan Tasya. Punyalah bengang si Tasya. Dan aku perasan, dia mengekori kami. Tapi kami terus je jalan. Tangan Faliq masih lagi genggam tangan aku. Rimas pula rasanya. Nak lepas tak boleh, dia bisik. Kejab! Aduhaiii... !!

" Faliq.. !! Tunggulah.. Janganlah tinggalkan i..!" Tasya menjerit panggil Faliq. Faliq buat bodoh je. Terus dia tekan butang liff. Pintu terbuka je terus masuk. Sempat juga si Tasya ni masuk sekali. Termengah-mengah dia. Hahaha.. Kasihan!!

" You ni.. Sampai hati tinggalkan i. Tak adil tau..!!" Tasya menjeling Faliq. Aku ditengah-tengah antara mereka.

"Tolonglah Tasya. Jangan ganggu i dan Aliaa lagi. Boleh tak?! Tak fahamlah dia ni.. " Kata Faliq. Mengeluh.

" You ingat senang ke nak lupakan you. I dah sayang you sepenuh hati kut. Alah... Apa salahnya, i okey je kalau bermadu dengan Aliaa. Aliaa pun okey je kan.. Aliaa kan..!!" Selamba je dia cakap. Ingat aku apa? Eee... !! Meroyan betul.

"Helloooo!! Kalau Aliaa okey pun. Sorry ye!! I tak kan pernah sesekali sakiti hati Aliaa lagi. Tak akan...!! " kata Faliq tegas.

" Eleh.. You cakap je tak akan. Tapi dalam hati tu wow!! Ingat i tak tahu. Lelaki..!! Diumpan dengan lauk. Hmm..!!" Aku geleng kepala. Pening tengok diaorang berdua ni. Macam budak-budak.

" Jangan samakan i dulu dengan i sekarang. Dahlah Tasya. Pergilah. Peninglah dengan you ni..!!" Pintu liff terbuka. Tingkat lima, ni tingkat office Tasya ni.

" Nanti kita jumpa lagi ya sayang ya..!! I akan rindu you tau!! Okey madu.. nanti free, kita jumpa tau.. Byeee..!!" Aku sinis je. Tasya hulurkan tangan nak salam akulah konon tapi Faliq tak bagi. Dia tetap pegang tangan aku lagi. Aku selamba je buat tak tahu. Aduhai.. Aku rasa dah macam boneka je. Ditarik sana sini diam membisu. Malas nak layan. Tengok jelah drama mereka ni. Hmm..

 Pintu liff cepat-cepat Faliq tutup. Faliq pandang aku, kami bertentangan. Diam!

"Maaf Aliaa..! Saya tak tahu dia masih nak ganggu saya dan awak lagi. Saya ingat dia dah berubah dah. Maaf..!!" Kasihan pula tengok muka dia ni. Muka sangat bersalah. Aku senyum.

"Tak apalah. Saya faham! Biarkan jelah dia. Lama-lama kalau dia dah bosan, dah penat. Tak ganggulah tu. Tapi kalau awak melayan tu tak tahulah. Hati lelaki kan.. Macam yang dia cakap tadi, lelaki di umpan lauk kan..!!" Aku saja perli.

" Ishh!! Awak ni. Janganlah cakap macam tu. Faliq Alfie dulu dan Faliq Alfie sekarang dah tak sama dah. Percayalah sayang..!!" Jawab Faliq. Jujur riak mukanya.

" Hmm.. Apa yang dah tak sama. Cuba cakap. Nak juga saya tahu..!" Bergurau. Tak nak dia tension.

" Dulu saya hensem dan macho je, tapi sekarang ni dah triple hensem dan macho...!!"

" Eeeee... Perasaaannnnn!! Bila nak habis perasan ni.." Hahahaa.. Bertuah betul.

"Hahahaa.. Perasan saya ni hanya untuk awak je tau...!!" Faliq gelak besar.

" Untuk saya konon..!! Oii.. Oii.. Ni bila nak lepas ni. Dah tak reti nak lepas dah ke, lakonan dah tamat ye.. !!" Aku muncungkan mulut ke tangan. Sedap dia je pengang tak lepas. Aku jeling.

" Hahahaa..!! Sorry.. Sorry..!! Terover pula. Tapi syok juga kan. Romantikkk!!" Amboi jeling gatal miang pula dia dekat aku.

" Aduhhh!! Sakitlah.. Berbisa..!!" Aku terus cubit lengannya sekuat hati.

" Ha!! Padan muka. Tak payah nak mengatal sangat ye..!!" Aku jeling tajam padanya. Dia masih lagi gelak.

Ting..!! Pintu liff terbuka.

" Okeylah. Saya masuk office dulu. Thanks belanja makan.. !" Kataku sebelum keluar dari liff.

"Okey sayang! Kerja elok-elok tau. Miss you, love you..!!" Sempat lagi mamat ni.

" Kirim salam dekat kekasih hati tu ye.. Byee!!" Aku saja mengusik dia. Dan terus keluar.

"Tak ada makna.. Byee Sayang..!!" Jerit Faliq dari dalam liff. Aku gelak je.

Macam- macam hal. Lawak pun ada. Hai lah teman tapi mesraku. Entah apalah kau cakap dekat mereka semua. Sampai pakcik cafe pun ingat kita dah rujuk. Confident betul kau ni. Jadi, aku rasa lepas ni mesti dia nak aku terus berlakon jadi bini dialah kut. Dah awal-awal dia cakap pada Tasya tadi. Tapi minah parasit tu memang tak reti penat kut kejar Faliq. Aku rasa dah lama juga Faliq putus dengan dia tu. Tapi itulah, hati perempuan bila dah sayang, ingat senang nak lupakan. Hmm.. pandai-pandai kau lah Faliq macam mana nak handle. Aku tolong mana yang mampu je. Setakat berlakon okey je. No hal. Lagipun, kasihan juga biarkan Faliq dikejar dengan minah parasit tu. Haru biru hidupnya. Hahahaa.. Lawak.. Lawak..!

Aku pun dah malas nak gaduh-gaduh. Apa Tasya nak buat, buat jelah. Tapi kalau melampau sangat. Bukan garang Singa betina je aku ni, silap haribulan garang singa pondan pun akan keluar. Lagi pula, ada Angah. Dia lagilah, serigala jadian pun kalah. Jangan main-main bodyguard aku tu. Call aje confirm berdesup sampai. Matilah kau Tasya. Hahaha..!!

Previous: Bab 100
Next: Bab 102

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.