336,405
Kategori:
Genre:
Bab 89
Emergency!! Aku selamat mendarat ke Kuala Lumpur Internasional Airport(KLIA)tepat jam 7.25 malam. Memang kelam-kabut. Pagi tadi selepas breakfast, bapa angkat aku dan Erisya call, minta aku balik KL dengan segera.  Hari ini juga dan tiket flight pun mereka dah beli. Dah kenapa tiba-tiba pula ni. Bukan mereka je yang minta aku balik, abang pun call juga. Suara abang macam marah. Aku dah pelik. Aku tanya mereka, kenapa tapi mereka cuma cakap balik je ada hal sangat penting. Memang hati aku tak tenang dan sangat mendebarkan. Macam-macam bermain di kepala aku ni. Negatif positif semua ada. Aku terfikir, ini ada kena mengena dengan Haikal dan Pearl Holding ke? Sebab Haikal masih di KL, baru dua hari balik KL. Sejak dia balik KL, sekali je dia whatsapp aku.

" Aliaa.. Saya minta maaf banyak-banyak.." itu saja whatsapp dari dia pagi tadi sebelum abang, Dato' dan Erisya call. Aku memang jadi tak sedap hati. Ada sesuatu yang berlaku ke? Tak apalah, sabar je. Sekejab lagi tahulah apa masalah sebenar. Aku kena kuat, aku kena sedia hadapi kemungkinan yang akan berlaku sekejab lagi.

Aku jalan laju ke lobi airport. Abang yang menjemputku. Dari jauh dah nampak kereta Honda Putih abang. Aku terus menuju ke kereta. Abang menyambutku dengan senyuman. Setelah bersalaman dengan abang, abang terus angkat beg pakaian aku. Dan tanpa berlengah terus masuk ke dalam kereta. Abang memandu kereta laju menuju ke mana, entahlah. Aku pun kurang pasti. Serius je abang. Aku pula jadi bingung. 

" Dhia dengan siapa dik?!" Tanya abang memulakan perbualan.

"Adik hantar Dhia dan Sis ke rumah Kak Su.." jawabku. Abang angguk kepala.

" Abang.. Kenapa tiba-tiba suruh adik balik ni. Erisya dan papa cakap emergency. Adik tak fahamlah? Kenapa abang.." tanyaku. Risau.

" Dato' call abang pagi tadi, dia cakap datang rumah malam ni, ada hal penting.." kata abang.

" Hal penting apa?"

"Nanti adik tahu juga.. " abang tak nak info apa-apa pun. Aku syak abang mesti tahu hal penting itu tapi dia tak nak cakap juga. Semakin mendebarkan.

" Cakaplah abang. Risaulah. Kalau ia melibatkan kerja, tapi kenapa sampai papa call abang ek?! Maknanya ia melibatkan personal adik juga ke ni? Haa abang.. cakaplah.." aku terus meneka.

" Abang taknak campur sebenarnya tapi bila ia melibatkan personal adik. Abang wajib campur. Dato' call abang pagi tadi dan cerita semua mengenai adik dan Haikal.." jelas abang tapi aku tetap tak faham.

" Adik dan Haikal?? Hmm.. kalau bab personal mesti Datin Zita kan?! Banyak kali dah adik cakap, kami kawan je kut. Tak ada bercinta pun.." Aku meneka. Aku mengeluh.

" Memang tapi itu kata adik. Nanti kita bincang,  ni kita terus pergi ke rumah Dato' " aku angguk.

Apa masalahnya ni. Atau sebab Datin Zita punya hal kut. Mungkin dia buat drama ke. Kalau tak, kenapa Haikal whatsapp mohon maaf pagi tadi. Muskyil betullah. Aduhai.. Dugaan apakah lagi ni. Bersediakah aku mahu hadapi ini? Aduhaiii.. sedihnya.

Sampai diperkarangan ruman banglo itu, kami berdua keluar dari kereta. Aku jadi semakin cemas dan risau. Terang benderang rumah banglo ini, banyak kenderaan, mewah-mewah pula tu. Takut aku tengok. Kereta Haikal pun ada juga. Mesti sah pasal aku dan Haikal. Garu kepala aku dibuatnya. Aku dan abang menuju ke pintu utama rumah banglo itu. Kami memberi salam, dan salam dijawab oleh Erisya. Erisya menyambut kedatangan kami ramah sekali. Aku dan Erisya berpelukan , rindu sangat. Senyuman terukir diwajahnya. Kemudian, dia menjemput kami masuk pula. Aku melangkah perlahan, abang mengekoriku. Senyum dan senyum.

Kelihatan di ruang tamu yang luas dan cantik dipenuhi keluarga mereka je. Ada papa dan mama, Datin Zita, Haikal, Erisya dan seorang wanita yang aku tak kenal. Senyum melirik padaku. Aku membalas senyuman dan bersalaman dengan mama, dipeluk dan diciumnya aku. Rindu katanya. Aku salam pula dengan Datin Zita dan wanita tadi. Apabila aku menghulurkan tangan pada Datin Zita terus tanganku ditepisnya kuat. Semua mata tertumpu padanya. Terkejut aku. Dah kenapa dia ni? Aku baik je kut. Masalah betul. Garang mukanya. Aku senyum jelah, takkan nak lawan.


Aku pandang muka abang, abang berkerut. Haikal pula menundukkan muka.

" Sorry..!! Tak payah nak buat baik sangat. Jijik pula saya rasa..!" Selamba je Datin Zita cakap dengan jelingan paling tajam. Kalah mata pedang. Aku angkat bahu dan okey!

"Mama.. Please ma!!" Haikal bersuara. Sedih je mukanya. Abang tarik tangan aku bawa duduk disebelahnya. Aku ikut je. Aku terpinga-pinga, tak tahu menahu. Rasa macam hal tersangat besar ni.

" Saya minta semua datang malam ni. Nak bincangkan permasalahan ini. Taknak perkara ni berterusan. Ini melibatkan nama saya sendiri dan syarikat dan Aliaa.." aku berkerut. Melibatkan aku?? Apa yang aku dah buat.

"Aliaa.. papa minta maaf. Terpaksa panggil Aliaa balik KL segera. Nak bincang dalam handphone rasa tak sesuai. Lagi elok bincang face to face macam ni.." jelas papa. Muka dia pun macam sedih je. Tapi muka Datin Zita, hmm macam nak kena tembak je.

" Apa sebenarnya yang dah berlaku? Tiba-tiba je.." kataku kepelikan.

" Semuanya berpunca dari awak sendiri. Kalau awak tak muncul dalam keluarga ni, benda ni semua takkan terjadi.."

" Maaf mencelah. Sekarang ni nak berbincang atau nak terus nak menyalahi adik saya?" Abang bersuara. Tegas. Pandang tepat ke arah Datin Zita.

" Bawa bertenang..!! Aliaa.. Aliaa tahu mengenai Pearl Holding kan, kami dah berbincang keluarga sebelum ni. Atas persetujuan Haikal, papa dan Dato' dan ahli keluarga lain. Dengan rasa berat hati Pearl Holding akan papa serahkan sepenuhnya pada Datin Zita semula. Sepenuhnya..!! Papa taknak akan jadi persoalan syarikat ni nanti. Papa akan jelaskan semuanya pada Aliaa nanti ye.." terang papa. Lembut je suaranya senyum padaku. Aku faham dan hanya angguk. Senyum sinis Datin Zita padaku. Aku pun senyum jelah.

" Jadi, Pearl Holding dah tak ada kaitan lagi dengan papa. Pandai-pandailah Datin Zita nak uruskan macam mana" sambung Papa lagi. Ni memang aku sangat faham. Pearl Holding menjadi rebutan.

" Dan, ini bermakna secara automatik nama awak digugurkan dalam Pearl Holding mulai hari ini, saat ini. Awak dah tak ada kena mengena dengan Pearl Holding. Faham Aliaa Sofea..!!" Fuh!! Gayanya sangat angkuh.

" Saya hanya bekerja je Datin, saya tak pandang pada pangkat dan tak gila kuasa, saya bekerja kerana Dato' Hamid dan keluarganya.." aku bersuara. Aku pula sinis padanya.

" Baguslah kalau sedar diri. Lepas ni awak angkut semua barang-barang awak dan balik kampung jelah tunggu jantan meminang.. " Aku masih senyum. Mulut puaka.

" Aliaa tetap dengan papa dan kami semua. Lepas ni, Aliaa kerja di KL, sebab papa, Sya dan syarikat tetap perlukan Aliaa. So, Aliaa tak perlu risau semua tu ya..!" Sambung Papa menyebelahi aku.

" Kenapa masih nak dia juga dalam company you? Dia bukan sesiapa? Ini company keluarga you kan? Dia tak layaklah..!!" Marah Datin Zita pada papa.

" Aliaa anak angkat saya, dah saya anggap seperti anak sendiri. So, bermakna Aliaa layak untuk terus bersama company saya. Yang tak ada kaitan dan tak layak dengan company ini adalah kakak. Ini company saya, saya yang uruskan jadi kakak tak boleh campur tangan sikit pun. Dan, kakak kena ingat, kalau tak kerana Aliaa, Pearl Holding takkan sampai ke tahap ini. Haikal tak boleh uruskan sendiri sebab tugasnya. Dan, satu perkara lagi. Saya tak serah Pearl Holding macam tu je tau, ada saham saya juga. Jadi, Pearl Holding berhutang dengan saya. Saya dah buat surat perjanjian dan dipersetujui oleh Haikal dan abang sendiri. Selagi Pearl Holding tak selesaikan hutang itu. Bermakna saya masih ada hak. So, kakak sebagai Pengurus Besar lepas ni tolong jelaskan hutang. Haikal pun dah tarik diri kan, nak fokus pada tugasnya. So, kakak dipertanggungjawabkan untuk selesaikan semuanya. Faham?!" Panjang lebar papa jelas dan terangkan. Aku selamba je. Sesekali menjeling pada Haikal. Kusut wajahnya.

"Okey!! I akan uruskan semua. Yang penting tak ada Aliaa ni dalam company.." Menjeling lagi Datin Zita pada aku. Aku buat bodoh je. Lantaklah mata dia.

"Uncle.. Aliaa.. Saya minta maaf banyak-banyak. Saya tak ada pilihan. Ini semua kehendak mama. Saya ucapkan jutaan terima kasih uncle sokong saya selama ni. Dan terima kasih Aliaa, tanpa awak company takkan maju sampai sekarang ni. Saya nak buat satu pengakuan disini.." Haikal senyap. Semua menanti pengakuan darinya. Hati aku semakin berdebar-debar. Haikal please jangan buat hal. 


"Pengakuan apa Karl nak buat ni. Karl jangan buat hal..?!" Datin Zita mula baran. Berkerut mukanya.

" Aliaa.. Saya sayang awak. Saya nak melamar awak..!!" Tepat mata Haikal pandang aku. Aku terpaku. Kenapa dengan Haikal ni. Aduhaiii..!!

" Karl?! Jangan nak buat hal okey! Karl dah setuju kan nak menikah dengan Erin. Mama tak kan izinkan Karl melamar Aliaa.. Sampai mati pun mama takkan restukan.." punyalah marah Datin Zita. Abang genggam kuat tangan aku.

" Tapi Karl tak sayang dan tak suka Erin. Ma..!! Hati Karl hanya untuk Aliaa je ma. Janganlah seksa Karl macam ni. Bagilah Karl cari bahagia Karl sendiri.." Dah pula bertekak dua beranak ni. Aku pula jadi mangsa. Geleng kepala aku dibuatnya. Haikal merayu.

" Haikal nak jadi anak derhaka? Sebab perempuan ni Haikal sanggup lawan cakap mama. Ni perempuan yang menumpang kasih sayang keluarga orang. Yang menagih simpati. Perempuan ini yang Karl nak jadikan isteri. Hey Karl.. Dia tak layak untuk Karl lah.. Tak layakk! Perempuan macam ni bersepahlah..!!" Aku pejam mata. Dihina dan terus.

" Datin.. Jangan ingat dengan pangkat Datin tu boleh menghina orang suka-suka. Esok mati masuk dalam lubang kubur juga. Walaupun kami golongan biasa tapi kami ada maruah. Di padang masyar nanti tak ada membezakan golongan vip, vvip atau golongan biasa. Semua kita adalah sama. Jagalah sikit mulut tu Datin.." Abang bersuara tapi Datib Zita buat bodoh je.

" Tak payah nak mengajar saya. Kalau adik awak ni baik sangat. Taklah jadi janda. Maaf ya, saya tak terima bakal menantu bekas orang.. " Aliaa tarik nafas.

" Mama.. !! Dahlah ma.. !! Cukuplah ma. Kenapa ma benci sangat dengan Aliaa ma. Aliaa tak buat apa-apa pun pada mama. Karl sayang Aliaa bukan sebab status dia, bukan sebab simpati. Tak ma..!! Karl sayang Aliaa sebab hati budi dia ma. Dia jadi janda sebab ditinggalkan suami bukan dia meninggalkan suami.. Tolonglah ma.. Jangan rendahkan maruah Aliaa. Aliaa sebaik-baik wanita yang Karl pernah jumpa. Dan, belum tentu anak dara itu sebaik Aliaa..!" Haikal meluahkan segala rasa hatinya. Aku dah tak mampu nak cakap apa, aku terharu bila Haikal mempertahankan aku depan Datin angkuh itu. Airmataku hampir saja mengalir tapi ku tahan.

" Apapun terjadi, mama takkan terima Aliaa. Tak akan Karl. Erin dah cukup baik untuk Karl. Tak perlu fikir pasal Aliaa. Keputusan mama muktamad..! Lusa majlis pernikahan, jangan bantah!!" Sambungnya tegas. Semua terkejut.

" Ha?? Please lah ma, jangan buat Karl macam ni. Uncle.. Kenapa mama buat Karl macam ni uncle..!!" Sedih aku tengok Haikal. Ya Allah!

"Karl.. Sabar!! Kak, jangan buat keputusan mengikut nafsu sendiri. Biarlah dia buat keputusan sendiri.." Papa bersuara.

" Keputusan sendiri? I memang nak dia bahagia, tapi kalau bahagia sekejab untuk apa. Okey kalau dia nak nikah dengan Aliaa. Tapi Aliaa nak mati, umur Aliaa tak panjang, i taknak anak i jadi duda sebab Aliaa.!!" Aku terkejut dengar. Turun naik nafasku. Aku pandang abang, pandang Haikal.

" Mama..!! Allahuakhbar.. " Muka Haikal berubah. Berpandangan dengan abang.

" Karl yang cakap kan. Aliaa ada masalah jantung. Orang sakit jantung ni, ubatnya hanya mati je..!!" Aku terkedu.

" Jantung? Saya sakit jantung? Haikal betul ke? Abang.. !! Abang.. apa semua ni. Kenapa rahsiakan semua ni dari adik, kenapa abang? Haikal kenapa? " tanya aku. Semua menunduk.

"Adik..!! Sabar ye sayang.. Abang memang nak info adik tapi abang tunggu masa yang sesuai.."

" Aliaa.. maafkan saya.." kata Haikal.

" Abang yang tak bagi Haikal info adik. Abang sendiri yang nak info pada adik. Tapi sakit adik masih diperingkat awal.."

"Iya Aliaa..!!" Sampuk Haikal.

" Jadi Aliaa.. Awak dah tahu kan. Kenapa Karl nak melamar awak? Sebab simpati pada awak yang berpenyakit ni.. Awak rasa?!" Sinis. Aku terdiam seribu bahasa. Hanya airmata yang mengalir.

" Boleh tak Datin tutup mulut tu. Jangan sampai saya hilang sabar..!!" Kata abang. Bengis muka abang. Entahlah, aku dah rasa lemah seluruh badan. Longlai kaki, aku nak mati? Jantung? Ya Allah!! Aku terduduk menekup muka sendiri. Haikal duduk disebelahku. Pujuk aku.

" Tak betul ke saya cakap. Kenapa? Tak boleh ke terima yang adik awak tu nak mati. Bagus jugalah dia mati, sekurang-kurangnya tak ganggu anak bujang saya..!!"

"Kurang ajar..!!" Pantas je tangan abang mahu menampar muka Datin Zita. Seinci je lagi tangan ke pipi Datin Zita.

" Abang..!! Jangan abang..!!"aku terus menjerit. Abang pandang aku dan turunkan tangan.

"Biar orang buat kita, jangan kita buat orang.. Abang selalu pesan dekat adik kan" Aku senyum dalam tangisan pada abang. Abang terus hampiri aku dan peluk aku erat. Aku menangis dalam pelukkan abang. Semua senyap. Erisya dan mama turut mengalir airmata. Aku meleraikan pelukkan abang. Ku sesat airmata dan menarik nafas dan senyum pada mereka semua. Aku pandang tepat kearah wajah Datin Zita. Senyum.

"Datin Zita.. Saya sedar diri saya siapa. Ibu dan ayah saya tak pernah ajar saya untuk kurang ajar atau melawan cakap orang yang lebih tua. Apapun yang Datin cakap, saya terima. Jangan risau Datin, saya takkan ganggu Haikal lagi. Dan saya cuma berkawan je dengan dia. Tak lebih. Status janda memang semua orang akan pandang serong, akan pandang hina itu saya terima. Dan saya tak takut sikit pun pada pandangan dan hinaan orang. Cukup bagi saya hanya Allah saja yang mengetahui. Kalau Datin rasa, pangkat dan golongan Datin terlalu tinggi sampai menjatuhkan maruah orang. Cuba Datin tengok cermin, pandang diri sendiri. Adakah Datin tinggi disisi Allah swt? Pangkat dunia takkan menjamin syurga ilahi, untuk apa pangkat dunia jika hanya menempah tiket ke neraka. Maafkan segalanya. Ampunkan saya.. " luahku panjang lebar. Datin Zita hanya mendengar. Merah mukanya. Terdiam seribu bahasa. Abang senyum padaku.

" Haikal.. Saya minta maaf. Saya tahu niat awak baik pada saya. Saya sangat hargai. Awak sahabat yang baik Haikal. Terima kasih sangat-sangat. Macam yang saya pernah cakapkan, kita memang tak boleh bersama. Saya taknak awak jadi anak derhaka. Awak anak yang baik Haikal. Sabar ye. Kuatkan hati awak. Apa yang mama awak lakukan semua tu untuk kebaikan awak. Saya minta maaf Haikal. Terima kasih sudi jadi personal doktor saya.. Thanks.." aku tak dapat nak tahan airmata. Sedih sangat bila tengok muka Haikal. Harapan dia terlalu tinggi pada aku. Maafkan aku. Hati aku pun sebenarnya dah mula rasa sayang dia tapi tak apalah. Aku abaikan. Aku minta Haikal kuat tapi aku. Kuatkah?!

" Papa.. Mama.. Sya.. Aliaa minta diri dulu ya. Tak elok rasanya Aliaa terus ada dekat sini. Aliaa pergi dulu.." aku terus salam mama dan Erisya.

" Aliaa.. Kami tetap sayang Aliaa tau. Aliaa tetap anak mama dan papa. Aliaa jangan putuskan hubungan kita ni ya sayang ya. Mama, papa, Sya dan ahli keluarga ni sayang Aliaa..!!" Deras airmata mama. Aku senyum.

" Insha Allah ma. Aliaa pun sayang semua.."

" Terima kasih sayang!!" Aku dipeluk erat oleh mama. Terasa kasih sayang seorang ibu.

" Aliaa minta diri.." Aku senyum. Melangkah perlahan. Tapi aku berpatah balik  dan pandang tepat muka Datin Zita.

" Hidup mati saya ditangan Allah bukan di tangan Datin. Belum tentu yang berpenyakit itu mati dulu, kadang yang sihat walafiat tu pun boleh mati tiba-tiba. Sebab mati itu rahsia Allah. Kumpul lah ibadah banyak-banyak untuk bawa bekal ke akhirat. Tak guna Datin dapat kemewahan didunia kalau kelak miskin di akhirat. Assalammualaikum..!!" Aku terus berlalu tanpa menoleh pun. Aku tinggalkan mereka.

Ya Allah..!! Kuatkan hatiku, kuatkan semangatku. Tabah dan sabarkanlah aku Ya Allah..!! Mengalir airmataku. Biarlah... Biarlah.. 

Previous: Bab 88
Next: Bab 90

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.