336,411
Kategori:
Genre:
Bab 11
Tiba-tiba rasa sayu dan sedih sekali hati Adil melihat Aliaa. Masih mampu tersenyum walau dalam kesakitan. Tak sanggup nak tengok keadaan Aliaa. Pucat mukanya, lemah saja. Jamah makanan sikit pun tidak. Dalam perjalanan ke hospital tadi singgah petronas beli roti. Disuruh makan pun dia taknak. Tak ada selera katanya. Adil memang risau sangat. Memang tak tenang hatinya. Risau takut apa-apa terjadi. Dengan tak makan, tenaga tak ada. Ish!! Macam mana nak melahirkan nanti. Kata Adil didalam hati. Aliaa hanya senyum saja. Langsung tidak menunjukkan reaksi takut, gementar, risau atau apa sajalah. Yang Adil lihat, Aliaa hanya senyum dan senyum. Gelak dan gelak. Gelak dalam kesakitan. Itu sebetulnya. Kuatnya hatimu adik! Bisiknya lagi.

Sampai sahaja di hospital, Aliaa terus dimasukkan ke dalam bilik bersalin. Sebelum masuk, dia salam Adil dan Mak Long, mohon ampun dan maaf. Sedih pula hati Adil. Iyalah.. Proses kelahiran macam-macam boleh berlaku. Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan proses kelahiran. Adil menarik nafas dalam, dia hanya fikir pasal Aliaa saja.

" Adil.. Dah bagitahu mertua adik tak?!" Tanya Mak Long.

"Eh!! Iya tak iya jugalah.." Adil menggaru kepala. Buntu seketika. Handphone dikeluarkan dari poket dan terus menghubungi Puan Asmah.

"Assalammualaikum makcik.. Maaf makcik kacau makcik pula pagi-pagi ni.."

"Waalaikumsalam.. Eh! Taklah. Makcik pun tak buat apa ni. Kenapa Adil?!"

" Saya nak bagitahu. Aliaa baru masuk hospital nak melahirkan.. " kata Adil lembut.

"Iye ke?! Kalau macam tu nanti makcik datang.." terkejut Puan Asmah.

" Makcik dan family minta tolong doa-doakan untuk adik saya ya.." pinta Adil.

"Iye..!! Insha Allah..! Adil dah bagitahu Faliq tak?!" Tanya Puan Asmah.

" Belum lagi. Lepas ni saya try call dia.. "

"Baiklah.. " Adil terus mematikan talian dan cuba menghubungi Faliq pula. Tiada jawapan. Sekali lagi Adil cuba menghubunginya.

"Hello..!!" Adil berkerut. Suara seorang wanita menjawab panggilan.

" Assalammualaikum.."

" Hmm.. Waalaikumsalam.. Nak cari siapa?!"

" Ni nombor Faliq kan?!"

" Iya.. Nombor Faliq..!"

" Saya nak cakap dengan Faliq.."

" Tunggu sekejab. Dia busy sikit.." Turun naik nafas Adil. Macam-macam bermain difikirannya.

"You.. ada orang call ni.." Adil terdengar suara wanita itu memberitahu Faliq. Hati Adil tak sedap.

"Hello.. !!" Suara Faliq ditalian.

"Siapa perempuan tu??" Tanya Adil sebaik Faliq menjawab. Tegas.

"Eh bro..!! Dia officemate aku.."

" Officemate? Officemate apa pagi-pagi buta ni. Kau ada dekat KL kan Liq?" Adil memang tak sedap hati.

"Aku.. aku dekat airport ni tengah breakfast. Aku baru sampai ni.."

" Bukan kau cakap dekat Aliaa, flight kau malam ni ke?!"

" Eh!! Tak. Flight aku malam tadi, mungkin Aliaa silap dengar kut.."

" Dia yang silap dengar atau kau yang menipu dia. Aliaa takkan tipu akulah.." kata Adil tegas.

" Kau tak percaya dekat aku ke. Betul..!! Aku.. aku memang baru sampai.." tersekat-sekat Faliq menipu.

" Sukahati kaulah Liq. Jangan sampai aku tahu sesuatu sudah. Ni aku nak info, Aliaa masuk hospital nak bersalin.."

" Haa !! Iyeke..!! Bila dia masuk."  Faliq terkejut.

" Baru je.."

" Hmm.. Macam mana ek?! Aku.. Aku tak dapat datang sekarang, ada hal sikit ni. Tengahari nanti aku datang hospital ya.." Selamba saja Faliq ni. Langsung tak risau keadaan isteri.

" Macam ni lah Liq. Kau tak payah datang dan tak payah jenguk Aliaa pun tak apalah. Bini tengah bertarung nyawa nak lahirkan anak kau,kau boleh selamba je kan dengan perempuan lain.." Geram betul Adil. Kalaulah Faliq ada didepan matanya sekarang. Memang kena penumbuk mukanya.

" Eh Bro.. !! Apa kau merepek ni bro. Aku cuma.." suara Faliq mendatar.

" Sudahlah Liq. Jangan kau menyesal dengan perbuatan kau ni.."Talian terus Adil matikan.

Menarik nafas panjang dan geleng kepala. Tak tahulah sebenarnya apa yang berlaku. Bila dengar suara wanita tadi, terus jadi tak tenang. Terus rasa sesuatu. Dah kenapa pula wanita tu yang jawab panggilannya tadi. Kenapa handphone Faliq ada pada wanita itu?
Ishh!! Cari nahas betullah.


Macam-macam yang Adil fikirkan. Adil kembali menuju ke ruang menunggu. Mak Long duduk seorangan. Kasihan Mak Long. Risau wajah tua itu. Adil duduk disebelah Mak Long. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Adil tak putus berdoa untuk Aliaa. Risaunya dia hanya Allah yang tahu. Brtambah risau bila mengenangkan kesihatan Aliaa sendiri yang turun naik sebab Anemia. Semoga tiada apa-apa komplikasi yang berlaku. Tidak lama kemudian, Puan Asmah dan Encik Kamaruddin sampai. Wajah penuh kerisauan.

" Masih belum keluar?!" Tanya Encik Kamaruddin pada Adil.

"Belum pakcik.."

"Tak apalah. Kita doakan banyak-banyak untuk dia. Pakcik call Faliq tadi, dia cakap dah ada dekat KL. Tapi tak dapat datang katanya ada kerja. Entahlah Adil. Pakcik rasa lain macam pula.." Encik Kamaruddin mula buka cerita.

" Oh yeke! Dia bagitahu Aliaa, kata flight malam ni. Mungkin nak buat surprise dekat Aliaa kut.." Sengaja Adil nak sedapkan hati sendiri dan hati Encik Kamaruddin.

" Kalau betul baguslah. Pakcik pun tak tahu nak cakap apa.." katanya perlahan. Adil merenung wajah tua lelaki itu. Ada sedikit rasa kehampaan tapi dia sendiri pun tak tahu kenapa. Sebab Faliq ke? Adil menepis segala negatif itu. Malas nak fikir. Apa yang penting sekarang ni. Adiknya dan bakal anak buahnya selamat dan sihat. Itu saja.

Minit berganti minit, jam brganti jam. Dari jam 6.30pagi Aliaa dimasukkan ke dalam bilik bersalin hingga jam ini 1.40petang masih lagi belum ada khabar berita dari bilik bersalin. Bertambah-tambah risau Adil. Si Faliq pula langsung tak muncul. Kata nak datang tengahari tapi dah petang masih tak nampak batang hidung lagi. Ya Allah Faliq! Sanggupnya kau lakukan itu pada adik aku. Ish!! Kejam!!

Sedang masing-masing dibuai perasaan sendiri. Keluar seorang doktor wanita berkacamata.

"Siapa waris Aliaa?!" Tanya doktor itu.

" Saya abang dia. Suami Aliaa outstation. Macam mana keadaan Aliaa, Doktor?!" Kata Adil.

"Aliaa selamat melahirkan bayi perempuan secara normal. Alhamdulilah bayi sihat.." Semua senyum dan menarik nafas lega.

" Tapi Aliaa mengalami sedikit.." Belum sempat Doktor menghabiskan percakapannya. Tiba-tiba muncul seorang jururawat dimuka pintu agak kelam-kabut dari dalam. Sangat cuak.

" Doktor cepat, patients pengsan, denyutan jantung semakin lemah.." jerit jururawat tadi.

" Ha?? Ya Allah!! Maafkan saya.. !" Doktor terus meluru masuk ke dalam bilik bersalin semula. Semua jadi sangat terkejut dan sangat risau.

"Ya Allah!! Adik ke? Mak Long adik ke Mak Long.." Adil sudah tidak senang duduk. Hatinya semakin risau dan berdebar-debar. Kalau ikutkan hati mahu saja dia masuk ke dalam dan lihat sendiri keadaan Aliaa. Tapi tidak boleh.

" Sabar Adil.. Sabar..!! Kita doa je jangan putus berdoa. Semoga semuanya baik-baik.." Kata Encik Kamaruddin memberi semangat pada Adil. Adil menundukkan kepala memandang ke lantai. Airmata jernih menitis tanpa dia sedar. Betapa risaunya hati.

Hampir sejam mereka menunggu. Doktor tadi muncul semula dengan wajah yang sugul. Makin berdebar-debar hati mereka. Paling berdebar adalah hati Adil.

"Aliaa terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi(ICU). Dia mengalami tumpah darah yang serius, pemindahan darah terpaksa diberikan, tekanan darah dia sangat rendah dan jantung dalam keadaan lemah. Dia koma dan kami tak janji apa-apa. 50-50. " perlahan saja doktor memberitahu. Berat rasa hatinya untuk menjelaskan keadaan sebenar Aliaa. Bagai terhenti jantung Adil mendengar.

"Allahuakhbar.. !!  Tolonglah doktor selamatkan adik saya."

"Kami akan pantau keadaan dia dan kami akan usahakan yang terbaik untuk selamatkan dia tapi selebihnya kami serah pada Allah. Banyak-banyak berdoa semoga ada keajaiban yang akan berlaku pada Aliaa.." jelas panjang lebar doktor itu. Perlahan dan lembut suaranya.

"Baby macam mana Doktor? " tanya Adil lagi.

" Baby alhamdulilah sihat. Nurse tengah bersihkan. Sekejab lagi boleh tengok baby. Comel baby macam ibu dia. Kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu ya.." Semua mengangguk. Adil terduduk. Tangan menekup muka. Airmata tak dapat nak kawal.

Mak Long dan Puan Asmah teresak-esak menangis. Tak dapat kawal kesedihan. Suasana sayu dan sedih. Encik Kamaruddin menenangkan hati Adil. Tak tahu Adil, apa akan jadi padanya jika Aliaa meninggalkannya buat selamanya. Bolehkah dia terima keadaan ini?  Adik jangan tinggalkan abang dik!!, bisik hatinya sendiri.
Tak sanggup dia nak berhadapan dengan semua ini. Dia sudah kehilangan ibu dan ayahnya dan tak mungkin akan kehilangan adik pula. Tak mungkin.. Tak mungkin!!

"Adik kuat, adik kena kuat. Abang tahu adik kuat semangat. Abang sayang adik. Adik nyawa abang dik. Jangan tinggalkan abang sayang!!" Kata Adil sendirian. Encik Kamaruddin hanya mendengar. Bersimpati. Dalam masa yang sama, Encik Kamaruddin teringat akan Faliq. Kata nak datang tapi tak sampai-sampai lagi. Mengeluh dia sendiri.

Tidak lama kemudian, seorang jururawat memanggil mereka masuk ke dalam untuk melihat baby. Dengan langkah kesedihan mereka mengikuti jururawat itu. Semua senyum dan menangis juga. Adil tak dapat nak tahan airmata. Airmata happy dan sedih. Baby sihat dan sungguh comel. Cerah kulitnya, tembam pipinya, cuma rambut saja nipis. Muka Aliaa sewaktu baby menurut Mak Long. Baru sahaja Adil mahu membuka pintu, seorang jururawat memanggilnya.

"Encik Adil kan..!" Adil mengangguk.

"Sebelum bersalin tadi. Puan Aliaa minta saya berikan ini pada Encik Adil dan minta Encik Adil beri ini pada suaminya.." jururawat menghulurkan sampul surat berwarna pink pada Adil. Adil mengambil. Dan mengucapkan terima kasih. Adil terus keluar diikuti juga oleh Encik Kamaruddin, Puan Asmah dan Mak Long. Mereka kembali duduk.

"Mama.. Papa.. Aliaa macam mana? Aliaa dah bersalin ke? Alang dapat anak apa ma? Baby dekat mana?" Muncul Faliq dalam keadaan huru-hara. Semua terdiam hanya esak tangis saja yang kedengaran. Soalan Faliq tiada siapa yang jawab. Muka terus berubah apabila melihat semua dalam kesedihan.

" Mama.. Papa.. Adil .. Kenapa ni bro. Apa.. Apa dah terjadi? Aliaa macam mana?" Adil pun masih membisu. Faliq sudah tidak tentu arah. Tiada seorang pun yang jawab soalannya. Dia tanya mamanya tapi mamanya terus menangis. Faliq menghampiri Mak Long pula, tapi Mak Long pandang ke arah Adil pula. Tak sanggup nak cakap kerana dia sendiri pun dalam kesedihan.

" Adil.. Pleasee bro!!  Cakaplah kenapa ni. Aliaa macam mana bro!!" Dan, akhirnya mendekati Adil pula.

" Anak perempuan. Anak kau sihat.." jawab Adil.

" Syukur alhamdulilah.." Faliq senyum lebar.

" Aliaa macam mana? Aliaa sihat?!"

" Aliaa koma.." jawab Adil perlahan.

"Ha?? Koma?? Eh!! Kau biar betul Dil. Jangan main-main bro. Tak lawak kut."

"Aku serius. Kalau kau tak percaya kau pergi jumpa doktor sendiri. Puashati kau kan Liq? Aku tahu apa yang kau dah buat pada Aliaa. Aku tahu semua Liq. Sanggup kau buat adik aku macam tu Liq. Aku memang tak sangka. Adik aku menderita selama mengandungkan anak kau, bertarung nyawa nak keluarkan zuriat kau. Kau boleh keluar dengan perempuan lain. Kau memang kejam Liq. Sangat kejam. Aku dah tahu lama dah tapi diamkan je. Sebab aku taknak adik tahu dan sedih. Kalau apa-apa terjadi dekat Aliaa. Sampai mati pun aku takkan maafkan kau. Ini.. Dia bagi kau.." Terluah juga akhirnya dari mulut Adil. Menghulurkan sampul surat pink pada Faliq. Faliq ambil.

Sebenarnya Adil dah lama tahu kecurangan Faliq. Hampir 8 bulan jugalah Faliq dan Tasya sudah berkasih sayang. Sejak Tasya masuk bekerja di office Faliq. Hubungan semakin rapat bila mereka uruskan satu projek besar. Dan terlanjur bercinta. Semua Adil tahu dari Nizam. Faliq sudah berubah sejak Tasya muncul. Tasya pun tahu yang Faliq sudah berumahtangga tapi tak dipedulikannya. Kerana Tasya juga Nizam selalu saja dimaki hamun di khalayak ramai oleh Faliq. Semua kerja Nizam salah dimata Faliq. Semua angkara Tasya. Sakit hati betul Nizam pada Tasya. Nizam memberitahu segalanya pada Adil. Kebetulan mereka pernah terserempak disuatu tempat sebelum Adil outstation ke Labuan tempoh hari. Kerana kasihankan nasib Aliaa, Nizam terpaksa beritahu segalanya pada Adil. Nak terus beritahu pada Aliaa, Nizam tidak sampai hati.


Adil terus berlalu mahu ke surau. Mahu berdoa untuk si adik. Puan Asmah, Mak Long dan Encik Kamaruddin langsung tak cakap apa-apa dengan Faliq. Kecewa sungguh mereka. Mereka berlalu meninggalkan Faliq yang masih terpinga-pinga. Seperti orang sasau. Baru lima langkah Encik Kamaruddin berjalan. Dia patah balik ke arah Faliq yang terduduk menekup muka.

" Pergilah tengok anak Alang tu. Iqamat kanlah. Kami nak ke bilik ICU tengok Aliaa. Kalau Alang nak tengok Aliaa, tengoklah. Kalau taknak tengok pun Alang boleh balik. Aliaa tak penting.. " Encik Kamaruddin perli Faliq. Dia juga rasa kecewa dengan sikap Faliq. Faliq termenung sendiri.

" Ya Allah!! Apa aku dah buat ni. Maafkan abang sayang. Maafkan abang..!!" Untuk apa menangis Faliq. Untuk apa? Airmatamu langsung tak bermakna apa-apa. Airmatamu hanya airmata lakonan saja. Kau memang tak ada hati dan perasaan. Kau memang kejam. Kau tak berhargai kasih sayang dan cinta Aliaa. Kau memang tak menang dek untung. Tak pernah puas dengan apa yang kau dapat. Kau memang kejam..!! Bertubi-tubi kata hati Faliq menyalahinya. Terimalah kau Faliq.

 Andai sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku pada Aliaa. Adakah Faliq akan menyesal? Atau happy?

 Ah!! Lelaki.. Bila sudah dapat apa yang ingin dimiliki. Pasti tidak akan rasa puas dan tidak pandai menghargai. Bila sesuatu terjadi baru nak menyesal. Hahaha... Dah tak ada gunanya lah Faliq. Pergilah kau dengan wanita pujaan kau tu. Pergilah.. !!

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.