336,587
Kategori:
Genre:
Bab 91
Selepas solat subuh, Faliq duduk dikerusi menghadap potret Aliaa yang terletak kemas diatas meja tulisnya. Merenung potret itu. Diteliti setiap inci lukisannya sendiri. Hasil air tangannya sendiri. Bakat kebolehannya melukis dan bakat diturunkan kepada si puterinya Dhia. Memang kerjanya melukis saja di Dhia.

Hari ini, hari kedua Aliaa hilang. Tiada siapa tahu mana dia pergi. Memang betul-betul merajuk. Langsung tidak menghubungi si abang. Khabar berita pun langsung tidak diketahui. Entah sakit entah sihat. Tiada siapa tahu. Makin risau Adil dan bertambah risau si Faliq. Tidur tak lena, makan tak kenyang, cuma mandi saja selamat basah. Kalau tak, memang kalah kambing.

" Oh Sayangku Aliaa.. Manalah awak pergi. Punyalah risau sahabat saya tu tahu tak. Bukan  dia je yang risau, ni ha saya ni pun risau juga. Tak payahlah merajuk lama-lama. Jenuh nak menahan kerisauan dan kerinduan ni tau.." Faliq bercakap dengan potret tersebut. Dah tak ada kerja Faliq ni. Kemudian, dia terus bangun ambil tuala mandi dan masuk ke bilik air. Mahu membersihkan diri dan bersiap mahu pergi kerja. Seperti semalam, dia akan ambil Adil dirumah, hantar Adil dan terus ke office.

Setelah siap, dia masih menghadap cermin. Diteliti wajahnya sendiri, kemudian senyum.

"Faliq.. Faliq..!! Dulu elok ada bini kau pergi kejar perempuan lain. Kau tinggalkan bini. Bila bini dah tak ada barulah mengelabah. Menyesal bagai. Sekarang bekas bini kau jadi rebutan lelaki lain. Kau kejar anak dara konon, bekas bini kau dikejar lelaki lain lagi hebat. Saham janda lagi meletop. Padanlah muka kau Faliq.. Padan muka aku..!!" Geleng-geleng kepala Faliq sendiri. Nasib badanlah Faliq oii. Gelakkan diri sendiri.

Faliq terus ambil kunci kereta dan turun ke bawah. Didapur, Puan Asmah sedang duduk menghadap pisang goreng panas dan air kopi. Menunggu anak-anaknya turun bersarapan bersama. Secawan air kopi diberi pada Faliq. Faliq mengunyah pisang goreng.

"Aliaa macam mana? Dah balik belum?" Tanya Puan Asmah.

" Belum lagi ma. Tak tahulah mana dia pergi. Ni dah hari kedua dah ni.." jelas Faliq.

" Dekat kampung tak ada?!"

" Tak ada. Masing-masing tengah risau. Adil lagilah. Berapa hari dah tak tidur.."

"Ish!! Dia pula yang sakit nanti.."

" Itulah pasal.."

" Angah rasa dia tak ada dekat KL ni. Angah dah minta orang cari. Kemungkinan dia luar KL.." sampuk Asnida yang baru saja muncul.

" Kemungkinan jugalah. Kalau dia bawa handphone, senang sikit detect. Ni pergi cuma bawa wallet je dan pakaian sikit tu pun pakaian dari Sabah tak keluarkan dari kereta. Masalahnya ubat dia tak bawa, tu yang risau sangat ni.." sambung lagi Faliq.

"Doalah baik-baik. Moga Allah lindungi dia. Kasihan mama dengan dia. Tak habis-habis dugaan untuk dia. Bagus jugalah dia balik KL ni. Sekurang-kurangnya, ada Adil, kita pun ada.." lembut suara Puan Asmah. Sedih nadanya.

" Aha ma.. Alang pun ada.."

" Ni semua salah Alang lah kan ma kan. Kalau Alang tak buat hal dengan parasit tu. Semua ni takkan jadi.." Asnida sengaja mengenakan Faliq. Mengenyit mata dengan mamanya.

"Aik Angah..!! Ni perli ke apa ni? Iya.. Alang tahu silap Alang. Tapi sekarang ni kan Alang dah bertaubat nasuha kan. Dah jadi lelaki sejati dah. Dah tak ada nak fikir semua tu. Yang Alang fikir sekarang ni. Macam mana nak tackle hati Aliaa semula. Tu je.. Nak menikah sekali lagi dengan bini lama.."

" Lelaki sejati konon. Ceh!! Kalaulah si bini lama Alang tu nak, kalau taknak macam mana? Dia pandang lagi ke Alang ni?.." Asnida masih mengusik.

" Bab pandang tu memang dia pandanglah tapi bab nak ke tak tu. Itu yang gerun tu..!!" Faliq sengeh.

" Zaman sekarang ni, lelaki bujang lebih suka ibu tunggal tau. Lagi-lagi macam Aliaa, berkerjaya, comel, baik memang jadi rebutanlah. Gigit jarilah Alang..!!" Puan Asmah pula mengusik.

" Fuh!! Pedas ni..! Tapi ma.. Janda yang ni ha dulu tak jadi rebutan pun. Adalah jadi rebutan tapi duitnya je kan...!!" Faliq memuncungkan mulut ke arah Asnida pula. Mahu kenakan Asnida.

"Oii.. oiii... Tak payah nak perli-perli sangat ye.." Asnida jeling pada Faliq. Faliq gelak sekuat hati.

" Tapi tengok, jodoh Angah dan Abang Ngah panjang lagi kan. Itu namanya Abang Ngah pandai tackle Angah. Tak macam Alang, tackle tapi tak mengena. Entah apa yang di tackle nya pun tak tahulah.." Gelak pula Puan Asmah.

" Sekejab lagi mengenalah ni. Tunggu dan lihat je ye..!!" Jawab Faliq. Yakin.

"Hmm... Iyalah tu. Alang yang tackle orang lain yang dapat. Baru padan muka...!! Hahaaha!!" Asnida pula gelak besar. Kecoh rumah pagi-pagi dengan gelak tawa mereka.

Tutt... Tuttt...! Handphone Faliq berbunyi. Semua terdiam sebentar. Faliq mengeluarkan handphone dari poket seluar. Nombor tidak dikenali. Tanpa fikir panjang, dia terus jawab. Kut-kut Aliaa, tekanya.

"Hello...!!" Faliq berkerut. Suara perempuan India ditalian. Garu kepala dia. Kemudian, talian dimatikan. Baru mahu meletakkan handphone, lagi sekali ia berbunyi. Nombor yang sama. Faliq dah pelik.

"Hello... Hello..!! Ni Palit ka ni.. Ayooo kenapa awak matikan talipon.. Hello.. Hello..!!" Pening Faliq dengar suara perempuan itu. Kecoh betul. Talian termati pula.

" India mana pula yang call ni. Elok-elok nama aku Faliq jadi Palit pula.."

" Hahaha.. Nama baru..!!" Asnida gelak.

Tak lama handphone berbunyi lagi. Jawab sajalah Faliq.

" Hello.. Helloo Incik Palit, jangan matikan talipon, ada orang mau cakap ni. Ayooo..!! Sijikab arrhh.." Faliq garu kepala lagi.

" Okey.. Okey..!!" Faliq dengar saja. Memang kecoh gila suara ditalian.

" Hahahaaa...!! Faliq.. Aliaa ni.. Hahahaa!!" Tersenyum lebar terus Faliq bila dengar suara Aliaa di talian.

"Ya Allah!! Aliaa..!! Awak dekat mana ni? Awak okey ke tak ni?" Puan Asmah dan Asnida fokus pandang Faliq.

" Hahahaa...!! Awak call nombor ni balik. Aci ni tak ada credit. Call tau..! Bye..!!" Aliaa terus matikan handphone.

" Aliaa call?!" Tanya Puan Asmah.

" Iya ma. Entah handphone Aci mana entah dia pinjam. Fuhh!! Lega dengar suara gelak dia. Maknanya dia okeylah tu kut.." Faliq menarik nafas lega. Senyum lebar.

"Syukurlah.."

"Kejab ya ma. Nak call Aci ni balik, creditnya habis.."kata Faliq dan terus bangun keluar rumah. Menghubungi semula nombor Aci tadi.

" Hiii... Hahaha!!" Suara ceria Aliaa di talian.

" Aliaa.. Awak dekat mana ni sayang. Adil risau, saya risau, mama, Angah semua risau tahu tak?! Dekat mana ni.."

"Hahahaa... Tak payahlah risau. Saya okey je pun. Nak cari ketenangan je.."jawab Aliaa.

"Orang risau boleh pula dia gelak. Cari ketenangan apanya sampai dua hari, tak ada khabar berita. Hilang tiba-tiba.." kata Faliq lagi.

" Alaaa. Baru dua hari bukan dua tahun.."

"Dua hari hilang tiba-tiba dah macam 20 tahun tahu tak. Awak dekat mana?" Tanya Faliq lagi.

" Saya info tapi dengan satu syarat. Jangan info abang. Janji?!"

" Okey janji..!"

"Saya ada di Banting, Hotel Impian Morib.."

" Banting?! Saya ke sana ya..!!"

" Tapi jangan memandu.."

" Habis kalau tak memandu. Nak naik apa?!"

" Bas ada, teksi ada.. " Faliq ketuk kepala.

" Baiklah sayang..!! Saya datang sana nanti naik basikal je. Okey?!" 

"Hahahaa.. Okey boleh sangat..! Okey!! Aci tu dah datang. Nanti membebel lagi.. Bye!!" Aliaa terus matikan handphone.

"Hmm.. Aliaa.. Aliaa..!! Macam-macamlah awak ni. Banting. Morib.. Okey set..!!" Senyum Faliq. Terus masuk semula ke dalam rumah dan naik ke bilik. Tukar pakaian. Dan terus memandu ke rumah Adil pula. Sepanjang perjalanan, senyuman sentiasa terukir. Lega hati dan happy.

Sampai dihadapan rumah Adil, dia memberhentikan kereta. Segak saja dia tengok sahabatnya itu. Tenang saja mukanya. Senyum lagi dia.

" Eh bro.. Kau tak kerja ke hari ni?!" Tanya Adil.

"Hari ni aku off. Kau guna kereta aku, tapi hantar aku dulu ke office ya.."

"Habis kau naik apa nanti?!"

" Tak apa. Aku dah minta tolong Nizam hantar nanti..."

"Kau nak kemana?!"

"Ada hal sikit.." kata Faliq. Adil hanya mengangguk. Dia tak boleh info Adil sebab dah janji dengan Aliaa. Kalau pecah rahsia, masak dia nak menjawab depan Aliaa.

"Haikal ada whatsapp aku malam tadi. Katanya malam ni lepas maghrib dia nikah. Sedih suara dia. Kasihan..!!" Kata Adil.

" Iyeke?! Nikah paksalah ni.. "

" Iya..!! Dia nak jumpa Aliaa sebelum nikah. Aku tak tahu nak buat macam manalah. Blurr!! Kau rasa?!"

"Tapi masalahnya. Kita pun tak tahu Aliaa dekat mana?" Pandai Faliq berlakon. Berlakon kerana Aliaa.

"Tulah pasal. Dia merayu sangat nak jumpa Aliaa. Dia cakap, nak jumpa Aliaa untuk kali terakhir.."

"Akhir?!" Berkerut dan Faliq tengok jam di tangannya. Baru jam 8.00pagi. Sempat-sempat katanya dalam hati.

" Iyalah. Dah nikah nanti. Mana dapat jumpa lagi. Kau tahulah mak dia macam mana. Dah tu pula dia stay Sabah dan Aliaa balik sini dah. Bilanya nak jumpa..!!"  Faliq angguk-angguk kepala. Tanda faham.

" Betul juga kan..!!"

" Aku suka budak Haikal tu. Kalau tak sebab mak dia buat hal. Aku izinkan je kalau Aliaa nak kahwin dia tu.." Selamba Adil cakap. Tersentak Faliq.

"Aik broo..!! Lain macam je kau ni. Aku ni macam mana? Tiba-tiba terasa sedih pula aku.." kata Faliq.

"Kenapa pula dengan kau. Okey je aku tengok.."

" Dah kau suka Haikal, nak Aliaa kahwin dengan Haikal. Habis aku macam mana ni beb. Kau tak suka aku ke?! Sampai hatimu sahabat." 

" Ahh engkau nak buat apa. Dah diberi peluang kau abaikan. Nasib kaulah..!!" Adil sengaja menyakat.

" Hohohohooo... Pedih ni beb pedih..!!"

" Tapi tak ada jodoh mereka tu.. "

"Tapi rasanya, jodoh Aliaa tu dengan aku tu.." Dengan muka selamba dan penuh confident Faliq menjawab.

" Perrhhh!! Level confident kau ni tinggi broo.. Hahaahahaa..!!" Adil gelak kuat. Lawak tengok reaksi muka Faliq yang poyo tu.

" Mestilah. Confident kena ada baru semangat. Kan.. kan.. kan.. Hahahaa!!"

"Aku no komen!" Dua-dua gelak.

Perjalanan lancar. Seronok mereka berbual. Sampai saja di lobi office Faliq, Adil bertukar pemandu. Dan terus berlalu. Faliq pula tunggu Nizam sampai, dia minta Nizam hantar ke KLIA saja. Sampai di KLIA nanti dia ambil Limosin terus ke hotel. Boleh saja kalau mahu naik uber atau teksi dari KL ni tapi dia taknak. Nak juga ke KLIA. Saja. Tidak lama kemudian, Nizam sampai. Mira turun saja dari kereta dan Faliq pula masuk ke dalam kereta Nizam. Senyum Nizam pada Faliq.

" Berlenggang je ke Encik Faliq?!" Tegur Nizam.

"Ha laa.. Kenapa?!"

"Bawalah bunga rose ke. Hadiah ke.. Kata nak memujuk..!!"

"Mesti-mesti. Tu yang nak ke KLIA ni. Nak beli something..!!"Sengeh Faliq.

"Oooo Okey! Saya hantar terus ke sana jelah. Kan senang.. Tak payah nak penat-penat ..!! " Cadang Nizam.

" Boleh ke?! Saya taknak memyusahkan awak. Sebab tu minta hantar ke KLIA je.."

" Boleh jelah. Menyusahkan apa pula. Bukan jauh pun Banting tu. Lagipun, hari ni kerja pun tak ada kut.."sambung Nizam.

" Kalau macam tu.. Okey lah. Tapi singgah mana-manalah ye nak cari bunga. Hahahaha!!" Cerianya Faliq hari ni.

" Okey Boss!!"

Faliq memakai Rayban hitamnya. Cuaca memang panas terik. Cerah dan ceria juga seperti hatinya. Nizam sesekali menoleh pada Faliq disebelahnya. Senyum tak putus sejak tadi. Menggeleng kepala si Nizam. Cakap saja mengenai Aliaa pasti semangat Faliq menjadi tinggi. Kuat betul aura Aliaa, betul-betul dalam hati Faliq masih kuat rasa kasih sayang dan cintanya pada Aliaa. Tapi Aliaa macam manalah pula? Sama juga ke perasaan itu? Masih ada lagi ke rasa kasih sayang dan cintanya pada Faliq? Atau masih sekadar teman tapi mesra saja. Tak apa, Faliq akan buat teman tapi mesra menjadi teman sehidup semati. Betul- betul confident si Faliq ni. Dah namanya pun Faliq Alfie. Kalau tak over confident memang tak sah. Tunggu dan lihat sajalah. Doakan baik-baik. 


Previous: Bab 90
Next: Bab 92

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.