336,544
Kategori:
Genre:
Bab 58
Awal pagi lagi Faliq sudah bersemangat nak masuk office. Sebelum keluar bilik, dia memandang potret Aliaa diatas meja dan senyum pada potret itu. Dia tetap menjadikan potret itu sebagai sumber kekuatannya. Sama seperti dahulu. Dia mahu kembalikan kenangan bersama Aliaa. Aduhai Faliq..!! Dia kembali dengan kehidupan asalnya. Sudah kembali tinggal dirumah orang tuanya. Sudah kembali pada Allah. Sedikit demi sedikit. Puan Asmah gembira dengan perubahan anak lelakinya. Cuma sekarang, dia lebih banyak berdiam san banyak berkurung dalam bilik. Tidak ceria seperti dulu. Tiada mengapa, asalkan dia tidak lagi bergelumang dengan maksiat.

Kaki melangkah menuruni anak tangga satu persatu dan terus menuju ke dapur. Sudah terhidang sarapan pagi. Nasi goreng, karipap dan kopi o panas. Berselera sungguh dia makan. Bila dah sarapan di rumah, tak perlu lagi nak bersarapan di office. Lagipun hari ni, dia nak buat persediaan sebelum masuk bilik meeting. Hari ni adalah keputusan projek di Sabah. Meeting yang amat penting baginya. Yang menentukan masa depannya. Sebenarnya, dia sendiri takut dengan meeting kali ini. Takut projek ditolak. Habislah kerjayanya. Dato' Muhsin ada cakap, jika projek ini ditolak oleh Pengurus Besar Pearl Holding bermakna hari itu juga Faliq kena kemas segala barangnya. Fuhh!! Gerun jadinya. Apapun, Faliq sudah buat yang terbaik. Dan dia tawakal saja.

"Ma.. Mama tolong doakan Alang dapat projek Sabah tu ye ma. Doa mama sangat Alang perlukan..!! Kalau tak dapat projek tu, habislah maa.." Kata Faliq memohon doa si ibu.

"Insha Allah.. !!" Faliq mencium dan memeluk Puan Asmah. Lalu terus meninggalkannya sendiri. Kereta dipandu laju. Sepanjang perjalanan, doa tidak putus dari bibirnya. Dup.. dap.. dul.. dapp.. jantungnya!!

Memasuki satu simpang, dia terpandang seseorang yang baru keluar dari sebuah hotel sedang berpelukan erat. Berkerut dia. Memperlahankan kereta dan parking dibahu jalan. Diperhatikan saja susuk tubuh itu bersama lelaki berbadan sasa dan tinggi. Dia cukup kenal dengan wanita itu. Tasya!! Berderau darahnya. Turun naik nafasnya. Dengan pantas dia terus meluru kearah Tasya dan lelaki itu. Punyalah mesra. Mereka tidak sedar kehadiran Faliq. Terus saja Faliq merentap tangan Tasya dan terus terlerai pelukan mereka. Terkedu terpaku Tasya dan lelaki itu.

" Kurang ajar punya perempuan. Ini kerja kau selama ni.. !!" Merah muka Faliq tepat pandang Tasya.

"Eh!! Faliq.. you.. you buat apa dekat sini?!"

" Selama ni aku punyalah percaya engkau, sayang kau. Sampai aku tinggalkan bini aku kerana kau. Ini yang kau buat dekat aku Tasya..!!" Faliq tidak menghiraukan pertanyaan Tasya.

" Faliq.. Faliq.. Nanti dulu. You.. you salah sangka ni. Dengar dulu penjelasan i.." Tasya cuba menenangkan Faliq dan cuba memegang tangan Faliq tapi ditepis kuat oleh Faliq.

" Kau nak jelaskan apa lagi. Dah terbukti depan mata aku.." Lelaki yang bersama Tasya hanya melihat.

" You.. dia sepupu i. Kami pergi breakfast je.. You jangan macam ni. Percayalah cakap i.." Tasya mula tak keruan.

" Sepupu apa peluk-peluk macam tu. Selama ni kau bodohkan aku. Kau fitnah bini aku sampai aku percaya cakap kau 100%, kau hasut aku supaya ceraikan bini aku. Aku dah buat semuanya sebab kau Tasya. Sebab kau.."

"Faliq.. i sayang you Faliq. Maafkan i.. " Tasya menangis minta simpati.

" Mulai saat ini, kau jangan muncul lagi dalam hidup aku. Kita putus. Memang betul orang cakap. Kau memang perosak.. Perosak kebahagiaan aku.. "Faliq terus meninggalkan Tasya. Tasya mengejar Faliq tapi langsung tak dipeduli oleh Faliq. Faliq masuk kedalam kereta. Tasya mengetuk-ngetuk tingkap kereta. Faliq dengan perasaan marah terus memandu laju meninggalkan Tasya. Sakit hatinya.

" Bodohhhh!! Aku percaya kau, aku sayang kau, aku bagi segalanya pada kau, segalanya Tasya. Ini balasan kau bagi. Aku tinggalkan anak bini aku kerana kau Tasya.. Kerana kau..!!" Faliq menjerit-jerit sendiri. Melepaskan segala kesakitan hati.

" Kau khianati aku, kau menipu aku.. Arhhh!!! Kau memang perempuan tak gunaaaa" Menjerit lagi.


" Padan muka aku. Padan muka!! Inilah balasannya. Aku buat Aliaa sakit, aku khianati Aliaa, aku tipu Aliaa, aku kecewakan Aliaa. Sekarang, aku rasa apa yang Aliaa rasa. Padan muka aku.. Bodohnya akuuuu..!! Aliaa.. maafkan abang.. Maafkan abang...!!!" Faliq dah macam orang tak siuman. Menjerit-jerit di dalam kereta.

Sampai sahaja dia parking kereta dan masih duduk didalam kereta. Cuba menenangkan diri sendiri. Dia tak boleh terus dengan rasa sakit hatinya. Dia kena tenang.

" Astagfirullah Al Azim.." beristighfar beberapa kali. Menarik nafas dalam. Mencari kekuatan.

"Relax Faliq.. Cool Faliq.. Lupakan kisah tadi. Sekarang, fokus pada meeting sebentar lagi. Ingat!! Projek ni lebih penting dari Tasya. Masa depan kau. Relax..!!" Faliq cakap sendiri. Dia mengeluarkan walletnya. Gambar Aliaa direnung. Semangatnya kembali.

" Hanya kau kekuatan aku, Aliaa.." Dia senyum. Wallet disimpan semula. Dan terus berjalan menuju ke lobi. Satu persatu anak tangga dipanjatnya. Butang liff ditekan.

Tinggg!! Pintu liff terbuka. Faliq membiarkan orang keluar dahulu. Ramai pula orang, mungkin mahu ke cafe. Tinggg!! Pintu liff sebelah juga terbuka. Faliq masuk saja liff, Aliaa keluar dari liff sebelah. Mujur tak bertembung. Kalau tidak, confirm kantoi. Selamat..!!

Sampai saja di office, dia terus cari Nizam dan masuk ke bilik. Duduk bersandar. Memandang kosong diatas meja. Jam di tangan ditengok. Lebih kurang sejam lagi meeting. Kencang jantunglah. Nizam ketuk pintu dan terus masuk. Dokumen perjanjian diberi kepada Faliq. Faliq mengambil.

" Nervous lah Zam. Rasa macam nak ambil result exam je ni.." kata Faliq. Nizam gelak kecil.

" Relax Encik Faliq. Banyak-banyak berdoa. Insha Allah akan dipermudahkan..!" Nizam menenangkan Faliq. Faliq menyemak semula dokumen itu. Nizam senyum.

" Macam manalah agaknya bila Encik Faliq nampak Aliaa nanti. Mesti macam nampak hantu.." kata hati Nizam. Dan gelak kecil.

" Kenapa awak gelak? Ada yang tak kena ke?!" Faliq terperasan pula. Berkerut Faliq.

" Eh.. Tak.. Tak ada apa-apa.." Fuhh!! Selamat.  Mereka berbual kosong. Dah lama Nizam tak berbual dan bergurau senda dengan Faliq. Dan, tiba-tiba. Tasya terjah masuk bilik Faliq tanpa mengetuk pintu. Punyalah geram Faliq.

" Faliq.. Please Faliq..!! I minta maaf. Janganlah tinggalkan i. I sayang you Faliq.. i tak boleh hidup tanpa you.. !!" Tasya merayu dan merayu. Cuba memegang tangan Faliq tapi ditepis oleh Faliq.

" Lepaskan tangan i. Rimaslah.. Sudahlah Tasya, you keluar sekarang. I taknak tengok muka you lagi. Tolong keluar sekarang..!!" Kata Faliq tegas. Nizam hanya memerhati.

" Sayang..!! Janganlah macam ni. Kita boleh berbincang kan?! Kan sayang kan..!!" Tasya merengek- rengek. Meluat pula Nizam tengok.

" Dah tak payah nak berbincang lagi. Cukuplah Tasya. Selama ni i cuma nampak you sepenuhnya. Sampai i buta, tak dapat bezakan antara permata dan kaca. Permata yang bersinar i lupakan, i tinggalkan. Rupanya kaca yang menikam i.." kata Faliq lagi.

" Faliq.. Faliq.. Dengar ni. I.. i boleh jadi permata yang you nak tu. I boleh jadi lebih hebat dari permata tu Faliq. I janji.. i janji..!!"

" Hahahaa.. Sorry Tasya!! Takkan ada sesiapa pun yang boleh jadi seperti permata tu. You?? Hahahaha..!!"Faliq gelak kuat.

" Betul you.. i janji.. i sumpah..!! Please Faliq. Jangan tinggalkan i. I sayang you..!!"

" I malas serabutkan kepala. Sekarang ni you keluar. I tak boleh terima you lagi sampai bila-bila. Hati i hanya ada Aliaa sampai hujung nyawa i. Kita dah putus. Nizam saksi.. Tolong keluar..!!" Kata Faliq lembut. Terus duduk bersandar.

" Sampai hati you Faliq. Sampai hati..!!" Tasya menangis. Tapi tak dipedulikan pun oleh Faliq. Tasya terus berlari keluar dengan airmata. Nizam senyum.

" Ini balasan saya, Zam. Betapa sakitnya bila orang yang kita percayai, sayangi mengkhianati kita. Baru saya rasa apa yang Aliaa rasa. Saya sangat menyesal Zam. Kalaulah Aliaa boleh beri saya peluang sekali lagi. Saya akan hargai dan jaga peluang tu sebaik mungkin. Tapi.. Hmm..!!" Faliq menyesali diri. Nizam hanya tersenyum.


" Sabar Encik Faliq.. Jadikanlah semua yang dah berlaku sebagai pengajaran hidup dimasa mendatang.." Nasihat Nizam. Faliq hanya mengangguk tanda faham.

" Tapi kan Encik Faliq. Tak mustahil tau.."

" Tak mustahil?? Tak mustahil apa??"

" Iyalah.. Pertama.. Ada orang, awal perkahwinan bahagia, kemudian berpisah. Bertahun tak jumpa, dan bila jumpa terus bersatu semula. Kedua.. Ada orang, perkahwinan problem sampai berpisah. Lama tak jumpa, bila jumpa pasangan dah kahwin. Dan, kemudian perkahwinan dia pun problem. Akhirnya kembali bersatu semula. Tu pun kira panjang jodoh juga tu. Betul tak?" Panjang lebar Nizam cerita.

" Hohohoo.. Yang pertama tu okey lagi. Tapi yang kedua tu.. Aduhaii Zam..!! Saya tak sanggup tengok Aliaa kahwin dengan orang lain. Tak sanggup.!! Lebih baik saya mati dari tengok dia bersanding dengan orang lain. Sedihh!!"

" Hahahaa..!! Banyak-banyaklah berdoa. Semoga hati Cik Aliaa terbuka semula untuk Encik Faliq. Semoga Allah panjangkan jodoh Encik Faliq dan Cik Aliaa.. Aaminn!!"

"Aaminn..!!" Faliq senyum.

Andailah hati Aliaa terbuka untuknya semula. Betapa bahagianya hidup Faliq. Tapi semua tu tidak mungkin. Aliaa sendiri pun sudah menjauh. Tiada lagi ruang dan peluang untuknya. Yang ada hanyalah bayangan Aliaa bersama kenangan yang tidak akan pernah terpadam hingga hujung nyawanya.

" Eh!! Jom.. Kita tunggu dalam bilik meeting. Sekejab lagi kan..!"Faliq mengajak Nizam. Semangatnya Faliq. Mereka berdua terus keluar dan menuju ke bilik meeting. Dato' Muhsin sudah menunggu. Tak pernah-pernah pula Dato' Muhsin nak join meeting ni. Cetus Faliq. Faliq duduk ditepi Dato' Muhsin.

"Kenapa? Pelik ke saya ada dalam meeting ni?!" Macam tahu-tahu pula Dato' Muhsin apa yang Faliq fikir. Gelak.

" Eh!! Tak.. Tak..!!" Faliq sengeh. Nizam gelak. Nizam tahu kenapa Dato' Muhsin join. Nak tengok drama. Kata Dato' semalam. Hehe!!
 
Tokkk... tokkkk..!! Pintu diketuk. Muncul P.A Dato' dengan senyuman.

" Dato'.. Mereka dah sampai!" Katanya.

" Suruh mereka masuk!!" Arah Dato' Muhsin. Dato' Muhsin, Faliq dan Nizam berdiri serentak menyambut tetamu.

" Assalammualaikum.. !!" Suara Haikal kedengaran.

"Waalaikumsalam.. Selamat datang orang Sabah..!!" Jawab Dato' Muhsin bergurau. Haikal  tersenyum lebar. Bersalaman dengan mereka.

"Tak lengkap rasanya ni.. Mana Cik Sofea?!" Tanya Dato' Muhsin. Tiba-tiba hati Faliq berdegup kencang mendengar nama itu. Cik Sofea yang dia nak sangat tahu.

" Assalammualaikum..!!" Faliq terdiam mendengar suara itu. Seperti dia mengenali suara itu. Dia tidak terus menoleh. Hatinya semakin berdebar-debar. Mungkinkah?! Dia takut mahu melihat wajah empunya suara itu. Dia masih terdiam membelakangi mereka. Mereka berbual mesra. Nizam tersenyum.

" Faliq.. Kenalkan. Pengarah Besar Pearl Holding.. Cik Aliaa Sofea..!!" Faliq terus menoleh ke belakang. Terpaku kaku memandang Aliaa. Seperti nampak hantu. Pucat mukanya. Wajah Aliaa dipandang tanpa berkelip mata. Aliaa hanya senyum. Betul ke apa yang aku lihat ni, kata hatinya.

"Faliq.. Awak okey ke tak ni?!" Tegur Dato' Muhsin menegur.

"Faliq..?!" Tegur Dato' Muhsin lagi.

"Eh!! Iya.. Iya.. Dato'. Okey.. Okey.. Okey..!!" Banyaknya okey Faliq. Mereka semua senyum. Faliq senyum pada Aliaa. Aliaa membalas senyuman.

" Cik Aliaa.. Encik Haikal.. Silakan..!!" Dato' Muhsin menjemput mereka duduk. Aliaa duduk dihadapan Faliq. Setentang mata mereka. Haikal duduk di sebelah Aliaa. Aliaa tetap dengan senyuman. Aliaa tenang je. Seperti biasa. Sebelum memulakan perbincangan. Mereka bergurau senda. Gelak tawa mereka. Faliq hanya berdiam. Mata tetap pada Aliaa.

"Kenapalah makin cun kau Aliaa..!" Kata hatinya. Setiap inci wajah Aliaa direnungnya. Betapa rindu dia pada Aliaa. Mahu saja dipeluknya Aliaa.

" Encik Faliq.. Kenapa senyap je?! Nampak hantu ke..!!" Perli Nizam berbisik. Gelak kecil. Faliq tetap diam.

Bila tengok kemesraaan Aliaa dan Haikal. Berbisik-bisik, gelak bersama. Hatinya jadi menyirap saja. Perasaan cemburu pula datang. Dah kenapa nak cemburu? Dia bukan siapa pun dengan kau Faliq. Apa kau rasa bila tengok bekas isterimu?

Dengan kejayaan yang dia miliki sekarang? Apa kau rasa, bila tengok dia ceria dan gembira bersama orang lain? Kau hanya mampu pandang dan perhati saja. Tenunglah dia, pandanglah dia sepuas-puasnya. Tapi kau kena ingat. Dia bekas isterimu. Bukan lagi isterimu. Gigit jarilah kau Faliq..!! Faliq diejek oleh diri sendiri.

Previous: Bab 57
Next: Bab 59

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.