336,736
Kategori:
Genre:
Bab 8
Tersenyum aku melihat setiap sudut bilikku. Masih sama seperti dulu. Kemas dan teratur. Abang jaga bilik aku sebaik mungkin. Bilik inilah tempat paling happy sekali. Aku duduk di katil. Terubat rindu dengan bilik dan tilam. Langsir abang dah tukar baru. Ceria jadinya. Tenang setenang-tenangnya. Aku bangun perlahan-lahan. Memandangkan aku belum solat lagi, aku terus bergegas terus masuk ke bilik air ambil wuduk. Alhamdulilah aku dah sihat, insha Allah akan sihat hingga melahirkan. Aku nak ambil peluang ni nak dekatkan diri pada Allah. Nak minta diberi kekuatan hati dan perasaan untuk hadapi segala kemugkinan yang akan berlaku kelak. Aku nak terus berdiri dan berjalan sendiri tanpa bergantung pada suami. Aku nekad. Aku kena kuat. Demi anak aku.

Serta-merta kepercayaan dan keyakinan aku pada Faliq hilang. Entahlah. Tak berani nak cakap lebih-lebih. Apa yang aku boleh katakan. Hati aku hancur dan kecewa. Tapi tak apa. Mungkin ini hanya sementara. Mungkin Allah sengaja menguji kekuatan aku. Tak apalah. Terima jelah. Dia tetap suami, syurga aku dibawah tapak kakinya. Aku tak boleh terlalu ikutkan emosi sangat. Aku kena relax dan cool. Mungkin sebab aku tengah mengandung jadi emosi terlebih sudah.

Selesai solat, aku ke ruang tamu. Terdengar suara orang berbual. Yeah!! Mak Long dah sampai. Senyum lebar aku. Aku terus meluru ke arah Mak Long. Aku peluk cium Mak Long. Rindu Mak Long sangat-sangat.

"Rindu Mak Long dekat adik. Kenapa kurus sangat ni dik. Ya Allah!!" Alahai.. Mak Long pula cakap aku kurus. Aku gelak je. Aku pun tak tahu nak cakap apa. Sebab aku rasa aku makin berisi. Mata orang yang melihat kut.

"Adik pun rindu Mak Long..!" Aku dipeluk dicium oleh Mak Long. Sangat rindu. Abang dan Pak Long perhatikan kami je.

" Ni dah tak lama ni. Dah kebawah dah baby ni. Kejab lagi bersalinlah ni.." kata Mak Long. Orang tua-tua kan mesti tahu punya. Aku gelak je.

" Iyeke Mak Long.." Mak Long angguk. Kami berbual-bual kosong melepaskan kerinduan. Macam-macam cerita Mak Long dan Pak Long. Almaklumlah, dah lama tak jumpa. Banyaklah cerita dan kisahnya. Seronok sangat. Abang dan Mak Long nak jaga aku hingga bersalin. Bahagianya hidup aku. Dua insan yang sangat bermakna dalam hidup aku.

Mak Long siap bawa kuih koci dari kampung. Sedapnya!! Abang menyediakan air teh panas dan hidangkan pada kami. Puas aku makan kuih ni. Memang sedap dan sedap! Kemudian, abang goreng pisang tanduk. Wah!! Makan banyak aku petang itu. Apa aku nak makan, semua diaorang bagi. Selera aku menjadi-jadi pula bila sampai rumah ni. Macam-macam nak makan. Dekat rumah sendiri aku tak lalu nak makan. Mungkin aura rumah tu sendiri kut. Ish!! Ada-apa je kan. Merepek je aku ni. Okey! Yang aku nak sangat makan adalah sate, abang janji nak beli malam ni. Nasi goreng kampung dari airtangan abang, memang rindu serindu-rindunya tapi tanpa satu pun cili. Itu yang abang cakap. Sedih!! Dan, aku nak makan ayam masak merah dari Mak Long. Dah itu je. Makanan yang buat aku terliur sangat. Yang aku ajak Faliq nak balik kampung sebab nak makan ayam masak merah Mak Long lah pun. Tapi Faliq taknak hantar. Mujur Mak Long datang. Kalau tak memang kempunanlah jawabnya.

Aku keluar mengambil udara petang. Nyamannya rasa. Aku duduk di kerusi. Duduk termenung. Duduk sorang-sorang.

" Kenapa duduk sorang-sorang ni.." tanya abang lalu duduk di hadapanku. Aku hanya senyum.

" Adik.. Adik ada masalah ke?!" Teka abang. Tepat pandang aku.

" Masalah?! Tak adalah bang. Adik okey je.." jawabku menafikan.

" Mungkin adik boleh tipu orang lain tapi adik tak boleh tipu abang. Dari airmuka adik pun abang boleh tahu. Faliq ada buat hal ke?!" Aku terkedu sekejab. Dan buat selamba je.

" Ishhh!! Tak adalah abang. Dia okey je. Abang kan tahu sahabat abang tu kan.." jawab aku lagi.

" Tapi abang tengok dia lain dah sekarang. Tak macam dulu. Adik ada rahsiakan sesuatu dari abang?!" Abang terus meneka dan meneka. Aku tetap tersenyum.

" Betul abang. Tak ada apa-apapun. Semuanya okey. Mungkin dia tengah busy sekarang ni sebab tu abang rasa dia lain kut. Abang jangan risaulah ye.." sambungku.

" Abang harap adik tak sembunyikan sesuatu dari abang. Sampai abang tahu dia buat hal. Memang siaplah dia.." Kata abang.

" Iya abang. Adik tahu. Abang kan sayang adik kan.." aku buat muka manja. Lama dah tak bermanja-manja dengan abang.

" Iya sayang!! Dahlah jom masuk. Nak maghrib dah ni. Nanti lepas maghrib abang beli sate ya.."

" Okey abang!! Terima kasih banyak-banyak. Sayang abang..!!" Aku bangun dan jalan masuk ke dalam rumah. Diikuti oleh abang. Aku terus masuk ke dalam bilik. Duduk di katil sekejab. Termenung lagi.

" Maafkan adik, abang! Adik terpaksa tipu abang. Adik taknak abang risau. Adik taknak abang kecewa terhadap sahabat abang sebab adik tahu abang sayang persahabatan abang. Adik taknak sebab ini akan menjejaskan perhubungan persahabatan abang dan Faliq. Biarlah adik tanggung sendiri..." kataku sendiri.

Bila orang dah beri kepercayaan pada kita dan bila kepercayaan itu dikhianati. Pasti akan hilang segala rasa. Nak kembali percaya? Memang taklah. Perhubungan juga pasti akan tawar. Itu hakikat kehidupan. Aku ambil tuala mandi dan terus masuk ke dalam bilik air. Membersihkan badan dan menunaikan kewajiban.

Alhamdulilah.. Aku dapat menunaikan solat maghrib dan mengaji sekali menunggu isyak. Aku habiskan masa untuk dekat pada Allah. Sejak mengandung ni, jarang aku dapat mengaji. Saat-saat akhir nak bersalin ni, Allah permudahkan dan beri aku ruang untuk dekat padanya. Tenang hati aku. Perasaan takut nak bersalin pun tak sangat sebab aku tahu. Allah yang tentukan segalanya. Rasa sakit, perit, derita, kecewa semua Allah yang beri. Aku sebagai hamba, insha Allah. Redha..!!

Aku melipat kain sejadah dan telekung. Semasa nak berjalan ke arah pintu. Tiba-tiba kepala jadi sakit berbintang-bintang. Mula dah pula. Aduhai..!! Aku terus memaut pada meja. Pejamkan mata sekejab dan tarik nafas dalam. Perlahan-lahan kulepaskan. Duduk dikerusi. Dan apabila rasa okey sikit aku bangun perlahan dan buka pintu. Jalan ke dapur. Bau sate menusuk hidung. Automatik sakit kepala hilang. Sedapnya..!! Abang, Mak Long dan Pak Long dah duduk menghadap hidangan. Aku pula yang terlambat.

" Meh sini makan. Banyak abang beli sate ni.." pelawa Mak Long. Senyum.

" Makan banyak-banyak. Habiskan pun tak apa.." kata abang. Aku senyum lebar. Dan tanpa buang masa, aku terus ambil secucuk sate ayam, cicah pada sambal kacang dan nyum.. nyum..!! Fuh!! Nikmatnya dapat makan sate. Layannn!! Secucuk habis kutelan, ku ambil lagi secucuk dan secucuk dan secucuk lagi. Berselera sungguh aku makan. Tak ingat dunia. Hahaha..!! Sambil makan sambil berbual. Gamat rumah kami malam tu. Ceria hati aku. Betul-betul aku kenyang makan sate je. Nasi aku tak pandang dah. Tak hairan dengan nasi. Berlagak sekejab. Hehe!!

" Nanti adik berpantang dekat mana? Rumah adik ke rumah mertua?!" Tanya Mak Long.

" Rumah mama kut Mak Long. Kasihan pula dekat dia nak kena ulang-alik kalau adik berpantang dekat rumah.." jawabku.

"Eloklah tu. Rumah sana pun ada kakak Faliq juga kan. Boleh juga tolong tengokkan adik.." sambung Mak Long. Aku angguk tanda setuju.

Selesai makan, aku tolong Mak Long kemas apa yang patut. Abang dan Pak Long duduk di ruang tamu. Entah apalah yang disembangkan. Borak punya borak, tiba-tiba aku terdiam. Aduhh!! Sakitnya perut. Baby mengeraslah pula. Terasa sesak sikit nafas. Berkerut dahi aku. Walaupun sakit tapi ku merasai kenikmatan tindabalas baby sangat membahagiakan.

" Macam itulah rasanya mengandung dik. Kena kuatkan semangat.." kata Mak Long bila melihat aku menahan sakit.

" Iya Mak Long.."

" Dah kebawah dah tu baby. Kut-kut tiga empat hari bersalinlah tu.. " sambung Mak Long lagi. Meneka.

" Cepatnya. Tapi due date dua minggu lagilah Mak Long"

" Due date tu tak tepat kadang-kadang. Tapi biasa anak pertama lahir awal. Baby tak sabar nak keluar. Bukan boleh ditahan-tahan kan.." jelas Mak Long. Senyum.

" Oh iye ke?! Adik pun tak sabar nak melahirkan ni. Excited sangat..!" Aku gelak kecil.

" Kami ni pun tak sabar nak sambut orang baru dik. Dah lama tak dengar tangisan bayi, layan keletah dia.." kata Mak Long. Teruja.

Happy aku rasa. Memang ramai yang menanti kehadiran baby ini. Pasti baby akan jadi yang paling disayangi. Bertuahnya baby ini. Alhamdulilah..

Selepas siap kemas, aku terus masuk bilik. Rasa badan letih semacam. Nak rehat sekejab. Esok nak jumpa doktor. Dalam hati ni berdebar-debar jugalah. Nak tengok keputusan darah aku. Tak apalah. Apapun keputusannya, redha jelah. Kalau dah itu takdirnya.

Sebelum melabuhkan badan dikatil. Aku telan dulu ubat. Memang jenuh nak ngadap ubat tiap hari sepanjang kehamilan ni. Dah jadi makanan rutin aku tiap hari dah. Kadang-kadang bila rasa jemu, selalu juga aku terlepas makan. Bukan terlepas tapi sengaja taknak makan, cuti makan. Hehe.. Ni dah nak bersalin, tak boleh dah nak cuti-cuti makan. Mahu koma pula aku.

Tutt.. tuttt..!!! Handphone ku berbunyi. Dengan langkah malas, aku keluarkan dari dalam handbag.  Mama yang call. Tersenyum aku.

" Assalammualaikum mama.."

" Waalaikumsalam. Aliaa dah tidur ke?!"

" Belum lagi ma.." Aku duduk di katil dengan senyuman.

" Aliaa macam mana hari ni? Sihat tak?!" Tanya mama.

" Alhamdulilah ma, hari ni Aliaa sihat. Mama jangan risau ya.."

" Lega mama dengar. Jaga diri baik-baik ya sayang. Esok jumpa doktor kan. Kalau ada apa-apa bagitahu mama tau.." Alahai mama mertua aku ni. Risaunya dia dekat aku. Terharu sangat.

"Insha Allah mama.."

" Okeylah. Aliaa tidur ya. Selamat malam sayang!!" Lembut je suara mama. Sejuk hati aku.

"Maafkan Aliaa ma.. Aliaa tak dapat nak bahagiakan anak kesayangan mama. Dia dah dapat kebahagiaan lain, bukan kebahagiaan dari Aliaa tapi kebahagiaan dari wanita lain. Maafkan Aliaa mama.. Maafkan Aliaa papa.." kataku sendiri. Airmata jernihku mengalir. Bagai ditusuk selumbar berbisa yang akan terus menusuk hingga menjadi nanah. Jika tidak dirawat, pasti akan menjadi parah hingga ke akhirnya. Hingga ke penghujung..

Tiada kata-kata yang dapat aku luahkan lagi. Hanya simpan dan pendam dalam hati. Biarlah aku hidup terus makan hati, biarlah aku hidup terus dalam lakonan kebahagiaan. Biarlah.. Biarlah..

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.