336,588
Kategori:
Genre:
Bab 110
Tengahari tadi, abang ambil aku balik. Hari Jumaat memang biasa aku balik rumah tengahari, waktu rehat panjang. Tapi hari ni aku malas nak memandu jadi aku suruh abang ambil dan hantar. Faliq nak je hantar tapi taknaklah menyusahkan dia. Dapat juga aku rehat dekat rumah. Jam 2.00 petang, abang hantar aku ke office semula. Sampai saja di lobi, aku ternampak Tasya jalan seorang menaiki anak tangga. Cepat-cepat aku jalan mengejarnya. Pada mulanya dia tak perasan aku pun tapi bila aku menuju ke liff je dia pandang. Muka bengang.

" Kalau nak tunjuk kebahagiaan depan i. Lebih baik tak payahlah Aliaa..!" Eh! Dah kenapa tiba-tiba dia ni. Aku tak cakap apa-apa kut.

" Ha? Tunjuk kebahagiaan apa pula ni. Tiba-tiba je.." aku pelik.

"You sengajakan sakitkan hati i. You sengaja buat i jelous, you sengaja berlakon depan i konon bahagia dengan Faliq. Padahal you dan Faliq kawan je kan. Jadi, mulai saat ini. Better you jauh dari Faliq boleh? Sebab i nak ambil hak i semula.." Amboii sedapnya dia mengarahkan aku.

" Hahahaa..!! Aku rasa kau yang patut jauh dari Faliq. Kami nak rujuk semula pun. So, kau sila pergi jauh-jauh..." jawabku selamba.

" Rujuk? Elehh... Jangan nak berlakonlah Aliaa. I tahulah, Faliq yang suruh you berlakon sebab dia taknak i ganggu dia. Tak payah nak bodohkan i lah.." Tak puashati lagi minat senget ni rupanya.

" Hmmm... Sukahati kaulah Tasya. Tunggu je nanti kad jemputan kami ya.."

" You jangan cari pasal dengan i ya Aliaa. Macam mana sekalipun, Faliq tetap i punya. I akan buat apa sahaja untuk dapatkan dia semula. You.. Jangan menyesal okey!!" Seriusnya muka dia. Tak apa. Aku tak takut pun.

" Hmm.. Okey!! Oh ya! Sorrylah ye kalau aku buat kau terasa hati ke, buat kau marah ke, terkasar gurauan ke atau terhina kau ke. Maaflah ye. Aku malaslah nak gaduh-gaduh. Macam budak-budak je. Tak payahlah kau buang masa ganggu aku. Aku pun tak sukalah diganggu. So, sorry..!! Assalammualaikum.. " aku terus masuk dalam liff. Tapi dia tak masuk pula. Aku terus tutup pintu. Aku tahu Tasya memang bengang dengan aku. Sampai bilalah nak macam ni. Hmm..

Aku melangkah masuk ke office dan terus masuk ke dalam bilik aku. Terfikir pula aku. Tasya ni betul-betul nak Faliq. Apa agaknya dia akan buat pada aku kalau aku terus bersama Faliq? Aku duga sesuatu, mesti dia akan lakukan sesuatu untuk dapatkan Faliq juga. Hmm... Aku rasa baru je hati ni mula nak menerima Faliq. Entahlah..

"Cik Aliaa.. Dato' nak jumpa.." Kata Mira dengan senyuman.

"Dia dah sampai ye..!!"

" Iya.. Baru je sampai.."

"Okey!! Mira.. Esok awak pergi rumah Naim jam berapa?!" Tanyaku.

"Jam 11.00 pagi rasanya. Sebab dia sanding jam 12.00 tengahari."

" Okey juga tu, nanti saya follow awaklah.." jawabku.

" Okey.. Saya pun nak confirmkan semula dengan Kak Intan dan Nina. Apa-apa nanti kita whatsapp ye.. !"

"Okey..!!" Aku bangun dan mengekori Mira keluar dari bilikku. Nak ke bilik big boss.

" Aliaa.. !!" Panggil Kak Intan. Aku memberhentikan langkah dan menoleh padanya.

"Kenapa ye akak tengok beberapa hari ni. Muka Aliaa tu berseri-seri je. Cinta sudah berputik ya..!!" Pula dah.

" Hahahaa..!! Berputik apanya kak oii. Sama je pun.." aku gelak besar. Lawak.. Lawak!!

" Ceh..!! Nak sembunyi konon. Muka tu tak boleh tipu tau. Kecoh dah satu bangunan ni dengan cerita hot Aliaa, Encik Faliq dan si parasit tu.." kata Kak Intan. Aku berkerut.

" Cerita hot? Cerita apa kak?!" Aku ingin tahu.

" Pasal Aliaa tampar Tasya. Pasal cerita kata Aliaa dan Encik Faliq nak bersatu semula. Pasal Tasya nak Encik Faliq. Macam-macamlah akak dengar.." aku senyum je dengar Kak Intan cakap.

"Hmm.. Tak apalah Kak Intan. Biarlah cerita ni hot. Mulut orang ni susah nak tutup. Biar jelah. Lama-lama penat, hilanglah hot story ni.." jawabku tenang.

"Itulah kan. Sabar jelah Aliaa. Eh!! Tapi semua ni betul ke tidak?" Hahaha..!! Aku gelak je.

" Okeylah Kak Intan. Dato' dah lama tunggu tu. Tak baik buat orang tertunggu-tunggu. Saya masuk dulu ya..!!" Aku terus tinggalkan Kak Intan yang masih menanti jawapan aku. Terpinga-pinga dia. Hehe..!! Aku ketuk pintu bilik papa.


Apabila dengar suara menyuruhku masuk, aku terus buka pintu dan senyum. Papa senyum pandang aku. Perlahan aku jalan menghampiri meja papa.

" Assalammualaikum pa. Papa sihat tak?!"

"Waalaikumsalam. Alhamdulilah, sihat..!"
Aku terus duduk di hadapan papa.

" Lama betul nak tunggu papa balik. Aliaa dah bosan sangat ni..."kataku terus.

" Ni pun papa tak boleh lama, nak jumpa kawan lepas ni. Papa ada hal nak bincang ni.."

"Hal apa pa?!"

" Lepas ni papa tak dapat masuk office selalu tau, papa nak Aliaa uruskan office ya. Aliaa pun dah ada pengalaman kan.. Boleh?!" Kata papa.

" Boleh tu boleh pa tapi Aliaa takutlah. Takut jadi macam Pearl Holding pula.." kataku bimbang.

" Jangan risau. Papa dah bincang dengan semua anak-anak. Mereka semua setuju dan papa siap buat surat perjanjian lagi pada mereka. Alhamdulilah semua setuju. Lagipun masing-masing ada komitmen sendiri. Sya dah urus cawangan Terengganu, Zack dah ada company sendiri. Yang sorang memang dah taknak balik Malaysia dah, adik pula fokus dengan kerjaya sendiri. Siapa lagi papa nak harapkan. Aliaa jelah.." jelas papa dengan panjang lebar. Aku angguk.

" Baiklah tapi Aliaa taknak pegang jawatan papa ni tau. Aliaa tolong je. Pembantu papa je ye.." pintaku.

"Hahaha..!! Hmm.. Baru nak rehat dekat rumah, kena masuk office juga ke ni nanti.."

" Urusan office semua insha Allah, Aliaa boleh uruskan, papa duduk rumah je. Tapi kalau hal penting yang melibatkan papa tu. Tak boleh elaklah ye.. " kataku dengan gelak kecil.

" Okeylah.. Janji Aliaa uruskan. Papa akan pantau dari rumah je. Ni jadual papa, bulan ni kerja slow sikit tapi start bulan depan, memang busy.. Nina akan bantu Aliaa nanti.. " papa hulurkan beberapa fail dan buku jadualnya pada aku.

" Okey Boss!! Arahan diterima..!!" Aku bergurau.

"Hmm..  Esok Aliaa pergi majlis Naim tak?!" Tanya papa.

" Mestilah pergi pa. Kalau tak pergi kang mengamuk si Naim tu.."

"Papa pergi lewat sikit kut, sebab jemputan anak kawan papa kahwin. Aliaa pergi dengan siapa?!"

" Baiklah. Dengan Faliq.."

"Baguslah tu. Bilalah pula papa nak tengok Aliaa dan Faliq pula ye. Kasihan Dhia tu, nak juga dia tengok mama dan papanya duduk serumah.." Telan liur aku. Sabar jelah.

"Okeylah pa, Aliaa keluar dulu ya..!!" Aku terus bangun. Papa gelak je tengok gelagat aku. Aku sengeh dan terus keluar dari bilik papa. Papa ni pun dah pandai mengusik aku. Huhu!!

Aku letak fail dan buku atas meja. Semak satu persatu, bermulalah kerja aku. Selesaikan mana yang patut hari ni. Memang betul papa sediakan kerja yang banyak untuk aku. Kena buat semua kerjanya, tak apa. Aku pun tak kisah, dah ada pengalaman. Lagipun papa still tolong taklah serah semua pada aku. Aku okey je!!

Fokus punya fokus menghadap laporan bulanan ni, tak perasan waktu kerja dah habis. Semangat betul. Aku cepat-cepat kemas dan terus keluar dari office. Jalan perlahan-lahan menuju ke kereta. Nak balik cepat sebab Abang suruh masak dan ajak Faliq makan dekat rumah malam ni. Disebabkan semua bahan masakan dah ada, jadi tak payahlah aku singgah supermarket. Masak jelah apa yang ada nanti.

Aku menghampiri kereta. Baru nak buka pintu kereta, tiba-tiba aku ditolak dari arah belakang. Aduh..!! Sakitnya. Hampir sahaja muka aku kena pintu cermin kereta. Kurang ajar! Makhluk mana tolak aku ni. Aku terus menoleh ke belakang.

" Oiii.. Apa tolak-tolak ni. Gila ke!!" Sakitnya hati tengok muka Tasya. Entah apa kena minah ni, betul-betul senget.

" Hahahaa.. Padan muka. Memang i gila, kalau boleh i nak je campak you dari tingkat atas sana sampai bawah. Biar puashati i.. hahahaha!!" Tasya gelak sekuat-kuatnya.

" Apalagi kau nak? Kalau tak kacau hidup aku tak boleh ke?!"

" Hey!! Hey..!! You dengar sini ye. Selagi you masih dengan Faliq, selagi tu i takkan berdiam tau. Faliq tu i punya.." Dia tarik tangan aku dengan sekuatnya dan dicengkam dengan kukunya. Ya Allah sakitnya!! Dahlah kukunya tajam, aku cuba lepas tapi cengkaman makin kuat. Dia ni betul-betul dah gila.

" Lepaslah..!! Kau ni sakit otak ke ha?!" Aku memberontak.

" Memang i sakit otak.. You yang buat i sakit otak...!!" Matanya tajam renung mata aku. Aku dengan sepantas kilat, dengan menggunakan tumit tinggi kasut aku terus tendang kakinya sekuat hati. Terus dia terjatuh ke jalan. Luka berdarah kecil kakinya. Rasakan kau.

" Kurang ajar you..!! Aduh..!! Berani you buat i..!!" Aku memegang tanganku sendiri.

" Kau buat aku boleh kan.. Kau ni betul-betul gilalah.." Kalau ikutkan hati aku ni, nak je aku lanyak dia ni tapi teringat pesan Faliq. Aku lupakan je. Aku tarik nafas, dan terus masuk dalam kereta. Kalau aku masih ada disitu, aku rasa mahu lagi parah pergaduhan ni.

"Oiiii Aliaa... i tak kan lepaskan you. You tengoklah nanti.." Tasya terjerit-jerit macam orang gila. Aku biarkan je. Yang lawak tu boleh pula dia nak kejar kereta aku ni. Aku perhatikan je melalui cermin pandang belakang. Siap baling kasut lagi ke arah kereta aku.

Hmm... Tasya.. Tasya..!! Aku rasa dia ni macam something jelah. Ke dia ni memang ada masalah tekanan perasaan ke, masalah mental ke. Macam pelik je. Gaya percakapannya tadi macam melayan perasaan sendiri je. Eh! Macam mana ye nak cakap, memang peliklah.

Aku sentuh pergelangan tanganku yang dicengkam tadi. Fuhh!! Memang cengkaman sepenuh hati dia betul, sampai lebam dan luka kecil pula tu. Selamat tak berdarah, kalau lambat aku bertindak tadi, memang mahu berdarah juga ni. Dahlah betul-betul cengkam dekat urat. Mahu terpancut-pancut darah aku. Entah kenapa tiba-tiba dia boleh jadi hilang waras macam tu tadi. Tak pasal-pasal luka kaki kau Tasya. Maaflah sangat. Sakitnya tanganku ini.

Kalau aku info Angah ni. Mahu mati Tasya dibuat Angah. Tak nak infolah. Kasihan pula Tasya. Angah kalau dah marah, tak ingat dunia. Tapi kalau Faliq dan abang nampak tangan ni macam mana pula, cari idealah bagi alasan. Ini pun salah aku juga kut sebab pagi tadi aku ada hina dia. Mungkin dia tak boleh terima dan marah padaku. Sebab tu dia nak balas kut. Betul kata Faliq. Dia dendam dengan aku sebab Faliq dan sebab aku juga kut. Aduhai.. Kalau dia berani buat aku macam tadi dan tak mustahil dia boleh buat lebih teruk lagi kut. Tak apalah. Kalau lepas ni dia buat aku lagi memang aku tak ada pilihan dan terpaksa info Angah. Ini aku taknak info atas dasar kasihan je.

Dahlah.. Malas nak fikir. Sekarang ni aku nak balik, nak masak untuk abang dan teman mesra aku. Aku senyum. Lebam di tangan ni, kalau nak sembunyikan memang tak bolehlah jadi kalau abang dan Faliq tanya aku jawab. Tangan tersepit pintu. Hahaaha... Logik ke alasan tu! Belasah jelah. Aku gelak dan terus memandu laju. Yang penting, aku nak happy. 

Previous: Bab 109
Next: Bab 111

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.