336,587
Kategori:
Genre:
Bab 19
Kusut.. Kusut dan kusut fikiran Faliq. Apa yang dia buat hari ini semua tak kena. Segala urusan kerjanya tak menjadi. Meeting nya pun entah kemana. Lain yang dirancang lain pula yang dibincangkan. Ish!! Memang serba tak kena. Dia sendiri pun tak tahu, sejak akhir-akhir ini, banyak perkara yang dilakukannya boleh dikatakan semuanya gagal. Stress jadinya. Sampai Nizam sendiri pun pelik. Sebelum ini, idea dialah yang paling dikagumi. Perbentangan dialah yang digeruni. Tak pernah tak berjaya. Tapi nak pelik untuk apa. Kerjanya pun sekarang dah tak bersungguh-sungguh. Lebih banyak menular bersama kekasih hati. Kerja yang patut dia uruskan ditolak pada Nizam. Bila lambat siap dan kertas kerja banyak yang salah. Pandai pula mengamuk. Cakap macam-macam. Selamatlah Nizam ni seorang yang penyabar. Kalau pembantu lain, rasanya dah lama dah cabut lari.

Perubahannya sangat ketara. Kadang-kadang, macam nak sound pun ada. Tapi siapalah Nizam nak sound Faliq. Dia pembantu je, lebih-lebih nanti kena lucut jawatan pula. Orang kuat company lah katakan. Si Tasya ni penyebab utama. Sakitnya hati Nizam pada Tasya. Sebab dialah Faliq berubah macam ni. Dahlah perampas, perosak rumahtangga orang, gila pangkat pula tu. Ishh!! Kalaulah Nizam berkuasa. Mahu saja ditembak perempuan tak sedar diri tu bertubi-tubi biar berkecai seluruh badan. Marahnya Nizam pada Tasya. Menyirap saja. Sabar Nizam..!!

Habis saja meeting, Faliq terus masuk ke biliknya dengan diekori oleh Nizam. Berlambak fail yang kena uruskan semula. Banyak salah dan silapnya. Ini semua kerja Tasya, bila dah silap macam ni, lepas tangan. Nizam juga yang kena settlekan. Memang hampeh punya perempuan. Macam mana dia boleh jadi arkitek kalau buat kerja pun ambil mudah. Inilah kelulusan atas kertas saja. Nama je ada berpendidikan tinggi tapi satu kerja pun haram nak buat. Satu apa pun tak boleh buat. Harapkan muka cantik, bergaya, seksi tapi ishh!! Mahu je Nizam campak semua fail ni diwajah konon cantik tu. Macam-macam Nizam maki hamun Tasya dalam hati. Memang sakit jiwa. Nak luahkan depan-depan bahaya. Jadi, luahkan sendiri jelah didalam hati sendiri. Paling-paling pun luahkan pada isterinya, Mira. Nasiblah Nizam..!!

" Tension betul lah. Macam mana boleh kena reject. Kontrak besar pula tu. Arhh!!." keluh Faliq. Muka memang sangat stress. Nizam hanya angkat bahu. Malas nak komen apa-apa. Nanti dia balik yang kena marah. Berdiam jelah.

" Awak rasa kenapa Nizam? Satu persatu tau projek kita gagal. Rasanya dalam tahun ni dah tiga kontrak kita ditarik balik. Pecah rekod betul lah. Tak pernah dalam kerjaya saya, down macam ni.. Apa yang saya dah buat sampai Allah tarik semua ni. Huh!!" Keluhan demi keluhan.

" Saya nak cakap pun tak berani. Hanya Encik Faliq je yang tahu. Banyakkanlah istiqamah dan muhasabah diri. Kadang-kadang, kita tak sedar setiap yang kita lakukan sebenarnya itulah punca sempitnya rezeki. Atas dosa-dosa yang kita sendiri tak sedar.." jawab Nizam. Faliq memandang tepat ke arah Nizam dan kemudian terus pandang ke meja.

" Dosa?!" Tanya Faliq.

" Iya dosa. Encik Faliq.. Kita ni hamba, setiap apa yang kita lakukan, baik atau buruk akan tetap dibalas walaupun sekecil zarah. Dari sekecil-kecil zarah itulah akan menjadi sebesar-besar dosa. Lagi-lagi kita sebagai suami, tanggungjawab paling besar bagi suami adalah nafkah, dan itulah yang paling susah. Encik Faliq tahu kan.. Dengan menyakiti hati isteri pun salah satu sebab sempitnya rezeki. Check balik apa yang kita dah buat.." Tersentak habis Faliq. Betul-betul pedih kata-kata Nizam hingga tertusuk ke hati sanubarinya. Nizam terus memberi nasihat. Inilah peluangnya. Susah nak duduk berdua begini bersama Faliq. Kalau tidak, si Tasya tu asyik nak berkelip je dengan Faliq. Naik rimas Nizam. Memang Tasya tak bagi Faliq rapat dengan Nizam sangat sebab Nizam kenal baik dengan Aliaa. Tasya takut Faliq termakan nasihat Nizam. Nizam ni ala-ala ustaz. Risau juga Tasya. Hampeh punya perempuan!!

"Maaf Encik Faliq.. Saya tak bermaksud nak perli atau sindir Encik tapi...." 


" Sayaangg..!! Kata nak turun makan. I dah lapar sangat ni.. Jomlah..!!" Potong betul lah prempuan ni, bisik Nizam didalam hati. Boleh pula dia muncul. Mata Faliq terus beralih ke Tasya. Terus Nizam buat muka bosan. Tasya terus kearah Faliq. Dipegang bahu Faliq. Rimas pula Nizam tengok. Astagfirullah Al Azim..

" Elakan dari melakukan maksiat Encik Faliq. Kerana maksiat rezeki sempit, hati menjadi hitam, segala urusan tersekat dan menjauhkan diri dari Allah. Muhasabah diri lah Encik Faliq. Bukan sehari dua saya kenal Encik Faliq, dah lama sangat. Dari Encik belum kenal Cik Aliaa lagi.." selamba Nizam bercakap. Langsung tak hiraukan Tasya. Berkerut dahi Tasya mendengar. Faliq hanya membatu.

"Jangan terlalu seronok dengan wanita yang haram ni sedangkan yang halal diabaikan tanpa belas kasihan. Ingat amanah Allah. Encik Faliq tahukan dosa abaikan amanah Allah? Merampas suami orang pun perbuatan keji, lemah iman dan keras hati. Encik Faliq nak ke kahwin dengan perempuan jahat sifatnya sedangkan yang halal sudah cukup sempurna. Setiap perbuatan akan dibalas. Fikirkanlah Encik Faliq fikir.." sambung Nizam lagi.

"Nizam.. Kalau awak nak jadi ustaz, ini bukan tempatnya. Pergi masjid sana okey!!" Menyampuk pula si Tasya. Nizam senyum sinis dan bangun. Tangan menyusun fail-fail tadi. Dia pandang tepat ke muka Tasya.

" Cik Tasya.. !! Perampas dan perosak rumahtangga orang, hidup takkan tenang dan bahagia. Bahagia diatas penderitaan orang kejab jelah. Kalau Encik Faliq boleh curang dengan isteri halalnya tak mustahil bila dia kahwin dengan Cik Tasya, dia akan buat perkara yang sama. Waktu tu baru padan muka Cik Tasya. Cun sangatlah you all ni. Sorang curang sorang perampas. Ingat boleh bahagia ke? Lagi-lagi dengan dia ni, hmm.  Maafkan saya Encik Faliq.. Kerana perempuan ni Encik Faliq lupa amanah Allah. Saya sedih dengan Encik Faliq.. Sedih sangat.. " Nizam terus keluar. Dia sudah jalankan tanggungjawab sebagai rakan. Sama ada Faliq dengar atau tidak. Biarlah.. Itu antara dia dengan Allah. Lega hati Nizam. Lepas tanggungjawab.

"Gila punya Nizam. Suka-suka cakap i. Memang kurang ajar..!!" Tasya marah sendiri. Kalau tak betul kenapa nak marah. Faliq menekup muka. Memang terasa dengan kata-kata Nizam. Tapi sekejab je terasanya. Bila dah menghadap Tasya, hilanglah semua. Lelaki..!!

" Boleh tak you keluar sekarang. I tengah serabut ni.." pinta Faliq.

"Sayangg..!! Kenapa you halau i keluar. I nak ajak you makan. You dah janji kan.." suara mengada-ngada si Tasya. Merajuk.

" I tak ada selera nak makan. You pergilah dulu. Nanti kita lunch sama. Sekarang ni i memang tengah serabut dengan projek ni yang kena reject. Dengan you lagi dengan isshhh!! Please!! Tolong fahami i.." Faliq menekup muka lagi. Serabai jadinya dia.

" Hmm.. Okeylah kalau macam tu. Kasihan you. Mesti you serabut dengan wife you. Kan senang you ceraikan dia dan kahwin dengan i. Pasti you takkan serabut macam ni tau sayang.." Selamba je perempuan ni. Ishh!!

" Apapun terjadi i tak akan ceraikan wife i. Dia nyawa i, wife i dunia akhirat.." kata Faliq tegas.

" Habis i ni apa? You janji you nak kahwin dengan i kan. Bila?"

"I tak pernah janji apa-apa dekat you okey!!"

" Faliq.. i dah cakap dengan you kan. I sanggup jadi isteri kedua you. I boleh baik dan boleh terima wife you. I boleh jumpa dia, bincang baik-baik dengan dia. I tak kisah pun.." lembut konon.

" Itu kata you.."

" Kenapa? Dia tak boleh terima i ke? Habis dia nak you terus terjerumus dengan maksiat? Macam tu?!"

" Tak ada seorang isteri pun nak bermadu.."

" Hmm.. Kalau dia taknak bermadu. Suruh jelah dia tuntut cerai. Dan you lepaskan jelah dia. Kemudian, kita kahwin. Bina hidup baru, i boleh bahagiakan you lah sayang..!!"

" Kan i dah cakap. I tak kan lepaskan dia. Faham tak?! Dahlah.. Dahlah.. You pergi keluar sekarang. Serabutlah .. serabut tau tak..!"

"Ishhh!! " Tasya terus keluar. Sakitnya hati dia.

Faliq berdiri menghadap tingkap. Kemudian, duduk semula. Apa yang dia fikirkan pun tak tahulah. Hati tak tenang. Jiwa tak tenteram. Kepala kusut, serabut dan segala perasaan ada.


Sakitnya hati Tasya. Sanggup Faliq halaunya. Ini semua kerana Aliaa. Sebab dialah kekasih hatinya jadi serabut macam ni. Tasya duduk memikirkan sesuatu. Apa yang dia nak buat?  Mencari idea. Sudah puas dia memujuk Faliq supaya lepaskan Aliaa. Tapi Faliq tetap enggan lepaskan Aliaa. Entah apalah yang bagus dan baik sangat si Aliaa tu. Sampai kuat betul kasih sayang Faliq padanya. Hahahaa.. Sayang? Kalau Faliq sayang Aliaa, Faliq takkan curanglah. Nampak sangat sayang Faliq pada Aliaa tak sekuat sayang Faliq padanya. Perasannya perempuan ni. Sebenarnya, Tasya hanya mahukan Faliq saja. Dan dia tak ingin pun bermadu dengan Aliaa. Itu semua psiko dia saja. Bagus jugalah Aliaa taknak. Dan, sekarang ni dia nak cari idea supaya Aliaa minta dilepaskan. Bila Aliaa dah ada bukti dan sakit hati mesti dia akan tunjuk segala kecurangan Faliq di Pejabat Agama dan pasti akan tuntut cerai. Bolehlah dia kahwin dengan Faliq. Kerja mudah..!! Tasya senyum. Handphone diambil. Mencari nama Aliaa di phonebook. Dah lama dia simpan nombor telefon Aliaa yang dia ambil sendiri dari handphone Faliq tanpa pengetahuan Faliq. Inilah masanya dia kena bertindak.

" Sorry Aliaa..!! I terpaksa. Sebab i sayang suami you.."katanya sendiri. Tasya membuka aplikasi galeri di handphonenya. Beberapa gambar mesra dia bersama Faliq dihantar melalui whatsapp ke nombor Aliaa. Gambar yang sangat mesra. Setelah selesai, dia gelak kecil. Sungguh kejam hatinya. Baru saja mahu meletakan handphone dimeja. Whatsapp masuk.

" Terima kasih atas gambar ni. Saya tak hairan pun dengan gambar-gambar ni. Dah lali dah Cik Tasya. So, tak payahlah buang masa nak bagi gambar you all bagai. Memenuhkan ruang galeri saya je.." Aliaa balas. Geram pula hati Tasya. Niat nak menyakiti hati Aliaa, nak Aliaa mengamuk tapi dia sendiri yang sakit hati. Silaplah kau Tasya. Hahahaa!!

" Jadi.. You tak marah ke?!"

"Hahaha!! Buang masa saya je nak marah orang sekeji awak ni, dah sah-sah perampas dan perosak rumahtangga orang. Tapi tulah.. Kasihan dan simpati pada awak, rupa ada, berpendidikan, bekerjaya tapi perangai serupa syaitan.." Selamba Aliaa.

"Ha!! Dia cakap aku syaitan. Kurang ajar.!!" Makin menyirap hati Tasya.

"Patutlah Faliq cari i, rupanya bini dia boleh tahan mulut. Entah apalah yang baik sangat you ni kan.." balas Tasya.

" Nak saya terangkan tak apa beza awak dengan syaitan? Awak dengan syaitan sama je sebenarnya. Yang tak sama cuma nama. Awak Tasya dan  syaitan Dasim tapi perangai sama 100% sama. Yang memecahkan hubungan suami isteri supaya bergaduh dan bercerai. Merosak rumahtangga orang. So, samakan syaitan?!" 

" Arhhh!!! Kurang ajar betul...!!" Menjerit marah Tasya. Merah padam mukanya. Rasakan.

"Sorrylah ye Cik Tasya kalau terasa. Biasa kalau terasa tu memang betul lah tu kan. Okey bye! Assalammualaikum.." last whatsapp dari Aliaa.

Turu naik nafas  Tasya tahan marah. Sakitnya hati. Mahu saja diadukan pada Faliq biar Alia kena marah. Tapi tak boleh, tak pasal-pasal dia balik yang kena marah. Memandai whatsapp Aliaa dah kenapa. Cari nahas namanya. Nak menyakiti tapi sendiri tersakiti.

Dahlah tadi Nizam cukup-cukup perli dia. Sekarang ni, isteri Faliq sendiri .  Padan muka kau Tasya..!! Hahahaa. Lawak...!!

Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.