336,736
Kategori:
Genre:
Bab 161
Aku tak puashati betul lah. Memang tak puashati. Sikit je lagi tau nak dapat perempuan tu. Tadi kalau Faliq tak tarik aku, aku yakin perempuan tu mesti berhenti punyalah. Tak beraninya dia nak langgar aku dalam keadaan kemuncak macam tu. Dengan ramai orang macam tu. Kalau dia langgar juga memang menempah maut sendirilah. Level confident aku memang tinggi sangat tadi. Tapi Faliq pula kacau. Tapi.. tapi.. kalau perempuan tu langgar aku betul-betul pula macam mana? Memang sah aku diselimuti plastik hitam. Hehehe..!!

Aku rasa dia memang ekori aku, mungkin dah lama kut. Tapi kenapa dan untuk apa? Betul-betul menjadi tanda tanya. Itu satu hal, ni tadi. Macam mana dia boleh tak ada dapat restoran pub tu sedangkan memang aku nampak jelas dia masuk. Dan dari mana pula dia keluar ke kereta. Ke dia nampak aku lari nak kejar dia kut. So, dia ikut pintu belakang restoran dan lari ke kereta. Kesimpulan yang aku buat sendiri. Hmm.. Boleh jadi juga. Licik juga minah ni. Jujur cakap aku memang tak cam mukanya, dahlah pakai sunglass sebesar gajah menutupi separuh mukanya lepas tu tutup pula dengan selendang.  Memang tak cam. Tapi kalau berhadapan mungkinlah boleh cam sebab dekat tapi ni hilang-hilang je.

" Tasya ke? Entahlah.. Tak berani nak cakap.  Okey Aliaa, tak apa. Teruskan jejak perempuan tu sampai dapat jawapan. Dan mulakan cari siapa Mr.K tu. Jangan give up!! Jangan menyerah! Abang nak marah ke Faliq nak membebel ke, biarkan. Aku tahu apa yang aku buat. Kalau nak dengar saaangat cakap dua sahabat tu memang takkan dapatlah penyangak tu. Alaa... Diaorang dah tua. Fikiran tua-tua. Hahaaha... Hidup kena berani, berani pada diri, berani melawan musuh. Ini baru cabaran hidup namanya. Tak mencabarlah hidup kalau tak tempuh cabaran. Ini Aliaa Sofea lah.. Hihii..!!" Aku cakap sendiri depan cermin. Penuh semangat ni.

Jom mandi, solat dan keluar makan. Lalaalalaaa.. Aku bernyanyi-nyanyi.

Selesai semua, aku jalan perlahan ke ruang tamu. Rancak mereka berbual, serius nampaknya. Aku bersembunyi di balik dinding, curi dengar sikit perbualan mereka. Ini mesti mengumpat akulah ni.

" Tapi masa Ash buat hal dekat dia dulu. Dia tak  macam ni pun Dil. Tapi kenapa sekarang ni dia, dia macam lain je,hmm.. Maksud aku, bertindak sendiri. Macam payah dikawal pula.." Aku berkerut dengar kata-kata Faliq. Payah dikawal? Kenapa macam mengeluh je Faliq ni.

"Kau masih tak mengenali dia lagi Liq. Kau hanya mengenali adik aku pada dasarnya tapi hakikatnya kau masih belum kenal lagi hati dia. Kalau kau kenal siapa Aliaa Sofea, kau pasti tahu kenapa dia buat macam ni.." sambung abang. Dari nada Faliq cakap, semacam pula aku rasa. Tapi bila abang jawab itu, okey aku kembali sejuk.

Aku senyum mendengar. Memang betul cakap abang. Aku setuju dan sokong 100%. Sebelum kahwin dulu, yang aku ingatlah. Kami kawan je lama, bercinta tak lama lepas tu putus lepas tu sambung terus nikah. Kahwin dalam dua tahun lepas Dhia lahir dia buat hal. Buat haluan masing-masing dan aku merantau ke Sabah sampailah berpisah rasmi. Dan kawan balik sampai sekarang. Kiranya macam setahun je kut, sebelum Dhia lahir. Nampak tak? Ada masa ke dia nak mengenali aku yang baaaik ni. Alaa tak apa ,aku tak kisah pun kalau dia tak kenal siapa aku. Dah biasa. Kadang-kadang, orang yang dah kahwin 20tahun pun belum tentu mengenali hati pasangan masing-masing. Adalah tapi tak banyak. Itu memang tak dinafikan. Lagi-lagi aku dan Faliq. Hmm..  Aku mengintai dan terus menuju kearah mereka.

" Sorry Dil.. Aku bukan mengeluh tapi.. tapi aku risau. Risau sangat sebab dia bertindak sendiri.." kata Faliq lagi. Dah cakap baru sedar ke. Ceh!!

" Mengeluh dan risau, dua perkara yang berbeza Encik Faliq Alfie. Saya ni memang sukar difahami. Nak kenal hati saya memang payah dan saya ni memang payah dikawal. So, tak payahlah kenal, tak payah faham dan tak payah kawal.  Habis cerita.." aku perli. Telan liur dia. Aku terus duduk disebelah abang. Muka mencuka.

" Adik.. Apa cakap macam tu.." Abang pandang Faliq dan kemudian pandang aku semula. Dia buat muka bersalah pula. Aku menjeling.

"Bukan itu maksud saya. Okey Maaf.. maaf.. mungkin saya salah cakap.." Faliq duduk disebelahku pula. Aku ditengah-tengah antara abang dan Faliq.

" Tak apa Faliq. Kalau awak nak mengeluh pun, silakan. Tak kisah pun. Saya ni memang macam ni, keras hati, kepala batu, ego, apa lagi ek.. hmm perangai gila, susah kawal, bertindak sendiri.. sambunglah apa lagi.." kataku. Dah kenapa aku emosi pula ni. Faliq sapu tangan pada mukanya.

" Sayang.. Sayang..!! Jangan macam ni. Awak salah faham ni. Aduh.. Adil..!" Nak minta tolong abang back up lah tu. Sikit-sikit abang, abang aku kut, bukan abang dia. Geram pula hati kita.

"Adik.. Kenapa emosi tiba-tiba ni?" Tanya abang.

"Taklah.. Seolah-olah macam adik ni menyusahkan dia pula. Adik bertindak macam ni ada sebab bukan suka-suka. Bukan adik tak info korang pun. Dah info semua cuma adik tak cakap adik nak kejar perempuan je. Adik takkan bertindak gila macam ni kalau tak ada sebab dan adik takkan mengalah. Selagi tak dapat perempuan tu selagi tu adik takkan berdiam.." kataku tegas.

" Iya.. Abang tahu. Abang tahu adik abang ni macam mana.." abang pujuk aku. Abang tahu  aku kecil hati dan marah.

"Memanglah abang tahu tapi dia tahu ke?! Dia faham ke? Tak kan..?!" Aku jeling Faliq.

" Hey adik..!! Faliq risaukan adiklah. Dah adik bertindak melulu macam tu. Abang ni lagi risau tahu tak.." Abang tetap menyebelahi sahabatnya.

"Alasann..!!" Aku jeling Faliq lagi. Faliq senyap je. Aku bangun berdiri menghadap Abang dan Faliq.

"Selagi Aliaa Sofea tak dapat perempuan sunglass tu, Aliaa Sofea taknak nikah, taknak rujuk, taknak apa-apa dengan dia ni. Faham?!" Terkejut mereka dengar. Berubah muka Faliq.

"Ha?? Sayang..! Janganlah macam ni.. Awak tak kasihan saya ke.." suara mendatar.

" Adik ni dah kenapa buat keputusan gila macam ni. Nak buat hal lagi?"

" Sukahatilah. Adik yang nak nikah bukan abang.." Aku jeling abang pula. Serius.

" Adik nak makan. Jom..!!" Aku terus jalan ke dapur. Membiarkan mereka menjadi tanda tanya. Sampai je dapur aku gelak kecil. Sengaja nak buat mereka terkejut. Aku senduk nasi ke dalam pinggan dan letak satu-persatu di atas meja. Perut aku dah berkeroncong dah ni tapi mereka berdua tak muncul juga. Puncalah mereka ni.

"Aaaaaabang...!! Cepatlah, lapar..." aku menjerit panggil abang.

" Iya.. Iya.. Dah sampai dah pun. Tak payah jerit-jerit macam tarzan.." perli abang.

" Lambat sangat..! Makan semua ni kang baru padan muka.." aku merungut. Faliq berdiam saja. Aku buat tak tahu. Sedih muka konon, biarkan dia.

Kami melayan tekak masing-masing. Aku tengok Faliq makan macam taknak makan je. Tak ada seleralah konon tu. Aku pandang abang pula, kami bertentang mata. Abang angkat kening dan memuncungkan mulut kearah Faliq. Aku mencebik dan abang berkerut. Aku faham maksud abang tu, suruh pujuklah tu. Mengada, bisik aku sendiri dalam hati.

"Dah tak sedap ke masakan abang tu, ke dah kenyang?!" Aku sengaja perli, senyum sinis.
Aduhh!! Abang pijak kaki aku dan membeliakan mata. Faliq tetap senyap. Aku menyuapkan nasi ke dalam mulut. Sambil kunyah sambil pandang Faliq depan mata ni.

" Iyalah.. Iyalah.. Sorry, orang saja je cakap. Nak gurau pun tak boleh, cepat sangat sentap. Dah tu makan, menangis nasi tu awak main-mainkan dia. Kecil hati nasi tu. Kasihan dia. Nah!! Makan sayur ni, segar ni sedap. Biar segar sikit hati tuu.. Makan yee..!!" Aku senyum padanya. Meletakan sayur tumis kacang panjang ke dalam pinggannya. Abang senyum je.

" Ni ikan kembung ni, sedap tau..."

"Oii.. Mana datang ikan kembung. Itu ikan selar lah. Nama ikan pun tak tahu. Apa nak jadi ni..!"

" Oh iyeke!! Habis tengok perut dia ni, kembung semacam je. Adik ingat ikan kembunglah kut.." Aku tekan-tekan ikan selar masak sambal guna sudu.

" Ish!! Kan lain rupa ikan kembung dengan ikan selar.."

"Ah!! Belasahlah. Janji ikan. Dah makan ni ye, ke nak saya suapkan.." aku sengaja. Abang gelak kecil.

"Boleh juga. Cepat suap!!" Amboii, cepat je jawabnya. Baru muka ada senyum.

" Ah!! Tak ada makna. Saja je cakap pun. Malulah sikit depan abang.." Gelak pula dia.

Keadaan dah kembali okey.  Macam-macam hal.

"Ni nak info ni, tolong ambil perhatian..!!" Kataku lagi. Aku meneguk air suam.

" Dah kenapa pula.."

" Semua dah tahu kan pasal perempuan tu. Jadi, mulai hari ni, saat ini dan detik ini adik nekad nak cari juga perempuan tu sampai dapat. Jadi, kalau adik hilang ke, balik lambat ke apa ke, jangan marah. Fokus adik nak cari perempuan tu je sekarang ni. Itu je.." aku jelaskan semua.

"Tapi bahayalah Aliaa..!"

" Faliq.. Awak kena percaya kat saya. Saya tahu apa saya buat. Saya cuma nak tahu je siapa dia. Tu je.."

"Hmm.. Nak cakap pun tak boleh. Redha jelah Liq. Apapun, mana lokasi adik kena info abang atau Faliq.." suara redha je abang.

" Insha Allah.. Kalau sempat, adik akan info.."
Faliq tiada pilihan dan terrpaksa kata okey!. Aku senyum pada mereka berdua. Yess!! Siasatan aku akan bermula. Menjejak si perempuan misterilah konon dan menjejak Mr.K.

Sekarang ni aku jadi dua hati, nak info abang dan Faliq mengenai Mr.K tu atau pun tidak. Kalau aku info, confirm mereka tak bagi aku cari perempuan tu. Kalau tak info, nanti kalau Faliq tahu yang Mr.K tu selalu bagi barang dan bunga dekat aku. Confirm akan marah. Aduh!! Masalah juga ni. Nak info ke atau tak ni?

Selesai makan dan kemas semua. Abang masuk bilik nak solat. Faliq pula nak balik dah. Aku temankan dia ke kereta.

" Sayang..!! Tak payahlah cari perempuan tu. Saya risaulah.."

"Tak payahlah risau. Saya cuma nak tahu je dia. Kalau nampak dia buka sunglass je pun dah okey dah. Tu je.. Bukan nak tangkap dia sebab nak belasah ke, nak bawa ke balai ke. Tak pun. Awak kena percaya kat saya.." aku menyakinakan Faliq.

"Malang tu tak berbau..!"

" Kalau macam tu, elok awak fikir yang baik-baik je. Fikir niat saya ni baik, nekad saya ni baik jadi bila awak fikir yang baik-baik. Insha Allah semuanya akan baik-baik juga. Betul tak?!" Aku senyum padanya. Faliq renung wajahku minta pengertian. Dan angguk perlahan.

" Sayang.. Saya sayang awak tau. Saya taknak awak diapa-apakan oleh perempuan tu.." katanya lembut.

" Iya.. Saya tahu. Saya cuma minta awak restukan tindakan saya ni. Doakan semuanya berjalan lancar, awak jangan risau ya. Saya akan pastikan sebelum majlis kita nanti, semua kes ni akan selesai. Kes langgar lari, kes perempuan ni dan semuanya akan selesai. Jadi, bila dah selesai semuanya dan tiada gangguan. Insha Allah.. baru aman hidup kita. Sebenarnya saya dah penat dengan semua ni. Sebab tu saya nekad nak tamatkan juga. Saya nak lakukan juga.." kataku lagi. Tegas dan penuh keyakinan. Faliq pegang tanganku.

"Baiklah sayang..! Saya tetap akan sokong dan bagi semangat pada awak. Dan insha Allah saya dan abang awak akan sentiasa bersama awak. Saya yakin dan saya tahu isteri saya yang berani ni akan berjaya mencari jawapan. Semoga Allah lindungi awak.." kata semangat dari Faliq. Lega aku dengar. Bertambah semangat pula aku. Yes!! Aku akan buktikan.

" Terima kasih Faliq..!! Hmm.. Lagi satu nak pesan ni, kalaulah tiba-tiba awak nampak saya keluar dengan lelaki ke, terserempak ke. Jangan marah tau, sebab start minggu depan saya dah ambil alih tugas Dato' macam sebelum ni. Kena jumpa client, appointment. Tahu kan client Dato' macam mana. Soooo, saya taknak awak marah tak tentu pasal, nak jelous bagai. Boleh?!" Aku menambah lagi.

" Hmm.. Tapi janganlah sweet-sweet. Siapa tak jelous.."

"Bila masa pula saya sweet-sweet dengan client. Saya sweet-sweet dengan awak je kut.." jawabku.

" Hahahaa.. Okey sayang..!! Insha Allah..!!"
Dia gelak. Angin malam menghembus ke kulit, dingin.

" Macam nilah baru saya sayang..!"

" Oh ya!! Lupa nak info awak. Angah minta kita ke butik suruh pilih pelamin dan baju nikah. Dia cakap, nak buatkan baju nikah special untuk awak.." kata Faliq.

" Alahai.. Pakai yang ada kat butik jelah. Segan pula saya, kalau first time nikah tak apa juga ni nikah rujuk ke kut.."

"Sayang.. Bagi saya tak ada nikah rujuk tu. Kita tetap seperti first time nikah.."

"Baiklah. Mana yang awak rasa baik dan awak happy, saya okey je.." jawabku.

" Okeylah. Saya balik dulu.."

" Okey! Awak dah tak balik kondo awak ke?!"


Tiba-tiba aku teringat rumah tu. Rindu sebenarnya rumah tu.

" Dah lama tak balik. Kalau saya balik nanti saya mesti sedih sendiri.."

"Kenapa pula. Tu kan rumah awak.."

"Bukan rumah saya tapi rumah kita. Banyak sangat kenangan tapi akan berubah nanti.."

"Berubah? Berubah apa?"

"Hahahaa.. Tunggu je surprise tu nanti.."

" Hmm.. Iyalah..! Kirim salam peluk cium saya dekat Dhia ye..!"

" Insha Allah.. Dekat Dhia je ke. Taknak peluk cium dekat bakal suami awak ni ke? Meh cium sikit..!"

Panggg..!!! Aku terus bagi penampar padu dekat pipinya. Haahaha..

"Aduii..!! Saya minta cium bukan minta penampar.." keluhnya. Menyapu pipi yang merah tu.

" Itu namanya ciuman tamparan wanita. Lebih best dari ciuman.. Hahahaa!!"

" Macam tu ye.. Okey tak apa! Tunggulah nanti, ciuman siapa lagi hebat.." Faliq menjeling gatal pada aku. Aku gelak je. Dia terus masuk dalam kereta, dan menghidupkan enjin kereta dan berlalu pergi. Aku tutup pintu pagar dan kembali masuk.

Sekarang ni, aku nak plan baik punya. Disebabkan perempuan sunglass tu muncul tak tentu masa. So, aku ketepikan kejab dan sementara tunggu perempuan sunglass tu muncul dalam masa sama aku nak jejak Mr.K. Aku akan intai dia setiap pagi, biasanya dia akan hantar barang jam 9.00 ke 10.00 pagi ke office aku. Tu yang aku perasan. Aku dah setting time dan nak intai dari jauh. Insha Allah, akan dipermudahkan. 

Previous: Bab 160
Next: Bab 162

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.