336,433
Kategori:
Genre:
Bab 97
Alhamdulilah.. Aliaa sangat bersyukur. Doktor beritahu, kesihatan Aliaa dah bertambah baik. Buat masa ni tekanan darah, hb, jantung semua okey. Tapi ada satu perkara yang buat Aliaa tak tenang. Hmm... Entahlah. Dia rasa macam dah give up. Biarlah.. Kalau dah ini takdirnya. Tak apalah Aliaa,nak tak nak kena terima. Dia rasa macam.. Tak payah jalani pembedahan hari tu pun tak apalah. Biarkan sajalah. Dah Allah takdirkan hidupnya macam ni. Okeylah.. Aliaa pun tak tahu, sama ada doktor ada info Adil atau tidak. Kalau boleh Aliaa taknak Adil tahu pun, taknak abangnya risau. Kasihan Adil. Tapi kalau doktor dah info. Tak boleh buat apalah. Redha sajalah Aliaa..  Ini bahagianmu..!!

Doktor cakap esok pagi Aliaa dah boleh keluar wad. Aliaa nak ziarah kubur Haikal, itu tempat pertama yang dia nak pergi. Dia nak jumpa Haikal. Tak apalah jumpa kuburnya saja. Aliaa tahu, Haikal mesti tunggu dia menziarahinya. Aliaa berdiri di tepi tingkap, memandang nun jauh keluar. Airmatanya menitis. Tak sangka begitu cepat Haikal meninggalkan dunia ini. Begitu cepat Haikal meninggalkannya. Terdengar-dengar suara Haikal memanggil namanya. Terbayang-bayang senyuman Haikal memandang wajahnya. Haikal seorang yang pendiam, baik hati, sangat sporting dan tegas dalam kerja. Kerana sifat pendiam dan perahsianya sampai dah bertahun Aliaa rapat dengannya, baru Aliaa tahu yang Haikal adalah seorang doktor.

" Haikal..!! Kenapa cepat sangat kau meninggalkan aku? Aku masih perlukan kau? Dhia perlukan kau? Macam mana aku nak jawab, kalau Dhia tanya mana Uncle Daddy nya? Pasti Dhia akan bertanya mengenaimu Haikal? Sampai hatimu tinggalkan aku.. Sampai hatimu Haikal.. !!" Aliaa menangis semahu-mahunya. Airmata deras mengalir.

"Adikk..!!" Adil menegurnya. Entah bila Adil masuk pun Aliaa tak perasan. Aliaa melayan rasa rindu ini pada arwah Haikal. Aliaa membiarkan airmata terus mengalir. Adil menghampiri Aliaa. Memeluk erat Aliaa. Aliaa terus sembamkan muka didada abangnya. Semakin deras airmatanya.

"Kenapa cepat sangat Haikal pergi abang? " Tersekat-sekat suara Aliaa. Tersedu-sedu seperti budak kecil.

" Adik masih perlukan dia.."

"Adik.. Jangan macam ni sayang. Dah sampai ajal dia. Adik kena terima semua ni sayang.. Adik kena kuat..!" Pujuk Adil.

" Esok adik boleh keluar. Abang.. abang bawa adik jumpa Haikal ya.. Adik nak ziarah kubur dia. Boleh kan abang?!"

"Iya.. Esok abang bawa adik.. !!" Senyum Adil pada Aliaa. Faliq muncul, simpati pada Aliaa. Menunduk pandangan ke lantai. Kemudian mengangkat kepala memandang Adil pula. Mereka berpandangan. Aliaa masih lagi dalam dakapan Adil. Beri kekuatan pada Aliaa. Sungguh adiknya begitu down. Dengan kesihatan yang tak berapa nak okey ditimpa pula dengan pemergian arwah Haikal. Sudah jatuh ditimpa tangga. Tidak lama kemudian, Asnida, Puan Asmah dan Dhia masuk. 

"Mamaaa!!" Terus saja Dhia lari pada Aliaa. Aliaa melepaskan pelukkan Adil dan terus memeluk Dhia. Betapa rindunya dia pada puterinya. Dipeluk, dicium berkali-kali. Suasana jadi sayu.

" Dhia sihat tak?" Tanya Aliaa dengan airmata yang masih mengalir.

"Dhia sihat mama. Dhia rindu mama. Mama jangan tinggalkan Dhia lama-lama ye..!" Kata sikecil. Dipeluk lagi.

"Tak.. Tak sayang. Lepas ni mama tak tinggalkan Dhia lama lagi ye..!!"

" Mama sakit ye?!" Tanya Dhia pula.

" Iya sayang..!! Dhia sayang mama tak?!" Tanya Aliaa pula.

" Sayang..!! Dhia sayang mama, sayang Uncle, sayang papa, sayang Uncle Daddy. Sayang semuanya...!!" Kata Dhia. Happy. Semakin deras airmata Aliaa bila Dhia sebut Uncle Daddy. Faliq menghampiri Aliaa.

"Dhia.. Uncle Daddy dah tak ada. Uncle Daddy dah meninggal. Uncle Daddy dah tak ada dengan kita lagi. Kita tak dapat jumpa Uncle Daddy lagi.."

"Adik..!!"

" Uncle Daddy pergi mana mama?!"

" Sayang nak makan aiskrim tak?! Jom kita beli aiskrim..!!" Terus Faliq ambil Dhia dari dukungan Aliaa. Adil terus peluk Aliaa lagi. Aliaa masih lagi sedih. Semakin laju airmata mengalir.  Adil bawa Aliaa dikatil. Aliaa duduk dikatil. Airmata Aliaa dikesatnya. Asnida dan Puan Asmah menangis sama. Tak lama, Asnida ambil Dhia dan. bawa Dhia keluar mengajaknya beli aiskrim. Faliq menghampiri Puan Asmah pula.

" Adik..!! Adik sayang abang kan? Sayang Dhia kan..!!" Aliaa mengangguk.

"Semua orang sayang adik tau. Faliq sayang adik, pakcik makcik sayang adik. Semua orang nak tengok adik happy. Semua orang taknak tengok adik sedih macam ni. Kami semua perlukan adik. Adik nak ke kami sedih?" Aliaa menggeleng. Airmata masih mengalir. Adil senyum. Masih memujuk Aliaa.

"Kalau taknak kami sedih, adik tak boleh terus macam ni. Bila adik happy kami akan happy juga. Adik faham kan?!" Aliaa angguk.

" Yang pergi tu, biarlah dia pergi dik. Kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat. Kita yang hidup ni, kena teruskan hidup.. !" Sambung Adil lagi. Aliaa pandang Puan Asmah dan pandang Faliq pula. Kembali pandang pada abangnya.

" Maafkan adik abang..!!" Aliaa pegang tangan Adil. Mohon maaf. Adil senyum dan kesat lagi airmata Aliaa.

" Dahlah.. Jangan nangis lagi ya..!" Adil senyum. Aliaa angguk. Aliaa kesat airmata dan turun dari katil menghampiri Puan Asmah.

" Mama.. Aliaa minta maaf. Aliaa rindu mama..!!" Aliaa terus peluk Puan Asmah. Rindunya pada Puan Asmah. Puan Asmah mencium Aliaa.

" Iya sayang..!! Mama pun rindu Aliaa juga. Aliaa macam mana? Sihat tak?!" Pelukkan dilepaskan.

" Sihat ma..!!"

" Alhamdulilah.. Syukurlah. Aliaa dah makan tak?! Mama ada bawa nasi lemak. Mama buat khas untuk Aliaa.. Nak makan?!"

" Nak.. Nak.. Aliaa lapar..!!" Aliaa mencebik sepwrti anak kecil. Kembali duduk di katil. Mangkuk tingkat steel dibuka satu persatu. Adil senyum. Faliq mengambil nasi lemak dan duduk di hadapan Aliaa.

" Makan banyak-banyak ya. Nasi lemak paling power didunia khas untuk Aliaa Sofea dari airtangan mama..!!" Kata Faliq mengenyit mata pada Adil. Adil gelak. Aliaa juga gelak kecil. Aliaa menyuapkan nasi lemak ke dalam mulutnya. Perlahan-lahan kunyah, menikmati keenakkan nasi lemak. Diperhati oleh mereka.

" Sedap sangat!! Terima kasih mama..!! Abang meh sini, duduk sini..!" Panggil Aliaa. Adil duduk pula disebelahnya. Puan Asmah duduk dikerusi. Senyum.

" Mestilah sedap. Tengoklah mama siapa?! Kalau tak mama si hensem ni...!!" Nak juga puji diri sendiri si Faliq ni.

" Eee.. buruk perangai. Kalau tak perasan diri hensem, tak boleh ye..!!" Aliaa jeling manja. Dan senyum.

" Eh!! Tak betul ke? Kenyataan kut memang hensem. Kan mama kan..!!" Puan Asmah gelak melihat gelagat Aliaa dan Faliq.

"Abang.. makan ni. Sedap!!" Aliaa menyuap nasi lemak pada Adil pula.

" Hmmm... Sedap!! Sambalnya ni wow!! Boleh minta resepi ni kan makcik.." kata Adil.

" Boleh apa salahnya. Datang rumah, nanti makcik ajar.!!" Jawab Puan Asmah.

" Taknak suap saya pula ke? Saya pun nak rasa.." pinta Faliq. Bergurau. Aliaa berkerut.

" Ah!! Tak payah. Mama bawakan untuk saya bukan untuk awak.." Aliaa sambung makan. Mata naik bengkak menangis tadi. Senyum Adil.

Sedang asyik menikmati nasi lemak. Datang pula Datin Zita bersama Asnida. Aliaa terdiam. Menghabiskan kunyahannya. Terus meletakkan mangkuk nasi lemak diatas meja. Minum air dan pandang pada Datin Zita. Faliq bangun dan berganjak. Puan Asmah beralih tempat. Adil masih duduk bersama Aliaa.

"Aliaa.. Ni kawan Angah. Aliaa ingat tak, dulu Angah ada cerita dekat Aliaa. Kawan Angah nak tubuhkan rumah anak yatim  tapi tak cukup duit. Waktu tu dia ada masalah kewangan dan suaminya jatuh sakit. Pembinaan hanya dapat siap setengah je dan nak dibatalkan sebab tak cukup duit untuk bayar kontrator. Lepas tu, Aliaa terus ajak Angah pergi bank. Angah dermakan 20k untuk teruskan pembinaan rumah anak yatim dan 10k untuk derma pada anak-anak yatim. Sekarang ni alhamdulilah, semuanya berjalan lancar. Dan, inilah dia Datin Zita yang Aliaa tolong tu.." Cerita Asnida panjang. Sedih muka Datin Zita. Aliaa hanya mendengar.

"Angah tak tahu pun yang arwah Haikal tu berkawan dan bekerjasama dengan Aliaa. Baru je Angah tahu kelmarin.." sambung Asnida lagi. Semua yang berada disitu hanya mendengar. Aliaa langsung tak bersuara. Hanya memandang.

" Aliaa.. Saya minta maaf. Saya minta maaf. Saya menyesal dengan apa yang saya dah buat. Saya minta maaf. Terlalu banyak dosa saya pada awak. Maafkan saya Aliaa atas penghinaan pada awak. Ampunkan saya Aliaa.. Maafkan saya..!!" Laju airmata Datin Zita. Aliaa masih berdiam. Tenang saja wajahnya. Aliaa pandang pada Adil. Adil mengangguk perlahan dan senyum.

" Kalaulah Haikal masih ada. Mesti dia gembira tengok Datin macam ni.. Tapi sayang dia dah pergi buat selamanya. Betapa dia sedih sangat bila Datin hina saya.." kata Aliaa tenang.

" Saya tahu Aliaa. Saya minta maaf. Saya tahu Karl sayang awak. Dia nak nikahi awak tapi saya bantah sekeras-kerasnya. Saya tak izinkan. Saya ego sangat. Saya nakkan Karl dengar cakap saya je. Saya takut kehilangan Karl sebab dia sayangi awak. Tapi sekarang.. Saya tak dapat Karl, Karl dah pergi tinggalkan saya. Aliaa maafkanlah saya Aliaa. Saya merayu pada awak. Saya taknak hidup terus rasa bersalah. Saya rasa sangat berdosa pada Karl. Saya taknak rasa berdosa pada awak pula. Ampunkanlah saya Aliaa..!!" Semakin lebat airmatanya jatuh. Merayu Datin Zita pada Aliaa.

" Tak ada apa yang perlu dimaafkan Datin. Tak ada manusia yang tak buat salah. Saya terima setiap penghinaan itu sebagai kekuatan saya untuk terus hidup. Datin mintalah keampunan dari Allah swt. Mohonlah kemaafan dariNya.
Saya hanya manusia biasa. Apapun yang orang buat pada saya. Saya ikhlaskan dan saya maafkan.." jawab Aliaa lembut. Senyum.

Adil pandang Aliaa. Senyum. Datin Zita masih menangis. Menyesali setiap perbuatannya. Apa yang dia inginkan, Allah tarik sekelip mata. Anak yang menurut segala kemahuannya telah pergi meninggalkannya. Anak yang terpaksa korbankan rasa kasih sayang dan cinta pada wanita idamannya telah tiada lagi. Semua kerana sifat yang pentingkan diri sendiri. Tiada apa lagi yang perlu dikesali lagi. Semuanya sudah berlaku. Masa tidak boleh diulang semula. Akan terus berlalu bersama penyesalan dan rasa berdosa.

Adil masih lagi duduk disisi Aliaa. Aliaa meletakkan kepala di bahu abangnya. Adil dengan penuh rasa kasih sayang terhadap si adik memeluk bahu Aliaa. Dia tahu Aliaa perlukan kekuatan. Aliaa memejamkan mata.
Menarik nafas dalam. Menghembuskan perlahan. Membuka mata perlahan-lahan. Memandang seorang demi seorang yang berada disitu. Wajah Puan Asmah dipandang, Asnida, Datin Zita dan Faliq. Direnung wajah Faliq lama. Faliq membalas pandangan dan senyum manis. Aliaa senyum. 
Previous: Bab 96
Next: Bab 98

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.