336,545
Kategori:
Genre:
Bab 156
Aliaa lalui hari-harinya seperti biasa. Pergi balik kerja dengan Adil atau dan kadang-kadang dengan Faliq. Dah macam budak sekolah je mereka buat Aliaa. Kena hantar dan kena ambil. Adil cakap, selagi tak selesai kes Aliaa dan selagi Aliaa tak beri kerjasama pada pihak berkuasa. Selagi tu Aliaa tak boleh pergi dan balik kerja seorang diri. Adil pula yang trauma dengan kemalangan yang menimpa Aliaa tempoh hari. Padahal Aliaa dah okey dan sudah bertambah sihat. Adil yang tidak percaya pada Aliaa, samalah juga dengan Faliq, takut Aliaa buat hal lagi. Dah seperti bodyguard Aliaa pula mereka. Hmm.. Biarlah janji mereka bahagia.

" Tuttt... Tuttttt...!" Handphone  Aliaa berbunyi. Dengan rasa malas, Aliaa terus capai handphone.

" Sayang... ! Jom lunch..!" Aliaa pantas tengok jam ditangan. Tepat jam 12.30 tengahari. Menyandarkan badan dikerusi.

" Kan dah cakap, taknak lunch. Masih kenyang lagi ni.." jawab Aliaa.

" Awak makan apa?"

" Breakfast jelah pagi tadi.."

" Breakfast tu pagi tadi. Ni dah lunch. Tak sama..!!"kata Faliq tegas.

" Tapi saya masih kenyaaaa.....!!"

" Jangan bagi alasan. Turun sekarang juga saya tunggu bawah atau nak saya datang office awak..!!" Arah Faliq,  keras. Hmm.. Tak ada pilihan. Terpaksa jugalah Aliaa ikut.

" Okeylah.." jawabnya lemah dan terus matikan handphone. Sejak kes Aliaa hilang kejar si perempuan di Suria KLCC.  Faliq terus jadi tegas macam ni. Dah tak ada nak lembut-lembut lagi dah. Apa dia cakap, Aliaa kena ikut. Teruk juga Aliaa dimarahi oleh Adil. Aliaa tak melawan pun sebab dia tahu salahnya sendiri.  Dan, sekarang ni pula Aliaa dah malas nak cakap banyak. So, layan sajalah apa kemahuan Adil dan Faliq. Lagipun kalau Aliaa lawan nanti, dia sendiri yang jadi stress. So, relax and cool sajalah. Atau pun, tak payah ambil port. Senang cerita.

Sampai di lobi, Aliaa buat muka. Sengaja nak bagi Faliq serba salah. Faliq dah tunggu dibawah menyambut kedatangannya. Tersengeh-sengeh. Ingat hensem ke? Unta tua..!! Gerutu Alia didalam hati. Geram!!

"Awak nak makan apa dan dimana?!" Tanyanya yang dari tadi tengok Aliaa senyap saja.

"Mana-mana jelah.."jawab Aliaa ringkas.

" Nak makan nasi kerabu tak?"

" Okey..!!"

" Saya bawa awak makan nasi kerabu paling sedap setakat ni. Kalau awak makan sekali, confirm nak lagi.." Punyalah excited Faliq. Aliaa angguk.

"Okey..!!"  Jawab Aliaa sambil lewa. Faliq hanya senyum. Dia tahu Aliaa tengah bengang. Mereka menaiki kereta dan terus meninggalkan lobi.

Sepanjang perjalanan ke restoran nasi kerabu, Aliaa diam seribu bahasa. Tak ada mood nak berborak. Yang kecoh si Faliq membebel sorang-sorang. Aliaa angguk, senyum sikit dan diam lagi.

Tutt.. Tuttt...!! Handphone Faliq berbunyi. Dia terus pasang earphone di telinga dan menjawab panggilan. Aliaa melayan perasaan  sendiri.

"Waalaikumsalam.. Aku on the way nak lunch ni.." jawabnya.

"Oh oyeke!! Sorry lah ganggu. You dengan siapa dan nak lunch kat mana?!" Tanya Anis.

" Dengan orang rumahlah siapa lagi.. !" Eh..Eh..!! Orang rumah tak rasmi lagi. Aliaa menoleh padanya dan menjeling. Belum orang rumah lagi kut. Mandai-mandai je. Aliaa berbisik sendiri. Aliaa cuba untuk mencuri-curi dengar perbualan mereka. Tapi tak dengar. Huhu..!!

Amboiii.. Mesranya. Tu mesti si Anis lah tu, bisik hati Aliaa lagi. Boleh dikatakan selalu jugalah si Anis tu call Faliq, entah apa dia nak pun tak tahulah. Hampir setiap hari kut Anis call. Si Faliq pun melayan. Bila Aliaa tanya, katanya layan sebab projek yang Anis info tu saja.

"Apa? Kau datang rumah aku tadi. Buat apa?!" Terkejut mereka berdua. Terus Faliq  pandang Aliaa. Mereka berpandangan sekejab. Sambung Faliq berbual lagi. Sampai datang rumah? Sebagai apa tu datang rumah? Aliaa  dah rasa lain macam pula. Hmmm..

" I kan baru balik dari Bali. Ada i belikan kain untuk mama you. So, kebetulan i masuk office lewat jadi i singgahlah rumah you.!" Jelas Anis.

"Beb.. Beb.. Tak payahlah sampai datang rumah. Tak elok pula kan. Dan, tak payahlah susah-susah nak bagi apa-apa kat mama aku.." kata Faliq selamba.

"Apa salahnya. Tak susahlah. Sekali jalan kut lagipun rumah sewa i dengan rumah you tak jauh. Tu yang i singgah.." jelas Anis.

" Oh iyeke! Hmm.. Apapun terima kasih banyak-banyak ye.." kata Faliq lembut. Tak lama kemudian, Faliq matikan talian. Terus bernyanyi-nyanyi. Aliaa makin buat muka mencuka.

"Siapa call?"  Tanya Aliaa, serius.

"Kawan saya tu, Anis..!" Jawab Faliq.

" Sampai datang rumah pula.."

" Hmm.. Dia baru balik dari Bali. Ada belikan mama kain. Tu yang dia hantar ke rumah.." jelas Faliq.

"Jumpa awak tak lagi, dah terus jumpa mama? Ke nak ambil hati mama dulu baru nak ambil hati anaknya..!" Aliaa perli. Faliq menoleh pada Aliaa.

"Hey.. Hey sayang!! Kenapa ni?! Jelous ya..!" Faliq senyum. Aliaa masih mencuka.

" Taklah jelous tapi kerap sangat call. Siap datang rumah lagi. Rasanya hampir setiap hari kut. Itu yang saya nampak, yang saya tak nampak. Whatsapp confirmlah kan. Kut-kut tiap malam, tiap saat, tiap jam. Kan?!" Aliaa meneka. Cemburu dah.

" Hahaahaa.. Taklah sayang. Kalau saya dekat rumah, dia call dan whatsapp juga tapi saya tak jawab. Tak pernah jawab pun..!" Jelas Faliq.

"Ha betul kan? Dia ada call dan whatsapp waktu awak dekat rumah. Hmm.. Lelaki, cakap tak tapi melayan. Sukahatilah..!" Aliaa bosan dah.

" Sayangku Aliaa Sofea..! Janganlah macam ni. Demi Allah, saya memang tak pernah jawab langsung pun kalau dekat rumah. Hanya waktu pejabat je. Saya tak tipu..!!" Faliq meyakinkan Aliaa. Tapi.. Ingat Aliaa nak percaya. Hati wanita dah pernah disakiti bukan mudah nak percaya. Pandai-pandailah nak memujuk Faliq.

" Kalau depan saya pun boleh melayan apatah lagi belakang.."

"Sayang..!! Saya tak tahu dia call. Saya tak tengok handphone pun tadi dan awak nampak kan saya terus jawab je.." Aliaa senyap. Faliq dah mula rasa tak tenang. Risau dia kalau Aliaa merajuk macam ni. Tak pasal-pasal cancel nikah. Mati Faliq.

"Okey macam ni. Lepas ni kalau dia call lagi, awak yang jawab ya. Awak jawab je apa-apa, saya tak kisah pun. Whatsapp pun sama, nanti saya bagi awak yang reply. Hmm.. Okey sayang?!" Cadang Faliq. Aliaa langsung tak jawab. Diam dan diam.

" Kita nak pergi makan ke nak pergi London ni. Kenapa jauhhh sangat rasanya ni. Saya dah lapar ni, boleh cepat tak.." Perli Aliaa lagi dan menjeling. Muka ketat je. Faliq gelak.

" Aik!! Bukan tadi kata dah kenyang ke?!"

"Tadi memang kenyang tapi sekarang dah lapar kebulur.." jawab Aliaa selamba. Faliq gelak lagi. Dia cuba nak ambil hati Aliaa.

Faliq tahu Aliaa cemburu dan merajuk. Dan Faliq pun tahu hati Aliaa, bukan mudah nak percaya. Lagi-lagi dia dah pernah sakiti dan lukai hati Aliaa. Walaupun sekarang ni dia memang dah tak lakukan semua itu. Kehadiran Anis secara tiba-tiba hanya sebagai kawan lama saja dan Adil pun mengenali Anis. Kenal tak kenal. Kadang-kadang kawan lamalah yang boleh menghancurkan. Aliaa memang sikit pun tak percaya. Andaikata Faliq lakukan sekali lagi. Memang tiada maaf bagimu wahai Faliq Alfie. Sebelum cemburu Aliaa semakin menebal, kenalah cepat pujuk. Kalau tak, menangis tak berlagulah kau Faliq.

Sampai di restoran yang dituju, mereka menikmati hidangan nasi kerabu. Sepanjang itu juga, Aliaa langsung tak bersuara. Dari mula makan sampai selesai makan. Sepuluh patah Faliq tanya, sepatah saja Aliaa jawab. Macam-macam Faliq cuba memujuk. Bergurau pun Aliaa tak layan. Pening dah Faliq. Salah dia juga, kalau hari ini dia jawab call dari Anis dengan alasan tak tahu Anis yang call tapi sebelum-sebelum ni dia jawab juga depan Aliaa. Dah banyak kali dah, melayan mesra depan Aliaa. Aliaa perhatikan saja selama ni. Nak tengok sejauh mana Faliq memahami dia tapi hampeh. Makin melayanlah pula. Manalah Aliaa tak cemburu. Cari pasal saja.

Selesai membuat bayaran bil makanan. Mereka ke kereta dan kembali ke office. Sama juga. Sepatah pun Aliaa tak cakap. Memang sunyi sepilah jadinya. Faliq sekejab-sekejab menoleh pada Aliaa. Dibiarkan saja dulu. Orang tengah marah, elok biarkan saja dulu. Bagi masa padanya, kalau ditanya dipujuk rayu waktu dia tengah marah pun, memang tak jalan. Makin marah pula Aliaa.

Faliq cuba pegang tangan Aliaa, dengan kasar Aliaa terus tepis tangan Faliq.

" Ini betul-betul marah ni. Okey lah. Saya tak kacau ya.." kata Faliq lembut.  Senyum.

Sampai saja di lobi, Faliq memberhentikan keretanya. Aliaa cepat-cepat buka pintu mahu keluar dari kereta dan dengan pantas juga Faliq pegang tangan Aliaa. Aliaa tutup semula pintu. Langsung tak pandang Faliq.

"Sayang.. !! Dalam hati saya ni hanya ada awak je pertama dan terakhir. Cinta hati saya. Demi Allah..! Janganlah macam ni, hati saya jadi tak keruan.." kata Faliq lembut saja. Merenung wajah Aliaa yang tak pandang dia pun.

"Saya nak naik dulu. Jumpa nanti.. bye..!!" Aliaa terus melepaskan pegangan Faliq dan meluru keluar. Jalan laju meninggalkan Faliq yang masih didalam kereta. Huh!! Faliq tarik nafas panjang. Menyapu muka dengan tapak tangan. Menyesal pula dia jawab call tadi. Aduhaii.. Satu hal nak memujuk. Memang dasyat merajuk Aliaa kali ni. Aliaa ni memang diam-diam, gelak-gelak. Tapi dalam diam dalam gelak, dia memerhati, sekali, dua kali, tiga kali masih boleh hahaahahaa tapi lebih dari itu. Faham-faham sudah.

Faliq melangkah lemah masuk ke office dan terus masuk ke biliknya. Muka sedih saja. Nizam perasan itu. Lalu dia bangun dan jalan menuju ke bilik Faliq. Pintu diketuk dan terus buka pintu. Faliq menongkat dahu diatas meja. Mata melirik pada Nizam. Nizam senyum dan terus duduk.

" Tadi nak keluar lunch, happy je. Ni dah balik sedih pula. Dah kenapa Encik Faliq oiii...?!" Tanya Nizam.

"Hmm.. Entahlah bro. Masalah.. Masalah..!!" Faliq menyandarkan badan pula.

"Masalah? Masalah apa? Ni kes gaduh dengan bakal binilah ni ye.." teka Nizam.

" Tak gaduh tapi cemburu dan merajuk.."

" Cemburu dan merajuk? Tak faham. Tolong story sikit.." Faliq menceritakan segalanya pada Nizam. Meluahkan perasaan bersalahnya, perasaan tak keruannya, perasaan... semua perasaanlah. Nizam mendengar dengan tekun sekali.

" Alkisahnya.. Boleh tahan juga ye cemburu Cik Aliaa.."

" Saya tak salahkan dia pun. Memang patutlah dia cemburu. Saya yang silap, selalu jawab call dari Anis tu depan dia. Sebelum ni Aliaa mana reti nak cemburu bagai tapi iyalah. Orang kata sekali dah sakit memang payahlah.." kata Faliq.

" Iya.. Iya.. ! Betul sangat. Encik Faliq kena usaha lebih bab nak mujuk ni. Saya bab nak memujuk perempuan ni pun memang tak reti. Paling-paling pun kalau bini saya merajuk, saya belikan hadiah. Lepas tu okey dah. Itu merajuk biasa-biasalah tapi kalau merajuk Cik Aliaa ni kira merajuk luarbiasa. Fuhh!! Takut dengar. Minta maaf Encik Faliq. Tak dapek den nak nolong..!" Nizam berkata jujur. Menakutkan si Faliq lah pula. Faliq hanya diam.

"Jadinya.. Kena cari idea sendirilah ni ye. Hmm.. Tak apalah. Sendiri buat sendirilah tanggung. Tapi broo.. Memang tak keruan hati ni. Risau saya kalau dia cancel majlis. Mati aku Zam.. Matii..!!" Nizam gelak kuat. Lawak tengok wajah Faliq.

" Tak apa Encik Faliq. Mr. Google ada. Minta tolong Mr. Google je.. Hahaahaha!!" Nizam bergurau.

" Iya tak iya jugalah kan.. Hahahaa.. Senang cerita suruh jelah Mr. Google pujuk Aliaa.." Mereka berdua gelak kuat.

" Okeylah. Saya nak ke surau kejab. Nak luah rasa tak keruan hati ni dan nak minta tolong pada Allah. Hanya Allah sebaik-baik pertolongan. Insha Allah. Semoga lembut hati Aliaa. Aaminn...!!" Kata Faliq.

" Aaminn.!! Jomlah saya pun belum solat ni" Nizam senyum.

 Mereka berdua terus melangkah meninggalkan bilik itu. Masih berbual dan berbual. Lama sudah mereka berkawan sejak Faliq pindah KL lagi. Nizam lah rakan sekerjanya yang paling rapat, yang paling baik, yang paling memahami. Segalanya Nizam tahu mengenai Faliq. Juga mengetahui segala perkembangan hubungan antara Faliq dan Aliaa. Memang tiada rahsia. Dan Nizam juga rakan penyimpan rahsianya.
Hanya Nizam sajalah rakan baiknya selain dua sahabatnya Adil dan Zahwan. Zahwan?? Zahwan dah ada di KL. Tapi belum sempat berjumpa lagi. Risau juga sebenarnya Faliq dengan kehadiran Zahwan di KL ni. Kenapa pula Faliq nak risau. Kan sahabat dah bersatu. Patut rasa happy bukan risau.

Previous: Bab 155
Next: Bab 157

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.