336,669
Kategori:
Genre:
Bab 85
Lama juga Adil dan Faliq lepak di cafe. Tak sedar masa berjalan, seronok berbual. Dari kurang orang sampai penuh cafe, sekalilah lunch mereka. Riuh rendah cafe. Selesai makan, mereka masih duduk berbual lagi dan lagi. Macam-macam plan mereka. Nak bercuti bersama. Tapi Faliq nak tunggu Aliaa balik KL lah pula. Nak juga ada Aliaa. Sedang rancak berbual, handphone Adil berbunyi. Si Aliaa yang call. Pantas terus saja Adil menjawab. Faliq pula yang tersengeh.

"Ooo Abang..!!" Suara Aliaa ditalian.

"Iya..!! Dekat mana ni?  Dah lunch?" Tanya Adil. Faliq tak berkelip melihat Adil didepan mata.

" Belum lagi. Tak ada selera.." jawab Aliaa.

"Dah kenapa pula tak ada selera.."

"Entah..!! Abang ada jumpa Dato' ya?!" Tanya Aliaa.

" Ada.. Ni pun abang dekat cafe ni jumpa Faliq." Senyum saja Faliq dengar.

" Hmm.. Baru tadi Dato' call adik. Dia info abang jumpa dia.."

"So, macam mana? Keputusan adik?!" Tanya Adil.

"Entahlah abang. Nantilah adik fikirkan. Serabutlah.."

"Serabut kenapa pula..!"

"Entahlah abang. Rasa tension sangat. Duduk KL tak kena, duduk Sabah tak kena. Adik nak duduk oversea lah macam ni.."keluh Aliaa.

" Janganlah macam tu. Tak kasihan abang ke?"

" Penat nak hadapi semua. Tak habis-habis..!!"

" Sabar.. Ada hikmah semua ni.."

"Entahlah. Okeylah abang. Nanti malam adik call lagi.. bye..!!" Aliaa terus matikan talian. 

"Okey!!" Adil angkat kening pada Faliq.

" Kenapa bro? Aliaa kenapa? Ada problem ke?!" Tanya Faliq bertubi-tubi. Tak sabar nak tahu.

" Entahlah.. serabut katanya. Kasihan adik aku, macam-macam dugaan. Tak settle satu, datang lagi satu masalah. Mujurlah dia tu kuat semangat, kalau tak, aku rasa dia dah terjun laut dah.." kata Adil. Faliq terdiam. Dia sendiri yang terasa.

"Kalau tak sebab aku, mesti dia takkan jadi macam ni.."kata Faliq nada menyesal. Muka sedih.

"Apa kau merepek ni beb. Dah Allah tulis, itu jalan hidup dia. Semua ni kehendak Allah, tak ada siapa pun nak. Redha je. Ada sesuatu yang Allah nak bagi dekat dia tapi bukan senang-senang bagi macam tu je. Kena lalui jalan berliku. Allah nak tengok sejauh mana kesabarannya. Sabar itu kan indah. Jadi bersabarlah.." nasihat Adil. Faliq hanya mendengar dan angguk. Adil senyum.

"Iya betul..!!" Faliq membalas senyuman.

" Faliqqqq..!!" Terkejut mereka berdua apabila tiba-tiba tercegat Tasya dengan suara menggoda. Mereka menoleh serentak pada Tasya. Berkerut dahi Adil berpandangan dengan Faliq. Telan liur Faliq. Berubah airmukanya. Dah kenapa minah ni muncul depan Adil pula tu. Kata hati Faliq. Tanpa dipelawa terus Tasya duduk disebelah Faliq. Adil masih berkerut. Tasya kenyit mata pada Adil. Pelik..!!

" Haii... You ni abang Aliaa kan?! Hmm.. Not bad! Hensemm!!" Adil pandang Faliq. Faliq jadi serba salah sudah.

"Tolong pergi dari sini? Kami tak perlukan you dekat sini.." kata Faliq marah.

"Relaxlah Faliq. Takkan nak join pun tak boleh. I tak ada teman nak makan.." selamba saja Tasya ni. Mata tetap melirik pada Adil. Naik rimas Adil jadinya.

"Memang tak boleh pun. Pergilah..!!" Halau Faliq. Geram betul. Buat hal perempuan ni.

" Tak sporting lah you ni..!! Relaxlah sayang. Hmm.. Kebetulan ada abang Aliaa yang hensem ni kan. I nak tanya you lah hensem, Aliaa balik KL bila? I nak jumpa dia.." tanya Tasya pada Adil. Terbeliak mata Faliq mendengar. Lagi sekali Adil pandang Faliq.

"Siapa dia ni Liq? Dia kenal Aliaa ke?!" Tanya Adil, tegas dan tiada senyuman.

" You ni hensem.. You tak kenal i? Faliq tak cerita dekat you ke? Hmm.. Apalah you ni sayang. Kenapa tak cerita, abang Aliaa ni kena tahu tau siapa i.." Tepat mata Adil pandang Faliq.

" Sayang?! Apa semua ni Liq? Ini ke perempuan kau. Tapi kau cakap, kau dah tak ada apa-apa dengan dia kan. Apa cerita ni bro..!! Jangan macam- macam kau..!!" Serius muka Adil. Tak berkelip mata pandang Faliq. Berpeluh Faliq jadinya.

" Relax bro.. Relax..!! Demi Allah, aku memang dah tak ada apa-apa lagi dengan dia ni. Dia ni je suka buat kacau. Betul Dil. Aku tak tipu. Perempuan ni gila. Kau jangan layan dia ni.. Tasya, kau pergi berambuslah.. !!"Terang Faliq. 


Sakit hati Faliq pada Tasya. Kalau tak ingat mereka di cafe dalam khalayak ramai ni. Mahu saja ditampar perempuan ni. Geram dia.

" Alaaa.. itu pun nak cuak. I cuma nak tanya Aliaa je. I nak jumpa Aliaa, ada hal penting. I call dia, tapi dia tak jawab. So, i directlah jumpa you hensem.. Kebetulan nampak dekat sini.."kata Tasya. Muka selamba je. Langsung tak bersalah.

"Nak buat apa jumpa adik aku?" Tanya Adil serius.

" Adalah. Hal perempuan.. !!"jawab Tasya dengan senyuman menggoda.

" Sorry!! Walau apapun terjadi, aku takkan benarkan kau jumpa adik aku..! Faham?! " tegas dan serius. Sikit pun Adil tak senyum.

"Hmm.. I nak jumpa dengan cara baik kut. Bukan nak buat jahat.."Tasya menjeling pada Adil. Bengang Adil tak layan dia.

" Sayang..!! Nanti boleh tak temankan i. I nak beli baranglah..!" Tasya memegang lengan Faliq tapi Faliq tepis kasar.

"Tak payah sentuhlah. Berambuslah..! You sengaja kan buat hal depan abang Aliaa. I taknak tengok muka you laa. Pergi..!!" Marah Faliq. Adil terus berkerut. Geli betul dia tengok perangai Tasya. Macam manalah Faliq boleh suka perempuan ni. Kata hati kecil Adil.

" Sengaja apa pula. Selama ni okey je you. Kenapa hari ni nak marah-marah je. Takut dengan hensem ni yee.. " perli Tasya.

" Okeylah bro. Aku blah dulu. Aku pun tak tahulah nak percaya atau tak.."kata Adil. Tak sanggup nak tengok kegedikkan Tasya ni.

"Eh!! Adil.. Kejab.. Kejab..!! Kau kena percaya cakap aku. Dia ni gila ni. Aku dah tak ada apa-apa dah dengan dia ni..!" Faliq tahan Adil dari bangun. Dia kena yakinkan Adil yang dia memang tak ada apa-apa hubungan lagi dengan Tasya.

"Kejab!!. Nizam.. Nizam..!! " Fuh!! Lega.. Nizam muncul tepat pada masanya dan Faliq terus memanggilnya. Nizam bersama Mira menghampiri mereka. Berkerut Nizam nampak Tasya duduk dimeja mereka.

" Oii perempuan.. Kau buat apa dekat sini? Kau buat hal? Nak aku info Asnida ke?" Terus Nizam bersuara pada Tasya. Tasya mencebik muka. Mengejek.

"Zam.. Kau.. Kau tolong bagitahu Adil. Aku dah tak ada apa-apa dengan Tasya.." Risau betul Faliq. Takut Adil tak percaya.

"Iya.. Encik Faliq memang dah tak ada apa-apa dengan perempuan ni. Lama dah cuma dia ni je gila. Tak payah layan dia ni.." jelas Nizam. Geram betul Nizam melihat Tasya. Tasya boleh relax je.

"Betul tu Dil. Kau percaya dekat aku kan..?!" Faliq buat muka sedih. Mohon difahami.

" You all ni kan. I tahulah i ni jahat. Tapi tak payahlah sampai hukum i macam ni. I cuma nak berkawan je kut. Dah Faliq taknak i,  nak buat macam mana.. " Tasya bersuara. Mereka semua senyap.

" Memang Encik Faliq taknak kau pun tapi kenapa kau terhegeh-hegeh kejar dia. Sayang-sayang bagai depan abang Adil. Kau sengaja buat hal kan. Biar abang Adil benci Encik Faliq. Itu plan kau kan..?!" Nizam meneka. Dah faham sangat dah dengan permainan Tasya. Faliq, Adil dan Mira hanya melihat.

" Hmm.. Apa-apa jelah. I cuma nak jumpa Aliaa je pun. Itu pun tak boleh. Tahulah Aliaa tu disayangi semua orang. I ni dibenci.." Tasya bangun dari kerusi.

" Tahu tak apa. Memang semua orang sayang Cik Aliaa sebab dia baik. Tak macam kau, parasit. Siapa yang suka..!" Boleh tahan juga mulut Nizam ni.  Menjeling.

" Elehhhh.. Parasit-parasit i pun, i tetap glamour, cantik, bergaya. Sekali petik jari sepuluh lah lelaki datang.." dengan bangga Tasya tunjuk sepuluh jari pada mereka.

"Kalau macam tu, pergilah petik jari dua tiga kali. Biar berjuta-juta lelaki kejar kau.." Adil dan Mira gelak kecil. Tapi Faliq berdiam. Dalam hati hanya Allah saja yang tahu betapa risaunya dia. Risau Adil tidak percaya padanya lagi.

" Apapun, i tetap akan jumpa Aliaa..!! Bye..!!" Kata Tasya dan terus berjalan laju.

" Fuh!! Lega.."Faliq kesat peluh didahi.

" Abang Adil jangan fikir lain ye. Encik Faliq memang dah putus dengan Tasya tu. Depan saya lagi Encik Faliq putuskan. Sejak tu Tasya terus ditukar department lain. Lagipun, dia kerja di sini sampai hujung bulan ni je, kemudian, dia kerja di JB semula. So, lepas ni memang dia takkan ganggu Encik Faliq dan Cik Aliaa lagi kut.." terang lagi jelas Nizam. Dia faham keadaan Faliq.


Adil mengangguk perlahan. Memahami.

"Baguslah kalau macam tu. Selama ni aku dengar je cerita dari korang. Baru ni aku tengok sendiri siapa Tasya tu. Macam mana kau boleh cair dengan budak macam tu Liq.." kata Adil. Geleng kepala.

"Entahlah bro.. Aku pun tak tahulah..!" Faliq mengeluh sendiri.

"Dahlah. Lupakanlah..!!" Adil menepuk bahu Faliq. Dan senyum. Nizam senyum melihat dua sahabat ini.

"Baik sungguh hati Adil ni, walaupun Encik Faliq dah buat adik kesayangannya macam tu tapi masih lagi boleh bersahabat baik dengan Encik Faliq. Kalau orang lain, confirm dah kena buang dalam hidupnya.."kata hati Nizam. Kagum tengok persahabatan mereka. Sahabat sejati.

Mereka keluar dari cafe. Punyalah lama mereka lepak di cafe. Macam-macam kisahnya. 

"Okeylah Liq. Aku gerak dulu. Apa-apa nanti roger aku ya..!" Kata Adil.

" Okey set. Kau pun jangan lupa info aku pasal Aliaa.." pinta Faliq. Gelak Adil sendiri.

Mereka berpisah arah. Adil terus ke kereta dan Faliq naik ke office. Sampai di office dia terus menuju ke surau. Menunaikan solat zohor dahulu. Memohon keampunan dari yang Maha Esa. Memohon petunjuk dan kekuatan dari yang Maha Besar.

Selesai solat, dia kembali ke biliknya. Tenang hati. Memandang kosong pada semua staff yang sedang sibuk menyiapkan tugas masing-masing. Lalu, terus membuka pintu biliknya. Duduk dikerusi, menyandarkan badan. Handphone dikeluarkan. Ada whatsapp dari Aliaa. Senyum. Rasanya inilah kali pertama Aliaa hantar whatsapp padanya. Selalu, dia dahulu yang mulakan. Dengan pantas dia membaca.

"Faliq.. Saya tak tahu sejauh mana hubungan awak dengan Tasya. Saya taknak tahu dan taknak ambil tahu pun. Tapi tolonglah, bagitahu Tasya. Jangan ganggu saya lagi. Untuk apa call saya, whatsapp saya dan untuk apa nak jumpa saya bagai. Tak ada urusan apa-apa pun. Tolonglah.. Saya taknak diganggu oleh dia. Kalau awak nak kita terus berkawan macam ni. Saya minta, tolong bagitahu Tasya ya. Dan kalau dia tetap ganggu saya. Saya harap awak tak salahkan saya andai saya taknak kawan langsung dengan awak. Saya harap awak faham. Sebab saya taknak jadi perampas atau mengganggu hubungan awak dan dia. Bye!"

Terkedu Faliq membaca. Aduhhh!! Gawat ni gawat. Faliq ketuk kepala. Aliaa tak tahu lagi, yang dia dan Tasya dah putus. Faliq kena berterus-terang pada Aliaa. Dia taknak Aliaa fikir lain. Faliq menghubungi Aliaa.

"Assalammualaikum.." suara lembut Faliq.

" Waalaikumsalam.." jawab Aliaa.

"Aliaa.. Saya nak awak tahu ni. Awak memang kena tahu. Awak kena dengar apa yang saya akan jelaskan ni. Boleh kan?!" Kata Faliq perlahan.

" Nak jelaskan apa lagi!?"

"Sebenarnya.. Saya dan Tasya dah lama putus. Kami dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Dah lama dah Aliaa.." lembut saja suara Faliq.

" Tapi kenapa dia masih ganggu saya?!"

"Tu saya tak pasti. Mungkin dia saja nak sakitkan hati awak. Abaikan je ye sayang ye..!"

"Aliaa.. Kalau awak tak percaya. Awak boleh tanya abang awak. Boleh tanya Nizam, Mira, Angah.  Mereka tahu semua. Demi Allah, saya memang dah tak ada apa-apa dengan dia.." sambung Faliq lagi. Aliaa masih berdiam.

"Hmm.. !!"

"Hati saya hanya ada awak je Aliaa. Hanya awak.. Percayalah sayang..!! Hanya awak je yang saya sayang..!!" Faliq meluah dan meluah.

Aliaa masih berdiam dan hanya mendengar. Mereka berdiam sebentar.

"Tak apalah. Saya ada kerja ni. Bye..!!" Aliaa terus matikan talian. Seperti biasa, kalau cakap bab-bab hati perasaan. Aliaa memang tak akan komen apa-apa. Faliq mengeluh. Handphone direnung.

"Ya Allah Ya Tuhan ku..!! Bukakanlah pintu hati Aliaa untuk menerima aku semula. Aku amat menyayangi, mengasihinya, merinduinya dan aku amat menyintainya. Kau hadirkanlah semula rasa kasih sayang rindu dan cintanya padaku. Satukanlah hati kami semula, berikanlah peluang ini kepadaku Ya Allah!!.." Doa Faliq.

Potret Aliaa ditatap setiap inci. Senyum sendiri. Aliaa.. Kaulah segalanya dalam hidup aku.

"Selamanya..
Hati ini akan selalu memujamu,
Mencintaimu..
Seumur hidupku hanyalah padamu..."

Faliq bernyanyi.. Senyum bahagia..!! 

Previous: Bab 84
Next: Bab 86

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.