336,528
Kategori:
Genre:
Bab 1
Huwaaa!! Macam nilah arwah ibu aku rasa sewaktu mengandungkan aku dulu kut. Tak larat. Mabuk teruk hingga tunggu hari mahu melahirkan. Mama cakap, aku mabuk teruk. Memang teruk pun sampai tengok cahaya matahari pun tak boleh. Confirm kepala akan berpusing-pusing macam roda. Badan melayang-layang, lemah longlai. Muntah?! Jangan cakaplah. Tiap jam memang ke bilik air je. Makan pun memang tak dapat, makan muntah, minum muntah. Mana badan tak lemah. Satu hal pula, asyik pitam je. Tekanan darah pun rendah, dah sekali duduk hospital. Harap tak berulang lagilah. Hanya Allah je yang tahu betapa seksanya. Inilah pengorbanan seorang isteri.

Disebabkan mabuk yang betul-betul teruk ni, aku terpaksa berhenti kerja. Tapi kalau ikutkan Faliq, dia tak bagi aku kerja dah. Duduk rumah je,jaga kesihatan sendiri dan jaga kandungan. Punyalah risau dia. Nak tinggalkan aku pergi kerja pun, susah hati. Kasihan imamku.

" Morning sayang..!! " Satu kucupan cinta didahiku. Aku membuka mata perlahan-lahan. Senyum padanya.

" Jom bangun. Kita solat dulu.." ajaknya dengan senyuman manis. Aku mengangguk dan bangkit perlahan-lahan. Dibantu oleh suami tercinta. Aku terus mencapai tuala mandi dan membersihkan diri. 20minit kemudian, aku keluar siap berpakaian. Rasa segar sikit badan. Faliq sudah bentang tikar sejadah dan sudah menanti aku. Pantas, aku terus menyarungkan kain telekung dan kami menghadap ilahi.
 
Selesai menunaikan solat je, tanpa sempat melipat tikar sejadah aku terus berlari masuk ke bilik air. Kembang tekak tiba-tiba.  Memuntahkan segala isi perut. Jadi lemah terus badan. Aku kembali ke katil. Faliq siap melipat tikar sejadah dan telekung aku tadi. Alahai.. Terima kasih suami..

Aku terus merebahkan badan di katil. Peningnya kepala, berpinar-pinar je. Tak tahulah berapa banyak burung berterbangan atas kepala ni.

" Sayang..!! Okey tak ni?!" Tanyanya perlahan sambil tangan mengusap-ngusap kepalaku.

" Okey..!" Jawabku perlahan. Senyum.

" Abang tak sanggup tengok sayang macam ni.. Pengorbanan sayang ni sangat besar untuk abang. Terima kasih sayang..!!" katanya lembut.

"Tak apalah abang. Allah kan bagi kita zuriat, semua isteri memang pernah rasai semua ni.." jawabku perlahan.

" Kasihan isteri abang!! Sayang rehatlah. Abang nak buat sarapan. Sayang nak makan apa-apa tak?!"

" Sayang taknak makan. Sayang tak ada selera.."

" Janganlah macam ni. Sayang kena makan. Nanti tak ada tenaga.."

" Tapi makan muntah, minum muntah. Lebih baik tak payah makan.." Faliq senyum.

" Rehatlah dulu. Tidur dulu ya.. Nanti abang kejutkan.. " Faliq mencium dahiku dan terus berlalu ke dapur. Aku hanya senyum. Baru nak pejamkan mata, tekak loya lagi. Terus aku melompat dari katil ke bilik air. Lagi dan lagi..!!
Begitulah hari-hari aku hadapi. Kalau boleh macam nak tidur dalam bilik air je. Bawa bantal selimut sekali. Huhu!!

Minyak angin cap kapak aku ambil. Ku sapu didahi, dileher, didada dan dihidung. Mandi minyak angin dah. Aku rasa dah berpuluh-puluh botol minyak angin ni aku guna. Minyak nilah peneman aku, minyak lain tak ngam dengan aku. Jenuh Faliq cari minyak angin ni dekat kedai. Sekali dia beli sampai sedozen. Hehe!! Buat stok katanya.

Aku kuatkan badan, melangkah ke dapur. Entah sarapan apalah Faliq buat. Kasihan dia kena melayan karenah isterinya ni. Amboii..!! Happy nya dia, menyanyi-nyanyi lagi. Aku diam-diam duduk di kerusi. Memerhati dia yang tengah fokus menggoreng nasi.

"Eh!! Laa.. Kenapa ke dapur ni? Pergilah rehat sana.." terkejut dia tengok aku. Aku senyum.

" Nak temankan abang..!" Kataku sambil tangan menutup hidung. Aku tak boleh bau minyak panas atau bau tumisan. Memang automatik akan bertambah pening dan loya tekak.

" Abang nak goreng telur ni. Nanti sayang loya, pergi baring dekat sofa sana.." kata Faliq.

" Tak apalah. Sayang tutup hidung dan ada ni." aku sengeh dan tunjuk minyak angin pada Faliq. Faliq senyum. Dia pula yang risau. Aku sediakan pinggan dan cawan susun atas meja. Dua mug berwarna putih ku ambil. Bancuh air teh untuk Faliq.

Nescafe? Tersenyum lebar aku tengok nescafe instant 3 in 1. Dah lama tak minum nescafe. Aku ambil satu sachet nescafe untuk aku.

" Sayang.. Tak boleh minum ni. Sayang kena minum susu Anmum je okey?!" Terus Faliq rampas sachet nescafe tersebut dari tangan aku.

" Abang.. Please sekali je ni. Please..!!" Aku merayu. Buat muka sedih.

"Tak boleh. Tak elok untuk kesihatan. Kalau nak tunggu lepas bersalin.." kata Faliq tak endahkan aku pun.

" Ha? Lamanya.. Bolehlah abang. Sekali je ni.." aku mencebik dan tetap memujuk.

" Tak boleh!! Tak lama lagi pun" Katanya tegas.

" Abang.. Please...!! "

" Tak boleh..!!"

" Sampai hati abang. Bukan sayang yang nak pun, baby ni yang nak. Tak apalah kalau tak boleh..!" merajuk konon. Aku duduk semula. Faliq pandang aku, aku buat bodoh je.

" Alahaii.. nak merajuk pula dia. Jangan nak merajuk sangat, nanti baby tu pun ikut mama dia ni. Kuat merajuk.. Nah ni.. tapi sekali je ni tau. Lepas ni tak boleh lagi.. Faham?!" Aku senyum lebar. Macam nak melonjak pun ada. Seronoknyaaaa!!

"Okey!! Terima kasih abang sayang.." Aku terus bagi ciuman dekat pipinya. Berjaya juga akhirnya. Faliq senyum je. Aku terus ambil mug dan bancuh nescafe. Faliq panaskan minyak dalam kuali nak goreng telur katanya tadi. Aku menghirup air nescafe suam. Bahagianya hidup aku. Dah 9 bulan tak minum air kegemaran aku ni rasanya macam 900 tahun. Sedih! Rasa nyaman sekali bila dapat minum nescafe paling sedap di dunia. Layan punya layan kenikmatan nescafe, bau je minyak panas terus kembang tekak. Allahuakhbar..!! Makanya, terkeluarlah semua isi perut.

" Tulah kalau suami cakap tu dengar. Jangan nak degil.. Belum lagi masukkan telur dalam kuali tu ha, mahu pengsan sayang nanti. Dah tahu tak kuat nak kuatkan juga.." kan dah kena membebel. Aku dengar tak dengar je suara Faliq. Sakitnya kepala. Aku dibawa ke sofa. Baring dan dipicitkan kepala sekejab. Aku langsung tak cakap apa-apa. Tahu sendiri salah. Kemudian Faliq terus kembali ke dapur.
Aku pejamkan mata. Cari kekuatan.

Kalau orang tengok keadaan aku, dalam keadaan mabuk macam ni mesti orang akan cakap aku mengada-ngada. Manja sangat kan tapi inilah hakikat yang aku hadapi. Mabuk aku ni memang teruk. Hanya orang yang mabuk macam aku jelah yang tahu macam mana. Mama selalu datang rumah, jaga aku sewaktu Faliq pergi kerja. Kadang aku sampai segan dengan mama. Tapi mama sangat faham keadaan aku sebab mama cakap, semasa mengandungkan Faliq dulu pun mama seperti ini. Mabuk teruk tapi 2 bulan je. Yang aku ni sampai nak bersalin masih mabuk lagi. Baby ni ikut Papa dialah ni. Hehe! Mama selalu nasihatkan aku supaya bersabar. Setiap anak yang dikandung takkan sama. Mungkin semasa mengandung ni mabuk teruk, esok sewaktu bersalin dipermudahkan. Jadi, sabar!
 
Tak apalah. Inilah kelebihan seorang isteri. Aku bersyukur, walaupun teruk mabuk tapi suami kesayangan aku ni jaga aku dengan baik sekali. Layan je karenah aku. Happy walaupun  setiap jam aku mesti akan muntah. Dugaan betul. Sabar!

" Sayang.. Bangun..!! Sarapan dulu.. " Faliq kejutkan aku, boleh pula aku terlelap. Aku duduk, kepala masih berpusing-pusing. Aku sandarkan badan disofa. Minyak angin ku sapu dikepala. Faliq memerhatikan aku je. Senyum. Muka sedih melihat aku. Aku membalas senyuman.

" Makan ni.. Makan sikit pun jadilah sayang..! Biar ada tenaga.." Dia menyuapkan nasi goreng yang dia masak tadi ke dalam mulut aku. Aku makan perlahan.

" Sekejab lagi mama sampai. Kalau sayang nak apa-apa nanti minta mama ye.." katanya lembut.

" Abang..! Sayang minta maaf menyusahkan abang dan mama. Sayang serba salah sebenarnya.." aku meluah.

" Kenapa nak serba salah pula. Ni kan tanggungjawab abang. Lagipun mama yang nak jaga sayang. Abang tak sanggup nak tinggalkan sayang sorang-sorang dekat rumah ni.." katanya lagi lembut je suara.

" Sayang minta maaf.."

" Dahlah ye. Makan ni dan habiskan. Abang nak sayang sihat, nak baby sihat. Sama-sama sihat. Itu dah cukup buat abang bahagia.." Terharunya aku. Aku mengunyah nasi goreng perlahan-lahan. Kadang-kadang aku kasihan tengok Faliq. 


Semua kerja dia kena buat. Bangun awal sediakan sarapan untuk aku, kemas dapur, membasuh kain, kemas rumah. Balik tengahari belikan makanan untuk aku, balik kerja masakan untuk aku, jaga aku lagi. Tengah malam, kalau aku bangun muntah. Dia pun bangun. Kadang sampai ke subuh tak tidur sebab nak pastikan aku sihat. Risau sangat dia. Maafkan aku wahai suami. Aku pun tak tahulah kenapa alami mabuk teruk macam ni. Mama cakap, ada orang mabuk masuk tiga bulan, dah sihat. Ada orang sampai waktu bersalin pun masih mabuk lagi. Lain orang lain mabuknya. Dan, ada orang, isteri sihat walafiat, tak mabuk langsung tapi si suami pula yang mabuk. Macam tu pun ada juga kan. Hehehe!! Mengandungkan anak pertama memang macam ni kata mama. Mama sangat memahami keadaan aku.

Selesai sarapan tadi, aku terus masuk ke bilik. Faliq suruh aku rehat dibilik. Badan masih lemah, nak tidur tak dapat. Duduk termenung jelah. Aku rasa dah semakin kurus pula badan aku ni. Makin lemah, makin pucat. Apa masalah aku sebenarnya ni. Minggu depan jumpa doktor untuk pemeriksaan kandungan. Tak sabar nak tahu perkembangan baby kami ni. Seronoknya.

" Abang nak pergi kerja ni. Sayang rehat tau.."

" Insha Allah..!! Abang kerja elok-elok ye.."

"Iyalah sayang!! Abang sayang awak sangat-sangat tau. Jaga kesihatan, jaga diri, jaga baby baik-baik." Aku senyum dan angguk. Setiap pagi itulah pesanan dia untuk aku. Aku dah hafal dah ayat tu.

" Baby.. Jangan nakal-nakal ye. Kasihan mama awak ni. Papa nak pergi kerja, nak cari rezeki untuk family kita.. " katanya dan tangan diletakan diperut aku. Sebelum keluar bilik, Faliq mencium dahi aku. Dan aku salam dan cium tangannya.

"Kalau ada apa-apa terus call abang ya.. Assalammualaikum..!!"

" Baiklah abang.. Waalaikumsalam.."

Aku kembali baring. Terus kepala jadi sakit tiba-tiba. Aku pejamkan mata serapat yang mungkin. Minyak angin ku sapu di dahi. Rasa lega sikit. Demi anak dalam kandungan ni dan demi suami tersayang. Aku kena kuat, aku tak boleh lemah. Mungkin ini sementara, insha Allah mana tahu lepas jumpa doktor nanti akan jadi sihat walafiat. Sabar... Sabar.. Dan, sabar..!!

Aku terlelap dan aku tak tahu berapa lama aku terlelap. Bila aku sedar je, macam biasa tekak kembang semangkuk. Beratnya kepala. Sangat berat. Aku kuatkan juga bangun dan jalan perlahan-lahan ke bilik air. Aku memuntahkan segalanya. Ya Allah sakitnya kepala. Dah kenapa dengan aku ni. Pandangan aku jadi gelap. Aku memaut pada sinki, aku basahkan muka. Tapi pandangan masih gelap. Kepala sakit teramat sangat, seperti dicucuk besi. Nafasku jadi pendek, dada jadi sakit.

Aku kuatkan semangat, kuatkan badan jalan terus ke katil. Aku melabuhkan badan di tilam. Aku memang tak larat. Dengan nafas yang tersekat-sekat aku capai handphone di meja lampu. Sudah jam 12.25 tengahari. Sekejab lagi mesti Faliq balik. Aku kuatkan badan yang lemah ini. Aku cuba menghubungi Faliq tapi tak berjawab. Aku cuba menjerit panggil mama tapi suara aku tak keluar. Aku urut-urut dada, peritnya. Airmata aku dah mula gugur menahan sakit dada, menahan sakit kepala, cuba bernafas dengan baik. Aku pegang perut masih sempat lagi aku fikir mengenai bayi dalam kandunganku ini.

Ya Allah!! Selamatkanlah bayiku ini. Izinkanlah dia lahir dengan baiknya di bumiMu. Aku rela korbankan nyawaku demi bayi ini. Demi suamiku.

Beginilah yang aku lalui setiap hari. Kadang-kadang okey, boleh buat kerja. Kadang-kadang,  langsung tak larat dan terpaksa berehat. Dugaan ibu mengandung. Dari sehari ke sehari aku lalui semua ini. Keadaan kesihatan yang turun naik, kejab sihat kejab tak sihat disebabkan mengalami Anemia. Huhu..!! Sedih!!

Previous: Bab 1
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.