336,501
Kategori:
Genre:
Bab 61
Dah lama tak duduk lepak dekat sini. Almaklumlah balik rumah abang pun jarang. Cuaca lepas hujan memang nyaman je rasa, rasa suci dan bersih je pandangan. Lagi-lagi kalau duduk kampung, dengar bunyi cengkerik, bunyi katak dan macam-macam bunyi lagi. Memang syok habislah. Rindunya dekat kampung. Balik pun kejab-kejab je.

Tiba-tiba teringat sewaktu kerja dengan Pak Long dulu. Aku gelak sendiri. Seronok sangat. Pengalaman paling berharga. Tanam pokok pisang, tebang pokok pisang, niaga di pasar, panjat pokok buah macam-macam lagi aku buat. Yang paling best dilamar dalam kebun buah. Hahahaa... Kenangan paling sweet gitu..!!

Tapi tulah.. Semua tu semua tinggal kenangan. Bila ingat memang boleh buat aku gelak sendiri dan senyum hingga ke telinga tapi bila fikirkan semula. Oh!! Sedihnya.. Boleh buat aku menangis. Menangis kerana ikatan sekerat jalan. Huwaaaa!! Relax.. Cool..!!

" Laaaa.. buat apa dekat sini. Tak sejuk ke?!" Terkejut aku tiba-tiba abang tegur.

"Saja ambil angin luar.." abang duduk di tepi aku dengan memeluk tubuh kesejukan.

" Esok nak abang hantar ke airport tak?!" Tanya abang.

"Iyalah. Siapa lagi nak hantar.." jawabku.

" Manalah tahu si ehem.. ehem tu nak ambil ke!" Abang senyum. Mengusik.

" Apa ehem ehem?! Jangan nak memandai ye..!!" Aku jeling abang. Abang gelak je.

" Memandai apa pula. Ehem ehem adik tu memang ada ehem ehem dekat adik pun..!" Abang segaja.

"Jangan nak merepeklah abang. Abang ingat adik ni apa. Lepas berpisah dengan Faliq terus nak terima orang lain. Eee.. Sorry okey! Adik rela tak kahwinlah. Taubat!! Serik!!" Jawabku jujur.

"Sampai macam tu sekali?!"

" Iyalah.." aku jeling manja.

" Ke masih sayang Faliq lagi..!! " senyum perli abang dekat aku.

" Nak kata tak sayang tu, tipulah pula kan. Mana boleh dengan sekelip mata hilang rasa sayang tu.." kataku.

"Jadi, betul lah.. "

"Betul lah apa?!" Tanya aku lagi.

" Betul lah adik masih sayang dia. Rindu dia. Cinta dia dan nak terima dia semula.. Kan?!" Teka abang. Aku senyum.

" Rindu tak bermakna sayang. Sayang tak bermakna cinta. Memaafkan tak bermakna menerima. Faham?!!"

" Hmm... Okey!! Kalaulah contoh, Faliq tu dah berubah, dah bertaubat dan nak kembali rujuk pada adik. Macam mana?!" Abang ni macam tak ada soalan lain je. Soalan cepumas juga dia bagi aku.

" No komen!!" Jawabku ringkas.

"Kenapa no komen pula??"

" Tak ada jawapan so, no komenlah.. !!"

" Alaaa.. Komenlah sikit. Abang nak tahu..!!"

"Ishh!! No komen.. No komen.. No komen!!" Aku tetap bertegas.

" Eleeehhh.. Abang tahu, nak dia semula kan.. kan.. kan...!!" Abang gelak kecil.

"Hey!! Abang ni dah kenapa ni. Dia pula yang iye sangat ni. Atau abang ada plan apa-apa ni dengan dia? Cakap cepat..!!" Aku syak sesuatu. Berkerut marah pandang abang.

" Eh!! Mana ada. Abang dah lama tak contact dia pun. Saja je tanya..!!" Jawab abang.

" Jangan nak tipu. Cakap cepat! Kalau tak lepas  ni adik taknak balik sini lagi sampai bila-bila.."

" Amboii main kasar nampak. Dah pandai ugut pula.. Hahahaa!!" Abang gelak.

" Haa lah.."

" Tak ada plan lah. Cuma terfikir je. Kalau Faliq betul dah berubah dan nak rujuk dengan adik. Tak salahkan! Lagipun kasihan dekat Dhia tu. Dia pun nak juga kasih sayang seorang bapa.. Kan?!" Kata abang lembut.

" Apapun Faliq tetap bapa Dhia. Adik tak kejam nak pisahkan mereka.."

" Iya memang betul. Tapi kan bagus kalau dia bersama mama dan papanya. Satu family bahagia.." tambah abang lagi.

" Hmm.. Dah.. Dah.. Tak payah cerita pasal ni lagi. Kes ditutup..!!"

" Kes ditutup konon. Tahulah adik dah buka fail baru kan.." Aku tercengang.

" Dah fail baru apa pula abang ni.."

"Fail dengan Haikal..!!"

" Hahahahaaa...!! Aduhai abang ni.. Sakit jiwa lama-lama adik macam ni..!!" Aku ketuk dahi sendiri.

" Abang tahulah. Haikal tu dah jatuh hati dekat adik. Ada dia info abang pun.." aku terkejut.

" Ha?? Dia info abang??"

" Iya..!!"

" Ish!! Merepeklah. Dia tu tak banyak cakap tau. Pendiam je takkanlah dia boleh... !!" Aku pelik. Berani juga Haikal ni direct info abang.

" Jangan disangka pendiam tak berisi. Kalau dah suka semahu-mahu. akan usaha juga.."kata abang.

" Abang..!! Adik ni sedar diri, adik ni status 'J'  je. Status yang orang sekeliling akan pandang rendah. Ishh!! Jauh panggang dari apilah. Dia tu anak Dato', bekerjaya, berpendidikan..." jelasku. Merendah diri.

" Status tu tak menilaikan apa-apapun. Biarlah orang nak cakap apapun yang penting adik bahagia.."

" Adik tak berani. Macam-macam tohmahan adik kena nanti. Dah letih dengan semua tulah abang. Dah tak larat nak hadapi. Biarlah kami kawan selamanya. Kawan dengan Haikal dan kawan dengan Faliq juga. Hati adik sekarang ni dah tutup untuk insan nama lelaki. Tapi kalau satu hari nanti Allah bukakan pintu hati adik ni. Adik redha jelah.. Pasrah!! Tapi sekarang ni, pujuklah macam mana sekali pun. Rayulah macam mana sekali pun. Minta maaf zahir dan batin. Tak.. Tak.. Tak!! " kataku dengan panjang lebar. Tegas!

" Hmm.. Iyalah. Abang pun tak boleh nak cakap apa dah kalau dah itu keputusan adik. Apa yang terbaik untuk adik bermakna terbaik juga untuk abang.." Aku senyum. Abang memahami situasi aku.

" Tapi kan dik. Apa yang abang tengok. Selama adik kahwin dengan Faliq dulu, rumahtangga problem. Abang tengok adik dah bertambah matang. Keputusan pun elok je, emosi pun okey. Inilah hikmahnya kut. Kalau tak, sikit-sikit lari, sikit-sikit emosi lebih, kan?!!" Terus-terang abang.

" Hahahahaa.. Mungkinlah. Lagipun dah ada anak kan. Matang automatiklah kut. Pengalaman itu kan mematangkan. Bersyukur dengan dugaan sebenarnya. Walaupun pahit tapi terselit kemanisannya tanpa kita sendiri sedar.." aku senyum. Abang mengangguk tanda setuju.

Angin bertiup sepoi, menggigil sampai badan aku menahan kesejukkan. Masih berborak kosong bersama abang. Handphone ku pusing-pusingkan diatas meja. Aku pun tak tahu kenapa aku setia dengan handphone ni. Biasa aku letak je merata. Tunggu Haikal call kut. Eh..  Eh..!! Haikal?! Aku sengeh sendiri.

Tak lama kami masuk ke dalam. Hujan mulai turun lagi. Aku terus masuk bilik, apa nak buat pun tak tahulah. Aku baring di katil. Pandang kanan pandang kiri jelah. Baru jam 10.00malam. Ni kalau dekat KK ni aku baru tutup kedai. Niat duduk KK untuk berkerja, jadi memang aku tak fikir lain selain kerja, kerja dan kerja. Selagi mata tak tertutup selagi tu kerja. Hidup sorang. Fikir kerja jelah.

Arhh!!! Bosannyaaa... Kenapa tak boleh tidur ni. Semua bagai tak kena. Nak kata rindu Dhia tadi dah video call. Dah hilang sikit rindu. Seronok anak dara aku dengan Kak Su. Mama nombor dua katanya. Kak Su nak sangat jaga Dhia, katanya dah lama tak main sama. Kak Su suka dengan keletah Dhia. Si kecil yang becok.

Tutt... Tuttt..!! Lamunan aku terhenti. Terkejut jugalah sebab handphone btul-betul dekat telinga. Aku capai handphone. Huh!! Aku mengeluh. Bertambah bosan aku jadinya. Apa lagi dia nak dari aku. Aku dah info kut jangan ganggu aku lagi. Memang tak faham bahasa betul lah si meroyan ni. Aku biarkan je handphone berbunyi. Elok-elok mood aku baik terus berubah jadi bengang. Sesiapa pun akan bengang juga. Ya Allah!! Bukan dua tiga kali je dia call tapi lapan kali. Ni kalau dibiarkan mahu sampai 88 kali dia call ni. Hmm.. Nak tak nak terpaksalahlah aku jawab juga. Manalah tahu dah taubat nasuha ke. Tasya.. Tasya..!! Apalah masalah engkau ni..

" Assalammualaikum.."

" Oii Janda..!! You tak payah nak baik sangatlah. Sebab you lah, Faliq tinggalkan i, Faliq benci i. You memang tak guna Aliaa. Perempuan tak gunaaaa!!" Tasya menjerit kuat. Hampir je telinga aku ni pecah kerana suata nyaringnya.  Gila memang gila. Dahlah call aku lepas tu, maki-maki aku pula.

" Yang awak ni dah kenapa? Sakit otak ke call orang maki hamun macam ni, menjerit- jerit..." aku pun berkasar juga.

" Sukahati i lah.."

" Tadi awak cakap apa? Faliq tinggalkan awak?? Alahaiiii kasihannya. Tiba-tiba jadi sedih pulalah...!!" Aku gelak kecil.

" Woiii..!! You memang dasar perempuan tak guna..!!" Pelik. Dia yang tak guna adalah.


"Itulah namanya hukum kifarah. Setiap perbuatan ada balasan. Allah tak balas di akhirat pun kan tapi di dunia ni pun awak dah dapat balasannya. Jadi.. Apa awak rasa?? Rasa oren? Rasa strawberry? Hahahaa..!!" Aku gelak besar. Kali ni aku memang sengaja sakitkan hatinya. Biar dia. Biar dia tahu macam mana sakitnya hati aku sewaktu dia buat aku. Kali ni aku jadi jahat sikit.

" You gunakan pangkat yang you ada untuk Faliq kan?! You gunakan kuasa you. You ingat i tak tahu ke haa!!" Dia tak puas hati lagi. Memang tak makan nasihat. Hmm..

" Hebat betul awak ni. Pandai memfitnah. Sama macam awaklah, awak gunakan kuasa godaan syaitan awak untuk Faliq kan, so, saya guna kuasa pangkat saya untuk Faliq pula. Kan Adil namanya tu..!!" Makin menyirap dia. Aku ni pun melayan pula si meroyan ni.

" You memang tak berhati perut. Tak guna!! Sukalah you kan, Faliq dah benci i..." Aku menarik nafas sendiri.

" Faliq tinggalkan awak dan benci awak bukan sebab saya tapi sebab awak sendiri. Saya dah lepaskan Faliq tapi awak yang tak reti. Nak buat macam mana kan.. Saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Salah silap terkasar bahasa minta maaf ye. Saya taknak gaduh dah, taknak simpan dendam pun. Awak perempuan saya perempuan. Untuk apa berebut lelaki, itu semua pinjaman je. Carilah Allah, percayalah Allah akan beri lelaki yang terbaik untuk awak. Lebih baik dari Faliq. Apa yang awak buat pada saya pun, saya dah maafkan. So, lepas ni lebih baik kita tidak kenal. Awak tak kenal saya dan saya tak kenal awak. Saya harap awak faham dan tak ganggu saya lagi. Saya nak bina hidup sendiri tanpa gangguan. Apapun, Takziah ya Tasya..!! Assalammualaikum..!!"

 Fuhh!! Punyalah panjang aku cakap. Tapi Tasya dengar je pula. Tak melawan pun. Terasa kut. Bila dia kasar dan aku pun lawan memang meletoplah hatinya. Tapi bila dia kasar dan aku berlembut. Insha Allah.. Lembut juga akhirnya. Walaupun sebelum ni tak reti bahasa. Mungkin sebab dah rasa apa yang aku rasa. Lumrah kehidupan. Selagi orang tak alami apa yang kita rasa, memang dia takkan tahu segala kesakitan yang kita tanggung sehinggalah dia merasai sendiri.Yang menyakiti akan disakiti,
yang meninggalkan akan ditinggalkan.

Apapun doakan jelah baik-baik untuknya. Moga diberi petunjuk dan hidayah. Aku senyum sendiri. Tiba-tiba rasa rindulah. Rindu pada siapa? Rindu pada Haikal? Rindu pada Faliq?
Ishh!! Dah kenapa pula tiba-tiba perasaan ni muncul ni. Aduhaii... Apa masalah aku ni. Ni sendiri bikin masalah sebenarnya... Arrhhhh!!! Aku menjerit dan sembamkan muka dibantal.

Oh Angin.. Katakan padanya aku rinduuuu!!

Haikal ke Faliq?? Haikal? Faliq? Pula dahhh!! Dua wajah ni kenapa muncul ni.. Matilahhh!!
Previous: Bab 60
Next: Bab 62

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.