336,628
Kategori:
Genre:
Bab 112

Lepas solat subuh, aku jalan keluar rumah. Saja nak menyedut udara pagi. Masih gelap lagi. Sejuk rasa. Kereta abang tak ada, pergi masjid kut. Aku jalan perlahan-lahan di tepi pagar sambil bernyanyi kecil. Apa yang aku fikirkan sebenarnya ni? Fikirkan pasal perbincangan malam tadi ke? Fikir pasal diri aku sendiri ke atau fikir pasal paksaan abang untuk terima Faliq? Dipaksa atau dengan rela? Ish!! Malaslah fikir. Aku dah betul-betul malas fikir. Sukahati abanglah.

Aku duduk dikerusi. Nak buat sarapan pun tak ada mood. Makan jelah apa yang ada nanti. Kenapa tiba-tiba jadi malas ni. Malam tadi bukan main rajin. Biasalah perempuan, mood tak menentu. Kalau dah malas memang satu apapun tak buat. Aku duduk termenung dan termenung. Kereta abang muncul. Aku tetap duduk. Abang keluar dari kereta dan menuju ke arah aku.

" Pagi-pagi dah termenung ni. Kenapa?!" Tanya abang dan duduk dihadapanku. Aku diam je. Pandang abang sekilas je dan kemudian alih pandangan ke tempat lain.

" Tak ada..!"

" Hmm.. Abang tahu apa adik fikir. Abang buat keputusan ni untuk adik.."

" Iya.. tapi abang kalau Faliq ulang lagi macam mana?" Aku mengeluh.

" Adik takut?!"

" Of course!! Perasaan takut tu tetap akan ada.  Tetap! Hmm... Entahlah.. Tak apalah, kalau dah itu kemahuan abang dan family dia. Adik redha jelah.." Aku tarik nafas panjang.

"Adik.. Dengar sini..!! Abang nak adik happy, abang tengok adik dan Faliq dah rapat, dah mesra, dah okey kut. Jadi abang dan family Faliq nak hubungan itu lebih lagi dan kembali bersatu. Lagipun.. Untuk Dhia. Untuk adik sendiri..! Adik kena yakin..!!" Kata abang meyakinkan aku. Memang besar betul harapan mereka.

" Abang..!! Tak semestinya abang tengok adik happy, adik mesra dengan dia, adik boleh terima dia. Tak ada siapa tahu apa adik rasa..!" Luahku dengan senyuman, tepat pandang abang.

" Abang tahu. Abang tahu sangat hati adik. Tapi adik percayalah cakap abang, dia boleh bahagiakan adik. Abang nak buat yang terbaik untuk adik dan untuk Dhia. Boleh abang tahu, adik sayang Faliq atau tidak?!" Aku pandang abang. Dan tarik nafas. Senyum.

" Tak apalah abang. Biarlah hanya adik je sendiri je yang tahu. Kadang, kita tak perlu luahkan apa rasa isi hati. Biarlah menjadi rahsia diri sendiri.." kataku perlahan.

" Kenapa ni. Cuba cerita dekat abang. Adik ada masalah ke.." Aku senyap. Cuba menahan sebak.

"Adik rindu Haikal..!!" Aku cuba untuk senyum dan airmataku mengalir. Aku menundukkan kepala. Membiarkan airmata ini mengalir laju.
Abang genggam tanganku kuat. Abang tahu aku tengah menahan rindu pada insan yang dah tak ada lagi. Pedihnya hanya Allah je yang tahu.

"Adik..!! Jangan diikutkan hati dan perasaan. Boleh kalau nak merindu dan ingat padanya tapi jangan sampai seksa diri macam ni. Adik kena terima hakikat, Haikal dah pergi buat selamanya dan takkan kembali lagi dik.." Iya, memang betul apa abang cakap tapi apa daya aku. Entahlah.. !! Aku terus menangis.

" Terimalah hakikat dik. Haikal dah tak ada. Yang pergi takkan kembali, kita yang hidup ni kena teruskan hidup. Redhalah atas pemergiannya.. Adik perlukan kehidupan sendiri bukan hidup terus dengan bayang-bayang dia.."Abang ulang. Aku lepaskan genggaman tangan abang dan aku kesat airmata dengan tangan.

"Hanya dia je yang faham adik. Hanya dia je yang boleh bahagiakan adik. Hanya dia je yang bole buat adik happy. Dia tak pernah sakiti hati adik. Dia tak pernah cuba ambil kesempatan keatas adik. Tak pernah abang. Hanya dia je abang..! Hanya dia.. Harris Haikal..!!" Kataku meluah semua.

" Tapi dia dah tak ada. Adik.. Haikal dah tak ada didunia ni lagi. Memang dia bagi semua apa yang adik perlukan tapi hakikatnya, realitinya Harris Haikal dah tak ada. Dah meninggal dunia. Dik.. Terimalah hakikat dik, jangan mengharap pada yang dah tak ada. Jangan menanti kasih pada yang dah pergi.." balas abang. Suara agak keras. Aku tepat pandang abang dengan airmata masih lagi bercucuran.

" Adik rindu Haikal abang..!" Semakin deras airmata ini. Entahlah.. Tiba-tiba teringat arwah, tiba-tiba rasa rindu teramat sangat padanya. Sebak dan sayu.


Abang bangun duduk disebelah aku. Abang peluk bahu aku, aku terus letakkan kepala di bahu abang pula. Menangis dibahu abang.

"Dahlah sayang!! Dahlah.. Abang faham hati adik. Menahan rindu pada yang dah tak ada memang satu yang amat menyeksakan. Sama seperti kita rindu arwah ibu dan ayah kan. Setiap bayangan sentiasa ada. Buat apa je semua hanya bayangan mereka je kita nampak. Tapi dik.. Bayangkan, kalau kita terus meratapi dan terus dalam kesedihan menanti sesuatu yang memang takkan kita perolehi. Adik rasa macam mana hidup kita kelak. Takkan kemana dik. Takkan dapat apa pun. " kata abang lagi.

" Dahlah ye.. Abang nak tengok adik abang ni ceria, bahagia dan sentiasa happy. Abang nampak bila adik bersama Faliq, keceriaan adik dah kembali. Muka berseri je, sakat menyakat, gurauan kasar, gelak ketawa siap berdrama lagi. Abang happy tengok tau. Bayangkan kalau Dhia tengok, lagilah dia happy. Betul tak?!" Abang leraikan pelukkan dan kesat airmata aku. Senyum memujuk. Aku angguk je. Tak cakap apapun. Hati aku, jiwa aku, biarlah hanya aku sendiri yang tahu. Biarlah menjadi rahsia hatiku.

Kemudian, kami masuk ke dalam rumah. Abang mengambil bungkusan nasi lemak yang dibeli digerai tepi jalan balik dari masjid tadi. Sampai ke siang kami duduk diluar. Aku ke dapur dan bancuh air teh. Sedapnya bau nasi lemak ni. Jadi lapar terus perut aku, pula tu ada sambal paru abang beli. Wah!! Best.. Best..!! Aku buka bungkusan nasi lemak, menyirup air teh panas. Menyuapkan nasi lemak ke dalam mulut. Layan kenikmatan nasi lemak. Memang powerlah rasa nasi lemaknya. Aku betul-betul layanlah, senyap je. Langsung tak bercakap. Abang tengok ke gelagat aku.

Selesai makan, selesai kemas dapur dan perut pun dah kenyang. Aku pun terus dudk disofa. Abang nak pergi kerja hari ni, kerja banyak jadi kenalah kerja lebih masa. Income pun dapatlah lebih. Hehe!! Hari ni sementara tunggu j am 10.00pagi nak bersiap ke majlis perkahwinan Naim. Aku kemas rumah dulu. Luar dalam depan belakang semua aku jelajah. Exercise lah kiranya. Duduk sorang apalagi nak buat, biasa Sis Tuti yang buat. Majikannya terlebih rajin sudah ni.

Tup.. tap.. tup.. tap.. Selesai semua. Berpeluh jugalah. Penat jugalah. Nampak sangat jarang mengemas. Hehe!! Aku terus masuk ke dalam bilik dan bersiap. Sekejab lagi si Faliq datang jemput aku. Hari ni aku pakai baju kurung  moden plain warna baby blue dan shawl warna cream. Siap je terus ambil handbag dan tunggu diluar rumah jelah. Aku duduk dikerusi. Aik!! Dah jam 11.15pagi ni, mana pula si Faliq tak muncul lagi ni. Ni mesti kes terlajak bangun ni kut. Okey tak apa, lima minit lagi kalau tak sampai aku akan call. Memang kena bebel lah dengan aku nanti.

Hahahaha! Muncul pun. Aku gelak kecil dan terus jalan menuju ke keretanya. Pintu pagar ku tutup. Terus masuk dalam kereta.

"Kenapa lambat? Janji tak ditepati. Munafik..!!" Aku sengaja cari pasal. Buat muka serius konon.

" Hahahaha!!  Pagi-pagi dah kena munafik pula ni. Aduh!!" Dia gelak ketuk kepala.

"Iyalah. Janji jam 11.00pagi, ni dah jam berapa? 11.18pagi. Lewat 18 minit. 18 minit ni boleh buat macam-macam kerja, tapi dek kerana awak lambat. Terbuang masa 18 minit macam tu aje. Masa itukan emas, tak menghargai masa langsung.." kan aku dah membebel. Jeling padanya.

" Ampunkan saya Cikpuan Aliaa Sofea Abdul Hadi. Ampunkan saya..!!" Katanya dengan buat muka poyonya.

" Hmm.. Nampak sweetlah hari ni. Eh.. Eh..!! Baju sedondonlah. Sehati sejiwalah kita kan.."

"Tak payah nak eh.. eh sangat ye. Kita ni nak tunggu kereta ni terbang ke atau macam mana?!"

"Hahahaa.. Okey.. Okey..!! Let's goo!!" Gelak besar dia. Kami berbual kosong. Apalagi gaduh-gaduh manjalah, lepas tu gelak.

"Selasa depan saya outstation tau. Tiga hari kut.."katanya.

" Ke mana?!"

" Penang..! Nak ikut tak?!"

" Taknak.. Kerja saya pun melambak..!"

" Selama saya tak ada nanti, kalau Tasya ada kacau lagi atau cederakan awak. Info Angah ataupun info Adil.. Jangan diam je. Nanti makin teruk dia buat awak. Risaulah..!" Sambungnya lagi.

" Okey boss!!"


Sampai je tempat yang dituju, kami terus call Nizam dan Mira. Mereka dah tunggu kami dah, terus jumpa dan jalan bersama masuk ke dalam dewan. Meriah habis. Tema majlis warna pink purple. Ni mesti pilihan warna si Naim ni. Kami disambut oleh penanggah majlis, senyum lebar mereka. Kami diarahkan duduk di tempat vip. Layanan terbaik dari penanggah. Terhidang sudah makanan diatas meja. Tiba-tiba jadi lapar pula. Kelihatan Kak Intan dan suami, Nina dan tunang tersengeh-sengeh pandang kami. Kami bersalaman dengan mereka dan duduk.

" Aliaa.. Akak tengok korang ni macam pengantin baru je. Bilanya lagi?" Aduh Kak Intan ni. Punca kuasa betul lah.

" Bulan depan kak.. Bulan depan..!!" Cepat je si Faliq ni menyampuk.

" Ha?? Biar betul.. Alhamdulilah..!!"

" Tak ada makna. Akak jangan percaya cakap dia ni.." Aku jeling Faliq. Dia gelak.

" Tunggu je kak. Ada juga tu nanti kad jemputan dari Encik Faliq ni..!" Sampuk Nizam pula.

" Ya.. Betul.. Betul..!! Kad jemputan khas untuk korang..!" Eh..!! Eh.. dia ni lebih-lebih pula.

" Dah.. Dah.. Tak payah cerita pasal ni. Tukar tajuk lain please!!" Kataku. Mereka gelak je. Sukanya si Faliq ni. Nanti kau ye.

" Untung tak untung lah kan. Makan nasi minyak majlis Encik Faliq ni kali kedua tu, dengan bakal yang sama pula tu. Bukan calang-calang ni. Hahaha. !" Gelak mereka. Hari ni aku jadi bahan mereka dah. Bertuah betul.

" Amboii Nizam.. Dah pandai dah awak ye. Kawan dengan Faliq yang gila ni awak pun jadi gila juga yee.. Bahaya memang dia ni, pengaruh kuat..!!" Kataku selamba.

" Sesekali Cik Aliaa..!" Sambung gelak.

Kompang diluar dewan berbunyi. Pengantin dah sampailah. Teruja pula aku nak tengok sahabat aku ni bersanding. Tiba-tiba rasa sedih pula. Lepas ni dah tak dapatlah nak ber hahaahaha dengan Naim. Sedihh!!! Sepasang mempelai jalan sopan masuk ke dalam dewan. Segak juga si Naim ni, sama padan sama cantik. Cunnya isteri Naim ni. Tinggi tu, sama tinggi dengan Naim.

" Sayang..!! Teringatlah kita dulu macam tu.. kan.. kan..!!" Faliq berbisik pada aku. Berdiri rapat sebelah aku.

" Soo..?!!"

" Nanti nak sanding lagi tak? Tapi kali ni saya nak tema dalam hutan. Tarzan.. Okey tak?!"

"Ha?? Awak ingat saya orang hutan ke? Yang bukan-bukan je.." aku beliakkan mata. Gila punya idea. Entah apa-apa entah.

" Okey apa.. Orang lain tak buat, kita buatlah. Confirm lepas ni orang ikut idea kita ni. Hijau je pandangan, nyaman je. Bunyi monyet, orang hutan bergayut-gayut dekat pokok. Relax je.. Cool je.. Fuhh!!" Boleh pula dia melayan perasaan.

"Aha.. Bagus sangatlah tu. Dah awak tu pun monyet. Awak jelah bergayut dekat pokok. Kan monyet kan...!!"

"Kalau saya bergayut dekat pokok. Habis yang duduk bersanding dengan awak tu siapa?!" Tanyanya.

" Shah..!!" Jawabku selamba. Hahahaa..

"Aik Aliaa.. Ni dah lebih dah ni.."

" Iyelah.. Taknak saya kahwin dengan monyet. Lagi-lagi monyet gila ni.. Eee.. Terima kasihlah banyak-banyak..!!"

"Hahahahaa..!! Sampai hati cakap bakal suami kali kedua awak ni monyet. Hensem-hensem macam ni. Tak patut.. Tak patut..!!" Faliq geleng-geleng kepala.

" Apa bakal? Sorry ye!! Tak cakap bakal ke suami ke. Tak ye. Jangan nak perasan lebih..!!" Kataku lagi.

" Udah.. Udahlah bersweet-sweet tu Encik Faliq. Makan dulu meh. Habis lauk ni kang, kempunan pula tak dapat makan nasi minyak si Naim.." tegur Kak Intan. Perlilah tu. Hahahaa!!

" Kak.. Diaorang ni tengah bincang nak tema apa majlis diaorang nanti.." sampuk Nina. Malunya aku, dengar pula si Nina ni perbualan gila aku dan Faliq. Nasib..!!

" Laa iyeke!? Jadi tema apakah yang Encik Faliq dan Cik Aliaa mahukan? " Amboii Kak Intan. Aku gelak je.

" Tema dalam hutan..!" Muka selamba Faliq jawab.

" Apa?? Dalam hutan??" Mereka semua gelak kuat. Serentak. Semua mata pandang ke arah meja kami. Bikin panas betul lah Faliq ni. Aduhh!!

" Biar betul Encik Faliq ni. Hahahaa..!! Lain dari yang lain. Hebatttt..!! Hahahaa!!"

" Tarzan.. Tarzan.. Hahahaa!!" Sambung Faliq. Aku diam jelah. Layan nasi dan rendang lagi sedap.

" Hahaha.. Cik Aliaa senyap je. Tak ada komen apa-apa ke?!" Tanya Mira. 


"Tak kuasa saya nak melayan dia ni. Sakit jiwa saya nanti. Merepek merapu je dia ni. Siapa entah nak kahwin dengan dia.." Jawabku selamba.

" Hahahaa.. Eleh mahu tapi malu.. !" Semua gelak. Sukahati kaulah Faliq.

"Biasalah tu Encik Faliq. Perempuan kan.. Hahaha!!"

" Betul.. Betul.. Betul..!!"

" Amboi...!! Korang ni sokong Encik Faliq nampak. Pandai membodek ek! Kalau macam nilah. 10 lawan 1, kalahlah saya.." aku buat muka.

" Hahahahaha...!! Orang kata, mana yang baik tu elok dipercepatkan. Mendirikan masjid itukan baik. Jadi, kami sokonglah yang baik. Moga masjid tu cepat-cepat terbina semula. Tak gitu Encik Faliq..!" Pandainya Kak Intan susun ayat.

" Yaa..!! Sangat betul. Sokong 100%.."

" Iyelah tu. Dah Faliq, silakan makan. Jangan nak membebel je mulut tu.."

"Suapkan boleh?!" Alaaa mengadanya mamat ni.

" Ishhh!! Gila..!" Sengaja je dia depan kawan-kawan aku nak tunjuk kemesraan, nak tunjuk sweet-sweet. Ceh!!. Geram je aku tengok. Hmm..

Over pula si Faliq ni. Dengan mereka sekali over excited. Kalau aku nikah semula dengan Faliq pun, tak ada maknalah nak sanding-sanding bagai. Kalau baru nak kahwin tak apalah. Ni kali kedua kahwin kut,tittle duda dan janda pula tu, bersatu semula. Nak sanding? Memang taklah. Ish!! Apa mengarut ni.

Tapi yang pelik. Aku rasa baru malam tadi bincang dengan abang dan Faliq mengenai hubungan tak rasmi kami ni. Itu pun kerana terpaksa dan dipaksa oleh abang aku. Macam mana mereka boleh tahu yang kami akan bersatu kembali kutlah. Tak confirm pun. Aku tak bagi apa-apa jawapan lagi kut, dan aku pun dah info abang yang aku tak janji akan teruskan niat abang tu. Sebab masih mencari jawapan yang pasti. Dan, mereka ni semua tahu dari mana ek?! Takkan abang kut. Sangat mustahil. Ini memang sah-sah kerja si Faliq ni. Pandai dia kan.. Hmm... Bertuah punya Faliq. Memang bertuah..!!

Kadang nak marah, tapi tak boleh nak marah. Tengok muka dia yang ishh!! Yang perasan hensem, yang poyo ni buat orang gelak. Tak tahulah nak marah ke, nak gelak ke, nak sedih ke. Entahlah.. Memang gilalah dia ni. Sabar jelah Aliaa. Memang padan sangatlah tu dengan kau. Kau pun gila-gila, dia lagilah gila-gila dan gila. Memang cunlah. Cun sangat..!!
Huwaaaaa!!!

Previous: Bab 111
Next: Bab 113

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.