336,665
Kategori:
Genre:
Bab 118
Faliq dan Adil duduk berdiam, berpandangan sesama mereka. Sunyi sepi saja. Sis Tuti datang dari dapur dan mengemas segala cawan di atas meja dan bawa ke dapur. Faliq hanya memerhati.

" Dil.. Aku rasa biarkan Aliaa sejuk dulu. Jangan paksa lagi. Aku taknak nanti dia lebih tertekan. Tak pasal-pasal dia lari pula, lagi parah.." kata Faliq memecah kesunyian.

" Hmm.. Entahlah. Keras betul lah hatinya.."

" Tak apalah. Tak boleh nak salahkan dia juga, semua ni silap aku sendiri. Kau sendiri pernah cakap kan, hati perempuan bila dah terluka bukan senang kut nak pulih. Kesannya tu.. Ikutkan jelah apa dia nak.."

" Kalau ikutkan apa dia nak memang tak bersatulah korang.."

" Aku redha. Apapun keputusan dia, aku terima. Aku taknak dia dalam tekanan. Kalau kita paksa dia pun nanti bukan dia makin dekat dengan aku tapi makin jauh. Makin benci pula. Ishh!! Aku taknak macam tu broo..!" Jujur Faliq. Adil menarik nafas panjang dan hembuskan perlahan. Dia sendiri pun buntu. Takkan nak biarkan Aliaa terus hidup macam ni. Risau dengan situasi adiknya, dengan faktor keselamatan adiknya, kesihatan yang tidak menentu, hidup sendiri. Macam-macam dugaan. Bila semua ni nak habis.

Langit dihiasi bintang-bintang berkerdipan. Bulan menerangi gelap malam. Betapa indahnya ciptaan Allah. Begitulah juga indahnya kehidupan andai terciptanya kebahagiaan, tapi apa yang ingin dimiliki tidak semua akan dapat. Ingin gembira tapi datang kesedihan. Ingin bahagia tapi datang kedukaan. Oh kehidupan!! Hidup ini diawali dengan keperitan, kepayahan, kesakitan tapi percayalah semuanya akan diakhiri dengan kebaikan dan kebahagiaan. Sabarlah wahai hati. Tabahlah wahai jiwa.

Faliq melangkah keluar, mahu pulang. Sementara tu mahu berbual dengan Aliaa sebentar, nak pujuk hati si Aliaa kononnya. Menyarungkan sandal dan berjalan sambil mata liar mencari Aliaa. Dia berkerut.

"Aik!! Mana pula Aliaa ni. Tadi kata nak duduk dekat luar. Kemana pula dia pergi malam-malam ni.." Risau Faliq. Kereta Aliaa ada. Pintu pagar memang terbuka, dia menuju ke tepi jalan. Pandang kanan dan kiri. Pula dah.

" Buat hal lagilah ni. Aduhai.. Mengamuklah Adil lagi ni.." Faliq ketuk dahi. Terus berlari anak masuk semula ke dalam rumah.

" Adil.. Adil...!!" Jerit Faliq.

" Apasal?" Muncul Adil didepan pintu.

" Aliaa tak adalah. Tak tahu dia kemana. Aku keluar dia dah tak ada, tapi kereta ada.." kata Faliq.

"Pula dah. Hmm.. Bertuah punya adik. Buat hal lagilah ni. Perangai macam budak-budaklah. Marah sikit merajuk, lari.!! Malam-malam macam ni.. Ish!!" Adil mengeluh. Makin bertambah marahnya pada Aliaa.

" Tak apalah. Kau tunggu je dekat rumah. Aku cari dia. Dia jalan sini-sini je kut. Kalau dia balik nanti, kau info aku ya..!!" Tanpa buang masa Faliq terus berlalu. Malas dia mahu mendengar bebelan Adil. Dia masuk ke dalam kereta dan memulakan pemanduan. Memandu perlahan, mesti Aliaa masih ada di kawasan itu. Satu lorong ke satu lorong dia masuk, pandang kanan kiri. Tiada juga kelibat Aliaa. Sudahlah lorong jalan itu sunyi sepi,kalau di tangkap oleh penjahat tiada siapa tahu.

" Aliaa.. Aliaa.!! Manalah awak pergi. Nak buat hal pun tunggulah siang.." kata Faliq sendiri. Kereta dipandu perlahan saja, ada satu taman permainan disitu. Mata meliar mencari Aliaa. Terpandang satu lembaga dalam kesamaran lampu neon ditengah-tengah taman itu sedang duduk diatas buaian. Dia senyum. Lalu memberhentikan kereta dibahu jalan. Keluar dari kereta dan berjalan perlahan menghampiri lembaga itu. Lembaga Aliaa duduk sendirian. Faliq memberhentikan langkah. Mendengar nyanyian Aliaa dengan suara yang perlahan, senyum simpul dia.

" Terangi malamku dengan syair indahmu,
Menenun kasih dalam sepi yang terasing,
Saat kau pergi, lemasku bila tiadamu"
Jauh terbawa lukisan hatimu,
Hilang mencari di mana kau pergi,
Tinggal aku menahan luka ini,
Sampai harus ku pergi.."

Perlahan suara Aliaa bernyanyi. Antara dengar dan tidak saja tapi Faliq tahu lagu itu. Faliq cari idea membalas nyanyian Aliaa. Dia ambil lirik lagu Ku tiba lagi, nyanyian Hyper Act.

"Ku tiba lagi,
bersama rasa rindu datang bertamu,

Takkan ku lepas apa yang ku harapkan,
Kerna ku untukmu.."

Aliaa terkejut dan terus menoleh ke belakang. Memandang sayu wajah Faliq. Lalu pandang kehadapan semula membiarkan Faliq tanpa berkata-kata. Faliq menghampiri dan duduk di buaian sebelah. Duduk menghadap Aliaa. Senyum.

"Setelah ku dimiliki,
Kau lebur segala kata dan janjimu,
Ku Lakukan semua,
Berikan yang ku ada,
Percaya kepadamu kebodohanku.."

Aliaa balas pula dengan lirik lagu Bunga, nyanyian Ara. Muka sedih. Faliq senyum dan mencari idea lagi.

"Ku sedar ku berdosa,
Kerna sering menyakitimu,
Membuatkan kau terluka,
Berteman rasa kecewa..
Walau berdepan derita,
Kau selalu terus setia,
Dan bertahan demi cinta,
Yang pernah ku janji dulu.."

Alahai.. Sedihnya!! Lirik lagu Demi Cinta nyanyian Aizat Lazim pula. Lagu untuk Aliaa dulu diawal perpisahan mereka.

" Mencintai aku dengan seadanya,
Sanggup menerima insan tak sempurna,
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja.."

Aliaa membalas dengan nyanyian sayu menunjukkan hatinya juga sayu dan sedih. Lirik lagu Stacy, kisah dongeng pula. Buat drama mereka ditengah kepekatan malam.

" Air mata cinta darimu,
Ku menjadi rindu,
Pada syurga di wajahmu,
Tiada tanda kau berdosa.."

Setiap lirik punyai maksud tersendiri dan setiap lirik juga memberi kenangan padanya. Aliaa senyum tawar pada Faliq.

" Sanubariku memerlukan,
Kehadiran seorang teman,
Tulus mencurah kasih sepenuh hati.."

Berbalas-balas mereka bernyanyi malam itu. Mengalunkan lirik lagu penuh bermakna.

"Sayang kaulah cahaya,
Menyuluh jalanku untuk kembali,
Dan pegang pada tali cinta,
Yang pernah ku lafaz dahulu..
Sayang buka hatimu,
Biar ku rawat segala deritamu,

Sambil bernyanyi perlahan, Faliq bangun dari buaian itu dan melutut di hadapan Aliaa yang masih duduk dibuaian sebelah. Pandang wajah Aliaa dan senyum. Merenung ke dalam anak mata masing-masing. Aliaa diam membisu, mendengar setiap lirikan lagu.

" Agar kita mampu terus hidup,
Nikmati bahagia.."

Sambung nyanyi dengan senyuman.

" Aliaa.. !! Saya faham hati dan perasaan awak. Luka hati awak masih belum sembuh lagi. Kesannya amat mendalam. Saya tahu tu Aliaa.. Awak wanita kuat. Awak boleh memaafkan saya, boleh berkawan dengan saya dan rapat lagi. Tak ada orang yang dah berpisah kasih dan masih boleh berkawan rapat macam kita. Tapi awak, awak terima saya sebagai teman mesra. Saya kagum dengan kekuatan awak. Memang betul, memaafkan itu mudah tapi menerima sesuatu yang amat sukar. Tapi demi Allah swt, saya sayang awak. Saya akan tetap akan tunggu awak sampai hujung nyawa. Saya akan rawat hati awak yang saya sendiri dah lukai. Biarlah berapa lama pun awak nak masa, saya akan beri. Saya tahu, masa yang awak nakkan itu untuk awak cari diri sendiri dan untuk awak kenali saya semula. Kerana seseorang yang sebelum hatinya terluka takkan sama dengan setelah hatinya terluka.." kata-kata Faliq membuatkan Aliaa rasa sangat terharu. Itulah yang dia fikirkan dan rasai kini. Mahu mencari diri sendiri dan mahu mula mengenali Faliq semula.

Mahu mencari diri sendiri. Mahu merawat hati sendiri, mahu mencari keyakinan dan mencari kepercayaan diri untuk kembali pada Faliq. Bukan sesuatu yang mudah. Dia sentiasa berfikir, andai diberi peluang bersama semula dengan Faliq. Dia mahu mengubah dirinya menjadi yang lebih baik dan mahu bina hidup baru. Segala-galanya kena baru. Tapi dia masih belum ketemu apa yang dia inginkan. Yang paling utama adalah pintu hatinya sendiri. Masih belum bersedia dan masih belum terbuka.

" Iya.. Sebab tu saya perlukan masa. Nak merawat hati ini Faliq. Bukan mudah. Saya sendiri pun perlu memperbaiki diri saya sendiri. Biarlah saya terima awak dengan ikhlas bukan paksaan. Tapi abang tak faham..!" Pengakuan Aliaa.

" Dia nak lakukan yang terbaik untuk awak. Sebab dia kan sayang awak..!" Balas Faliq.

" Iya.. Saya tahu dia sayang saya tapi untuk apa mendesak dan memaksa andai hati saya belum terbuka. Ia hanya akan menambahkan luka yang sedia ada menjadi lebih cedera parah tahu tak. Sama macam pintu bilik ke pintu rumah ke, kalau terkunci dari dalam dan tiada. kunci spare macam mana. Kena pecah pintu tu kan jadinya makinlah rosak. Tu pintu rosak je boleh ganti beli yang baru tapi hati ni. Dahlah luka ditambah-tambah lagi luka. Macam mana nak ganti? Boleh ke beli dekat mana-mana. Tak boleh kan?! " Amboiii... Panjang lebar Aliaa bercakap. 


" Hahaahaaa.. Okey saya faham..!!" Faliq gelak kuat. Aliaa pelik.

" Kenapa awak gelak. Salah ke saya cakap..?!" Tanya Aliaa.

"Tak salah.. Tak salah. Betul lah tu.. Kalau hati awak ada jual dekat market, dah lama dah saya beli. Ataupun kalau ganti hati awak yang dah cedera parah tu dengan hati ayam okey tak sayang?!" Faliq bergurau. Gelak lagi dan lagi.

"Awak ingat hati saya ni apa? Suka-suka je disamakan dengan hati ayam.." Aliaa menjeling manja.

" Hmm..  Hati ayam murah je kan. Tak best!! Kalau macam tu saya bagi up sikit. Yang ni bukan senang nak dapat tau. Saya gantikan hati awak tu dengan hati lembu. Ha!! Mahal tu hati lembu. Macam mana,  okey tak?!"

" Eeee... Geram betul lah dia ni. Nak samakan saya dengan lembu pula ke..!! Sengaja cari pasal kannn...!!"  Menyirap hati Aliaa. Gurauan kasar. Terus saja tangannya mencubit lengan Faliq dengan menggunakan kukunya sampai meninggalkan kesan.

" Aduh.. aduh.. aduhh!! Hahahahaa.. Okey.. Okey.. Sorry sayang. Sakittt..!!" Menjerit-jerit Faliq kesakitan.

" Padan muka!!" Aliaa menjeling dan senyum.

"Fuhh!! Berbisanya. Tengok ni sampai luka ni ha. Ni pun kira terluka juga tau. Meninggalkan kesan. Luka berbisa. Siapa nak rawat luka ni? Siapa nak bertanggungjawab diatas kelukaan ini? Cakap cepat..!!" Kata Faliq. Dengan memek muka simpati. Sengaja bergurau.

"Tanggung dan jawablah sendiri. Padan mukaaa!! Byeee!!" Aliaa bangun dari buaian itu, mengejek Faliq dan jalan meninggalkan Faliq.
 
" Aik!! Dahlah lukakan saya lepas tu tinggalkan saya pula. Tak adil betul. Oitt sayang..!! Tunggulah..." jerit Faliq. Aliaa gelak. Faliq berlari anak mengejar Aliaa. Semakin dikejar semakin laju Aliaa berjalan. Gelak dan tawa.

" Okey bye!! Saya balik dulu..!!" Aliaa terus berjalan.

" Laa.. Naiklah kereta..!"

" Taknak.. Saya nak jalan kaki je..!"

" Ya Allah!! Dah malam ni lah. Ha tengok. Jam sepuluh lebih dah ni. Bahayalah..!!" Faliq jerit.

" Taknak...!! Bukan jauh pun. Awak pergilah balik.."  Aliaa tetap dengan keputusannya.

"Hmm.. Degil betul lah..!" Keluh Faliq. Dia jalan laju kearah Aliaa dan terus tarik tangan Aliaa bawa ke keretanya yang tak jauh dari situ.

"Faliq..!! Saya nak berjalanlah. Dekat je kut. Janganlah paksa..!!" Aliaa merungut.

" Ini memang kena paksa. Kalau awak di culik dengan orang jahat macam mana. Dahlah di culik kemudian dirogol. Nak ke?! Dah masuk sekarang!! Degil betul..!!" Pintu kereta ditutup. Aliaa buat muka.

" Elehh.. Biarlah saya kena culik pun. Bukan awak sayang saya pun..!" Gerutunya sendiri. Faliq senyum dan pandang Aliaa disebelahnya. Mencebik muka Aliaa dan menjeling padanya.

" Sebab saya sayang awaklah, saya taknak awak diculik dan dirogol. Biar saya je yang culik awak dan lakukan ehem.. ehem dekat awak. Nak?!" Aliaa terus menoleh pada Faliq dan terbeliak mata Aliaa dengar. Faliq senyum miang. Hahahaha!!

" Heyy!!! Gila..!! Awak jangan macam-macam, saya saman kang.."Aliaa menjauhkan kedudukannya rapat pada pintu kereta.

" Eleh.. Samanlah. Kalau dah ehem.. ehem kang boleh terus nikah. Tak payah nak bagi masa lagi. Nikah segera kan senang tu. Hahahaa!!" Faliq gelak kuat dan menghidupkan enjin kereta.

" Amboii.. Amboi.. Amboiii...!!! Sukanya dia. Hello.. Tak payah nak gatal miang sangat yee.." Aliaa menjeling lagi. Serius.

" Alaa gatal miang pun bukan dengan orang lain. Dengan janda sendiri dan bakal bini semula. Kan.. kan.. kan...!" Jawab Faliq. Kereta diberhentikan betul-betul dihadapan rumah Aliaa.

" Perasan lebih..!" Faliq gelak saja.

" Aliaa.. Mulai esok, saya ambil dan hantar awak ya. Saya risau, takut Tasya apa-apakan awak lagi. Okey?!" Kata Faliq.

"Tapi kalau saya ada appointment macam mana?!"

" Kan ada driver company. Kenapa taknak suruh driver je yang hantar. Saya tak peduli. Mulai esok saya akan ambil dan hantar awak.


Esok saya call Dato' info dia.."

"Eh!! Tak apa. Nanti saya info dia sendiri.."

" Kalau macam tu ,esok pagi macam biasa saya ambil ya..!"

" Baiklah Encik Faliq Alfie. Arahan diterima..!!"balas Aliaa.

" Bagus..!! Okeylah Cikpuan Aliaa Sofea. Jumpa esok ya. Tidur malam ni jangan lupa masukkan saya dalam mimpi awak tau.."

" Perlu ke masukkan awak dalam mimpi saya bagai. Ganggu tidur saya adalah.."

" Perlulah. Nak tidur dengan awak tak boleh jadinya cukuplah sekadar masuk dalam mimpi awak kan..."

" Hmm... Okeylah. Hati-hati memandu. Selamat malam.. bye!!" Aliaa membuka pintu kereta.

" Aliaa kejab.." Faliq panggil.

" Kenapa lagi?!" Baru saja nak melangkah keluar dari kereta dan kemudian menoleh pada Faliq semula.

"Cepat sikit buat keputusan, boleh cepat nikah dan boleh ehem.. ehem..eheemmmmm..!" Berkerut Aliaa.

"Oh nak ehem.. ehem ya!! Ambik ni ehem.. ehem awak.."

" Pangg..!!! "Dengan pantas terus Aliaa bagi penampar free pada Faliq. Dan gelak kuat.

" Aduhhh!! Kena lagi.. !! " Faliq menyapu-nyapu pipinya sendiri. Boleh tahan pedih jugalah.

" Itu namanya tamparan wanita. Padan muka. Hahaahaa...!!  Good night byee..!!" Terus Aliaa keluar dari kereta dan jalan masuk ke kawasan rumahnya. Pintu pagar dikunci dan Aliaa terus masuk ke dalam rumah.

" Hahahahaa.. Aliaa.. Aliaa..!! Kaulah penghibur hati aku. Garang tetap garang. Nak bergurau pun tak boleh. Dua das sekali kena,  cubitan dan tamparan. Fuh!! Peritttt!! Sebab garang kaulah aku sayang kau dulu kini dan selamanya. Hahahaha.. "Faliq gelak kuat. Happy pula hatinya dengan gurauan kasar tu.

" Selamanya.. Hati ini akan selalu memujamu. Mencintaimu.. seluruh hidupku hanyalah padamu...."

Faliq menyanyi kuat. Dan terus memecut laju keretanya membelah kegelapan malam. Tak ada yang menggembirakan hatinya kecuali Aliaa Sofea dan Dhia Afia. Dua insan yang penuh bermakna dalam hidupnya. Tiada yang dapat menandingi dua insan itu. Dua insan yang sangat penting dalam hidupnya.

Bila difikirkan semula. Inilah hikmah disebalik dugaan, menjadikan dia lebih menghargai insan yang bernama Aliaa Sofea. Kasih sayang semakin mendalam. Walaupun sekadar teman mesra kini tapi dia sudah nampak sinar kebahagiaan itu akan jadi milik keluarganya semula suatu hari nanti. Dan juga lebih merapatkannya pada Sang Pencipta. Terima kasih Ya Allah!! Katanya sendiri. Tersenyum. Tiada orang yang tiada masa silam yang penuh kepahitan. Semua itu menjadi pengajaran dalam hidupnya. 

Previous: Bab 117
Next: Bab 119

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.