336,491
Kategori:
Genre:
Bab 143
Faliq duduk menunggu Adil sedang bersiap. Nak turun makan tengahari. Sementara menunggu Adil, dia layan tv lah dulu. Baru lepas menghubungi Aliaa. Ceria saja wajahnya. Berseri-seri. Tak sabar nak tunggu bulan depan yang beberapa hari saja lagi masuk bulan baru. Semangat nak menikah. Hehe..!! Menikah dengan bekas bini. Gelak Faliq sendiri. Handphone dipusing-pusingkannya. Menunggu panggilan dari Zahwan pula. Zahwan pun mahu join lunch sekali. Zahwan ada pelawa mereka untuk duduk dirumahnya tapi mereka tolak secara baik sebab taknak menyusahkan. Zahwan memang sangat memahami sahabatnya itu. Lagi-lagi Adil, memang payah sikit mahu tidur dirumah orang. Takut menyusahkan. Lebih selesa tidur dihotel saja.

"Tersengeh-sengeh. Dah macam unta je aku tengok kau ni Liq.."perli Adil yang baru keluar dari bilik air.

"Hahaha.. Unta kau cakap aku. Biasalah bro,  siapa lagi yang buat aku tersengeh macam unta ni kalau tak adik kau.." Adil gelak kecil. Geleng kepala.

" Aku tengok kau ni kan. Walaupun adik tu janda kau, tapi kau punya feeling dekat dia tu, macam orang baru bercinta je. Aku rasa feeling orang bercinta tu pun kalah dengan feeling kau ni.." kata Adil. Sambil menyikat rambutnya dihadapan cermin.

" Biasalah bro.. Tak semestinya bercinta dengan janda sendiri tak boleh feeling lebih. Aku rasa bercinta kali kedua ni lebih mendalam feeling tu tau. Dah tahu hati budi, dah tahu buruk baik, dah tahu luar dalamlah senang. Itu yang perlu dan harus dalamkan lagi feeling tu. Hangatkan lagi rasa cinta tu.." panjang lebar Faliq berkata. Semangat sekali.

" Baguslah kalau macam tu. Dan, bagus jugalah kau buat macam tu. Nampaklah kau betul-betul nak adik aku balik. Tapi kalau feeling je lebih sebelum dapat dan feeling hilang bila dah dapat. Menang tak tahulah nak cakap apa dah. Memang takkan aku bagi kau jumpa adik lagi sampai bila-bila. Aku bawa adik aku jauh dari Malaysia ni.." jelas Adil.

" Insha Allah bro. Peluang ni aku akan hargai sebaik-baiknya.." Kata Faliq penuh keyakinan.
Adil hanya mendengar. Setelah Adil bersiap, mereka berdua terus turun ke lobi. Sengaja turun awal dan menunggu Zahwan di lobi saja.
Sampai saja di lobi hotel, tak lama Zahwan muncul menaiki keretanya.

Zahwan bawa mereka makan ikan bakar di salah satu restoran di Asia City. Ikan bakar fresh. Berselera sungguh Adil dan Faliq makan. Bukan selalu dapat makan ikan fresh dari laut Sabah ni. Peluang yang mereka tidak sia-siankan. Bertambah-tambah nasi Faliq dan Adil. Selesai makan ,mereka duduk berbual.

"Kalau aku duduk dekat KK ni, mahu gemuk aku. Memang makan je kut. Seafood fresh, sayur fresh, buah fresh. Semua fresh..!" Amboii.. Seronok pula si Faliq ni. Zahwan gelak kecil.

"Aikk!! Kau pun dah jatuh hati dah dekat Sabah ni ke bro.."

" Taklah jatuh hati tapi seronoklah. Laut cantik. Makanan best-best. Syurga seafood. Orangnya baik-baik" kata Faliq jujur.

" Sebab tulah adik aku suka Sabah ni. Dari remaja lagi dia suka Sabah ni. Outstation kerja dulu pun asyik ke Sabah je. Suka laut, sampai pernah cakap dulu. Nak cari suami orang Sabah tapi itulah tak kesampaian pula. Yang dapat orang KL yang gila ni ha.." cerita Adil. Seronok. Faliq pandang Adil. Berkerut.

"Aik!! Kau cakap aku gila bro..!"Zahwan gelakkan.

"Iyalah. Gila meroyan dekat adik aku kan..!" Perli Adil pada Faliq.

" Amboii kau bro. Makan dalam ni bro..!" Mereka gelak bersama.

" Eh!! Lupa pula. Wan.. Kuih cincin tu macam mana? Mana nak cari? " tanya Faliq pada Zahwan. Teringat kuih cincin yang Aliaa nak.

" Di pasar ada banyak tu. Nanti aku bawa kau ke sana. Siapa nak?!" Tanya Zahwan balik.

"Aliaa nak. Dia minta aku belikan. Hari tu dia nak beli terlupa. Teringin nak makan katanya.." jelas Faliq.

" Aliaa memang suka pun kuih cincin tu. Buat kudap-kudap depan tv.." tambah Adil pula.

" Macam mana kuih tu. Sedap ke?!" Tanya Faliq.

" Mestilah sedap. Orang Semenanjung kalau datang Sabah. Memang akan beli kuih cincin. Rugi datang kalau tak beli. Aku pun suka.." sambung Adil lagi. Zahwan angguk kepala.

"Memang betul..!" Sokong Zahwan.

" Okeylah. Nanti beli.." Faliq senyum. 


" So Wan..  Kau okey kan?!" Tanya Adil.

"Insha Allah. Jangan risau. Aku okey! Apapun thanks sahabat. Dari KL korang datang sini semata-mata nak ziarah aku. Terharu bro.." kata Zahwan.

" Kau ni, dah kita sahabat kut. Hari ni hari kau, esok lusa hari kami pula. Susah sama senang samalah kan.." balas Faliq. Zahwan angguk saja.

"Ya betul tu Wan. Kalau ada apa-apa share lah dengan kami. Susah senang kau susah senang kami juga. Jangan diam je. Tiba-tiba hilang dan tiba-tiba muncul. Ni kalau Aliaa tak cakap, aku mati-mati tak tahu tau.."

"Aku taknak korang susah."

"Ish!! Kau ni. Susahkan apa pula. Tak ada istilah menyusahkanlah Wan. Eh! Kau bila start kerja KL?!" Tanya Faliq.

"Insha Allah bulan depan tapi tak pasti berapa haribulan.."

"Okey set! Apa-apa roger je..!" Zahwan angguk.

"Apapun Wan. Aku nak kau kuat ya. Aku taknak tengok kau macam ni lagi. Sedih aku bro. Kau dululah paling hensem, paling hot antara kami ni. Kau kena bangkit, kena mulakan hidup baru dan tutup buku lama.." Adil memberi semangat pada Zahwan.

" Betul tu bro. Memang kena bangkit dan mulakan hidup baru. Jangan sia-siakan hidup kau. Nak bangkit memang payah tapi aku tahu dan aku yakin. Kau mesti boleh punyalah. Tak ada manusia yang tak ada sejarah hitam. Semua ada. Aku pun ada sejarah juga terlalu banyak sejarah hitamnya." Adil senyum.

"Insha Allah. Aku akan bangkit dan mulakan hidup baru. Demi korang sahabat..!!" Jawab Zahwan sangat yakin. Adil dan Faliq senyum.

" Demi kami, demi family kau dan kerana Allah swt.." tambah Adil.  Zahwan angguk.

" Baik bro.. Koranglah sahabat aku dunia akhirat. Thanks.. Eh! Esok flight korang jam berapa?"

"Jam 9.20 pagi.." Zahwan angguk.

"Jom gerak. Cari kuih cincin pula.." ajak Faliq.

" Selagi tak beli selagi tulah kuih cincin je kan Liq.." Adil perli.

"Iyalah bro. Kalau aku tak beli, merajuk pula Aliaa nanti. Tak pasal-pasal aku kena terbang lagi ke sini ni nak cari kuih cincin punya pasal."

"Hahahaa.. Okey jom. Beli banyak-banyak buat stok.." Zahwan membalas. Mereka gelak. Setelah membuat bayaran. Mereka terus beredar. Menuju ke Pasar Filipine pula.

Dalam perjalanan, mereka berbual dan berbual. Tengahari begini memang agak sibuk jalanraya. Ada yang keluar mencari makanan, ada pelancong yang sibuk shopping ikan masin dan cenderamata mahu bawa balik dan pelbagai golongan lagi. Faliq tak berapa tahu sangat KK ni. Kalau datang KK pun atas urusan kerja saja dan kemudian terus balik KL. Nak jalan-jalan, memang taklah Faliq. Lain pula dengan Adil, memang dah biasa dengan Sabah ni.

Setelah meletakkan kereta, mereka berjalan ke Pasar Filipine. Zahwan tunjuk pada Faliq kuih cincin yang dia mahu beli.

" Oooo ini. Ini aku tahulah ni pernah makan pun  tapi nama aku tak tahu. Hahaaha..!!" Faliq gelak.

" Ceh engkau! So, kau nak beli berapa ni?"

" 10 bungkus..!"

"Banyaknya. Aliaa nak 10 bungkus ke?!" Terkejut Adil dengar.

" Eh!! Taklah. Aku pun nak juga. Sedap kuih ni. Nak bagi Nizam dan Angah juga.." jawab Faliq. Senyum.

"Oooooo Aku ingat kau nak bagi 10 bungkus dekat Aliaa.." Panjang oooo Adil. Zahwan gelak je. Layankan sajalah si Faliq ni. Faliq membeli ikan masin juga untuk mamanya. Shopping ikan masin, udang kering, kuih cincinlah Faliq nampaknya. Mereka melihat penjual ikan masin membungkus semua yang Faliq beli masuk dalam kotak. Di susun satu persatu. Kemudian diikat rapi. Kemas saja bungkusannya. Siap ada pemegang lagi untuk memudahkan customer mengangkat kotak.

"Liq.. Aku rasa tak sedap hatilah.." Kata Adil.

" Aku pun. Tiba-tiba pula rasa semacam ni beb. Berdebar hati.."Mereka berpandangan.

"Tadi kau call Aliaa. Dia macam mana?" Tanya Adil.

" Okey je. Happy macam biasa.." jawab Faliq. Setelah buat bayaran, mereka bertiga terus menuju ke kereta. Adil mengeluarkan handphone dan menghubungi Aliaa. Tapi tidak dapat. Talian sibuk. Semakin berdebar hatinya. Sampai di kereta, Faliq masukkan kotak ikan masin dalam bonet kereta Zahwan. Dan terus masuk dalam kereta. Faliq pula menghubungi Aliaa. Sama, tidak dapat juga.

"Adil.. Talian busylah.."

"Tulah pasal.."


" Kenapa bro? Ada problem ke?!" Tanya Zahwan.

" Tak sedap hati. Aku terus ingat adik akulah. Aku call tak dapat pula. Risau ni.." Wajah kerisauan Adil terserlah.

" Aku try tanya Naim. Sekejab..!" Faliq terus hubungi Naim.

" Hello Im.. Aku nak tanya ni. Aliaa ada dekat office tak?!"

" Aliaa belum masuk lagi. Dia ada appointment kat Putrajaya tadi. Tapi patutnya memang dia dah masuk office sebab kejab lagi ada meeting.." jelas Naim.

" La iyeke?! Tadi aku ada call dia, dia cakap on the way ke office. Takkan tak sampai lagi kut.."

" Kejab lagi sampai lah tu.."

" Hmm.. Okeylah. Nanti kalau dia dah masuk minta dia call aku ya. Aku call dia line busy.." pesan Faliq pada Naim.

"Okey bro!!" Faliq terus matikan talian.

" Aliaa tak masuk office lagi.." Faliq beritahu pada Adil. Faliq fikir sesuatu.

" Tadi aku call lebih kurang sejam lepas. Dia cakap on the way. Tapi kenapa tak masuk office lagi ek? Ish!! Makin berdebar hati aku ni.." kata hati Faliq.

Mereka bertiga terus masuk ke dalam bilik hotel. Zahwan pun join sekali. Mahu lepak berbual dengan Adil dan Faliq. Fikiran Adil masih terus pada Aliaa. Entah kenapa tiba-tiba rasa tak sedap hati. Sampai di bilik, kotak ikan masin diletak di tepi atas meja. Dan mereka duduk berbual kosong. Sedang asyik berbual. Handphone Adil berbunyi. Terus Adil jawab.

"Assalammualaikum.. Boleh saya bercakap dengan Encik Adil Hafiz?!"

"Waalaikumsalam.. Iya. Saya Adil Hafiz. Siapa ya?!"

"Saya Inspektor Adam dari IPD Putrajaya. Aliaa Sofea adik awak?!"

" Iya..! Adik saya. Kenapa dengan dia?!"  Turun naik nafas Adil. Mendebarkan. Pandang Faliq dan Zahwan silih berganti. Faliq terus berdiri apabila dengar nama Aliaa disebut. Sangat risau.

" Adik Encik Adil terlibat dalam kemalangan tengahari tadi.."

"Ya Allah..!!"  Adil terus terduduk. Faliq menghampiri Adil. Terpaku sekejab.

" Sabar banyak-banyak Encik. Dia masih di dalam bilik kecemasan. Menurut doktor keadaannya parah.." lemah longlai seluruh tubuh Adil. Faliq dan Zahwan tak sabar nak tahu. Lagi-lagi si Faliq. Mereka berdua hanya mendengar Adil sedang bercakap di telefon.

Adil duduk menekup muka. Diam sebentar. Faliq dan Zahwan masih menanti jawapan.

" Adil.. Kenapa dengan Aliaa?"tanya Faliq. Adil tarik nafas dalam. Matanya merah memandang tepat pada Faliq.

"Kenapa ni? Aliaa kenapa?" Tanya Faliq lagi.

"Aliaa kemalangan Liq.." kata Adil perlahan.

" Apa? Kemalangan? Ya Allah..!!" Giliran Faliq pula terduduk. Zahwan menenangkan Faliq dan Adil.

" Keadaannya parah..!" Sambung Adil. Lemah suara. Suasana menjadi sayu.

" Adil.. Kita balik sekarang..!" Faliq terus bangun dan mengajak Adil balik KL.

"Okey jom!! Wan.. kami kena balik Wan.."

" Iya.. Aku hantar korang ke airport. Sabar banyak-banyak Dil. Sabar Liq.." Tanpa berlengah. Adil dan Faliq terus berkemas. Kelam kabut, harap-harap ada tiket flight. Fikiran  masing-masing fokus pada Aliaa saja. Risau dan risau.

Baru tengahari tadi Faliq berbual bersama Aliaa di telefon. Bergurau dan gelak tawa. Suara ceria. Tak sangka sekelip mata. Betapa sedihnya dan risaunya hati. Selagi tidak tengok Aliaa sendiri. Pasti dia tidak tenang. Sungguh tidak sabar dia mahu balik KL, mahu bincang dengan Aliaa untuk majlis pernikahan mereka. Tapi lain pula jadinya. Risau tak terkata.

Kemalangan berlaku sekelip mata. Betapa ceria suara Aliaa tadi dan tiba-tiba ceria itu hilang. Dan tak tahu macam mana keadaan Aliaa. Bertambah risau. Dalam hati tak putus berdoa untuk Aliaa. 

Previous: Bab 142
Next: Bab 144

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.