336,800
Kategori:
Genre:
Bab 119
Hari ni aku merajuk lagi dengan Abang. Lepas kejadian malam tu, Abang asyik cari pasal je dengan aku. Asyik nak marah je, entah apalah salah aku, hmm aku pun tak tahu. Tak ada punca pun tapi abang marah memang sengaja kut. Geram je. Aku pula ikut keras hati juga, degil, jawabnya berborak pun taklah. Kalau abang tanya, aku pun jawab sepatah je. Jawab mana yang penting je. Abang cuba pujuk aku tapi aku macam biasalah tetap berlagak. Tak layan pun. Padan muka abang, siapa suruh cari pasal. Nak kena ikut cakap dia je, paksa aku nikah dengan Faliq cepat-cepat. Entah apa-apa entah. Bagilah aku bernafas dulu. Main paksa-paksa pula. Eeeee... geram.. geram.. geram..!! Lari nanti, baru tahu. Kataku dalam hati.

Makan malam tadi, Abang masak. Makanan kesukaan aku pula tu. Tapi kerana egonya aku, yang abang cakap ego tinggi melangit tu dan  tak makan pun. Iyalah..!! Merajuklah katakan.   Dua hari dah aku tak makan nasi, dekat office pun tak makan, dekat rumah pun tak. Tak ada selera nak makan. Breakfast cuma minum nescafe tiap hari di office. Dah makin kerap pula aku minum nescafe ni. Bahaya.. bahaya!! Kalau arwah Haikal masih ada, confirm kena marah. Terasa rindu pula pada Haikal.

Dah beberapa hari ni aku pergi dan balik kerja dengan Faliq. Faliq tengah busy sekarang, nak makan pun tak sempat. Faliq pun beberapa hari ni kena terus turun tapak projeknya. Ada hal katanya. Hantar aku ke office dan terus pergi. Petang dia ambil macam biasa. Aku mahu drive sendiri, dia tak bagi, alasan takut Tasya kacau. Sama je pun, aku naik dengan dia pun, Tasya tetap kacau. Malas nak bising, ikutkan jelah. Lagipun, abang lah yang suruh Faliq ambil dan hantar aku kerja. Konon nak rapatkan aku dengan Faliq lah tu. Menyusahkan orang je. Hmm..

Lepas tidurkan Dhia tadi, aku tak tahu nak buat apa. Jadi, mereput je dalam bilik. Nak rehat, rasa badan tak sihat. Perut pula buat hal, tak lainlah ni, gastrik aku kembali. Padan dengan muka sendiri, tak ada penyakit cari penyakit. Aku pun langsung tak keluar bilik, baring je di katil. Pusing kanan pusing kiri.

"Adik..! Oh dik..!!" Suara abang memanggil. Ketuk pintu perlahan. Aku tak menyahut tapi  terus bangun perlahan buka pintu. Makin sakit pula perut ni. Tahan je.

" Kenapa ni? Berkurung je dalam bilik. Makan pun tak, pergi makan, ada abang simpan lauk tu.."  Aku pandang je sekilas. Abang pujuk lembut. Tahu risau!

" Taknaklah! Tak ada selera nak makan.." jawabnya.

" Sudah-sudahlah merajuk tu dik. Ni tak makan tak minum. Nanti kalau sakit macam mana?!"

"Nanti kalau lapar, adik makanlah. Adik nak rehat ni, sakit perut.." balasku.

" Ha tengok. Sebab tak makanlah sakit perut. Jom makan..!!"

" Taknak..!! Adik nak tidur.."

" Hmm.. Macam mana nak makan ubat kalau tak makan nasi. Makan sikit je ye..!" Abang tetap memujuk.

" Abang.!! Adik penat, adik nak tidur kejab. Nanti adik makan.." Aku tetap bagi alasan.

" Sukahatilah. Dahlah pergilah tidur. Kalau ada apa-apa nanti info abang cepat-cepat ya..!!" Abang mengalah akhirnya. Aku angguk dan terus tutup pintu. Kembali baring. Aduh..!! Makin parah dah sakit perut ni. Dah lama tak sakit tapi dah sakit rasa macam mahu mati je. Huhu..!! Ubat pula tak ada, seksanya menanggung. Aku tutup mata, dengan harapan dapatlah tidur dan bila bangun dengan harapan kembali sihat. Layan sakit akhirnya terlelap.

Aku tak tahu sekarang jam berapa. Tersedar dengan kesakitan yang amat sangat. Sampai mengigil seluruh badan, lemah sangat-sangat. Dah 3, 4 kali aku keluar masuk bilik air. Muntah dan muntah. Tak boleh jadi macam ni, tak tertanggung dah sakit perut ni. Aku capai handphone. Menghubungi abang, nak keluar ke bilik abang memang tak larat. Jam sudah 3pagi . Aku info abang dan tak lama abang ketuk pintu bilik. Dengan badan yang sangat lemah ni aku gagahkan juga. Nak angkat badan sendiri pun rasa macam tak terdaya je.

Selangkah demi selangkah aku jalan, nak ke pintu rasa macam berbatu-batu jaraknya. Kepala dah mula berpinar, aku kuatkan juga. Pintu berjaya aku buka dan ku kuak perlahan.

" Adik..! Okey ke tak ni? Lemah macam ni.. aduh.!! Jom pergi hospital.." 


Ajak abang. Aku angguk je dan terus je ambil tudung dan sarung di kepala. Abang memapah aku hingga ke kereta. Aku masuk dalam kereta dan tutup mata tahan sakit. Seksa betul.

" Abang.. pergi klinik je ye. Taknak hospital nanti kena tahan pula. Adik taknak..!!" Pintaku suara lemah juga.

"Mana boleh. Adik ada kes kut. Hospital jelah, kalau ada apa-apa kan senang.." Kata abang.

" Alaa.. Taknak. Klinik je. Gastrik je kut bukan parah pun. Kalau abang bawa ke hospital adik taknak makan sebiji pun ubat.."aku menjawab je. Boleh pula aku ugut abang. Yang tanggung sakitkan aku, apalah aku. Hehe..!!

" Hmm.. Adik ni kan!" Abang terus diam. Aku letak kepala diseat kereta. Dalam perjalanan, kami diam seribu bahasa. Langsung tak borak. Sampai di klinik swasta 24jam yang tak jauh dari rumah, aku terus masuk jumpa doktor. Tak ada orang. Lega!!. Aku dirawat ala kadar je. Abang tak berapa suka sebenarnya klinik ni. Tak berapa nak teliti doktor yag merawat tapi nak buat macam mana aku yang nak. Abang pun cakaplah yang aku ada masalah jantung. Itu pun nak cerita. Apalah abang. Doktor cakap, degupan jantung aku laju dan pernafasan aku pun tak berapa okey pun sebenarnya. Kata doktor, kalau aku ada rasa sesak nafas terus ke hospital. Tapi pedulilah, yang aku fikir aku nak sembuh dari sakit ni sekarang. Tu je.!! Aku minta ubat cepat baik. Hehe!! Apa lagi kena cucuklah jawabnya. Okey!! Selesai semua. Kami pun pulang ke rumah. Sampai je rumah, aku makan ubat dan sambung tidur.

" Tut.. tutttt...!!" Aku tersedar dari tidur apabila handphone berbunyi. Aku raba-raba tepi bantal cari handphone. Beratnya mata. Rasa baru je tidur. Aku buka mata kecil je tengok di skrin handphone. Faliq call. Dengan malas dan ngantuk aku jawab. Suara bangun tidur.

" Hai my dear.. Dah bangun ke blum?!" Suaranya ceria je.

" Belum masih mimpi lagi ni.." jawabku.

" Aik!! Boleh pula jawab call ni ye. Hehe!!" Gelak kecil Faliq. Aku senyum.

" Hmm.. Awak kacau..!"

" Dah sihat ke ni? Kalau belum sihat, awak tak payahlah turun kerja ya..!!" Katanya lembut. Terus segar bugar mataku. Mana pula dia tahu ni. Hmm.. Siapa lagi yang info, dah sah-sah abang. Sikit-sikit nak mengadu pada Faliq.

" Dah sihat dah ni.." aku duduk tapi masih berselubung dalam selimut lagi. Dah jam 6.15 pagi dah. Dah subuh dah ni.

" Okeylah. Saya nak mandi nak solat dan nak bersiap. Saya nakpergi kerja sendiri tau, awak tak payah ambil tau.. tau..!!" Kataku semangat.

" Jangan nak mengada, saya ambil macam biasa nanti.."

" Tak payah. Saya nak drive sendiri. Okey byeee!!" Aku terus matikan talian dan senyum. Perut aku dah tak sakit dah, yeahhh!! Dah sembuh. Tapi tak sepenuhnya. Aku terus masuk bilik air, mandi, ambil wuduk. Kemudian solat dan terus bersiap.

Abang didapur sedang duduk menghadap sarapan bersama Dhia. Berbual dengan Dhia. Gelak tawa. Aku menghampiri mereka dan duduk disebelah Dhia.

"Sayang mama ni makan apa tu..!!"

"Dhia makan spagetti ni mama. Uncle buat tadi, sedap sangat..!!" Berselera sungguh Dhia makan.

" Oh ye ke?! Makan banyak-banyak tau..!!"

" Dah banyak dah Dhia makan ni ma. Okeylah ma, Dhia nak mandi ye. Dhia belum mandi.."

" Laaa... Patutlah bau busuk. Dhia lah ni ye..!!"

" Haahaha.. Uncle ni suruh makan dulu.."

" Aik!! Uncle pula yang disalahkannya. Pandai yee..!!"

" Sorry uncle.. Jangan marah tau, nanti cepat tua..!!" Pandai anak aku ni bergurau. Aku gelak je. Kemudian, Dhia terus berlari masuk dalam rumahnya. Aku menghirup air kopi susu. Sedap!!

" Dah sihat ke?! Tak payahlah kerja. Rehat je dekat rumah ni.." kata abang. Aku senyap je. Perut pedih lagi ni tapi memikirkan kerja yang bertimbun. Memang kena kerjalah ni.

" Kenapa tak makan? Makanlah dik..!" Sambung abang lagi.

" Tak ada seleralah nak makan. Adik nak makan bubur lambuk.." pintaku.

" Ha? Mana pula nak cari bubur lambuk ni dik.." 

" Tak apa. Adik cari sendiri" kataku. Aku minum dan terus melangkah keluar.

" Bila nak habis merajuk tu. Hmm..!" Aku buat tak tahu je dan terus tinggalkan abang. Tak ada jiwa nak borak dengan abang. Aku baru je nak ambil handbag diatas sofa, 


tiba-tiba perut pula memulas. Aduhai.. dah siap dah cun-cun macam ni. Buat hal pula perut ni, time ni pula rasa nak membuang.  Aku tengok jam ditangan, baru jam 7.25 pagilah. Ingat dah lewat dah. Tak boleh tahan dah ni perut, aku terus berlari masuk dalam bilik melepaskan hajat.

Selesai melepaskan hajat, aku kembali ke ruang tamu. Eh!! Terdengar suara Faliq pula sedang berbual dengan abang didapur. Dia datang juga. Dah ku info kut aku nak drive sendiri. Sabar jelah. Aku pun teruslah ke dapur. Menghampiri mereka berdua. Faliq menoleh padaku dan senyum. Aku duduk disebelahnya.

" Nah ni.. Kata nak bubur lambuk kan? Makan ni.." Faliq bangun dan ambilkan sudu untukku.

" Macam mana awak tahu saya nak ni?" Aku jeling abang. Abang buat muka selamba.

" Dah.. Tak payah tanya. Makan ni, lepas tu makan ubat.." katanya. Aku senyum.

" Thank you!! Hmm..sedapnya!!" Abang senyum dan pandang pada Faliq pula. Aku layan bubur lambuk pagi tu sampai licin. Kenyang!!

Selesai makan semua, kami pun mula melangkah nak pergi kerja pula. Sebelum berpisah arah, aku salam abanglah macam biasa tapi dengan muka mencuka dan terus masuk dalam kereta Faliq. Abang berbual sekejab dengan Faliq. Entah apalah yang dibualkan. Tu mesti cerita pasal akulah tu. Aku pula nak taknak terpaksalah naik dengan Faliq juga. Tak ada pilihan. Kasihan dia kena ambil aku dan hantar aku pula. Eh! Tapi okeylah tu, nampaklah juga kesungguhan dia betul-betul nak aku semula. Bagus juga kan. Kalau betul dia nak aku semula, mesti dia sanggup buat apa je untuk aku. Hmm.. Macam best je ni. Macam nak kenakan dia je ni. Tak apa, aku nak cari idea baik punya. Inilah masanya.. Haahaha!!

Masuk je dalam kereta. Faliq terus hidupkan enjin kereta dan mula memandu. Dia menoleh padaku. Aku pandang ke hadapan.

" Awak okey ke ni?!"  Tanyanya memecah kesunyian.

" Okeylah. Dah sihat dah pun. Tak payahlah risau. Tengok ni masih boleh senyum kan. So, maknanya okey!!" Kataku dengan tersengeh.

" Hmm.. Kalau tak sihat terus call saya ya.." Risaunya dia. Aku hanya iyakan je. Aku menoleh padanya dan senyum.

Sampai di lobi, aku dan Faliq jalan bersama menuju ke anak tangga. Berbual mesra, gelak tawa. Memang happy kami. Siapa yang tengok pasti jelous punyalah. Satu persatu anak tangga kami daki. Sampai di depan liff,  kami masih berbual. Tinggg!! Pintu liff terbuka. Kami biarkan mereka keluar dahulu.

" Sayaaanngg!!" Dari dalam liff lagi Tasya sudah menjerit apabila nampak Faliq. Aku dan Faliq berpandangan dan angkat kening. Terus saja Faliq rapatkan badan dekat dengan aku. Tasya keluar dengan terkedek-kedek. Sempat lagi marah mereka yang lambat keluar. Pelik.

" Sayang.. Sayang.. Sayang...!! Kebetulan you sampai ni. Jom breakfast..!!" Menghampiri Faliq tapi mata dia sempat jeling aku. Aku sinis je.

" Sorry..!! I dah breakfast dengan sayang i ni.." jawab Faliq. Aku senyum.

" Alaaa.. tu dengan dia. Sekarang ni i nak you temankan i breakfast. Just you and me only..!!" Amboii.. Gaya macam apa entah. Poyo!!

" You pergilah ajak sesiapa ya. I banyak kerja. I nak hantar sayang i ni masuk office dan i pun nak masuk office.. " jawab Faliq.

" You ni kan. Tak pernah nak temankan i breakfast. Nak hantar i masuk office pun tak pernah. Asyik dia ni je. Bencilah..." Tasya merungut. Dah kenapa kau nak merungut Tasya. Kau siapa? Kataku dalam hati.

" Sebab dia ni special i. Ofcourse lah segalanya dia. Okeylah. I banyak kerja. Jom sayang..!!" Kami terus melangkah masuk dalam liff. Sebelum pintu liff tertutup,  aku sempat pandang muka Tasya. Merah mukanya macam udang goreng menahan marah dan bengang lah tu. Aku senyum padanya tapi dia balas dengan muka yang menyinga. Eleh.. Nak buat muka menyinga konon. Kau buatlah muka harimau ke, anaconda ke, pontianak ke, nenek lampir ke. Sikit pun aku tak takutlah Tasya.

"Okeylah.. Saya masuk dulu ye. Thanks bubur tadi. Sedap!!" Kataku sebelum keluar dari liff.

"Okey tak apa. Perkara kecil je tu. Nanti kita lunch sama ye. Hari ni saya tak busy sangat. Apa-apa whatsapp ya..!" Pesannya.

"Okey.. kerja elok-elok. Jangan menular.." aku pula pesan.


" Iya Cikpuan. Assalammualaikum.."

" Waalaikumsalam.." pintu liff terus tertutup. Hilang dah Faliq dari pandangan. Aku masih berdiri di hadapan liff. Senyum sorang-sorang. Eh!! Dah kenapa aku ni. Hahaha..!! Gelak sendiri dan terus masuk office.

Faliq oh Faliq!! Andai kau adalah jodohku. Biarlah ia kekal ke jannah. Andai kau bukan jodohku. Semoga kau bahagia dunia akhirat. 

Previous: Bab 118
Next: Bab 120

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.