336,412
Kategori:
Genre:
Bab 116

Gila.. Gila.. Gila..!! Betapa sakitnya hati pada Aliaa. Geram teramat sangat. Kalau ikutkan hatinya yang sedang terbakar itu, mahu saja dia tikam-tikam Aliaa sampai lumat. Berani Aliaa ugutnya pula. Ciss!! Kurang ajarnya Aliaa. Maki hamun Tasya didalam hati. Punyalah sakit hati. Merah muka menahan marah. Terus masuk ke dalam office nya. Sampai di bilik,handbag dicampak saja diatas meja. Duduk bersandar, memeluk tubuh sendiri. Turun naik nafasnya.

" Arhh!! Kurang ajarrr!!" Jeritnya sendiri. Tak boleh dibiarkan, dia kena lakukan sesuatu agar Faliq kembali padanya. Apapun terjadi, Faliq tetap akan jadi miliknya. Walau ada yang tergadai nyawa sekalipun dia sanggup. Tasya berkerut dahi. Memikirkan sesuatu, mancari idea untuk hapuskan rasa kasih sayang antara Faliq dan Aliaa. Sekarang ni, langkah pertama dia harus lakukan adalah buat Aliaa sendiri benci pada Faliq. Bila Aliaa benci pada Faliq sudah tentu dia tidak akan rujuk semula pada Faliq. Dan, pasti Faliq akan kecewa. Jadi, mudahlah dia mendekati Faliq semula. Dia agguk-angguk kepala. Dan senyum sendiri.

"Tapi macam mana nak buat Aliaa benci Faliq ye?! Hmm.. Ha!! Yess..!! Dapat idea.. Cantiklah..!! Hahaha.. You tunggu ya Aliaa,  ni baru permulaan. I akan cari idea demi untuk hapuskan you. Kalau tetap tak berjaya, i terpaksa guna cara kotor. Terpaksa kerana i sayang Faliq. I akan lakukan apa saja untuk dapatkan sayang i tu. Sorry..!! Hahaahaaa" Tasya gelak besar. Gambar Faliq direnungnya di aplikasi galeri dalam handphone nya. Dan apabila melihat gambar Aliaa terus menyirap hatinya. Fuhh!! Benci betul dia pada Aliaa. Sakit hatinya bertambah-tambah.

Dia memang simpan gambar Aliaa, mudah kerjanya untuk melakukan sesuatu nanti. Entah apalah yang dia mahu lakukan. Gambar itu diambil dari handphone Faliq dahulu. Dan masih disimpan. Dia melihat semula gambar-gambarnya bersama Faliq, gambar kenangan. Beberapa gambar mesra mereka terus dihantar pada Aliaa. Sengaja buat Aliaa sakit hati pula. Padahal gambar lama pun. Memang tak puashati kalau tidak menyakiti hati Aliaa. Tapi bila Aliaa sakiti hatinya pandai pula dia bengang. Hmm.. Dia ingat Aliaa kisah dengan semua gambar yang dia hantar itu, memang taklah. Aliaa tak ambil port pun, lagi pula dia sudah tahu niat jahat Tasya. Memang akan di ketawakan sajalah oleh Aliaa. Tasya ni tak pandai mana pun. Nak buat jahat pada Aliaa dan Faliq tapi pergi info Aliaa pula. Perompak nak mencuri tapi info polis. Apa kes?! Hahaha..!!

Dia tunggu Aliaa balas whatsapp, nak tahu apa respon Aliaa bila hantar gambar tadi. Tunggu punya tunggu tapi tak ada pun. Sendiri sakit hati. Lalu, dia menghubungi Faliq. Banyak kali dia call tapi tidak di jawab. Dia whatsapp pula.

" Ishhh!! Mana Faliq ni, kenapa tak jawab. You jawablah you.. I rindu you tahu tak?!" Katanya sendiri. Tasya tak putus asa, dia call lagi dan lagi. Tapi kecewa sendiri.

" Kenapa dengan i hari ni? Aliaa sakitkan hati i. Faliq tak jawab call. Encik Zahid pagi-pagi marah. Gilalah hari ni.. Benci.. Benci.. Benci..!!"  Tasya menjerit-jerit sendiri. Manalah orang tak marah, buat kerja pun tak, asyik menular saja. Bankrap company. Dia ambil handphone semula dan menghubungi seseorang.

" Hello darling..!! You dekat mana? Jom keluar. I bosanlah.." suara manja dan menggoda. Berbual sebentar dengan gaya yang mengada.

"Okey..!! Kita jumpa nanti tau. Jangan lambat tau Darling.. Bye Darling.. Muahhh!!" Talian dimatikan. Tersenyum lebar dia.

" Yess!! Hahahaa.. Dapat handbag barulah i nanti.." Amboii.. Seronoknya hati Tasya. Tadi punyalah marah sekarang happy pula. Mana tak happy, sumber kewangan sentiasa ada. Call saja dan minta saja pasti dapat. Tapi ada bersyarat. Biasalah Tasya..!!

Tanpa buang masa, Tasya terus capai handbag dan terus keluar dari office dengan bernyanyi-nyanyi happy. Muka banyak senyum. Butang liff ditekan, apabila pintu liff terbuka saja Tasya melangkah mahu masuk ke dalam liff tapi langkahnya terhenti seketika. Terus berubah airmukanya dan buat muka bengang. Masuk jugalah. Aliaa tarik nafas dalam dan berpandangan pada Nina dan Mira. 


" Macam tak ada orang lain ke yang i kena jumpa. Asyik janda ni je. Boring betul lah.." Merungut Tasya sendiri. Aliaa buat tak tahu saja. Tak dilayan pun si Tasya tu. Mereka bertiga berbual mesra. Tasya sendiri yang sakit hati sebenarnya setiap kali melihat Aliaa. Entah apa masalah dia. Mengejek-ngejek dan buat muka pada Aliaa. Aliaa berkerut. Dah kenapa minah senget ni. Parasit meroyan betul. Kata hati kecil Aliaa. Aliaa buat bodoh saja. Tetap senyum. Pelik.

" Tapi kan Cik Aliaa, muka Dhia tu ikut muka Encik Faliq tapi mata dia ikut Cik Aliaa. Cute sangat..!" Kata Nina.

" Tengoklah mama papanya." balas Mira pula.

" Kalau Cik Aliaa dapat anak lagi dengan Encik Faliq nanti kan, dapat pula baby boy confirm hensem macam Encik Faliq juga kan Mira kan" sambung Nina lagi. Dah ke situ pula mereka ni. Adeh!!

" Ha betul tu. Mujurlah anak saya pun girl Cik Aliaa. Kalau boy, saya nak booking anak Cik Aliaa jadi menantu saya.." Berkerut-kerut dahi Tasya mendengar perbualan mereka. Menyampah dia.

" Hahahahaa.. Ada-ada je korang ni.." Aliaa gelak sakan. Padahal dia gelakkan si Tasya. Lawak melihat wajah Tasya. Wajah meluatnya pada Aliaa.

Ting..!! Pintu liff terbuka. Aliaa, Mira dan Nina dengan pantas terus keluar tapi Tasya masih tercegat lagi.

" Tolong tepi sikit boleh tak? Boss kami nak lalu. Tolong bagi ruang dia keluar. Thank you..!!" Selamba Mira mertolak sedikit bahu Tasya.

"Ishhh!!! Menyibuk jelah..!" Aliaa pandang sekilas saja pada Tasya dan senyum. Lalu terus keluar bersama mereka. Langsung tak hiraukan Tasya yang masih membebel bengang. Yang Tasya ni pun dah kenapa taknak keluar dari liff. Nak jadi security liff kali.

Sewaktu Aliaa mahu melangkah menuruni anak tangga. Dia senyum lebar apabila melihat si teman mesra sedang berdiri di bawah menantinya. Tersenyum manis memandang Aliaa dengan memegang setangkai bunga mawar merah.

" Eh!! Dah baliklah Mr. Arkitek Cik Aliaa. Amboii!! Siap tunggu dengan bunga lagi tu.. !"  Mira dan Nina mengusik.

"Alahai sweetnya.. !! Parasit tu dekat belakang tu mesti angin satu badan tu Cik Aliaa.." Nina pula sambung.

" Maknanya hubby awak pun dah baliklah tu Mira kan..!" Aliaa pula mengusik Mira. Mereka bertiga gelak kecil. Faliq masih tersenyum menanti Aliaa turun. Sampai saja di anak tangga terakhir, Mira dan Nina meninggalkan Aliaa. Aliaa berdiri ditepi tangga. Bertentang mata dengan Faliq. Senyum dan gelak kecil. Pula dah! Berdrama dekat tangga.

" Sayaaaangggg!!!" Tiba-tiba Tasya dari belakang terus menolak Aliaa ke tepi dan terus ke arah Faliq. Jatuh terduduk Aliaa di tepi tangga, mujur sudah menuruni anak tangga jika tidak mahu jatuh tergolek ke bawah.

" Apa you ni tolak-tolak Aliaa.." Sepantas kilat Faliq terus menghampiri Aliaa.

" Awak okey?!" Faliq memegang lengan Aliaa dan membantunya bangun.

" Okey..!" Kata Aliaa senyum.

" You ni kan, makin lama makin melampau. Berani you cederakan Aliaa kan. You jangan buat hal ye Tasya.." Marah Faliq pada Tasya. Serius wajahnya.

" Cederakan apa pula? Tersenggol sikit je kut. Aliaa tu yang mengada-ngada buat gempak je. Saja nak ambil perhatian you. Macamlah i tak tahu..!" Tasya mencebik muka meluat.

" Sekali lagi i nampak you buat Aliaa. Siap you!!" Faliq memberi amaran.

" Faliq dahlah. Saya okey pun.." Aliaa menenangkan Faliq.

" Ni untuk awak sayang.. Saya bawa dari jauh ni tau. Special bunga untuk sayang saya ni..!!" Faliq menghulurkan bunga mawar merah pada Aliaa. Sengaja dwpan Tasya. Aliaa menyambut dengan senyuman. Tasya memerhati dengan wajah yang penuh amarah.

"Thank you..!!" Aliaa sengaja.

" Sayang..!!" Tasya terus menghampiri Faliq. Tanpa perasaan malu dia terus berdiri membelakangkan Aliaa dan berdiri betul-betul dihadapan Faliq.

" Untuk i tak ada ke?! " Katanya dengan suara yang mengada-ngada. Aliaa tarik nafas dan geleng kepala. Rimas dia dengan sikap Tasya ni. Terus saja Aliaa melangkah meninggalkan mereka tanpa kata apa-apa, hanya senyum saja.

" You ni kenapa ha? Mana i pergi you ada, i dengan Aliaa pun you tetap menyibuk. Rimaslah rimas tahu tak!!" Faliq marah.


Berkerut seribu. Tasya hanya senyum dan cuba menyentuh tangan Faliq.
"Kan i dah cakap, aura you ni terlampau kuat tau. Mana you pergi i boleh rasa dan akan join sekali.. Sayang..!! Malam ni you free tak? Lama dah kita tak keluar, jom keluar atau you datang rumah i, rumah kita.. " katanya suara menggoda.

"Sudahlah Tasya..!!" Faliq terus berjalan meninggalkan Tasya. Terpinga-pinga Tasya. Bengang ditinggalkan begitu saja. Faliq berlari anak mengejar Aliaa yang ke keretanya.

"Aliaa.. Aliaa sekejab..!!" Jerit Faliq memanggil Aliaa. Aliaa memberhentikan langkah dan senyum. Menunggu Faliq menuju ke arahnya.

"Sorry..!!" Kata Faliq.

"Tak apalah. Nak buat macam mana kan. Tapi rasa elok awak layan jelah dia tu atau kahwin jelah dengan dia tu. Saya rimaslah. 24jam dia je ganggu saya. Tak cukup call, whatsapp, datang office, jumpa kat lobi, dekat cafe. Muka dia je. Rimaslah.. Rimas..!!" Kata Aliaa mula rasa sangat tak selesa.

" Aliaa janganlah macam ni. Saya pun tak tahu nak buat macam mana lagi. Saya dah marah, dah bagi warning, dah ugut. Macam-macam. Awak pun tahu kan..!" Jelas Faliq.

" Iya.. Tapi sampai bila nak macam ni Faliq. Hidup saya ni dah tak ada privasi tau. Sana sini diganggu, bosanlah. Penatlah.."

" Saya minta maaf sayang..!! Saya tahu semua ni berpunca dari saya. Maafkan saya..!!" Sedih.

" Sekarang ni bukan masalah berpunca daripada siapa, atau salah siapa? Tak Faliq. Sekarang ni kita kena cari jalan untuk jauhkan dia dari awak dan dari saya. Biar dia tak ganggu hidup kita.."

" Kita rujuk. Bila kita dah rujuk dan bersatu semula. Saya pasti dia takkan ganggu lagi.." cepat saja Faliq jawab. Aliaa pejam mata dan tarik nafas dalam. Dihembus perlahan. Faliq masih merenung wajah Aliaa.

" Itu bukan jalannya Faliq. Sebab dia akan tetap ganggu sampai kita berpisah dan sampai dia dapat miliki awak. Dia akan buat sesuatu tahu tak.!" Kata Aliaa.

" Buat sesuatu? Maksud awak?" Tanya Faliq.

" Ada sesuatu saya nak info awak dan abang. Penting sangat! Malam ni awak datang rumah, kita bincang. Saya dah info abang dah tadi.. "

" Baiklah.. Saya datang!"

" Okey!! Hmm.. Thanks bunga ni.. Eh!! Bukan awak cakap, awak balik esok ke?!" Aliaa senyum. Suara kembali lembut.

"Ya.. !! Surprise for you!! Rindu awaklah sebab tu cepat-cepat saya settlekan kerja dan balik. Rindu saya tak?!"

" Rindu jugalah. Rindu nak gaduh dengan awak.." Jawab Aliaa jujur. Senyum lebar Faliq.

" Haahahaa.. Ni mesti sunyi kan selama saya tak ada.. kan.. kan.. kan...!" Merah muka Aliaa tahan malu.

" Mana ada.. Okeylah! Saya balik dulu.. Bye!!" Aliaa menafikan.

" Taknak mengaku. Hahaaha. Hati-hati ya. Sampai rumah jangan lupa info saya tau.."
Pesan Faliq.

" Insha Allah..!!"

" Jumpa malam ni..!!"

" Okey!! Assalammualaikum..!!" Aliaa terus masuk dalam kereta. Dan, memandu meninggalkan Faliq.

Faliq masih tercegat lagi. Memikirkan sesuatu mengenai apa yang Aliaa katakan tadi. Jadi tak sedap hatinya. Apa sebenarnya yang Aliaa nak bincangkan? Apa yang Tasya mahu lakukan? Dan apa sebenarnya yang Tasya sudah lakukan dan cakapkan pada Aliaa? Bukan Aliaa saja yang rimas dengan Tasya, dia sendiri pun berganda-ganda rimasnya. Kalau boleh mahu saja dia pergi bawa Aliaa dan anaknya pergi jauh dari perempuan itu. Sakit jiwa dia jadinya. Setiap gerak gerinya diperhati selama ini. Apa dia buat, ke mana dia pergi, bersama siapa dia keluar mesti ada si Tasya. Memang sakit jiwa.

Lama-lama macam ni, boleh jadi tekanan sendiri. Kasihan Aliaa, kerananya sendiri, Aliaa jadi mangsa keadaan. Tak pasal-pasal terjebak dalam kegilaan Tasya itu. Tasya ni pun, tak payahlah nak melibatkan Aliaa. Masalah betul.

Hmm.. Nasiblah Faliq. Kalau kau sendiri tak kuat untuk berhadapan dengan si parasit tu. Memang mahu retak lagi hubungan kau bersama Aliaa. Malah mungkin jadi lebih teruk lagi. Sekarang ni kau memainkan peranan penting. Kau kena kuat untuk pertahankan hubungan kau bersama Aliaa. Pilihan ditangan kau. Kuat pertahankan hubungan bersama Aliaa atau lemah dengan setiap godaan Tasya. Dah ada pengalaman kut, jadi pandai-pandai kaulah. 

Previous: Bab 115
Next: Bab 117

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.