336,489
Kategori:
Genre:
Bab 139
Yeah!! Sampai sudah dibumi borneo. Rasa macam pertama kali je jejak gembiranya. Hahaha.. Dah lama tak datang sini. Tempat paling banyak kenangan dan best. Iya.. Laut biru. Aku kan minat laut. Selesai semua urusan, aku jalan terus ke lobi airport. Aku membalas senyuman pada mereka yang memberi senyuman padaku. Memang orang-orang Sabah murah dengan senyuman. Senyuman manis dan ikhlas. Happy aku rasa. Aku keluar menuju ke ruang menunggu dan duduk dikerusi sementara menunggu Kak Su sampai. On the way katanya.
Agak sibuk jugalah airport ni, keluar masuk kenderaan silih berganti. Cuaca agak terik.

Tuttt.. Tuttt..!! Handphone ku berbunyi. Aku senyum lebar.

"Assalammualaikum... !!"

"Waalaikumsalam.. Awak dekat mana dah ni? Dah sampai ke belum? Kenapa tak call saya, saya tunggu tau tak sayang..!" Terus tanya macam-macam soalan. Aku gelak kecil.

" Baru je sampai ni. Tengah tunggu Kak Su ambil. Sorry lah.. Awak juga cakap, jejak kaki ke tanah Sabah  je terus call kan.." tanyaku semula.

" Iyalah. Kenapa tak call?!"

" Tapi masalahnya, saya tak jejak kat tanah lagi. Yang saya jejak ni jalan tar dan bersimen.." Aku bergurau. Gelak sendiri.

"Aliaa..!! Saya serius ni. Bergurau pula dia.. " Faliq bengang.

" Hahahahaha.. Tak betul ke?! Okeylah, sorry! Nak gurau manja-manja kut janganlah marah..!"

" Kalau nak gurau manja ke gurau sweet, tunggu balik KL, gurau depan mata saya. Nak gurau gedik miang pun tak apa.." Hahaahaaa aku gelak dan gelak.

"Baiklah Encik Faliq Alfie. Eh! Okeylah awak, Kak Su dah sampai.." Aku terus bangun apabila nampak kereta Kak Su.

" Okey! Apa-apa nanti info ya. Take care sayang. Bye!" Aku terus matikan talian. Kak Su memberhentikan kereta dan terus turun dari kereta. Kami bersalaman dan berpelukkan.

"Kak Su sihat tak?!  Rindu sangat kat Kak Su.."

" Sihat juga ni Aliaa. Bertambah sihat akak ni. Jom..!!" Kami terus masuk dalam kereta. Berbual melepaskan rasa rindu.

" Macam mana Dhia? Sihat juga? Siapa yang jaga dia." Tanya Kak Su.

" Alhamdulilah Kak, Dhia sihat walafiat. Mama Faliq yang jaga. Kak, ni terus ke kedailah ye. Rindu sangat dah dekat kedai tu.." Pintaku.

" Iyalah. Lain juga kamu sekarang ni.." Kak Su menoleh padaku dan senyum.

"Apa yang lainnya kak. Sama je kut.."

" Lain bah Aliaa. Makin manis akak tengok kamu ni. Berseri mahu kahwin kali kan. Hehe.."

" Hahahaa.. No komen!" Aku gelak je. Ada-ada je Kak Su ni.

" Oh ya! Lupa mahu bagitahu kamu. Itu kawan kamu si Wan tu.." Aku terus terdiam. Wan?

" Wan? Kenapa dengan dia?" Aku terus bertanya.

" Ada dia datang kedai mencari kamu, tanya kamu.."

" Cari dan tanya saya?"

"  Iya.. Dalam minggu ni saja adalah dua tiga kali dia datang. Tapi lain sudah dia. Kalau dulu hensem saja kan tapi sekarang ni. Ish!! Nanti kamu tengok lah sendiri.. " Aku berkerut. Lain? Apa yang lain? Aku jadi hairan. Dan kenapa pula dia datang cari aku dekat kedai?

" Akak tak cakap ke saya dah tak tinggal sini lagi?!"

"Iya sudah akak bilang sama dia tapi dia balik-balik datang juga mencari kamu. Selagi tidak dapat jumpa kamu, selagi itulah dia akan datang. Bagus juga kamu ke sini ni Aliaa. Jumpalah dia nanti, kasihan bah akak tengok dia. Petang nanti mesti dia datang juga tu.." terang Kak Su. Hairannya. Dari dengar cerita Kak Su, aku jadi sebak pula. Kenapa ek? Apa yang dah jadi pada Zahwan. Tak sedap hati pula. Aku memandang luar dan masih berfikir mengenai Zahwan. Nak call tapi aku dah delete nombor telefon dia. Nak minta abang tapi nanti apa pula abang cakap. Nak minta Faliq. Hohoho.. Tidak sama sekali. Mahunya petang ni juga dia terbang ke sini. Hahaha!! Tak apa Aliaa. Relax..!!

Sampai saja di kedai Lovella Conton Satin. Aku terus jumpa Lina, salam peluk Lina. Dan aku berkenalan pula dengan pekerja baru. Namanya Alin. Comel-comel pekerja kedai aku ni. Macam aku juga. Hehe..!! Perasan sikit. Tanpa buang masa, aku terus check segala kain-kain yang cantik tersusun di setiap rak dan tergantung kemas. Sejuk je hati tengok keadaan kedai ni. Pandai Kak Su jaga kedai ni. Lega aku.


Tanpa buang masa, aku terus masuk ke dalam office kecil. Check akaun dan stok. Ada sedikit perbincangan dengan Kak Su mengenai kedai kami. Kak Su jelaskan detail setiap rekod yang ada. Aku dengar dengan tekun sekali. Segala bentuk akaun, stok keluar masuk kain dan macam-macam lagi dibincangkan. Okey! Aku memang berpuashati dengan semuanya. Walaupun aku tak ada disini tapi urusan kedai memang Kak Su jaga terbaik. Sayang Kak Su..!!

" Pekerja macam mana kak? Cukup tak? Kalau akak nak tambah pekerja lagi pun boleh juga. Ataupun ambil pekerja part time untuk hujung minggu.." Cadang aku. Memandangkan kedai pun dah semakin maju dan sambutan amat menggalakkan.

" Buat masa ni tak perlulah. Cukup juga tu ada tiga orang termasuk akak jadi empat oranglah.."

" Lagi sorang siapa?"

" Anak akaklah. Hari ni dia cuti.."

"Oooo Iyalah kan. Sorry kak! Lupa pula. Hmm.. Okeylah kalau macam tu. Terima kasih tau kak. Akak kena uruskan kedai ni sorang. Saya tak dapat datang sini selalu, dekat KL pun kerja saya banyak.." luahku. Rasa bersalah pula pada Kak Su.

" Tak apalah. Akak faham juga. Janganlah kamu risau. Ini kedai kita juga, sama-samalah kita.." jawab Kak Su. Senyum. Aku balas senyumannya.

" Kak Aliaa.. Ada orang mahu jumpa Kak diluar.." Tiba-tiba muncul Lina di muka pintu. Aku tercengang kejab. Aku baru je sampai dah ada orang nak jumpa pula. Aku hanya angguk dan senyum pada Lina.

" Itu mesti si Wan. Pergilah. Ada hal penting kali tu.." aku pandang Kak Su. Aku angguk. Sebelum keluar aku tarik nafas dalam dulu. Aliaa.. Kau kena kuat. Relax okey!! Bisik aku sendiri. Aku melangkah keluar. Jalan perlahan, mata meliar mencari Zahwan. Lina tunjuk ke arah luar memberi isyarat yang Zahwan tunggu aku di luar. Alamak!! Kenapa tiba-tiba hati aku berdebar ni.

Aku terpaku seketika. Lelaki inikah Zahwan?

"Assalammualaikum.. !" Dia terus menoleh ke arahku. Aku terpaku kaku. Tiada kata-kata dari mulutku. Zahwan? Lelaki hensem dan kacak yang pernah aku kenal dulu? Inikah lelaki yang pernah buat aku bahagia? Inikah lelaki yang mahu menebus janjinya semula padaku dahulu? Inikah Zahwan?

" Waalaikumsalam Aliaa..!!" Lembut suaranya menjawab salamku. Bagai mahu gugur airmata ini melihatkan keadaannya. Sungguh sedih dan amat memilukan.

" Wan?!" Dia angguk.

"Hmm.. Awak apa khabar? Dah lama tak jumpa awak.." tanyanya senyum lebar. Aku masih berdiri kaku. Ya Allah!! Apa terjadi pada Zahwan sebenarnya?!

"Hmm.. Alhamdulilah. Saya sihat walafiat. Saya laparlah. Temankan saya boleh?!" Pintaku.

" Okey!! Awak nak makan dekat mana?"

" Saya nak makan sayap ayam.."

" Saya tahu tempat yang awak suka. Jom saya bawa.." Aku senyum dan angguk. Sebelum pergi aku bagitahu Kak Su dulu, minta izin padanya. Kak Su yang nak aku jumpa Zahwan. Dia pun simpati pada Zahwan. Aku pun turut simpati juga tengok keadaan Zahwan ni. Hati memang berkobar-kobar nak tahu kenapa. 

Zahwan bawa aku makan di Anjung senja mengadap laut. Habis saja makan, dia bawa aku ke tempat aku suka lepak. Tempat kenangan manis kami suatu ketika dulu. Mana lagi kalau bukan Todak waterfront. Inilah tempat kami berjumpa dulu untuk pertama kalinya. Pertemuan yang diatur oleh Naim. Segala janji-janji yang pernah Zahwan ucapkan, disinilah tempatnya. Dan lautan ini jugalah hatiku, ku tinggalkan. Dah bertahun lama tapi masih segar di ingatan.

Aku duduk di kerusi besi menghadap ke lautan biru. Nyaman terasa melihatkan air laut, dengan hembusan angin. Rasa tenang hati. Zahwan duduk disebelahku. Diam membisu hanya senyuman tak lekang dari wajahnya sejak jumpa tadi. Inilah masanya aku nak bertanya mengenai keadaannya. Aku nak tahu juga.

"Wan.. Kenapa saya tengok awak lain sangat. Tak macam Wan yang saya kenal dulu. Kenapa awak boleh berubah macam ni?!" Perlahan ku menuturkan kata menyusun ayat. Zahwan senyum. Menekup muka dengan tangan dan memandang ke tengah lautan. Masih senyap.Sedihnya tengok dia.

"Maafkan saya kalau awak tak selesa dengan soalan saya tu.. "sambungku lagi.

"Tak apa Aliaa. Saya tak kisah. Cuma nak mulakan cerita tu,  macam berat sikit.."jawabnya perlahan. Alamak!! Aku jadi bersalah pula. 


"Eh! Sorry Wan. Tak apa Wan. Tak payah cerita. Sorry.. !!" Aku mohon maaf takut dia terasa hati.

" Hahaaha.. Tak apalah.." Boleh pula dia gelak. Aku tercengang kejab.

" Hmm.. Ini balasan saya, Allah tarik apa yang saya ada. Semua ni kan pinjaman darinya. Dah sampai masa Allah ambil. Dan.. Inilah saya..!" Katanya dengan senyuman. Aku masih tak faham.

" Apa maksud awak?"

" Saya pernah menyakiti awak dulu Aliaa, lama kan awak tunggu saya. Saya sikit pun tak hargai. Dan, sekarang apa yang saya pernah lakukan pada awak. Saya hadapi. Saya disakiti. Isteri saya tinggalkan saya bersama anak saya.." Zahwan memulakan cerita.

"Wan.. Tak baik ungkit cerita lama. Saya dah lupa semua."

" Iya Aliaa. Hakikatnya, bila menyakiti akan disakiti, kan." katanya senyum.

"Habis awak dan isteri awak sekarang ni masih atau.." aku berhentikan kata-kata. Tak sampai hati nak teruskan tapi Zahwan memahami.

" Dah berpisah. Saya taknak lepaskan dia sebenarnya. Saya sayang dia, sayang anak saya. Tapi dia tetap berkeras. Dia nak kembali pada kekasih lamanya.." aku mendengar dengan tekun.

"Tapi awak pernah berpisah dan rujuk semula kan? Maksudnya ni kali kedua awak berpisah?"
Tanyaku lagi.

"Iya Aliaa! Kali kedua berpisah. Tapi berpisah kali ni, huh!! Entahlah, sangat memberi kesan pada saya. Sebab.. Saya sayang sangat pada dia dan anak saya. Saya dah cuba pertahankan rumahtangga kami tapi tak ada jodoh.." Kasihannya.

" Saya sayang dia Aliaa. Sangat sayang tapi dia cuma nak anak je dan dia taknak saya. Dia terima saya kerana penuhi permintaan ayah dia yang sakit. Itu pengakuan dia sendiri. Lepas ayah dia meninggal dia terus minta dilepaskan dan kembali pada kekasihnya. Dia kata dah cuba untuk sayang saya tapi hati dia tetap pada kekasih.." Sedihnya aku dengar.

" Anak awak berapa tahun?"

" Setahun lebih. Saya rindu anak saya. Saya tak boleh terima perpisahan kami ni. Saya sangat sayang dia, saya betul-betul rasa entahlah. Tak tahu nak cakap macam mana. Saya sedih, tekanan, saya jadi murung, macam yang awak tengok ni. Tak terurus.." wajahnya sedih sangat. Aku memang tak mampu nak cakap apa-apa.

" Tapi awak tak boleh terus macam ni Wan. Awak kena bangkit, awak kena terima semua ni. Allah dah tentukan ini jalan hidup awak, awak kena terima dan kena redha. Ada sebab dan pasti ada hikmah kenapa ia terjadi.." kataku memberi semangat. Aku faham hati perasaannya. Bila kasih sayang dikhianati memang ia sangat menyakiti. Aku pun ada pengalaman.

"Saya dah cuba Aliaa. Kadang saya rasa, untuk apa lagi saya hidup. Saya dah tak ada apa-apa lagi dah. Saya tak kuat, saya tak mampu nak hadapi semua ni.." Zahwan menekup muka dengan tangan.

" Setiap orang akan diberi dugaan dan ujian. Dugaan dan ujian tu tanda Allah sayang kita. Janganlah pernah mengalah Wan. Awak kena teruskan hidup, awak kena kuat. Awak masih ada family, parents, adik beradik, sahabat yang sayang awak. Awak kena bangkit.."  Aku masih memberi semangat.

" Tapi saya tak mampu Aliaa.. Saya tak kuat..!!" Matanya merah,menahan kesedihan.

"Saya tahu dan saya yakin awak boleh Wan. Wan.. Sini pandang saya.. " Aku duduk menghadap Zahwan. Memberi senyuman. Dia pandang aku.

"Wan.. Saya faham apa yang awak rasa dan saya pernah alami jua. Tapi saya nekad dan terus bangkit sendiri. Memang sangat payah dan sangat sakit. Saya fikir kalau saya tak bangkit, saya takkan dapat apa-apa. Sia-sia hidup untuk apa. Jadi, saya buktikan pada diri saya yang  saya mampu dan saya boleh. Saya dapat kekuatan dari dua insan yang amat bermakna dalam hidup saya iaitu anak saya dan abang saya. Saya minta kekuatan itu hanya pada Allah swt. Bila kita diduga, Allah nak kita dekat dengan Dia. Saya tahu awak rasa keseorangan, kesepian, kesunyian walaupun family ada dengan awak tapi percayalah Wan. Awak tak berseorangan. Allah sentiasa ada bersama awak. Family awak ada bersama awak.. " kataku perlahan dan lembut. Redup matanya. Aku senyum dan Zahwan angguk perlahan membalas senyumanku.

"Mulai hari ni,saya nak awak jadi Zahwan yang dulu. Yang hensem, yang sentiasa senyum, yang ceria, yang segak. Saya nak awak ubah penampilan awak seperti yang dulu atau mungkin penampilan baru. Boleh?!" Aku beri semangat lagi. Tak sanggup nak tengok keadaan dia macam ni.

" Hahaha.. Saya selesa macam ni. Malas nak fikir apa-apa dah.."

" Tak bolehlah macam ni. Hmm.. Awak kan tiga sahabat. Abang, awak dan Faliq. Tiga-tiga sahabat ni punyai beberapa ciri yang sama. Pertama, bekerjaya. Kedua berpendidikan. Ketiga beragama dan yang keempat masing-masing berpenampilan perasan hensem. Hahaha..! Jadi, kalau awak macam ni, tak complete lah ciri-ciri persahabatan korang. Betul tak?!" Zahwan gelak kuat menampakkan gigi taringnya dan manis wajahnya. Aku tahu mesti dah lama dia tak gelak seperti ini. Aku dapat rasakan.

"Jadi, awak kena tukar penampilan yang lebih baik. Tak kisahlah penampilan perasan hensem ke, penampilan sado ke penampilan ustaz-ustaz ke. Tak kisah tapi yang penting. Saya taknak tengok awak macam ni. Okey?! Kalau abang dan Faliq nampak awak macam ni. Mesti mereka sedih sangat.." sambungku lagi.

Aku sengaja bagi cadangan itu. Sebab bagi aku, bila dia ubah penampilan yang baru akan datang satu semangat baru dari dalam diri dia. Semangat lebih berkeyakinan pada diri sendiri. Semangat lebih berkobar untuk terus bangkit dan semangat untuk buktikan pada diri sendiri dan sekeliling yang dia boleh dan kuat.

Kita tak selalu berada diatas, macam mana hebat pun kita, satu masa kita akan jatuh juga.    Biarlah kita jatuh kerana manusia tapi bangkitlah kerana Allah swt. Hanya dia Mengetahui segala-galanya, semua yang berlaku adalah diatas kehendaknya.

Zahwan senyum dan senyum. Lama dah tak tengok senyuman yang menampakkan gigi teringnya itu. Senyuman yang pernah buat aku terpikat dulu. Haahahaa..!!  Aku cuba beri kekuatan padanya dengan niat mahu dia bangkit dari kejatuhan. Aku taknak Zahwan terus jadi begini. Dia kawan aku juga dan aku rasa bertanggungjawab untuk bantu dia. Jujur cakap, memang tak sampai hati tengok dia macam ni dan terkejut sangat. Perubahan sangat ketara, berubah kerana kekecewaan dan kini aku mahu dia berubah menjadi seorang yang kuat seperti dahulu.

Aku akan cerita semua ini pada kedua sahabat baiknya. Minta mereka bantu dan bagi semangat. Dan dalam masa yang sama aku harap Zahwan tak fikir lain terhadap aku dan harap si Mr. Arkitek aku tu taklah cemburu buta. Makin menjadi-jadi pula cemburunya tu nanti. Hehe.. Boleh bawa berbincang. Niat yang baik, insha Allah akan dipermudahkan.

Zahwan.. Kau pernah buat aku gembira. Kau pernah buat aku bahagia walau seketika. Apapun, kau tetap kawan aku. Kawan dikejauhan. Walau hakikatnya hubungan yang tiada erti. Hanya sekadar kenangan yang tinggal kenangan. Kerana janji. Eh!! Terselit pula cerita sebenar. Opss!! 
Previous: Bab 138
Next: Bab 140

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.