336,503
Kategori:
Genre:
Bab 148
Hari ini masuk hari ke lima Aliaa di wad. Punyalah lama dia rasakan seperti lima tahun saja. Tak tahu apa dia nak buat sorang-sorang dalam bilik ni. Bosan teramat bosan. Nak tengok tv, bosan. Nak tidur, lagilah bosan. Semua benda bosan belaka. Kesihatannya bertambah baik dan ingatannya pun hampir pulih sepenuhnya. Happy Faliq dan Adil dengan perubahan positif Aliaa. Malam tadi Faliq bermalam menjaga Aliaa hingga ke pagi. Kemudian, giliran Adil pula hingga ke petang. Begitulah dua sahabat itu menjaga yang tersayang. Memang mereka takkan biarkan Aliaa seorang. Bahaya!!

Perempuan misteri pun dah tak muncul lagi. Tiada lagi gangguan bayangan si Tasya di hadapan Aliaa. Semuanya sudah tiada tapi tak tahulah nanti. Tunggu dan lihat saja.

Adil turun sebentar mahu solat katanya. Sebelum turun tadi sempat Adil berpesan pada nurse yang bertugas. Minta pantau Aliaa sekejab dan tidak mengizinkan sesiapa pun masuk dalam bilik Aliaa sehingga Adil naik semula. Nurse hanya mengangguk.

"Bosannya.. Apa nak buat ni? Nak keluar abang tak bagi, mereput aku lama-lama dekat sini. Kepala ni pun bila entah balutan ni doktor nak buka. Dah baik kut. Tangan pun dah okey kut. Rimas betul.. aku nak balik..!!" Merungut Aliaa sorang. Dia turun katil, duduk di sofa. Kemudian, bangun dan ke katil lagi. Akhirnya duduklah bersila diatas katil. Pandang kanan pandang kiri. Pandang atas pandang bawah. Dannn...

" Arrrrggghhhh.!! " Menjerit Aliaa sekuat-kuat hati. Dan, pintu terus dibuka,  muncul nurse masuk dalam bilik keadaan kelam-kabut.

"Cik Aliaa okey?!" Tanya nurse terus menghampiri Aliaa. Aliaa sengeh.

"Hehe.. Saya okey.. Saya okey..!!" Boleh pula Aliaa buat isyarat peace pada nurse.

"Adik kenapa?!" Si Adil pula berlari masuk dengan wajah penuh kerisauan. Terdengar suara Aliaa menjerit dari luar.

" Hehe.. Adik bosan...!" Aliaa buat muka kasihan. Tersengeh macam kerang busuk.

"La ilaha illalah.. Buat orang risau je tau tak? Bertuah betul lah dia ni.." Adil berdengus. Menjeling Aliaa, Aliaa gelak kecil.

"Sorry ya nurse..! Gila dia ni dah sampai.. Dia okey!" Kata abang pada nurse itu. Garu kepala nurse.

"Eh.. Eh..!! Nurse kejab. Bila nak buka balutan ni. Saya rimaslah. Boleh buka tak.." Aliaa panggil nurse tu dan menoleh nurse pada Aliaa.

" Nanti saya tanya doktor ya..!" Jawab nurse dengan senyuman. Aliaa angguk dan senyum.

" Abang ni kan.. Suka-suka je cakap adik gila.."

"Iyalah. Yang pergi menjerit tiba-tiba tu kenapa.." marah Adil.

"Habis? Adik bosan, jeritlah. Yang abang tu, kenapa tukarkan adik dekat bilik ni. Elok-elok duduk bilik ada geng pergi tukar adik sorang-sorang dekat sini pula. Mana tak gila bosan macam ni.." Aliaa mencebik. Menjeling Adil lagi.

" Kan selesa. Privasi.."

"Privasi apanya. Bosan adalah.."

" Membebel je mulut tu. Nah makan ni. Biar senyap sikit..!" Adil memberikan kuih cincin pada Aliaa. Aliaa mencebik lagi dan mengambil kuih cincin. Mengunyah perlahan. Nurse tadi masuk lagi ke dalam bilik dengan membawa beberapa alatan.

"Okey Cik Aliaa.. Doktor nak buka balutan kepala dan tangan Cik Aliaa ya.." kata nurse dengan senyuman.

" Oh ye..!! Thank you..!" Senyum lebar Aliaa. Dan doktor lelaki yang merawat Aliaa pula masuk. Terus menghampiri Aliaa.

" So, Aliaa.. Macam mana hari ni. Okey?!" Tanya doktor.

"Okey sangat.. sangat.. sangat..!! Bosanlah doktor, berapa lama lagi saya kena mereput dalam ni.." selamba Aliaa cakap. Adil berkerut pandang Aliaa.

"Hahaha.. Selagi awak tak sihat selagi tulah kena mereput dekat sini. Saya buka ni ye.." jawab doktor.

" Okey..! Hati-hati. Kang tergunting pula kulit  saya ni. Hmm.. tapi saya dah sihat kut.."

" Tak apa. Tengok dulu luka dekat tangan awak ni macam mana. Besar juga luka.." Doktor membuka perlahan-lahan balutan ditangan Aliaa.

" Eh?! Bukan doktor cakap tangan saya ni retak ke?" Aliaa berkerut. Pelik pula dia.

" Taklah. Tangan awak ni luka besar. Kalau retak kan kena simen. Awak salah dengar ni.." doktor senyum.

"Oh iyeke?!" Aliaa garu kepala. Adil senyum saja.

" Luka pun nampak dah kering ni. Tapi nanti nurse letak ubat luka lagi "  arah doktor.

"Baik doktor. !" Kemudian, doktor buka balutan kepala Aliaa pula. Berkerut-kerut dahi Aliaa terasa ngeri pula. Lapang kepalanya bila balutan dibuka. Aliaa tak berani nak tengok luka ditangan dan kepalanya tu. Ngeri.

" Fuh!! Lega kepala. Doktor, dahi dan tangan saya ni kena jahit ke?" Tanya Aliaa.

" Ya.. Kepala kena enam jahitan. Tangan ni kena empat jahitan. Tengoklah.."

"Apa? Taknak.. taknak.. Habislah berparut dahi  saya. Hmm..!" Adil dan doktor gelak kecil. Nurse mengambil ubat luka dan menyapu pada luka ditangan Aliaa dan dikepala. Lalu ditampal dengan plaster luka.

"Okey saya keluar dulu. Encik Adil jumpa saya sekejab.." kata doktor pada Adil. Adil terus mengekori doktor.

"Okey dah siap!"

"Terima kasih..!" Aliaa senyum. Dan memerhati nurse jalan ke pintu. Pintu di buka dengan tangan kanan dan tangan kiri memegang alatan tadi.

"Eh..!! Perempuan tu lagi..!!" Aliaa nampak perempuan tempoh hari. Berselendang hitam dan pakai sunglass. Aliaa terus lompat dari katil tanpa memakai sandal dan terus berlari ke pintu. Cepat-cepat dia buka pintu. Dia mahu mengejar perempuan itu. Diluar, dia pandang kanan kiri. Alamak! Tak adalah pula. Terus bertanya pada nurse tadi.

" Nurse.. Nampak tak perempuan pakai selendang tadi waktu nurse keluar. Dia arah mana?!"

" Perempuan tu ke arah sana.."

"Okey..!! Kalau abang saya tanya. Cakap saya ada hal.." Aliaa terus berlari.

"Cik Aliaa.. nak pergi mana? Cik Aliaa..!!" Aduh!! Nurse ketuk dahi dan cuba mengejar Aliaa. Tapi entah kemana larinya. Nurse mulai risau. Risau dimarahi dan risau sesuatu terjadi pada Aliaa. Nurse kembali ke kaunter. Kebetulan muncul Adil.

" Encik Adil.. Encik Adil..!! Cik Aliaa keluar. Saya tak tahu dia kemana? Dia nak kejar seorang perempuan tadi.. !" Kata nurse.

" Ha?! Kejar perempuan? Arah mana?!" Terbeliak Adil dengar. Dan terus berlari. Satu lorong ke satu lorong dia cari. Tak nampak kelibat Aliaa. Dia tekan butang liff pula. Pintu liff terbuka, muncul pula Faliq dari dalam liff.

"Liq.. Liq.! Kau ada nampak Aliaa?!" Tanya Adil. Cemas.

"Tak ada. Kenapa ni? Dia kemana?" Faliq terpinga-pinga.

"Tadi aku jumpa doktor. Nurse cakap Aliaa keluar kejar sorang perempuan.." jelas Adil.

"Perempuan? Ish! Bro.. Perempuan hari tu kut. Bahaya ni!! Jom cari..!" Terus mereka meluru masuk dalam liff dan menekan butang G. Memang cuak. Faliq tak fikir lain lagi dah. Perempuan tu mesti Tasya. Aduhai... Risaunya. Berdebar hatinya.

Pintu terbuka je, mereka berpecah mencari. Faliq ke kanan dan Adil ke kiri. Cemas sungguh cemas. Setiap lorong dicari tapi tak nampak langsung kelibat Aliaa. Kalau tak jumpa juga ni, Adil terpkasa beritahu security minta bantuan. Dia tak fikir lain yang dia fikir keselamatan Aliaa saja.

Aliaa berlari anak ke tepi bangunan belakang  hospital. Menghala ke parking kereta, sunyi dan sepi.  Dia nampak perempuan itu lari ke situ tadi. Dia mahu kejar perempuan itu sampai dapat. Panas kakinya tidak bersandal. Dia tidak peduli pun.

"Ish!! Mana pula dia pergi. Lalu sini kut tadi..!" Aliaa memberhentikan langkah. Mata liar mencari-cari perempuan itu. Langsung tak fikir keselamatan sendiri. Dahlah tempat itu sunyi, tiada orang. Hanya sesekali saja kereta keluar dan masuk. Macam-macam boleh terjadi. Dia tak puashati dan jalan lagi kehadapan. Kemudian berhenti lagi. Membebel sendiri.

Tanpa dia sedar, seseorang menghampirinya. Mendengar bebelannya. Hairan melihat Aliaa yang tidak bersandal dan bercakap sendiri. Lalu, bahu Aliaa ditepuknya.

"Mak kau..!!" Terkejut beruk Aliaa. Mahu gugur jantungnya. Terus dia menoleh ke belakang. Seorang nurse berdiri dibelakangnya.

"Cik buat apa dekat sini? Cik pesakit kan. Tak boleh keluar.. Cik nak pergi mana ni?!" Tanya nurse. Aliaa sengeh.

" Tak.. saya tak keluar. Saya cari orang tapi mana entah.." jawab Aliaa.

" Bilik Cik dekat mana?"

" Bilik saya dekat...."

" Adik...!!" Adil menjerit panggil Aliaa. Mereka berdua menoleh pada Adik  yang menuju ke arah mereka.

" Maafkan saya. Ni adik saya..!!"

"Bawa dia masuk wad. Ni Cik Aliaa yang kemalangan tengahari tu kan.


Jangan bagi keluar, nanti dia tak ingat jalan balik wad pula.." kata nurse separuh umur itu. Tegas. Aliaa berkerut.

"Baik.. Baik..!! Saya minta maaf.. Jom dik..!" Adil senyum dan terus tarik tangan Aliaa.

"Berlagaknya nurse tu. Dia ingat adik gila ke tak ingat jalan balik wad. Tahulah pun.. " Aliaa merungut lagi. Adil menggeleng kepala. Bertuah punya adik, katanya sendiri.

Masuk je dalam bilik, Faliq dah menunggu.

"Ya Allah Aliaa..!! Awak pergi mana? Dengan tak berkasut macam ni.." Punyalah risau Faliq. Aliaa dan Adil duduk di sofa.

"Saya kejar perempuan tu lah. Tapi mana entah dia pergi. Kejab je dah hilang..!"

"Buat apa nak kejar dia. Biarkan jelah. Bahaya tau tak!!"

" Bahaya apa pulanya. Saya nak tahu siapa dia. Tu je..!"

" Bahayalah. Kut-kut dia nak lakukan sesuatu yang tak elok dekat awak ke macam mana sayang?! Kalau dia bunuh awak macam mana?!"

" Tak adanya. Kalau dia nak buat, mesti dia dah bunuh je saya masa accident tu. Saya cuma nak tahu perempuan tadi tu sama tak dengan orang yang langgar saya tu. Itu je. Salah ke.." Aliaa pandang lantai. Adil dan Faliq berpandangan. Ini satu point ni nak bagi Aliaa cakap siapa punya angkara. Selama kejadian ni, Aliaa langsung taknak info apa-apa. Disimpan sorang-sorang. Adil angguk tanda menyuruh Faliq terus bertanya.

" Jadi awak tahulah orang yang langgar awak hari tu?!"

"Mestilah tahu. Dah dia yang langgar saya kut, saya nampak dia. Siap ketawakan saya lagi. Gila punya perempuan..!" Geram Aliaa. Aliaa tak perasan atas pengakuannya tu. Dia memang taknak info pada sesiapa sebenarnya.

" Siapa perempuan yang langgar awak tu? Info saya.." Faliq terus bertanya. Dah macam penyiasat pula. Aliaa terdiam. Pandang muka Faliq yang duduk dihadapannya. Aliaa mengalihkan pandangan kearah lain. Mencari idea nak lari dari pertanyaan itu. Faliq dan Adil masih menanti jawapan.

"Tiba-tiba rasa nak ke toilet pula. Sorry..!!" Aliaa pandang Faliq dan sengeh. Dan terus bangun menuju ke toilet. Faliq pandang Adil dan angkat bahu.

" Dia taknak cakap jugalah broo.. " kata Faliq perlahan.

"Tak apalah perlahan-lahan. Nak paksa pun tak boleh.."

" Tapi kenapa dia taknak terus-terang je ek?!Kalau betul Tasya punya angkara, kan senang.."

"Ada sebab kenapa adik taknak info. Kita je tak tahu. Kau pun tahu kan adik macam mana. Tak boleh paksa. Aku yakin dia akan info sendiri tu nanti.." kata Adil. Faliq mengangguk saja. Terpaksalah akur.

Faliq sendiri pun tahu Aliaa macam mana. Dalam garang ada lembutnya. Dalam keras hatinya ada terlebih baik hatinya. Tapi dalam keadaan yang melibatkan nyawa Aliaa sendiri pun, nak baik hati juga. Hmm.. Itu kira satu masalah besar.  Pihak polis pun tak boleh nak paksa Aliaa untuk berterus-terang. Aliaa taknak bagi kerjasama. Lagi pula dalam keadaan Aliaa yang masih tak berapa nak ingat sangat. Jadi, mereka minta insan yang rapat dengan Aliaa untuk korek sikit-sikit maklumat dari Aliaa. Dah pula jadi penyiasat tak rasmi.

Sabar jelah...
Previous: Bab 147
Next: Bab 149

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.