336,736
Kategori:
Genre:
Bab 84
Selepas appointment, Faliq dan Nizam terus masuk office. Gembira hari ni dia, segala urusannya berjalan lancar. Pencapaiannya dalam kerja semakin meningkat. Semangatnya bertambah bila Aliaa melayannya dengan baik dan semakin bertambah-tambah bersemangat bila Aliaa mengaku yang Aliaa tidak bercinta dengan Haikal. Fuhh!! Seronoknya hati, melonjak keriangan mengalahkan budak kecil saja. Bernyanyi-nyanyi kecil. Nizam menggeleng saja melihat Faliq. Entah apalah yang mengembirakan hatinya.

Sampai saja dibilik, Faliq terus duduk bersandar sambil mata memandang frame gambar ditepi laptopnya. Gambar siapa lagi kalau tak gambar Aliaa dan gambar puteri kecilnya. Itulah sumber inspirasinya. Sumber kekuatannya. Bahagia hidupnya kini. Tenang dan happy.

"Happy je saya tengok Encik Faliq. Apa yang buat Encik Faliq happy sangat hari ni.." tanya Nizam. Nak juga dia tahu.

" Awak ni.. Saya marah salah, saya happy salah.."

" Hahaha.. Tak salah cuma hari ni saya tengok happy tu macam luar biasa sikit. Share lah sikit, saya pun nak tahu.." kata Nizam. Faliq senyum terus ambil frame gambar dan tunjuk pada Nizam.

" Ooooo... Patutlah happy tu luar biasa. Alkisahnya..!! Eh!! Tapi Cik Aliaa dah okey ke dengan Encik Faliq?!" Tanya Nizam.

" Itu yang buat saya happy luar biasa ni. Awak nak tahu tak. Aliaa dah buat pengakuan yang dia tak bercinta pun dengan Haikal.." Semangat Faliq cerita. Berseri muka.

" Iyeke?! Habis selama ni mereka nampak rapat, romantik je.." Nizam macam tak percaya saja.

"Mereka bestfriend je. Itu maknanya.. saya  ada peluang. So, sekarang saya tengah usaha nak tackle Aliaa.. Doakan saya tau..!!" Sambung Faliq lagi. Sambil tangan mencapai  frame gambar dan diletakkan ditepi laptop semula.

" Insha Allah. Saya akan doakan yang terbaik untuk Encik Faliq dan Cik Aliaa. Kadang, percintaan kali kedua ni lebih bahagia.." kata Nizam.

" Yup betul tu. Jika saya diberi peluang, saya takkan sia-siakan. Saya akan hargai dan akan jaga sebaik mungkin. Tak sanggup dah rasa kehilangan Aliaa.. Sekali je pun rasa macam hilang nyawa..!"

" Hahaha.. Lawaklah Encik Faliq ni. Tapi kalau dia tetap tak terima macam mana.."

" Aduh..!! Awak ni Zam. Janganlah buat saya patah semangat. Kecewa nanti saya..!!" Faliq ketuk kepala.

"Haahahaa..!! Relax Encik Faliq.." gelak Nizam kuat.

" Tapi tak apa. Hati saya kuat, saya takkan putus asa demi Aliaa dan anak saya..!" Amboii semangat bukan main. Biasalah manusia, bila dah tak ada depan mata barulah cakap nak hargailah nak jaga sebaik mungkinlah. Tapi tak fikir, yang kali kedua tu tak sama dengan yang kali pertama. Tapi kalau contoh Faliq boleh jadikan peluang yang kedua tu lebih baik dari yang pertama. Maknanya hebatlah tu. Tapi masalahnya sekarang, Aliaa nak ke terima dia? Nak ke bagi dia peluang yang kedua tu? Tiada siapa tahu. Jadi, pandai-pandailah kau Faliq.

" Okeylah Encik Faliq. Apapun, saya doakan semoga ikatan perhubungan Encik Faliq dan Cik Aliaa yang terputus tu akan kembali bersatu. Dan semoga kasih sayang dan cinta kembali berputik dan kekal ke jannah. Eh!! Salah-salah. Kekal ke jinjang pelamin untuk kali kedua dan kekal ke jannah.." Nizam bergurau dan gelak.

"Haahahaa... Aaminn.. Aaminnn...!! Mudah-mudahan doa awak ni makbul.." Faliq menadah tangan dan menyapu ke muka. Senyum bahagia.

Tuttt...tuttt....!!! Handphone berbunyi. Nizam beri isyarat untuk keluar dahulu. Faliq mengangguk perlahan dan terus melihat handphone. Adil call. Makin lebar senyuman.

"Iya Abang Adil..!!"

"Amboiii... Amboiii...!! Dah bila masa pula kau jadi adik aku ni..!"

"Hahahaa... Bakal adik ipar kali kedua.. !!"Confident betul si Faliq ni. Mengharap benar.

"Hahaha... No komenlah bro.. Kau dekat mana ni?!"tanya Adil.

" Office lah ni. Kenapa?!"

" Aku dekat cafe ni.. Meh turun..!!"

"Okey aku turun sekarang..!!" Tanpa berlengah Faliq terus melangkah. Masih bernyanyi-nyanyi.  Terfikir juga dia, kenapa Adil boleh ada di cafe.  Takkan nak jumpa dia semata-mata kut. Entahlah. Sampai di cafe, mata Faliq meliar menjadi Adil dan senyum apabila Adil melambaikan tangan. Terus menuju ke arah Adil.


" Apa khabar bro? Sihat?" Faliq bersalaman dengan Adil dan duduk dihadapan Adil.

" Sihat alhamdulilah..! Kau tak busy ke ni?!" Tanya Adil pula.

"Aku baru balik ni jumpa client. So, tak buat apa pun. Kau buat apa dekat sini?"

" Aku jumpa bapa angkat Aliaa tadi. Teringat kau, tu yang singgah cafe ni." Jelas Adil sambil menyedut air teh o ais.

"Bapa angkat Aliaa? Ooo Dato' Hamid. Ada hal apa sampai dekat office kau cari dia?!" Faliq semangat nak tahu.

" Kau tak minum ke?"

"Iyalah kan.. Kejab ek!!" Adil senyum. Tak lama, Faliq datang dengan membawa segelas air limau ais. Terus duduk.

"Okey bro..!! Sambung cerita.. Dah kenapa kau jumpa Dato'. Sebab Aliaa?" Teka Faliq. Muka excited nak tahu.

"Iyalah. Pasal siapa lagi kalau tak adik aku.."

"Kenapa dengan Aliaa?!" Muka Faliq serius.

"Aku suruh dia balik KL, kerja dekat KL. Lagipun ada problem sana. Aku tak sedap hati.."

" Problem? Problem apa? Aku tengok dia okey je. Haikal pun okey kut.." kata Faliq. Berkerut.

" Haikal memang okey. Baik budak tu tapi mak dia tak okey. Mak dia tak bagi Aliaa rapat dengan Haikal.." kata Adil serba sikit.

" Mak Haikal? Aliaa dan Haikal mereka tak ada apa-apa kut. Aliaa yang info aku sendiri. Kenapa mak dia tak suka pula.." Faliq jadi keliru.

" Haikal tu suka dekat Aliaa. Kalau boleh memang nak melamar Aliaa pun. Bila-bila masa je tapi cuma Aliaa je taknak. Aliaa cuma anggap Haikal tu kawan je. Haikal info mak dia. Tapi mak dia x setuju sebab status Aliaa.." terang Adil. Telan liur Faliq. Melamar??  Fuh!! Perkataan yang paling dia takut dengar.

" Iyeke?! Habis macam mana?!" Tanya Faliq perlahan.

"Tapi mak Haikal tu bagi aku sangat melampau. Kau baca ni.." Adil keluarkan handphone dan beri Faliq baca setiap whatsapp yang Datin Zita bagi pada Aliaa. Faliq membaca satu persatu.

" Astagfirullah Al Azim.. Kenapa jahat sangat ni bro. Sampai hati dia cakap macam ni pada Aliaa. Kenapa Aliaa tak marah dia balik. Ishh!! Kurang ajar betullah. Kalau dapat orang tua ni depan aku. Memang aku bagi penampar cukup-cukup. Bukan setakat maknya je. Dengan anak-anaknya pun memang siap aku belasah ni..!!" Faliq emosilah pula.

" Hahahaa.. Yang kau emosi lebih ni dah kenapa? Kau sebenarnya yang nak belasah anaknya kan sebab jelous nii.. kan Liq?!" Adil gelak. Tersengeh Faliq sendiri. Faham pula si Adil ni.

" Tu pun satu hal juga tapi bro.. Memang melampaulah, sanggup dia hina Aliaa macam ni. Ishh!! Datin pula tu. Tak layak dia ni jadi Datin..!" Sambung Faliq lagi.

" Tulah pasal. Tu yang aku jumpa dan bincang dengan Dato' tadi. Nak tunggu Aliaa cakap dekat Dato' memang taklah.."

"Betul tu. Setuju sangat. Jadi, Dato' cakap apa?!"

" Dato' faham dan minta maaf. Kalau Aliaa nak balik KL dia okey je. Tapi kalau boleh dia taknak Aliaa berhenti kerja sebab syarikat perlukan Aliaa katanya. Mungkin Aliaa akan kerja dekat sini lagilah.." terang Adil lagi.

" Aliaa setuju ke?!"

"Nak taknak Aliaa kena setuju juga. Ini arahan aku.."kata Adil tegas.

" Alhamdulilah..!!" Tiba-tiba je Faliq ni. Berseri muka jadinya.

" Alhamdulilah?? Kenapa alhamdulilah..!!" Tanya Adil. Berkerut.

"Alhamdulilah lah bro. Aliaa dan Dhia balik sini, duduk sini balik, kerja dekat sini. Dekat dengan akuuu. Boleh jumpa tiap hari.. !" Semangat Faliq bercakap. Adil dah agak dah. Sengaja bertanya.

" Sukanya kau. Jangan over confident bro. Adik aku tu keras hati. Kang kalau kau terlalu harap tapi dia tetap tak terima kau. Macam mana? Jangan salahkan aku pula.." jelas Adil.

" Insha Allah.. Aku akan cuba lembutkan hati dia yang keras tu. Aku takkan putus asa. Selagi dia tak kahwin lagi selagi tu aku akan usaha. Kau sokonglah aku bro. Tolonglah sahabat sejati kau ni ye abang ye..!!" Level confident Faliq memang tahap tertinggi betul lah.

" Hahaha.. Pandai-pandai kaulah ye Liq. Aku tak campur. Dulu.. aku dah tolong,tapi kau buat hal. Selamatlah Aliaa tak salahkan aku. Kalau tak, mahu dia tinggalkan aku juga, kut-kut dia bawa diri ke oversea. So, kali ni. Kau usahalah sendiri. Aku taknak campur sikit pun. Faham?!"  Kata Adil tegas. Faliq garu kepala. Malu sebenarnya dia.


Tapi apa boleh buat, nasib badann!!

" Okey bosss!! Aku faham! Sorryyyy..!!" Faliq sengeh. Adil gelak kecil.

" Eh bro..!! Jadi, bila Aliaa nak balik sini?" Tanya faliq lagi.

" Tak sure. Aku pun tak call dia lagi ni info dia. Dan dia tak tahu pun aku jumpa Dato' tadi. Kalau boleh sampai habis bulan ni dulu kut. Tak elok pula tiba-tiba blah je macam tu. Lagipun family Dato' baik dengan kami. Cuma mak Haikal tu je yang problem. Tapi tak boleh salahkan Datin tu juga. Iyalah. Haikal tu kan anak lelaki tunggal, Mestilah nak buat yang terbaik untuk anaknya.." Kata Adil panjang lebar. Bagus betul hati Adil ni. Walaupun marah atas perbuatan Datin Zita tapi tetap positif. Marahnya sekejab saja. Faliq mengangguk-angguk.

" Betul juga kan. Tapi kalau Aliaa nak balik KL awal lagi bagus broo!!" Balas Faliq.

" Iya.. Bagus sangat ye.. Senanglah kau nak jumpa Aliaa kan.. kan.." Teka Adil.

"Hahaahaaa tahu tak apa..!!" Gelak kuat Faliq. Adil hanya senyum je. Betullah sahabatnya ni, gila dah. Gila sebab Aliaa. Hahahaa..!!

Adil faham sangat perasaan Faliq. Memang dia mengharap sangat Aliaa dapat menerimanya semula. Nak tebus rasa bersalah. Setiap kali jumpa Adil, pasti Faliq akan meluahkan segala perasaannya pada Aliaa. Tapi Adil tak boleh buat apa-apa. Semua keputusan ditangan Aliaa. Biarlah Aliaa sendiri buat keputusan. Kadang, Adil rasa simpati juga pada Faliq. Dia kenal Faliq, tahu hati budinya. Cuma iyalah, manusia tak lari dari buat kesilapan. Bila lalai memang mudah tersesat. Tapi mujur Allah beri petunjuk padanya. Alhamdulilah. Adil nampak perubahan pada Faliq. Sebenar-benar perubahan. Lega Adil.

Kalau ikut Adil. Memang dia mahu Aliaa kembali pada Faliq. Demi Dhia. Tak salah beri peluang kali kedua. Adil pun tahu, Aliaa masih sayang Faliq lagi. Cuma hati mungkin belum terubat lagi. Masih terluka. Tapi kalau Faliq pandai rawat luka dihati Aliaa. Tak mustahil, mereka akan bersatu semula. Cuma Faliq kenalah pandai. Kena pandai ambil hati Aliaa semula. Siapa suruh lukakan hati Aliaa. Kan dah susah? Tapi okeylah tu. Kira tackle semula dan bercinta semula. Mesti akan bahagia.
Insha Allah..!! Senyum Adil sendiri.

Previous: Bab 83
Next: Bab 85

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.