Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 21

Pak Mullia sedang sibuk bersiap untuk menunaikan solat maghrib dan isyak secara berjemaah di masjid bersama isterinya, Mak Zainab.

“Fea, mak cik dah letakkan kain telekung dekat atas katil bilik, Fea tu. Mak cik dengan pak cik nak pergi berjemaah dekat masjid. Kami pergi dulu ye?,” Mak Zainab meminta diri.

“Hati-hati,” pesan, Qasif Nursofea kepada mereka berdua yang kini menaiki motosikal bersama.

Qasif Nursofea sudah siap membersihkan diri dan hanya memilih untuk termenung di dalam kamar yang telah disediakan. Dipandangnya kain telekung putih yang diberikan oleh, Mak Zainab.

Ketukan dari luar bilik tiba-tiba berbunyi. “Abang,” tegur, Qasif Nursofea setelah membuka pintu bilik.

“Jom…mari berjemaah dengan abang,” ajak, Muhammad Ashariff.

“Tapi, Sofea tak tahu. macam mana, Fea nak solat?,” tanya, Qasif Nursofea seakan malu.

“Syh,jangan cakap macam tu lagi. Abang dah taknak dengar. Sofea ikut je gerak geri, abang.Fea tak perlu baca apa-apa. Okay? Pakai telekung tu,” suruh, Muhammad Ashariff kepada bakal, isterinya.

Muhammad Ashariff membantu, Qasif Nursofea memakai telekung tanpa membatalkan wuduk yang telah diambil. Lalu mereka berjemaah bersama.

“Assalamualaikumwarah matullah,” Muhammad Ashariff memberikan salam ke kanan serta ke kiri bahudan mengakhiri solat jemaah mereka dengan doa. Setelah mengaminkan doa,Muhammad Ashariff memandang, Qasif Nursofea yang berada di sebelah kanan di belakangnya.“Macam mana?,” tanya, Muhammad Ashariff.

“Macammana apa?,” soal, Qasif Nursofea kembali.                          

“Maksud abang, apa yang, Fea rasa bila kita selesai solat?,” jelas, Muhammad Ashariff akan maksudnya.

“Oh,erm… rasa selesa, rasa tenang. Macam sejuk je” Muhammad Ashariff tersenyum mendengar.

“Itu maknanya kita rasa aman dan selesa” Qasif Nursofea membalas dengan hanya memberikan senyuman. Qasif Nursofea bangun untuk memasuki ke dalam bilik untuk meletakkan kembali kain telekung yang dipakainya sebentar tadi.

Kemudiannya,Qasif Nursofea turun ke tingkat bawah mengikuti, Muhammad Ashariff yang sedang menggoreng ikan. “Nak Fea tolong?,” tanya, Qasif Nursofea.

“Tak payahlah, sikit je. Fea nak makan nasi tak?,” tanya, Muhammad Ashariff. Qasif Nursofea hanya menggeleng.

“Ada buah tak?? Fea nak makan ringan-ringan je” Muhammad Ashariff menunjukkan kepada,Qasif Nursofea buah di dalam peti sejuk. Kedengaran bunyi motosikal dari arah luar menandakan, Pak Mullia dan Mak Zainab sudah pulang.

“Ha mak, ayah, Marilah kita makan sekali,” ajak, Muhammad Ashariff kepada kedua orang tuanya.

Sewaktu mereka menjamu selera, Pak Mullia memulakan bicara. “Kamu nak adakan majlis tunang dekat mana, Sofea?” Qasif Nursofea hanya menoleh kepada, Muhammad Ashariff.

“Tak tahu lagi ayah. Mungkin dekat KL. Mungkin jugak dekat sini je,” jawab, MuhammadAshariff.

“Kamuada saudara dekat sini ke?,” tanya pula akan, Mak Zainab. Qasif Nursofea menjawab kini. “Tak… tapi itu semua kami boleh atur”.

Pak Mullia menyambung bicaranya lagi. “Pak cik dan keluarga tak kisah. Dekat manapun kamu berdua nak adakan majlis. Asalkan senang pada kamu cukuplah, Fea”.

“Esok kamu kerja ke, Riff?,” tanya, Mak Zainab pula kepada anaknya, MuhammadAshariff.

“Kerja.Lepastu, Riff nak bawak, Fea ke Kuantan. Nak tengok barang hantaran” Mak Zainab hanya tersenyum mendengar jawapan anaknya.

 

Pagisudah menjelma. Qasif Nursofea meminta diri untuk mengikuti, Muhammad Ashariff.Bermakna hari ini hari terakhir dia berjumpa dengan ibubapa, Muhammad Ashariff sebelum bergelar tunangan kepada anak lelaki bongsu mereka.

Mereka kini memulakan perjalanan. “Kejap lagi, Fea duduk rumah, Kak Nur dulu sebelum abang balik. Lagipun hari ni, abang keluar kerja awal,” Muhammad Ashariff mencadangkan kepada, Qasif Nursofea untuk menunggunya pulang dari kerja sebelum pergi ke Kuantan.

“Kak Nur?,” tanya, Qasif Nursofea hairan. “Yup! Kak Nur,” jawab Muhammad Ashariffyang sedang memandu kereta.

“Siapa pulak, Kak Nur tu? Kakak abang?,” tanya, Qasif Nursofea lagi. “Bukan kakak kandung. Erm, Fea ingat tak, Fikri kawan abang yang sama-sama kursus dekat KLhari tu?” “Ohh ya! Ha ingat. Jadi. Kak Nur tu isteri dia?,” Qasif Nursofea cuba meneka. “Yer, tak payah nak segan-segan. Fikri takde. Kak Nur tinggal dengana nak-anak dia je masa, Fikri kerja. Lagi pun abang dah inform,Kak Nur malam tadi”.

“Ala…tidaknya biar jelah, Fea jalan sorang. Tak payah nak susahkan dia,” rungut,Qasif Nursofea.  “Anak dia pun nama,Darwish tau”. Beritahu Muhammad Ashariff. “Oh yer ker?”. Qasif Nursofea sedikit terkedu. Nama itu mengenangkan arwah babahnya yang juga bernama, Dato’ Dr.Darwish.

 

Hampir 1 jam 30 minit dalam perjalan, akhirnya mereka sampai di hadapan rumah berkembar dua tingkat. Muhammad Ashariff sangat rapat dengan keluarga, Fikri.Tanpa segan silu, Muhammad Ashariff terus menolak pintu hadapan rumah itu.

“Asslamualaikum…Darwish, mana umi?,” soal, Muhammad Ashariff kepada seorang budak lelaki yang berumur 3 tahun. “Umi, Uncle Arif datang,” Darwish memanggil, uminya.

“EhRiff, jemputlah dulu,” pelawa, Kak Nur kepada, Muhammad Ashariff. “Tak apalah.Lagipun dah lewat ni. Fikri pun dah pergi, kan? Riff cuma nak tinggal baby giant je dekat sini,” gurau, Muhammad Ashariff setelah melihat, QasifNursofea sudah menapakkan kaki menuju ke arah mereka.

kak Nur ketawa mendengar jenaka, Muhammad Ashariff. “Muhammad Ashariff ni memang macam ni pun! Kuat menyakat orang,” kata, Kak Nur kepada, Qasif Nursofea.

“Okeylah,Fea. Abang pergi kerja dulu. Nanti kang lambat pulak masuk kerja,” Kereta Honda civic milik, Muhammad Ashariff meluncur pergi meninggalkan, Qasif Nursofea.Hanya ekoran anak mata, Qasif Nursofea yang menghantarnya pergi.

“Eh,apa yang tercegat dekat situ lagi, Fea? Marilah masuk ke dalam ni”. Qasif Nursofea hanya menurut ajakan, Kak Nur.

Tiba-tiba anak kecil seusia 3 tahun berlari ke arah, Qasif Nursofea. “Kakak,” panggil, Darwish yang masih tidak lancar percakapannya. “Ye,” Qasif Nursofea ketawa kecil dan hanya diperhatikan oleh, Kak Nur.

Qasif Nursofea memandang, Kak Nur. “Nama dia sama macam nama arwah babah saya”. “Oh ye ker? Maaf akak tanya. Berapa usia dia meninggal?”.

Kak Nur seolah ingin mengenali gadis cantik di hadapannya. “Erm… dah 57,” beritahu,Qasif Nursofea. “Oh… muda lagi”. Qasif Nursofea hanya tersenyum. “Sofea masih ada ibu?,” tanya, Kak Nur lagi. “Dah takde. Dia orang meninggal pada hari yangsama,” jawab, Qasif Nursofea pada pertanyaan itu. “Subhanallah, susah nak dapat tengok suami isteri pergi sama-sama”. Qasif Nursofea hanya senyum.

 

 

 

 

 

 

 

 

Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia