Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 59

“Fiza,kau apa cerita?? Tak jalan pun kerja kau!,” Hakimi berjumpa dengan, Fiza di pantai.“Aku bukan taknak buat… tapi aku dah malaslah nak kacau rumah tangga orang,Kimi. Kalau kau nak kau buatlah sendiri!!,” Fiza melangkah laju meninggalkan,Hakimi di situ.

“Amboi! Senang kau bagi alasan erk? Apa? Kau ingat aku tak tahu apa yang kau fikir dekat kepala otak kau tu?,” marah, Hakimi sambil melangkah mengekori, Fiza. Sambung,Hakimi lagi kini. “Kau jangan nak makan sorang ye, Fiza!”. Fiza menoleh kepadaHakimi. “Tapi… apa yang aku tengok takde lah bahagia sangat, si Ashariff tu!,” kata-kata,Fiza menarik minat, Hakimi.

“Mana kau tahu?,” tanya, Hakimi yang melihat akan wajah, Fiza yang tersenyum. “Aku tahulah! Aku ada jumpa mak, Ashariff dekat pasar” “What?? Kau jumpa mak dia je?! Then kau tahu yang dia orang tak bahagia?!,” tanya, Hakimi dengan nada yang sangat marah.

“Hey!Kau jugak yang suruh aku pergi racun fikiran orang tua tu kan? So, nanti aku buatlah pelan-pelan,” jawab,Fiza kepada, Hakimi yang masih tidak berpuas hati.

Kini,Hakimi tersenyum memandang, Fiza. “Macam nilah yang aku nak! Bijak! Pandai! Jom teman aku,” ajak, Hakimi kepada, Fiza untuk melakukan perbuatan sumbang mereka lagi.

“Non,non bikin apa ini?,” tanya, Riyanti yang melihat, Qasif Nursofea sedang memasak.Majikannya itu sedang mengambil alih tugasannya sebelum ini.

Qasif Nursofea memandang, Riyanti sambil menghadiahkan senyuman. “Hari ni… saya bagi awak cuti” Riyanti semakin bingung mendengar bicara majikannya.

“Waduh!Saya tak mohon cuti pun, non bagi saya cuti? Riyanti seakan pelik dengan tingkah laku majikannya itu. “Hari ni… saya benarkan awak nak keluar pergi manapun, pergi lah! Saya tak halang,” tangan, Qasif Nursofea masih lagi ligat menyiapkan makanan yang sedang di masak.

Riyatimula mencari akal dan memohon mengundur diri dan berlalu dari sisi, Qasif Nursofea. Qasif Nursofea tidak lagi mengendahkan ke mana haluan yang mahu pembantu rumahnya pergi. Saat yang paling penting baginya sekarang, adalah misihari ini.

Qasif Nursofea membuka pintu kamar, Muhammad Ashariff Mullia. “Assalamualaikum,” Muhammad Ashariff yang baru selesai mandi menoleh ke arah suara yang memberi salam.

Qasif Nursofea melihat, Muhammad Ashariff yang bersusah payah untuk menyarungkan seluar ke kakinya yang tebal dibaluti simen. Qasif Nursofea melangkah pergi ke susuk tubuh yang duduk di sisi katil dan terus membantu.

Muhammad Ashariff hanya membiarkan pertolongan isterinya itu. Qasif Nursofea yang menyarungkan seluar di kaki, Muhammad Ashariff yang patah masih lagi duduk bersimpuh di hadapan, Muhammad Ashariff.

Muhammad Ashariff mengambil kesempatan untuk melihat wajah isterinya. Muhammad Ashariffmerasakan yang dia rindu akan wajah di hadapannya kini. Mahu sahaja meluahkan rasa rindu di dada dan mahu sahaja menunjukkan rasa sayang tetapi semuanya dihalang oleh perasaan marah.

“Abang,”Qasif Nursofea memetik jarinya di hadapan renungan wajah suaminya, Muhammad Ashariff.“Berapa banyak parut dekat muka Fea? Herm? Ops, lupa. Fea  takde parut. Haa, berapa banyak lalat buat tahi dekat muka, Fea?”.

Qasif Nursofea cuba untuk membuat kelakar supaya mengharapkan, Muhammad Ashariff akan tersenyum. Tetapi ianya masih hambar. Muhammad Ashariff tidak memberikan sebarang respon.

“Kau nak tengok aku berapa lama lagi terkurung dalam bilik ni? Ke… kau nak aku keras dulu dekat dalam bilik ni baru kau nak bawak aku keluar?,” kata, Muhammad Ashariff yang mahukan, Qasif Nursofea memapah tubuhnya keluar dari bilik itu.

Okayokay. Let’s go,” QasifNursofea baru sahaja mahu memegang lengan, Muhammad Ashariff. “kejap! Riyanti mana?,” tanya, Muhammad Ashariff yang mula teringat apa yang telah disyaratkan olehnya kepada, Qasif Nursofea.

“Sekarang ni… di hadapan abang ni adalah isteri, abang tau! Yang abang tanya tu adalah,Riyanti! Pemantu rumah! Bukan isteri abang tau! Yang layak memegang abang sekarang adalah isteri dan tak haram disisiNya,” Qasif Nursofea bijak mengambil peluang. Peluang yang tidak boleh lagi dipertikaikan oleh jejaka kacak, MuhammadAshariff.

Kini,mereka mengatur anak tangga bersama menuju turun ke tingkat bawah. Qasif Nursofea memapah suaminya sehingga di tempat duduk sofa. Membuka televisyen untuk suaminya. “Abang duduk sini kejap. Fea nak pergi ambil makanan,” Qasif Nurofea melangkah  pergi ke dapur.

Qasif Nursofea meletakkan beberapa ketul sosej di dalam pinggan dan telur hancur yang telah siap dimasak olehnya sebentar tadi. Meletakkan kopi yang dibancuh sendiri olehnya. Meletakkan hidangan itu di atas dulang hidangan. Lantas berjalan menuju ke tempat duduk suaminya.

Qasif Nursofea duduk di sofa bersebelahan dengan, Muhammad Ashariff. Muhammad Ashariff masih lagi tidak menjamah makanan yang telah tersedia.

Qasif Nursofea sedar akan ketidakselesaan, Muhammad Ashariff disisinya. Tetapi, Qasif Nursofea berpura seperti tidak ada apa yang berlaku.

Qasif Nufrsofea menarik pinggan di hadapan suaminya untuk menyuap. Tetapi dihalang, Muhammad Ashariff. “Tak perlu nak layan aku macam raja,” kata, Muhammad Ashariff.

Qasif Nursofea terkesima dengan lontaran percakapan, Muhammad Ashariff. Qasif Nursofea tidak mahu menanyakan apa-apa lagi selagi, Muhammad Ashariff tidak menghabiskan hidangan itu.  

Muhammad Ashaiff bangun dengan ditemani tongkat dan menuju ke luar rumah. Hanya anak mata isteri menemaninya keluar. Makanan yang disediakan oleh isterinya langsung tidak diusik.

Qasif Nursofea melihat suaminya dari jendela yang duduk termenung di kerusi luar.Qasif Nursofea keluar untuk menemani, Muhammad Ashariff. Qasif Nursofea tidak menegur, Muhammad Ashariff yang berada di kerusi yang sama. Qasif Nursofeahanya tersenyum dan ketawa kecil seorang diri sambil memerhati i-pad di tangan.

“Dengan siapa entah di chat nya? Sampai akudekat depan mata pun tak tegur!,” dengus, Muhammad Ashariff di hati.

“Abang nak tengok?,” pelawa, Qasif Nursofea kepada Muhammad Ashariff setelah melihat wajah bosan yang dipamerkan akan suaminya.

“Taknak!,”jawab, Muhammad Ashariff ringkas. Alaa… tengoklah dulu,” Qasif Nursofea menghulurkan i-pad kepada, Muhammad Ashariff. Akhirnya, suaminya itu mengambil i-pad tersebut. Apa yang dilihat adalah perbualannya bersama, Qasif Nursofea dilaman Facebook suatu ketika dulu.

“Rindunya,Fea dekat masa dulu. Yelah… dulu abang layan, Fea baik je. Abang selalu buat,Fea ketawa. Dulu masa, Fea sedih… abang akan buat, Fea lupakan kesedihan tu. Fea rindu lawak jenaka abang tau,” kata-kata, Qasif Nursofea tidak diendahkan oleh,Muhammad Ashariff. Muhammad Ashariff seolah tidak merasakan apa-apa.

Muhammad Ashariff meletakkan i-pad tersebut di atas meja berhampiran dengan tempat duduk mereka. “Abang, Fea ada buat salah dengan abang ke?,” soalan itu sekali lagi cuba diajukan dan masih tidak diendahkan oleh, Muhammad Ashariff. Qasif Nursofea sedar sifat dingin suaminya. Qasif Nursofea tidak mahu mengalah. “Oh ye. Thanks for the flower,” ucap, Qasif Nursofea setelah teringat akan bunga yang diletakkan di atas cermin luar kereta.

Muhammad Ashariff hairan. Tetapi dia masih lagi memilih untuk berdiam. Qasif Nursofea memerhati riak wajah, Muhammad Ashariff yang kelihatan diam seperti patung.

“Jom kita keluar,” ajak, Qasif Nursofea. “Kita keluar pergi pantai nak?,” tanya isterinya. “Taknak!,” jawabnya ringkas pada perlawaan itu.

“Jom lah.Tak elok tau asyik berkurung je dalam rumah. Angin luar nak kena ambik jugak.Baru ada energy!” pujuk, Qasif Nursofea. “Aku duduk dalam bilik… kau cakap kena keluar bilik baru elok! Ni… aku dah ada dekat luar rumah, kau ajak aku keluar pulak! Tak fahamlah!,” rungut, Muhammad Ashariff dengan nada marah.

Qasif Nursofea tersenyum mendengar kata-kata suaminya itu. Tangan suaminya di tarik jua untuk menuju ke kereta milik, Qasif Nursofea.

Kenderaan yang mereka naiki dipandu perlahan oleh, Qasif Nursofea. Dekat sahaja pantai dengan kawasan perumahan mereka. Qasif Nursofea memilih kerusi yang tersedia dihadapan pantai. Kerusi itu diduduki oleh mereka suami isteri.

Muhammad Ashariff masih lagi hendak memegang tongkat miliknya walaupun telah melabuhkan pinggul. “Eh, bagilah tongkat tu!” pinta, Muhammad Ashariff kepada Qasif Nursofea yang merampas tongkat dari pegangannya. “Bagilah! Kenapa? Kau nak campak aku dekat laut ke?,” marah, Muhammad Ashariff atas usikan isterinya yang tidak mahu menyerahkan tongkat. “Abang rasa tongkat ni penting ke untuk abang?,”tanya, Qasif Nursofea.

“Pentinglah! Kau pun nampak yang kaki aku ni patah riuk! Ada ke manusia boleh jalan satu kaki je?” Qasif Nursofea mendengar jawapan, Muhammad Ashariff. Dirasakan puas pada hatinya apabila patung bernyawa yang berada di sisinya mula berbicara walaupun dengan nada yang marah.

“Siapa cakap orang ada sebelah kaki tak boleh berjalan?,” tanya, Qasif Nursofea pula.“Eh, dah lah! Jangan nak mula berceramah dekat aku,” Muhammad Ahariff tidak mahulagi mendengar percakapan daripada, Qasif Nursofea.

Muhammad Ashariff mahu mencapai tongkatnya kembali lantas dibaling jauh tongkat itu oleh,Qasif Nursofea. “Apa kau buat ni?? Kalau kau rasa bebal aku ni pada kau… kau campak je aku jauh-jauh dekat dalam laut tu! Tak payahlah kau campak tongkat tu! Sebab dia tak bernyawa! Dia tak rasa sakit!,” marah, Muhammad Ashariff kerana dia tidak dapat berdiri teguh apabila tidak dibantu oleh sebatang tongkat.

“Abang ingat tongkat tu saja ke yang boleh tolong abang?? Abang tahu yang dia tak bernyawa! Abang tahu dia tak punya perasaan! Tapi… apa yang abang dah buat pada manusia yang bernyawa di hadapan abang ni? Manusia yang telah dijanjikan supaya akan menjadi imam pada makhluk bernyawa ni. Makhluk di depan mata abang ni! Mana syurga yang abang janjikan dekat atas dunia ni? Lupa ke apa yang telah abang ukir dekat kulit kitab Al-Quran tu??!,” ungkit, Qasif Nursofea kini.

Air mata, Qasif Nursofea tidak boleh ditahan lagi. Perbualan mereka tidak lah didengari oleh pengunjung yang lain kerana deruan ombak yang deras menjadi muzik perbualan mereka yang berkunjung di pantai tersebut.

“Mana janji abang pada, Fea?? Abang kata… abang boleh gantikan keluarga, Fea. Abang adalah segalanya! Ye, Fea akui! Abang adalah segalanya bagi, Fea! Abang tak boleh berdiri tanpa tongkat tu kan?? Tapi, Fea tak boleh berdiri tanpa abang! Tanpa cinta abang, Fea tak mampu berdiri! Tahu tak??!! Kalau lebih lama lagi abang layan,Fea macam ni, Fea tak tahu berapa lama lagi, Fea mampu berdiri,” Qasif Nursofea duduk kembali di ribaan kerusi. Teresak tangisannya. Tangisannya itu didengari oleh,Muhammad Ashariff.

“Abang kata, Fea adalah syurga, abang! Adakah syurga yang dikejar manusia yang berimanakan dibalas dengan syurga seperti ini?” Qasif Nursofea memalingkan wajahnya pada wajah yang kembali membisu. Kata-kata suaminya itu tidak jelas untuk,Qasif Nursofea memahami.

Kolapak mata, Muhammad Ashariff juga telah hadir air jernih. Air jernih yang tidak sedar oleh, Qasif Nursofea.

“Adakah abang menyesal dengan perkahwinan ni?,” tanya, Qasif Nursofea dengan jelas. Dia menantikan jawapan dan terus menunggu jawapan.

Muhammad Ashariff bangun dengan bantuan kerusi yang didudukinya tanpa memberikan jawapan yang dinantikan oleh insan bernama, Qasif Nursofea. Qasif Nursofea melihat akan kesusahan, Muhammad Ashariff bagi mendapatkan tongkatnya kembali.

Qasif Nursofea bangun dan terus membantu, Muhammad Ashariff. Sambil menghulurkan kembali tongkat mata mereka kini bertemu. Diamati sepasang mata, mata yang melahirkan beribu jawapan, beribu luahan rasa cinta.

Qasif Nursofea sedar akan renungan, Muhammad Ashariff yang terus lagi memandang anak matanya. “Abang tak pernah menyesali cinta yang pernah abang ungkapkan pada,Fea,” akhirnya ucapan itu keluar dari bibir lelaki dihadapan, Qasif Nursofea.Lantas tubuh, Muhammad Ashariff dirangkul kemas oleh, Qasif Nursofea.

Merasakan bibik-bibik cinta mereka kini bersatu. Muhammad Ahariff tidak menghalang tidakan yang dilakukan oleh isterinya ketika ini. Lalu dibiarkan sahaja.

                                                                                     

 

 

 

 

 

 

 

 

Previous: Bab 58
Next: Bab 60

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia