Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 5

Muhammad Ashariff  Mullia : “Awak dekat Russia sekarang dan bila nak balik Malaysia?”.

Qasif Nursofea : “Eh, taklah! Saya dah dapat pertukaran pelajar. So sekarang I  ada dekat KL. Dah dekat setahun pun I dekat sini”.

Muhammad Ashariff  Mullia : “Lah! Yeke?? Manalah saya tahu details pasal awak. sekadar teman berbual di facebook je. sedar tak sedarkan… awak perasan tak? perkenalan kita ni pun dah hampir setahun”.

Qasif Nursofea : “Ye, betul. Malah kita tak pernah pun berborak”.

Muhammad Ashariff  Mullia : “Bukan je tak pernah borak! Jumpa pun tak pernah. Hehehe”.

Qasif Nursofea : “Ingat ke, awak yang takde perasaan?,” senyum, Qasif Nursofea seorang diri di dalam kamar.

Muhammad Ashariff Bin Mullia : “Bagi Nombor! Meh, saya call. Dah macam orang bercinta dengan orang bunian. Eh… eh… eh… heee…bercinta ke?,” seloroh, Muhammad Ashariff.

Qasif Nursofea merasa selesa dengan, Muhammad Ashariff yang sudah dikenalinya hampir setahun itu. Walaupun tidak pernah bersua muka, dia selesa berborak denganlelaki itu walaupun melalui penulisan sahaja. Muhammad Ashariff mempunyai sifatyang kelakar dan sedikit memahami.

Selepas,Qasif Nursofea memberikan nombor telefonnya kepada, Muhammad Ashariff mereka menamatkan perbualan di Facebook. Kini, Qasif Nursofea sedang asyik menonton cerita kegemarannya seperti lupa akan peristiwa yang pernah menimpa dirinya sebelum ini.

Selama tempoh perkenalan dengan, Muhammad Ashariff, selama tempoh itu jugalah tiada khabar berita tentang kakaknya, Qasif Nur Ain serta keluarga abang sulungnya,Aish Irfan.

Bukan,Qasif Nursofea tidak pernah cuba mencari keluarganya itu, bahkan serata tempat dia mencari adik-beradiknya itu. Tetapi nasib tidak menyebelahi, QasifNursofea.

Malam akan melabuhkan tirainya. Qasif Nursofea juga mengetahui bahawa, Muhammad Ashariff bertugas pada malam ini sehingga subuh pagi esok.

Muhammad Ashariff yang merupakan seorang jurutera minyak di salah sebuah syarikatpetroleum yang terkemuka. Muhammad Ashariff berkhidmat di Kerteh, Terengganu juga merupakan anak jati kelahiran, Kuala Terengganu.  

Qasif Nursofea masih lagi berada di ruang tamu yang pernah dijadikan tempat berkumpul seisi keluarganya, dimasa dahulu. Tetapi kini, hanya tinggal dia seorang diri bersama seorang pembantu rumah. Ada ketika di waktu ini, cerita yang ditontonnya seolah tiada fungsi untuk menghilangkan kesunyiannya kini.

Deringan telefon mematikan lamunan, Qasif Nursofea. “Eh, Ashariff lah! Ehem, ehemm,”Qasif Nursofea seperti mahu membetulkan suara.

“AssalamualaikumWarahmatullah Hitaala Wabarakatuh,” pemberian salam yang panjang dihulurkan oleh, Muhammad Ashaarif.

“Amboi,panjang bebenor bagi salam erk? Waalaikumussalam,” jawab, Qasif Nursofea.

“Dah real sembang dah tak reti pulak nakcakap. Gamaknya nak kena guna bahasa isyarat ni,” seloroh, Muhammad Ashariff dengan ketawa kecil.

Dari tadi, Qasif Nursofea asyik tersenyum. Tidak ubah seperti seseorang yang sedang dilamuncinta.

“Eh,macam tu pulak dia? Tak payahlah nak guna bahasa isyarat bagai. Datang sini jelah.Lagi best! Boleh bertentang mata terus. Ha, amacam?,” Qasif Nursofea juga pandai bergurau ketika ini.

“Eh,betul ke ni? Kita dekat sini bila-bila masa je. Itu pun kalau orang sana sudilah nak jumpa. Betul ke ni Doc?,”tanya, Muhammad Asharif  dengan bersahaja.

“Eh,tak payahlah nak panggil doctor!Belajar pun belum habis lagi tau!” Mereka sama-sama ketawa.  

“Kebetulan,memang saya kena turun KL. Ada kursus dekat sana. Bolehlah kita jumpa nanti. Dah lama benar rasanya borak melalui alam maya ni je. Kadang-kadang… rasa macam bercinta dengan orang bunian pun ye” Kata-kata, Muhammad Asyariff itu bagaikan menggeletek hati, Qasif Nursofea. Qasif Nursofea kini ketawa dengan penuh ceria.

“Eh,dekat mana yang kelakar sangat ni, Fea? Cuba khabor ke hamba?,” Muhammad Ashariff cuba menggunakan bahasa loghat negerinya pula.

“Taklah! Bukan apa… macam kelakar je orang sana berbahasa. Hidung mancung tak ni? Ha…lagi satu, pipi tu ada tayar ke?,” Qasif Nursofea terus ketawa apabila dia bertanyakan seperti itu kepada, Muhammad Ashariff.

MuhammadAshariff cuba mahu memahami kata-kata gadis ini. Tetapi dia tetap gagal. “Apa maksud awak ye?,” tanya, Muhammad Ashariff yang sedikit bingung.

“Dah awak tu pandai sangat bermadah! Apa kata, orang sana sendiri yang fikir,” jawab,Qasif Nursofea yang bersahaja.

“Oh,dah faham! Iyelah… hidung kalau tak mancung bukan keturunan, Mullia lah cik adik weh! Pipi pulak kalau tak adanya tayar terpaksalah hamba membeli dekat kedai spare part. Kalau tak pun… pinjam tayar kereta orang sana je. Kalau itu yang disyaratkan oleh awak. Bolehlah orang sini tersorong-sorong pergi dekat sana nanti. Tak gitu, Cik Qasif Nursofea?”.

Giliran Muhammad Ashariff pula menyakat, Qasif Nursofea selepas gadis itu cuba tidak melayan akan perkataan yang telah disebutkan dalam bicaranya. Perkataan“bercinta dengan orang bunian” menjadi jenaka buat, Qasif Nursofea.

“Ha…yelah! Betul, betul! Dah, malas dah nak layan,” jawab, Qasif Nursofea yang masih lagi mengukirkan senyum.

 

Dihari-hari yang berikutnya, mereka tetap melakukan perkara yang sama. Jika tidak berborak melalui laman sosial di Facebook,mereka akan menggunakan perkhidmatan kiriman ringkas melalui telefon bimbit iaitu, wathsapp dan juga turut berborak melalui panggilan telefon. Seperti sudah menjadi rutin bagi  kehidupan harian mereka kini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia