Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 11

Seperti yang telah dijanjikan, Muhammad Ashariff meluncur laju kereta Honda civic 2.0 putih miliknya untuk berjumpa dengan Qasif Nursofea. Keretanya telah dihantar pulang oleh, Fikri sebaik sahaja tiba di Kuala Terengganu.

Qasif Nursofea asyik melihat laut yang indah dari luar balkoni. Menunggu, Muhammad Ashariff yang telah berjanji untuk berjumpa dengannya semula. Qasif Nursofea merasakan segala kekusutan di ruang kepalanya hilang setelah berada di negeriyang mempunyai pantai yang luas lagi permai.

 

“Iye…saya dah siaplah. Okay… saya nakturun dah ni,” Qasif Nursofea mengenakan jeans ketat berwarna biru separas betis dan memakai t-shirt ketat Polo berwarna merah jambu. Rambutnya yang panjang melepasi paras bahu diikat kemas.

Qasif Nursofea melihat, Muhammad Ashariff berdiri di luar kereta milik lelaki itu.Qasif Nursofea sangat kenal pada lelaki yang memakai baju berwarna merah yang sedang memandang tepat ke arah dirinya.

Hi!,” tegur, Qasif Nursofea kepadal elaki yang asyik memandang tepat pada wajanya sebentar tadi.

Hi… macam mana bilik? Okay tak? Selesa?,” Muhammad Ashariff membalas teguran gadis yang berdiri dihadapannya kini.

Okay… cantik! Selesa,” Qasif Nursofea menyambung bicaranya lagi. “Kita nak ke mana ni?,” dia memandang wajah,Muhammad Ashariff yang segak memakai cermin mata berwarna hitam kebiruan untuk menghalangi silau petang pada jam 5 petang.

“Kita pergi tempat orang main layang-layang, lepastu… kita pergi pasar malam, Pantai Batu Buruk” Mereka menuju ke tempat yang dicadangkan oleh, Muhammad Ashariff sebentar tadi.

“Cantiknya! Boleh terbang jugak ye layang-layang walau apa pun bentuknya?,” tanya, Qasif Nursofea sambil mendongak ke atas melihat layang-layang pelbagai bentuk dan warna.

Layang-layang yang diterbang mengikut angin seakan tampak seperti mahu mencecah awan. Muhammad Ashariff tidak menjawab soalan yang ditanya oleh, Qasif Nursofea.Tetapi dia hanya  leka melihat wajah,Qasif Nursofea menggunakan ekor matanya.

“Cantik,”ngomel hatinya. Dia seolah mendengar degupan cintanya dari dalam dan tiada siapa pun yang mampu mendengar getaran itu. Hanya dirinya sendiri iaitu,Muhammad Ashariff Mullia.

Qasif Nursofea yang tadi melihat layang-layang yang terbang diikat tali halus dan mengikut tiupan angin akan geraknya, lantas dia tersedar akan renungan lelakiitu.

Qasif Nursofea memusingkan seluruh tubuhnya dan memetik jari supaya Muhammad Ashariff tersedar akan perbuatannya.

“Isyh! Pandang kita sampai macam tu sekali?! Tak baik tau!,” Qasif Nursofea terus berjalan dan merebahkan pinggul di atas batang pokok kelapa yang sudahterbaring di atas pasir halus berwarna putih. Lalu diikuti oleh, Muhammad Ashariff untuk duduk bersama.

Muhammad Ashariff ketawa kecil sehingga menimbulkan kehairanan di hati, Qasif Nursofea.“Macam tak percaya gadis cantik seperti awak ni sampai sekarang takde boyfriend,” ujar,  Muhammad Ashariff.

“Memang betullah! Apa yang nak dihairankan sangat? Herm? Gadis modern!,” jawab Qasif Nursofea. Qasif Nursofea meneruskan lagibicaranya kini. “Jujur saya katakan memang saya tak pernah bercinta. Saya tengok kawan-kawan saya yang bercinta macam sengsara je. So… saya padamkan hasrat tu. Entahlah! Saya ni jenis kalau ada… adalah. Kalau takde… nak buat macam mana, kan?”.

Muhammad Ashariff memandang jauh ke arah pantai. Lalu berkata. “Mungkin awak terlalu memilih kot”.

Qasi fNursofea kembali menjawab. “Isyh! Macam mana nak pilih kalau dah takde sesiapa yang saya jatuh cinta”.

“Ha,betullah saya cakap!,” pantas sahaja, Muhammad Ashariff menjawab.

Qasif Nursofea mengerutkan dahi sambil memandang bibir yang bercakap.

“Kata-kata awak tu! Sebab itulah sampai sekarang awak takde kekasih hati. Sebab, menunggu cinta dari awak. Memang payahlah kalau macam tu. Kita… sebagai manusia, selagibernama manusia… kenalah bagi ruang dan peluang. Baru adil dengan diri kita ni!”.

Qasif Nursofea bertanya kepada Muhammad Ashariff kerana ingin mengetahuinya dengan lebih jelas. “Maksud awak?”.

Muhammad Ashariff terus menjawab. “Maksud saya… awak kena kenal dengan seseorang. Kenal hati budi… bagi ruang pada dia. Masa tu… barulah awak boleh decide samada  cinta atau apa saja yang lahir dalam hati awak tu”.

Kata-kata Muhammad Ashariff tadi dibiarkan sahaja oleh, Qasif Nursofea. “Nak main layang-layang?,”Qasif Nursofea teruja dengan perlawaaan, Muhammad Ashariff.

“Kalau nak main jom kita pergi beli” Qasif Nursofea mengikuti langkah, Muhammad Ashariff.

Qasif Nursofea memilih layang-layang berwarna merah. Qasif Nursofea memegang layang-layang itu dan mengikut arahan daripada, Muhammad Ashariff supaya melepaskan layang-layang tersebut. Muhammad Ashariff pandai mengawal layang-layang itu dengan menggunakan tali yang diikat.

“Nah,Pegang ni,” Muhammad Ashariff memberikan gulungan tali itu kepada, Qasif Nursofea.Lalu gadis itu mencuba dengan mengikut cara, Muhammad Asyariff sebentar tadi. Namun layang-layang yang dikawal, Qasif Nursofea tadi terjatuh di dasar laut kerana dibawa angin yang kuat. Mereka ketawa bersama-sama.

“Saya ingat senang je nak mainnya. Rupanya susah!,” keluh, Qasif Nursofea kepada,Muhammad Ashariff.

“Susahkan?Macam itulah juga susahnya lelaki yang nak memenangi hati wanita,” kata, Muhammad Ashariff pula.

Qasif Nursofea seakan tertarik dengan kata-kata yang diucapkan oleh, Muhammad Ashariff ketika ini. “Kenapa awak samakan wanita dengan layang-layang?”.

“Setengah wanita taknak mengaku bahawa mereka sudah jatuh cinta. Apabila lelaki cuba mendekati…mereka akan pergi jauh. Hanya lelaki yang hebat sahaja akan dapat tawan wanita macam tu. Dekatkan supaya tak pergi jauh lagi,” sangat jelas penerangan,Muhammad Ashariff. Qasif Nursofea hanya tersenyum.

Matahari kini mula membenamkan dirinya untuk munculnya bulan. Mereka berdua kiniberjalan di pasar malam yang dicadangkan oleh, Muhammad Ashariff.

Qasif Nursofea melihat pelbagai jenis makanan yang dijual malah pelbagai jenispakaian yang turut dijual. Dia melihat juga pelbagai jenis kaum dan bangsa berada di situ dan juga dalam kalangan peniaga.

Terdapa tjuga pelancong seperti orang berkulit putih dan hitam. “Saya dah lama tak datang pasar malam… kalau kenangkan balik, itu pun waktu saya kecil lagi,” beritahu,Qasif Nursofea.

Muhammad Ashariff hanya memberikan senyuman sehingga menampakkan garisan gigi putih miliknya.Qasif Nursofea mengarahkan, Muhammad Ashariff supaya berhenti pada meja jualan di situ.

Tetapi tidak didengari akan, Muhammad Ashariff kerana keadaan bising dengan lagu yang dimainkan serta jeritan para peniaga memasarkan barangan jualan mereka. Dialantas memegang tangan, Muhammad Ashariff.

“Ye?,”soal, Muhammad Ashariff.

“Saya nak beli makanan tu,” ditunjukkan dengan jari dan, Muhammad Ashariff membeli dan membayarnya. Qasif Nursofea tertarik dengan keropok lekor dan satta maka turut dibeli juga oleh, Muhammad Ashariff.

“Eh banyaknya topi,” dia mencuba topi yang dijual dan diselang-selikan dengan meletakkan di kepala, Muhammad Asharifff untuk mencuba. Muhammad Ashariff hanya menurutkan sahaja kelakuan, Qasif Nursofea.

“Kak, bungkuskan ini,” Muhammad Ashariff memberikan arahan. “Oh ye… adik taknak ketopi ni? Dia datang sepasang. Bolehlah pakai dengan isteri,” kata seorang peniaga yang menjual barangan yang hendak dibeli mereka.

Qasif Nursofea mendengar dan menjawab. “Okay…bungkuskan sekali” Muhammad Ashariff membelanjakan pembelian itu.

“Argh…penatnya,” tanpa disedari, Qasif Nursofea terus merangkul lengan, MuhammadAshariff. Perbuatan, Qasif Nursofea itu membuatkan Muhammad Ahariff terkelulalu menurutkan sahaja gerak-geri gadis itu.

Qasif Nursofea terus dengan langkahnya. Berhenti di tempat yang dia merasakan menarik untuk  membeli pelbagai jenis barangan.Sehingga penuh pada rangkulan jarinya.

Qasif Nursofea membeli satu jantung jagung manis yang dibakar dan menikmati sambil berjalan. Diberinya pula kepada, Muhammad Ashariff sehingga mereka sekarang sedang berkongsi memakan sejantung jagung bakar.

Qasif Nursofea masih lagi merangkul lengan, Muhammad Ashariff sehingga keluar daripada pasar malam. Lalu melepaskan rangkulan itu.

Memandang wajah, Muhammad Ashariff. Lantas menghadiahkan senyuman. “Terima kasih sebab pinjamkan saya lengan awak. Saya takut awak hilang daripada saya,” ucap, Qasif Nursofea sambil memalingkan anak matanya kepada lelaki kacak yang kini membisu.

Mana-mana lelaki pun akan bergetar seluruh jiwanya apabila ada wanita yang disukai menyampaikan kata-kata yang sedemikian.

Kata-kataitu bagaikan tertusuk tajam di hati, Muhammad Ashariff. “Kalau saya hilang?,”tanya Muhammad Ashariff. Muhammad Ashariff ingin terus menantikan jawapan.Bagaikan petir pada tubuh, Muhammad Ashariff kini.

Qasif Nursofea dengan sengaja memeluknya. Memeluk tubuh tinggi tegap itu iaitu tubuh milik, Muhammad Ashariff. Tetapi tidaklah lama pelukan yang dilakukan oleh,Qasif Nursofea. Muhammad Ashariff tersentak dengan perbuatan, Qasif Nursofea. Lalu, dibiarkannya sahaja.

“Saya akan lakukan ini kalau awak hilang. Saya taknak!,” Qasif Nursofea menyambung bicaranya lagi sambil merenung anak mata, Muhammad Ashariff. “Berikan sayapeluang mengenali awak dan melakukan apa sahaja syarat yang ditetapkan olehawak. Saya akan mencuba dengan lakukan kata-kata awak tadi. Saya… errr… saya akan mencari cinta saya. Jika saya menyintai awak… saya akan turutkan segala syarat untuk memiliki awak. Walau siapa pun awak!”.

Muhammad Ashariff merasakan dia tidak percaya akan kata-kata yang didengarinya kini.Tetapi digagahkan juga dirinya untuk berkata. “Cinta saya tidak bersyarat”Mereka berdua melangkah masuk ke dalam kereta. Muhammad Ashariff terus terdiamdi dalam kereta miliknya disamping, Qasif Nursofea.

“Kenapa awak tiba-tiba saja?,” tanya, Muhammad Ashariff inginkan kepastian.

Qasif Nursofea memilih untuk berdiam lantas berkata. “Saya nak lupakan apa yang pernah terjadi dalam kehidupan saya. Saya terfikir ada betulnya dengan apa yang awak kata tadi. Saya rasa… cinta tak akan datang kalau kita tak cari. Saya bukan katasaya sudah cintakan awak tapi… saya nak buat apa yang awak kata”.

Muhammad Ashariff terus mencari jawapan. “Awak mempergunakan saya??,” tanya, Muhammad Ashariff mahu mengerti setiap apa yang telah diperkatakan oleh gadis itu.

“Sayabukan nak mainkan awak… tapi saya nak cuba mencari cinta saya,” Qasif Nursofea cuba memberitahu niat hatinya.

“Jika awak kata macam tu… adakah awak benarkan saya mencuba mendapatkan cinta awak?,”soal, Muhammad Ashariff dan berharap agar mendapat jawapan yang diinginkannya selama ini.

“Mungkin tak boleh!,” pantas sahaja, Qasif Nursofea menjawab.

“Sofea,apa bezanya dengan sekarang? Awak cuba nak cari jawapan cinta awak?! Awak hanya akan memainkan hati saya. Tak ada salahnya kalau saya pun mencuba,” kata-kata,Muhammad Ashariff memang tidak dipersetujui oleh, Qasif Nursofea.

“Tak! Awak dan saya berbeza keadaan! Dan awak tak boleh buat macam tu! Kalau awak cintakan saya dulu macam mana?? Awak tak kenal siapa saya!,” bangkang, Qasif Nursofea.

Muhammad Ashariff mengecilkan mata dan memicit dahinya yang dirasakan bingung. “YaAllah… sama je, Sofea! Awak cuba seorang diri… awak ingat awak boleh mengelak daripada saya menyintai awak?? Sama je situasi kita sekarang! Kalau betul awakfaham dengan maksud saya tadi tu… saya maksudkan… kita kenal dan jalinkan cinta bertempoh. Dari kenal dan cinta bertempoh itulah yang boleh timbulnya putikcinta. Faham tak?? Awak tak boleh cuba seorang diri,” Muhammad Ashariff berharap agar wanita itu memahami akan maksudnya.

Qasif Nursofea memandang tepat pada wajah, Muhammad Ashariff. “Awak nak kita mencuba terus dengan cinta? Maksud awak cinta bertempoh??”.

Muhammad Ashariff mengangguk tanda setuju.

“Awak sanggup terima apa saja keputusan saya?,” soal, Qasif Nursofea lagi.

“Sanggup!,”ringkas sahaja jawapan, Muhammad Ashariff.

“Awak sanggup kehilangan cinta saya?,” soal, Qasif Nursofea lagi.

Yes! Saya sanggup. Atleast kita dah pernah try!,”jawab, Muhammad Ashariff buat kali seterusnya.

Awak sanggup terima saya dengan seadanya?,” tanya, Qasif Nursofea lagi dengan berlainan nada suara.

“YaAllah, Sofea! Kalau saya dah kata saya nak cuba… maksudnya saya terima apa sahaja keputusan awak! Saya boleh terima walau siapa pun awak! Saya terima apa risikonya!,” jawab, Muhammad Ashariff dengan tegas.

“Kalau macam tu… kita cuba selama tempoh yang diberi,” Qasif Nursofea mempersetujuinya kini.

Okay… setahun?,” Muhammad Ashariffmemberikan tempoh masa. Qasif Nursofea mengangguk tanda setuju.

Muhammad Ashariff terus menyatakan. “Saya harap awak tak akan menolak apa saja cadangan saya selama tempoh percubaan ni” Muhammad Ashariff meneruskan bicaranya lagi malah,Qasif Nursofea terus berdiam diri. “Kita akan mulainya esok,” tegas, Muhammad Ashariff.

Qasif Nursofea memusingkan badan. “Cepatnya?!”

Muhammad Ashariff terus membelah malam dengan kereta yang dipandunya dengan masih ditemani, Qasif Nursofea yang bakal dijanjikan perjalanan cinta bertempoh mereka.

 

Muhammad Ashariff membuka bungkusan keropok lekor dan satta untuk diberikan kepada gadis di hadapannya kini. Hanya mereka berdua yang berada diruang santai luar lobi hotel. Qasif Nursofea hanya memandang makanan yang dihulurkan oleh, Muhammad Ashariff.

“Kenapa tengok je makanan tu? Tadi awak yang nak makan satta ni,” tegur, Muhammad Ashariff pada renungan, Qasif Nursofea.

Qasif Nursofea tersentak dengan teguran, Muhammad Ashariff. “Macam mana andai tiba-tibasaya tak mampu nak teruskan perjanjian kita?,” tanya, Qasif Nursofea lagi.

Muhamma dAshariff memadang ke arah Qasif Nursofea. “Sebelum berjuang jangan terus mengalah.Awak belum cuba dan awak boleh andaikan macam-macam. Boleh tak stop dari pertanyaan macam ni??”.

“Saya hanya nakkan kepastian,” pinta, Qasif Nursofea.

“Saya tak nak ianya berakhir tanpa awak terus mencuba. Awak harus cuba sampai ke garisan penamat. Walau apa pun… saya dan awak harus ke garisan penamat. Setelah sampaike garisan penamat, itu hak awak samada nak teruskan atau tidak,” tegas,Muhammad Ahariff.

 

QasifNursofea melangkah masuk ke dalam bilik hotelnya selepas, Muhammad Ashariff mula meninggalkan ruang santai tadi.

Duduk terpaku di atas katil. “Isyh! Biar betul? Kalau betul-betul dia cintakan aku?Dan… aku cintakan dia… macam mana? Aduh… kenapalah aku setuju?? Sedangkan aku tahu apa yang pernah terjadi,” bercakap, Qasif Nursofea seorang diri. Dia tidakboleh lagi menarik perjanjian yang telah dibuat sebentar tadi.

 

“Puas hati aku! Akhirnya aku dapat jugak. Walaupun bertempoh. Argh! Tak kisahlah! Asalkan… boleh jugak aku pancing dia. Argh! Sofea! Kau buat aku jadi gilalah!!,”Muhammad Ashariff bercakap seorang diri sambil memandu.

Memakir kereta di ruang yang disediakan. “Assalamualaikum,” salam yang diberi disambut mesra oleh kedua orangtuanya yang sedang enak meminum kopi bersama ubi rebus.

“Waalaikumussalam,dari mana kamu ni, Riff? Cuti-cuti ni… bawaklah badan tu berehat kat rumah ni,”tegur, Pak Mullia apabila melihat anak bujangnya itu baru pulang.

“Takke mana pun, Riff, ayah. Cuma pergi pasar malam. Bawak kawan dari KL. Sajelah bawak dia jalan-jalan dekat Bandar, Kuala Terengganu” beritahu, Muhammad Ashariff.

Mak Zainab cuba mencelah kini. “Dari tadi lagi mak duk dengar kamu menyebut namakawan kamu tu. Cuba bawak dia datang ke rumah kita ni. Boleh jugak dia makan masakan kampung ,” pelawa, Mak Zainab.

“Ayah pun ada terdengar, si Akir tu duk bercerita dekat, kak long kamu. Perempuan rupanya kawan kamu tu?,” tanya, Pak Mullia lagi.

Muhammad Ashariff duduk di sofa ruang tamu kediaman senibina kampung milik, ayah dan ibunya.“Ye, Sofea namanya. Dia yang hantar,Riff balik sini, ayah,” beritahu, Muhammad Ashariff.

Pak Mullia menghirup kopi yang masih panas. Enak minum kopi bersama ubi rebus.“Ayah bukan nak menghalang dengan siapa pun kamu nak berkawan… ayah tak kisah bila terfikir umur kamu tu. Tapi… yang ayah khuatir… apa pulak kata mak ayahdia bila tahu kamu bawak dia ke hulu ke hilir. Hati-hati dengan anak daraorang. Entah-entah, mak ayah dia tak tahu pun yang dia datang sini,” nasihat,Pak Mullia yang seakan risau akan cara anaknya.

Muhammad Ashariff cuba menjelaskan. “Mak, ayah, dekat rumah Sofea tu… dia duduk dengan orang gaji dia je. Mak dengan ayah dia dah meninggal.”.

“Innalillah…kalau macam tu… itu adalah amanah kamu, Ashariff! Amanah kamu untuk menjaga dia. Kamu tu jadi seperti mata mak dan ayah dia bila dia ada dengan kamu” Muhammad Ashariff terkedu mendengar pekataan amanah yang disebutkan oleh ayahnya, PakMullia.

“Mak,Ayah, kalau… Riff bawak dia datang makan tengah hari esok boleh?,” pinta,Muhamamd Ashariff.

“Bawaklah…ayah tak menghalang. Ye, Nab?,” Pak Mullia membenarkan permintaan anaknya, Muhammad Ashariff.

 

 

 

 

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia