Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 57

Qasif Nursofea terjaga dari tidur. Mencapai jam dan melihat kini sudah menunjukkan pukul 8 pagi. “Ha? Pukul 8?,” Qasif Nursofea terus melangkah keluar mencapai tuala untuk ke bilik mandi.

Selesaisahaja mandi, Qasif Nursofea keluar daripada bilik menuju ke dapur untukmenyediakan sarapan untuk suami. “Nak buat apa tu?,” tanya, Mak Zainab apabila melihat menantunya mencapai roti dan telur.

“Feanak buat sarapan untuk abang,” jawab, Qasif Nursofea sambil memandang, Mak Zainab yang melangkah masuk ke dalam ruang dapur. “Tak payah! Dia tak makan roti pagi-pagi. Tu ha… mak dah masakkan nasi goreng” Qasif Nursofea membatalkan hasrat untuk menyediakan roti dan hanya mengambil nasi goreng untuk diberikankepada suaminya, Muhammad Ashariff.

“Selamat pagi abang,?” Qasif Nursofea melihat, Muhammad Ashariff yang kini telah bangun dari tidur. “Mari makan. Mak ada masakkan nasi goreng. Nampak sedap!,” pelawa,Qasif Nursofea.

Qasif Nursofea menyuapkan nasi ke mulut, Muhammad Ashariff memandangkan suaminya tidak menolak. “Abang nak balik rumah kita,” pinta,  Muhammad Ashariff selepas menolak suapan nasi dari isterinya.

“Abang nak balik? Tapi kaki abang” “Tak kisah kaki aku ni patah ke, riuk ke. Aku cakap… aku nak balik!” Qasif Nursofea hanya menurutkan sahaja permintaan, MuhammadAshariff tanpa persoalkannya lagi.

“Eh…nak ke mana kamu ni?,” tanya, Mak Zainab apabila melihat, Qasif Nursofea yang kini sedang mengemas barang. “Kami nak balik mak,” jawab, Muhammad Ashariffpada pertanyaan ibunya, Mak Zainab.

“Lah,kan kaki kamu tu tak pulih lagi. Duduklah sini 2, 3 malam lagi. Yang kamu nak cepat balik ni kenapa? Ha, Fea?,” pertanyaan, Mak Zainab kini beralih pula kepada menantunya, Qasif Nursofea.

“Sofea cuma… ikut je apa yang abang minta, mak. Fea tak kisah pun duduk dekat sini.Dia yang nak balik,” jawab, Qasif Nursofea yang memandang ke arah mertuanyakini.

“Kalau kamu yang tak ajak dia balik… takkanlah, Ashariff pulak yang setuju nak balik!”Mak Zainab berlalu pergi dari situ.

“Tengok,Fea jugak yang dipersalahkan!,” Qasif Nursofea mengambil ubat-ubatan, Muhammad Ashariff serta satu tongkat untuk dimasukkan ke dalam kereta.

Qasif Nursofea memimpin suaminya, Muhammad Ashariff memasuki ke dalam perut kereta setelah bersalam dengan, Pak Mullia dan juga, Mak Zainab. “Kereta kamu macammana, Riff?,” tanya, Pak Mullia. “Nanti, Riff mintak tolong, Akir untuk hantarkan”.

Mereka berdua kini tiba di ruang hadapan rumah 2 tingkat. “Waduh… ada apa ni non?Kenapa kaki tuan dibalut begini?,” soal, Riyanti setelah melihat majikannya itu membantu suaminya masuk ke dalam rumah.

“Tuan jatuh. Kaki dia patah. Kamu pergi ambil air kosong,” Qasif Nursofea mengambil ubat dan air yang telah diberikan oleh pembatu rumahnya, Riyanti.

“Makan ubat, bang,” Qasif Nursofea menyuapkan ubat ke mulut, Muhammad Ashariff. “Isyh! Rimaslah! Aku boleh makan sendiri!,” Muhammad Ashariff mengambil ubat yang dipegang oleh isterinya.

Qasif Nursofea semakin hairan dengan sikap dingin, Muhammad Ashariff. “Fea ada buat salah ke dekat abang? Kalau, Fea salah… abang bagitahu, Fea. Bukan layan, Fea macam ni,” Qasif Nursofea mula bersuara kerana tidak sanggup lagi diperlakukan seperti itu.

Muhammad Ashariff tetap membatukan diri. Qasif Nursofea bangun menghampiri, Muhammad Ashariff.Mata, Muhammad Ashariff yang sedang menonton televisyen dihalang oleh tubuh isterinya. Qasif Nursofea duduk di hadapan, Muhammad Ashariff.

“Abang,Fea cakap dengan abang ni! We need totalk!,” Qasif Nursofea terus memegang wajah suaminya supaya melihat anak matanya.

“Apa kena dengan kau ni? Nak cakap apa lagi?,” tanya, Muhammad Ashariff dingin.Tangan isteri ditolaknya. “Fea nak tahu kenapa abang buat, Fea macam ni? kenapa layan Fea macam ni? Mana abang pergi malam tu? Semalaman, Fea tunggu abang dekat rumah! Risau! Tengok-tengok apa yang, Fea dapat? Abang pergi rumah makdan… patah macam ni!”.

“Aku lebih rela patah macam ni… dari terus kau bunuh hati aku!” Qasif Nursofea masih tidak memahami apa yang ingin disampaikan oleh suaminya.

“Maksud abang apa? Kenapa pulak abang cakap macam tu?” Muhammad Ashariff semakin dingin  apabila mendengar akan persoalan daripada, Qasif Nursofea.

“Aku tak kuasa nak melayan bini yang macam kau lah! Depan berlagak baik! Belakang?!,”Muhammad Ashariff menggagahkan diri untuk bangun. Tetapi ia gagal. Muhammad Ashariff tidak mampu untuk bangun sendiri.

Qasif Nursofea membiarkan sahaja suaminya dalam keadaaan sebegitu. “Tolong hantar aku naik atas!,” pertolongan yang diminta oleh, Muhammad Ashariff memaksa, Qasif Nursofea untuk turutkan kemahuannya.

“Aku nak tinggal di bilik lain!” Qasif Nursofea tersentak dengan permintaan, Muhammad Ashariff. “Abang taknak tinggal dalam bilik ni? Tapi kenapa?,” tanya, Qasif Nursofea yang sedang membantu suaminya berjalan.

“Aku cakap… aku taknak tinggal dekat bilik ni! Fahamlah sikit! Tak payah nak banyak tanya! Aku penat!” Qasif Nursofea membawa, Muhammad Ashariff ke bilik lain seperti yang diminta.

“Keluar! Jangan ganggu aku!” Qasif Nursofea bangun dan berlalu dari situ. “Kejap!”Langkah, Qasif Nursofea terhenti apabila mendengar suara suaminya yang mahu terus berbicara. “Aku nak, Riyanti saje yang hantar makanan. Okay, thanks!,” pinta akan suaminya kini.

Qasif Nursofea meninggalkan, Muhammad Ashariff dan memasuki ke kamar utama. Qasif Nursofea menangis. Air mata kini menerjah kembali di pipi gebunya.

“Kenapa abang buat aku macam ni?? Apa aku dah buat? Apa salah aku,?” Qasif Nursofea bercakap seorang diri. Kedengaran telefon bimbit, Qasif Nursofea berdering kini.

“Hello,abang nak datang sini?,” Qasif Nursofea mengesat air mata dan berjalan untuk mendapatkan, Muhammad Ashariff yang berada di bilik lain. Mahu sahaja membuka pintu itu, akan tetapi dia teringat akan kata-kata, suaminya sebentar tadi. Membatalkan hasratnya dan turun ke tingkat bawah.

“Riyanti,kejap lagi hantar makanan dekat bilik, tuan,” pesan, Qasif Nursofea dan difahami kini oleh, Riyanti. Qasif Nursofea melangkah laju setelah mendengar enjin kenderaan dari luar rumah.

“Abang,”Qasif Nursofea menghulurkan tangan dan bersalam dengan, Fikri. “Mana Ashariff?,”tanya, Fikri yang datang seorang diri tanpa ditemani isteri mahupun anaknya.“Dia dekat atas,” Qasif Nursofea membawa, Fikri dan menunjukkan bilik, Muhammad Ashariff kini.

“Abang,ni,” Qasif Nursofea tidak dapat meneruskan kata-katanya lagi. “Berapa kali aku nak kena cakap??,” Muhammad Ashariff tersentak setelah membuka mata dari tidurnyayang sekejap apabila terlihat, Fikri dimuka pintu.

“Eh,kau?!,” tegur, Muhammad Ashariff. “Abang boraklah dulu dengan, Ashariff. Fea turun dekat bawah kejap,” Qasif Nursofea berlalu dari situ membiarkan sahabat karibitu bersama.

“Kau okay tak ni?,” tanya, Fikri yang melihatkanakan keadaan, Muhammad Ashariff ketika ini. “Okay apa kalau dah macam ni,” jawab, Muhammad Ashariff sambil memegang kaki yang dibalut.

“Macammana lah boleh jatuh pokok? Orang dekat tempat kerja dah mula buat gossip ingat kau jatuh katil,” Fikri ketawa tetapi, Muhammad Ashariff hanya memilih untuk diam. “Dah lah. Aku tak suka dengar kau sebut macam tu,” tegur, Muhammad Ashariff.

“Kau ni dah kenapa? Aku tengok kau lain macam je,” tanya, Fikri setelah melihat sikap, Muhammad  Ashariff yang seakan berbeza. “Entahlah,” Muhammad Ashariff mengeluh.

“Apasal?Ha? Cuba kau cerita dekat aku,” pujuk, Fikri. “Patut ke aku cerita dekat kau?,”Muhammad Ashariff memandang, Fikri yang duduk di sisi katilnya.

“Itu terserah pada kau. Kalau kau rasa nak luahkan apa yang patut kau luahkan. Hey,kau dengan aku mana ada rahsia. Masalah kena kongsi supaya tak terbeban kepala otak kau tu,” Fikri menumbuk perlahan pada lengan sasa, Muhammad Ashariff.

Previous: Bab 56
Next: Bab 58

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia