Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 41

Kini kitab suci itu sudah siap dengan terhasilnya apa yang dikehendaki oleh, Muhammad Ashariff. Muhammad Ashariff memerhati setiap tulisan pada kitab suci di tangannya dengan pemilihan warna dihadapannya adalah putih dan tulisannya diwarnai warna keemasan.

“Terima kasih,” Muhammad Ashariff memeberikan wang untuk membayar. Muhammad Ashariff kini menjejaki kak long yang berada di butik pengantin yang hanya bersebelahan dengan kedai cetak tadi.

“Kak long,” tegur Muhammad Ashariff. “Ha, Riff? Ni… kak long dah tengok-tengok sample hantaran ni. Cantik! Apa kata kita tempah dulang hantaran dekat sini, lepastu kita beli barang, isi je dekat atas dulang ni. Macam mana?,” kak long menyatakan pendapatnya.

“Riff ikut kak long je” “Mana boleh main ikut je. Awak tu yang nak kahwin!” Muhammad Ashariff tersenyum di hadapan perunding perkahwinan di situ.

“Dekat sini jugak kita sertakan sekali tempat wali dan tok kadi upacara akad nikah nanti” Muhammad Ashariff tersentak dengan perkataan itu.

“Wali?Eh, tak perlu. Sebab akad nikah di sebelah perempuan,” dalam pembetulan kak long kepada perancang perkahwinan tersebut, Muhammad Ashariff kini terfikir akan sesuatu. “Ye! Wali! Wali pihak pengantin perempuan?!,” bisik hatinya kini.

Kak long hairan akan perubahan air muka, Muhammad Ashariff. “Adik saya ni mungkin berkecamuk sikit fikirannya,” kata, kak long kepada perunding perkahwinan itu. 

Muhammad Ashariff dan kak long telah mengambil semua pakej dari butik perkahwinan tersebut antaranya hantaran, hiasan pelamin, baju sanding serta hiasan bilik tidur. Muhammad Ashariff mengeluarkan sekeping kad untuk membayar pakej yang telah mereka pilih.

 

“Kaklong, Riff nak pergi rumah, Fea kejap,” beritahu, Muhammad Ashariff kepada kak long sebaik sahaja sampai di perkarangan luar rumah, Pak Mullia dan Mak Zainab.

“Isyh!Janganlah pergi sangat. Tak elok!,” nasihat kak long. “Kejap je, kak Long. Riff ada benda nak bincang dengan dia. Ada hal sikit,” beritahu, Muhammad Asharifflagi.

“Kejap je tau! Kang mak tahu… bising pulak!,” nasihat, kak long yang sangat memahami akan sikap ibu mertuanya. “Ye,” jawab, Muhammad Ashariff. “Hati-hati bawak keretatu. Awak tu darah manis!,” pesan, kak long lagi. “Okey, kak long,” Muhammad Ashariff kini meninggalkan kak long di situ.

“Mak? Mak? Tolong kejap ambil barang ni. Kang pecah pulak,” jerit, kak long memanggil ibu mertuanya sambil sarat membawa barang yang telah dibeli bersama adik iparnya, Muhammad Ashariff.

“Lah…!Yang kamu bawak semua barang ni kenapa? Riff, mana??,” Mak Zainab yang muncul seketika kemudian melihat keadaan menantunya tanpa dibantu oleh anak bongsunya,Muhammad Ashariff.

“Riff pergi… ru,” kak long tidak meneruskan bicara. “Rumah Sofea??!,” Mak Zainab bertanya dengan nada marah. “Eh taklah! Rudi,Rudi, ha… rumah, Rudi!,” jawab,kak long yang tersekat-sekat.

“Rudi? Rudi mana? Tak pernah dengar pun adik kamu sebut nama, Rudi?,” naïf, Mak Zainab. “Ala… kawan dia lah tu. Ni, mak barang hantaran ni, kang jatuh pecah pulak” kak long pandai mencari helah melalaikan mertuanya yang kehairanan. 

 

“Fea?Fea?,” panggil, Muhammad Ashariff dari luar. “Non tak ada di rumah bapaknya, Ashariff,”Riyanti menjawab pada suara yang memanggil akan nama majikannya.

“Kemana pulak, non pergi? Dia pergi mana?,” tanya, Muhammad Ashariff. “Saya tak tahu. Mungkin dia… oh, sebentar bapak. Dia ada kasi alamat,” Riyanti berlari mendapatkan buku alamat yang majikannya tulis. “Ha ,yelah. Cepat pergi ambil,” Muhammad Ashariff menunggu kelibat, Riyanti dari luar.

“Ini alamatnya, bapak,” Riyanti menyerahkan kepada, Muhammad Ashariff. “Dia suruh bagi dekat saya?,” Muhammad Ashariff bertanya semula kepada, Riyanti setelah melihat tulisan pada kertas yang diberikan. “Iya. Katanya kalau bapak datang disuruhnya kasi,” jawab, Riyanti Ringkas. “OkayThanks…”.

Muhammad Ashariff memasuki kembali ke dalam keretanya untuk menuju ke hotel yang telah dipilih,Qasif Nursofea. “Hello, sayang?” jawab,Muhammad Ashariff pada panggilan itu. Qasif Nursofea terdail nombor, Muhammad Ashariff di telefon bimbitnya. Tidak sedar akan panggilannya kepada, Muhammad Ashariff.Muhammad Ashariff terdengar perlahan perbincangan akan tunangnya dengan seseorang.

 

Previous: Bab 40
Next: Bab 42

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia