Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 69

Setelah dua hari berada di Cameron Highlands, Muhammad Ashariff bersama Qasif Nursofea memulakan perjalanan pulang semula ke Kuala Terengganu. Seperti biasa, Qasif Nursofea masih perlu memandu oleh kerana keadaan kaki suaminya yang belum sembuh.

“Abang rasa… abang nak ikut, Fea pergi hospital la esok” Qasif Nursofea agak terkejut dengan cadangan, Muhammad Ashariff.

“Ikut Fea? Untuk apa?,” Qasif Nursofea sesekali menoleh ke arah suaminya dan perlu fokus pada pemanduan kenderaan.

“Abang rasa kaki abang ni dah makin sembuh dah. Jadi… bila abang dah buang simen dekat kaki ni… mudah sikit abang nak bergerak. Abang rasa… abang dah nak mula kerja balik. Dah tak larat nak duduk rumah tak buat apa-apa kerja,” maklum, Muhammad Ashariff.

“Baki cuti sakit abang kan ada lagi? Tak apalah kalau itu keputusan abang. Apa-apapun esok… kita kena buat check up dulu.Kalau semuanya berada dalam keaadaan okey, sempurna… kita buka,” Qasif Nursofea turut bersetuju dengan cadangan suaminya, Muhammad Ashariff. Senyuman kini terukir pada wajah, Muhammad Ashariff.

Setelah hampir 5 jam perjalanan dari Cameron Highlands ke Kuala Terengganu, mereka kini telah selamat sampai di kediaman mereka.

Seperti biasa, Riyanti yang akan menyambut kepulangan mereka dengan membukakan pintu rumah serta mengambil barang.

“Riyanti,esok sediakan breakfast awal. Saya kerjapagi. Lepastu… awak perlu ikut saya. Esok saya nak follow up tuan punya condition dan kalau takde apa-apa… dah boleh buka dah balutan simen dekat kaki tuan tu,” pesan,Qasif Nursofea kepada Riyanti. “Baiklah non…”.

 

Telah tiba masanya untuk aktiviti pada pagi ini, seperti yang direncanakan oleh,Qasif Nursofea . Mereka bertiga menuju ke hospital. “Boleh jalan tak ni?,” tanya,Qasif Nursofea kepada, Muhammad Ashariff setelah sampai di perkarangan hospital. Suaminya itu hanya mengangguk, menandakan telah kuat untuk dirinyaberjalan. Riyanti membawa beg ,Qasif Nursofea dan berjalan di belakang majikannya.

Mereka melangkah mengekori, Qasif Nursofea untuk menuju ke bilik X Ray. “Nurse, stanby x-ray patient,” arah,Qasif Nursofea kepada seorang jururawat yang bertugas di situ.

Jururawa tyang bertugas pantas membuat persiapan. Qasif Nursofea adalah doktor yang membuats egala pemeriksaan kepada suaminya, Muhammad Ashariff.

Okayeverything is fine! Very good.Soare you ready, sayang?,” tanya, Qasif Nursofea. Muhammad Ashariff yang debar menanti keputusan pemeriksaan itu bernafas lega setelah mendengar keputusan pemeriksaan yang disampaikan oleh isterinya sendiri iaitu, QasifNursofea.

Kini, Muhammad Ashariff  menjalankan beberapa pemeriksaandan rawatan, akhirnya kakinya telah sembuh. Kakinya sudah pun berada dalam keadaan baik meskipun rawatan fisioterapi perlu dijalankan untuk beberapa kalilagi.

Qasif Nursofea perlu menghantar semula, Riyanti dan suaminya pulang ke rumah. Qasif Nursofea terpaksa kembali semula ke hospital kerana kesibukannya untuk menyelesaikan tugasan.

Seperti yang telah dijanjikan oleh, Fikri kini dia telah tiba di rumah kediaman 2 tingkat itu. Mereka lebih selesa berborak di ruang tamu tingkat bawah. Riyanti menghantar makanan dan minuman untuk diberikan kepada tetamu dan majikan.Lantas tinggallah dua orang sahabat baik itu sahaja di ruang tamu.

“Wah…tak lama lagi kau dah boleh masuk kerjalah ni!,” kata Fikri yang melihat keadaan sahabatnya kini. “Ha… memang pun! Memang aku dah tak sabar nak masukkerja. Aku rasa macam dah berkulat duduk dekat rumah tak buat apa. Boring!,” keluh,Muhammad Ashariff. “Legalah… kita orang semua. Sebab seorang engineer tak ada, semua cuti dekat lab tu dibekukan tau! Lepas ni… bolehlah aku mula apply cuti rehat!,” rungut pula, Fikri.

Muhammad Ashariff hanya tersenyum mendengar rungutan, Fikri. “Hey, selama aku tak ada dekat tempat kerja… tak ada apa-apa cerita ke?,” tanya, Muhammad Ashariff.

“Erm…cerita lain memang takdelah. Tapi… cerita dua mangkuk hayun tu memang hari-hari ada,” beritahu, Fikri. “Apasal? Kau panggil aku sebab nak tahu cerita hal dekat pejabat je?,” tanya, Fikri.

“Kau tau tak… mak aku gaduh besar dengan, Sofea dan sekarang ni… benci sangat dia  dengan, Sofea. Pening aku, Fikri! Yelah… sanamak aku! Sini bini aku! Huh… aku memang nak cari siapa dalangnya!,” cerita, Muhammad Ashariff.

“Maksud kau?,” Fikri memberikan respon pada penceritaan sahabat baiknya. “Macam ni… aku tahu yang, Fea pergi jumpa kau kan?,” tanya, Muhammad Ashariff yang memandang tepat pada wajah, Fikri. Tetapi dia tidak pula memberitahu dia marahkan isterinya kerana pergi berjumpa, Fikri.

“Ye,masa kau mula-mula tak boleh jalan dulu. Justtime tu je! Lepastu dah tak ada jumpa dah!,” jawab, Fikri yang ingin mendengar cerita seterusnya. “Dulu… waktu kau datang sini, memang aku ada perselisihan faham sikit dengan, Fea,” Muhammad Ashariff cuba memberitahu. “Yelah…suami isteri kalau tak bergaduh tak cukup garam dalam makanan ibaratnya,” Fikri, mencelah.

Muhammad Ashariff mengangguk setuju. “Tapi… bukan itu isu dia. Aku nak tanya pendapatkau, kenapa mertua boleh berang dengan menantu?,” Muhammad Ashariff ingin mendengar jawapan daripada, Fikri.

“Mungkin…tak puas hati! Atau mungkin… mak kau rasa cemburu?! Sebab… kau punya kasih sayang sekarang ni… bini kau yang dapat lebih. Bukan mak kau sorang je yang dapat sekarang,” itu adalah pendapat, Fikri.

“Sampai…sanggup baling barang yang dibeli menantu dalam unggun api? Normal ke? Sorry la… aku bukan nak cerita hal rumahtangga aku. Bukan aku nak cerita aib keluarga aku. Aku cuma… yelah mungkin aku tak rasa ada mertua. That’s why akutanya kau. Kau kawan paling rapat yang aku ada,” Muhammad Ashariff masih lagi memerlukan pendapat daripada, Fikri.

Dalam nada yang sangat terkejut, Fikri bertanya. “Mak kau buat macam tu ke? Isyh… setahu aku, Mak Zainab baik orangnya. Bukan aku tak kenal dia. Aku kenal kau dah berapa lama? Ha… selama aku kenal kau… selama itulah jugak aku kenal dengan family kau. Cuma aku belum pernah dekat dengan mak kau,” Fikri yang menghirup minuman jus seakan tidak percaya dengan apa yang dia dengar kini.

“Sebab tu aku tanya kau. Aku pasti mesti ada penyebabnya mak aku jadi macam ni,” rungut, Muhammad Ashariff. Sambung Muhammad Ashariff lagi. “Mak aku selalu jumpa dengan,Fiza. Fiza tu… siap datang keluar, masuk dekat rumah orang tua aku sekarang ni.Lepastu, dia dulu datang jenguk aku dekat sana”.

“Kalau itu kata kau… aku pasti ini ada kaitan dengan, Fiza. Bukan kau tak tahu… yang, si Fiza tu syok habis dekat kau. Orang perempuan… kalau dah suka… lautan api pun sanggup dia renang!” Muhammad Ashariff tidak boleh lagi duduk diam. Dia harus berjumpa dengan, Fiza secepat mungkin.

 

Hanyalah,Qasif Nursofea dan suami duduk makan malam bersama. Makanan yang dimasak oleh Riyanti selesai dijamah mereka berdua. “Esok… abang nak masuk kerja. Abang kena stay dekat Kerteh. Sebab… abang rasalepasni abang banyak kena shift malam,”Muhammad Ashariff memberitahu, Qasif Nursofea.

“Kenapa cepat sangat? Kan abang masih dalam cuti sakit? Dia orang panggil masuk kerja jugak ke? Lagipun… abang baru je pulih dari sakit. Fisioterapi pun… abang sempat buat sekali je!,” Qasif Nursofea merasa risau jika membiarkan, Muhammad Asharifftinggal seorang diri di rumah milik suaminya memandangkan kaki suaminya itu baru sahaja sembuh.

“Tak payah risaulah. Lagipun… abang dekat sana dekat dengan, Kak Nur… abang Fikri.Dekat je rumah kita dekat sana dengan rumah dia orang,” pujuk, Muhammad Ashariff yang sedar akan perasaan risau isterinya.

Qasif Nursofea membawa buah potong dan secawan air panas buat suami yang leka menonton televisyen. “Best ke cerita yang abang tengok ni? Sampai terlopong mulut,” Qasif Nursofea suka menyakatsuaminya kini.

“Bolehlah dari takde cerita lain yang nak tengok,” jawab, Muhammad Ashariff bersahaja. Muhammad Ashariff meneguk minuman yang dibancuh sendiri oleh si isteri.

“Abang tak boleh ke kalau tak masuk kerja lagi? Fea risau la,” perasaan, Qasif Nursofea yang merasa sangat berat untuk lepaskan suaminya untuk bertugas semula. Qasif Nursofea melihat kaki, Muhammad Ashariff yang sudah pulih akibat patah tempoh hari.

“Abang ada rasa sengal-sengal tak? Ada rasa sakit lagi tak? Rasa berdenyut ke dekat tulang kaki tu?,” tanya, Qasif Nursofea yang masih merasakan risau. “Tak ada lah puan doktor. Tak sakit lagi… ha… tengok ni! Dah boleh gerak-gerak. Sepak bolapun dah boleh tau,” jawab,  Muhammad Ashariff sambil menunjukkan kakinya yang tidak lagi merasa sakit.

Qasif Nursofea seakan tidak puas hati. Mendengus kecil dan mengambil buah potong dan meletakkannya kembali. “Kenapa letak balik buah tu?,” tanya, Muhammad Ashariff yang perasan akan gelagat isterinya yang duduk di sebelah. “Tak ada mood!,” rungut, Qasif Nursofea.

“Jom!,”ajak suaminya kini sambil memegang tangannya. “Nak ke mana??,” tanya, Qasif Nursofea seakan tiada semangat. “Abang nak bagi mood lah,” usik, Muhammad Ashariff yang berbunyi nakal.

“Ei…gatal lah abang ni! Fea cakap betul-betul ni, Fea risau! Lagipun cuti abang berbaki 7 hari lagi kan? habiskan jelah dulu cuti tu! 7 hari je lagi,” rungut,  Qasif Nursofea.

“Ye…memang cuti sakit abang tu ada lagi. Tapi, sayang… kita tak bolehlah penting dirisendiri. Dekat Lab tu… kami tak cukup orang. Lagipun, Fikri ada bagitahu dekat abang yang cuti dia orang semua kena beku. So… abang tak sampai hatilah.Dah lama abang cuti sakit. Dia orang pun ada anak isteri. Kena fikir jugak semua tu,” pujuk, Muhammad Ashariff.

Qasif Nursofea memandang wajah kacak, Muhammad Ashariff. “Abang jaga diri baik-baik tau. Cuti nanti… kalau abang tak boleh balik, Fea pergi ke sana. Boleh?,” cadang,Qasif Nursofea. “Agaknya boleh tak kalau abang cakap tak boleh?,” Muhammad Ashariff ketawa melihat muncung bibir, Qasif Nursofea yang kian meninggi kerana merajuk.

 

Sedang mereka nyenyak tidur, kini kedengaran bunyi telefon bimbit yang telah dikuncij am untuk bangun pagi. Muhammad Ashariff mencapai telefon bimbitnya. Muhammad Ashariff masih di dalam pelukan isterinya. Pada jam 4.30 pagi, dia harus bangun untuk memulakan perjalanan yang jauh ke Kerteh, Terengganu.

Qasif Nursofea membuka mata dan melihat suaminya telah pun siap memakai t-shirt putih bersama jeans berwarna gelap. Pakaian seorang jurutera sebelum menyarungkan uniform rasmi di tempat kerja.

“Abang dah nak kena gerak. Sayang jaga diri baik-baik,” pesanan suami buat seorang isteri sebelum melangkah keluar dari rumah.

“Abang yang patut jaga diri. Call, Fea ataumesej, Fea bila dah sampai nanti” Muhammad Ashariff mencium dahi, Qasif Nursofea. Seperti sayang hendak melepaskan pergi bagi, Qasif Nursofea. Begitujuga pada perasaan, Muhammad Ashariff. Qasif Nursofea menghantar suaminya sampai ketempat letak kenderaan di kediaman mereka.

Sebelum,Muhammad Ashariff memulakan perjalanan, sempat sahaja ucapan “I love you” singgah di telingaisterinya. Qasif Nursofea melambai kepada, Muhammad Ashariff dan memerhati kereta itu sehingga tidak lagi kehilatan.

Melihat jam di dinding, masih terlalu awal untuk, Qasif Nursofea bersiap untuk mulakan kerja hari ini. Qasif Nursofea memilih untuk tidur di sofa di tingkat bawah.

Previous: Bab 68
Next: Bab 70

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia