Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 85

Majlis sanding yang meriah di siang hari itu sangat memenatkan pada tubuh tua, Pak Mullia dan Mak Zainab. Pak Mullia dan Mak Zainab masuk ke kamar tidur untuk beradu apabila malam mulai pekat akan warna gelapnya.

Muhammad Ashariff masuk ke dalam kamar yang telah dihias cantik. Terasa berat hatinya untuk masuk ke dalam bilik itu. Apabila dibuka pintu, Muhammad Ashariff melihat Fiza yang tidak bertudung duduk di meja solek.

Muhammad Ashariff mendekatkan diri ke arah katil. Muhammad Ashariff merasa rangkulan dari belakang. “Isyh! Apa ni??,” Muhammad Ashariff melayan dengan dingin akan sikap yang ditunjukkan, Fiza.

“Kenapa?I nak you lah!,” jawab, Fiza yang kembali memeluk suaminya, Muhammad Ashariff.Fiza mula meraba-raba di sekitar leher, Muhammad Ashariff yang masih tegak berdiri.

“Hey!! Gelilah aku! Kau ingat ye?! Aku kahwin dengan kau sebab mak aku tau! Bukan aku yang rela hati!,” marah, Muhammad Ashariff. Muhammad Ashariff melangkah keluar bersama bantal dan menuju ke bilik bawah. Muhammad Ashariff masuk ke kamar bawah dan melihat katil bujang yang kemas disarungkan dengan cadar.

Perasaan rindu kepada, Qasif Nursofea makin membuak. Muhammad Ashariff teringat kembali disaat dia mengalami patah kaki dan di sini jugalah, Qasif Nursofea melayannya bagai seorang raja. Tidur bersama, Qasif Nursofea di atas katil kecil yang menghimpit tubuhnya dahulu. “Sofea?,” panggil perlahan akan, Muhammad Ashariffdi dalam bilik itu seorang diri.

 

Qasif Nursofea tersedar dari lena. Mengambil telefon bimbit dan melihat jam. “Pukul 2 pagi? Hai… kenapa tak boleh tidur pulak ni?,” dengus perlahan akan, Qasif Nursofea.Qasif Nursofea menukar pelbagai cara untuk tidur. Tetapi tetap tidak berhasil.Qasif Nursofea bangun dan duduk di atas tilam.

“Kenapa tiba-tiba pulak aku teringatkan dia? Isyh! Mengadalah kau ni, Sofea!! Baik kau tidur!,” katanya seorang diri ketika di dalam bilik arwah ibu bapanya. Qasif Nursofea menarik selimut di kaki dan menutup badannya lalu memaksa untuk memejamkan mata.

 

Mendengar bunyian ayam-ayam berkokok di waktu pagi jelas menceritakan akan suasana kampung yang damai. Mak Zainab melihat, Fiza yang mula menghempaskan barang yang di pegangnya. “Kenapa dengan kamu ni, Fiza? Ada yang tak kena ke?,” tanya,Mak Zainab apabila melihat akan sikap menantu barunya itu.

“Mak tanyalah anak mak tu!!,” jawab, Fiza. “Kenapa pulak? Kamu bergaduh ke?,” tanya,Mak Zainab kembali.

“Mak tahu tak? Malam tadi… dia biarkan, Fiza tidur sorang-sorang dalam bilik tu!,” cerita,Fiza. “Betul ke apa yang kamu cakap ni?,” tanya, Mak Zainab lagi. “Takde maknanya lah, Fiza nak bohong nak buat cerita pagi-pagi ni! Sakit hati ni tahutak?!,” marah, Fiza.

“Kamu pergilah cari suami kamu tu. Mungkin dia ada dalam bilik bawah tu,” beritahu,Mak Zainab. Fiza dan Mak Zainab mengetuk pintu bilik kecil di tingkat bawah.Muhammad Ashariff bangun dengan mata yang masih berat untuk dibuka. Setelah dibuka melihat wajah, Mak Zainab bersama isterinya berdiri di muka pintu.

“Kenapa mak? Riff nak tidur sikit… lagi. Mengantuk sangat ni,” beritahu, Muhammad Ashariff.“Kenapa kamu tak tidur dengan, Fiza? Kenapa kamu tinggalkan dia sorang-sorang?,”tanya, Mak Zainab geram.

Muhammad Ashariff merasa mengantuknya telah hilang. Muhammad Ashariff memerhati wajah,Fiza. Fiza menjeling kepada renungan, Muhammad Ashariff.

“Takkan semua benda mak nak masuk campur? Riff tension lah mak kalau macam ni!,” Muhammad Ashariff melangkah meninggalkan mereka dengan dicapai tuala mandi.

“Nanti! Mak tak habis cakap lagi ni, Riff!!,” tengking, Mak Zainab. Muhammad Ashariff menarik kerusi di dapur lalu diduduk. “Okey… mak cakap sekarang. Apa yang maknak cakap,” Muhammad Ashariff menanti kata-kata yang mahu, Mak Zainab sampaikan.

“Mak nak kamu dengan, Fiza ni berbaik! Layan dia seperti isteri kamu dulu! Fiza ni dah berkorban untuk pilih kamu! Bukan macam ni kamu layan dia!,” tegas, Mak Zainab.Muhammad Ashariff tersenyum mendengar kata-kata yang disampaikan oleh, MakZainab. Muhammad Ashariff meneruskan niat yang terbantut sebentar tadi. MakZainab memandang geram akan sikap, Muhammad Ashariff. Lantas, Fiza meninggalkan,Mak Zainab dan menuju ke tingkat atas.

 

“Assalamualaikum?,”Qasif Nursofea tersenyum di ruang pejabatnya setelah menjawab panggilan telefond aripada seseorang. “Ada apa Encik Lokman? Takde ribut… takde angin tiba-tiba call saya. Nak jemput kenduri ke?,” kata,Qasif Nursofea lagi dengan ketawa kecil.

“Ye.Memang saya call nak jemput kenduri,”jawab, Lokman dari corong telefon. “Alhamdulillah… kahwin jugak boss kita ni,” kata, Qasif Nursofea lagi.

“Bukan kenduri kahwinlah, Puan Sofea! Saya menyampai pesan dari ibu saya menjemput,Sofea dengan seisi keluarga datang ke rumah saya dekat kampung. Ada buat kenduri sikit. Lagipun ibu kata dah lama dia tak tengok, Sofea. Rindu pulak katanya,” beritahu,Lokman.

Qasif Nursofea menyambut baik pelawaan, Lokman. Qasif Nursofea mengenali, Ustazah Mariam sewaktu dia mula belajar mengenali agama islam.

 

“Masuk,”arah, Qasif Nursofea. Setiusaha pejabat masuk menghadap, Qasif Nursofea kini.“Doktor, ada seorang lelaki nak jumpa dengan doktor,” setiausaha itu memaklumkan kepada, Qasif Nursofea.

“Siapa?,”tanya, Qasif Nursofea. “Dia bagitahu saya… dia wakil daripada syarikat pembekal,”jawab setiausaha itu. “Baiklah. Jemput dia masuk,” Qasif Nursofea menjawab ringkas. Memang menjadi tugas, Qasif Nursofea sebagai ceo yang sering berjumpa dengan wakil pembekal ubatan.

Qasif Nursofea membaling pen di atas mejanya kini. Bangun dari tempat duduknya.“Kenapa kau tak habis-habis nak ganggu hidup aku, Hakimi?! Apa masalah kau yang sebenarnya?!,” tanya, Qasif Nursofea setelah, Hakimi muncul dihadapannya dan menyamar sebagai wakil daripada syarikat pembekal ubatan.

“Kau tanya aku lagi, Fea?,” Hakimi tidak sempat menghabiskan kata-katanya. “Cukup! Benci aku dengar kau sebut nama aku! Aku taknak tengok muka kaulah dekat sini!,”Qasif Nursofea pantas saha memintas percakapan, Hakimi.

Qasif Nursofea membuka laci meja dan mengambil buku cek. “Kau cakap berapa aku perlu bayar kau supaya kau berhenti dari ganggu aku??!,” tanya, Qasif Nursofea dengan dingin sekali.

Hakimi datang ke arah meja, Qasif Nursofea. “Kau tak perlu bayar aku! Kau tak perlu tunjukkan dekat aku duit kau yang melambak tu!,” Hakimi merentap dan membaling buku cek itu. “Aku dah cakap… aku nakkan kau! Aku nak bertanggungjawab dengan apa yang pernah aku buat dekat kau dulu!,” Jelas, Hakimi dengan tawa.

“Kau keluar! Aku benci dengar kau cakap! Kau keluar sebelum aku panggil security!,” Qasif Nursofea menunjukkan denganjari telunjuknya kepada, Hakimi. Qasif Nursofea tidak sedikit pun memandang wajah, Hakimi sewaktu berbicara.

“Tak payah nak halau aku! Aku tahu jalan keluar!,” Hakimi mahu melangkah pergi meninggalkan, Qasif Nursofea. Tetapi, Hakimi melangkah kembali ke meja, Qasif Nursofea. “Aku lupa nak bagitahu. Bekas suami kau, Ashariff… dah selamat diijabkabulkan bersama wanita pilihan hati dia, Noor Hafiza. Tak dijemput ke?,”Hakimi mahu memegang dagu, Qasif Nursofea tetapi sempat ditepis olehnya.

Qasif Nursofea duduk kembali di kerusi setelah, Hakimi melangkah pergi. Apa yang didengarinya sebentar tadi cukup membuatkannya terasa pedih di hati.

“Abang,Fiza?,” mahu sahaja air mata, Qasif Nursofea tumpah selepas mendengar apa yang telah disampaikan, Hakimi. Tetapi, Qasif Nursofea seakan benci akan air mati yang mengalir kerana kisah semalam. Qasif Nursofea berjaya menyekat air matanya dari mengalir.

 

Muhammad Ashariff tetap melayan, Fiza dingin. Tubuh, Fiza tidak sedikit pun disentuh olehnya. Pelbagai cara dilakukan, Fiza untuk menghampiri, Muhammad Ashariff.Malah tidak juga berjaya.

“Riff?!Riff?!!,” Fiza mengejar suaminya. Muhammad Ashariff meninggalkan, Fiza di rumah,Pak Mullia. “Tak guna punya laki!! Kau buat aku macam ni! Kau layan aku macam sampah!”.

Pak Mullia memandang dari jauh akan, Fiza yang bercakap seorang diri di pintu.  Pak Mullia juga melihat bagaimana sikap, Muhammad Ashariff yang tidak memperdulikan isterinya.

 

Muhammad Ashariff memandu laju kereta yang dipandunya. Muhammad Ashariff memberikan lampu isyarat mahu membelok kenderaan. Memberhentikan kereta di hadapan kediaman dua tingkat milik bekas isterinya.

Muhammad Ashariff keluar daripada perut kereta dan menekan loceng pintu. Muhammad Ashariff juga melihat tiada pula kereta, Qasif Nursofea di hadapan rumah.

Keluar ketika ini seorang wanita separuh umur. “Ye, dik? Adik cari siapa?,” tanya wanita itu. Muhammad Ashariff berfikir. “Adakah ini pembantu rumah baru, Sofea?Tetapi tidak mungkin apabila melihat pada gayanya”.

“Erm…saya cari tuan rumah ni. Sofea. Boleh tolong panggilkan dia?,” beritahu, Muhammad Ashariff. “Oh… Doktor Sofea?,” tanya wanita itu pula. “Ye… Doktor Sofea. Diaada dekat dalam ke kak?,” tanya, Muhammad Ashariff seakan berharap.

“Maaflah dik. Rumah ni… kakak dah beli. Duduk sini pun dah dekat setahun. Doktor Sofea yang jual sendiri pada akak,” jelas wanita itu.

“Habis tu dia tinggal dekat mana sekarang?,” tanya, Muhammad Ashariff yang ingin tahu.“Maaf dik… akak tak tahu. Lagipun… akak bukan orang sini. Baru je pindah sini”.

Muhammad Ashariff melangkah memasuki ke dalam kereta. Muhammad Ashariff meneruskan lagi pemanduannya. Kini, dia menuju ke hospital tempat bekas isterinya bekerja.

Setelah sampai di hadapan pagar utama hospital, Muhammad Ashariff tidak terus masuk ke dalam kawasan hospital. Hanyalah menurunkan cermin kereta untuk bertanya kepada pengawal keselamatan yang menjaga di hadapan hospital.

“Abang,tumpang tanya. Doktor Sofea ada lagi tak dekat sini? Maksud saya… dia kerja lagi tak dekat sini?,” tanya, Muhammad Ashariff kepada seorang pengawal keselamatan di situ. “Oh… Doktor Sofea dah lama berhenti bang! Saya dengar dia dah pindah,” beritahu pengawal itu.

“Pindah hospital mana ye?,” soalan, Muhammad Ashariff tidak pula diketahui pengawal keselamatan itu. Muhammad Ashariff mula meninggalkan kawasan itu. Dia termenung di dalam kereta. Kereta yang diparkir di sebuah taman rehat yang bertempat di Bandar,Kuala Terengganu.

Muhammad Ashariff merasa rindu yang teramat kepada bekas isterinya, Qasif Nursofea.“Kenapa aku perlu cari perempuan tu lagi? Sedangkan… dia yang bunuh anak aku!,”bercakap, Muhammad Ashariff seorang diri.

 

“Nak kemana kamu ni, Fiza?,” tanya, Mak Zainab apabila melihat, Fiza yang sudah bersiap dan memegang kunci kereta.

“Adalah! Mak tak payah sibuk!,” jawab, Fiza seakan tidak acuh. “Hey, Fiza! Bukan mak nak sibuk! Kamu tu isteri, Ashariff. Bila dia takde dekat rumah… kamu sebagai isteri perlu tunggu dia! Sambut dia bila dia balik!,” marah, Mak Zainab.

“Mak jangan nak nasihat sayalah! Tak payah nak tunjuk baik sangat! Dah… saya nak keluar! Buang masa duduk rumah macam tunggul!,” Fiza tidak memperdulikan nasihat, Mak Zainab.

Mak Zainab geram akan sikap, Fiza. Mak Zainab juga geram akan layanan, Muhammad Ashariff terhadap isterinya.

Muhammad Ashariff kini sudah pulang dan melangkah kaki masuk ke dalam rumah orang tuanya.Mak Zainab melihat akan sikap, Muhammad Ashariff yang semakin berubah. “Kamu pergi mana?,”  tanya, Mak Zainab kini.

“Ambil angin,” jawab, Muhammad Ashariff bersahaja. Mak Zainab melihat anaknya yang sedang mengatur langkah menuju masuk ke dalam kamar kecil di tingkat bawah.

“Ambil angin atau kamu sibuk cari janda kamu tu?! Kamu tu… kena pedulikan isteri kamu si,Fiza tu! Dia rasa kamu tak pedulikan dia langsung! Kamu tegur pun tidak dengan dia… apatah lagi untuk tidur sebantal!,” marah, Mak Zainab.

“Mak! Mak tak puas hati lagi ke sekarang ni? Semua yang mak nak… Riff ikut. Mak suruh,Riff kahwin… Riff kahwin! Apa lagi yang mak nak? Dan apa lagi yang mak tak puas hati? Tak payahlah mak nak ungkit hal, Sofea. Sofea dah takde dekat Terengganu ni mak!,” kata, Muhammad Ashariff.

“Oh…jadi betullah kamu pergi cari bekas bini kamu tu ye?,” pertanyaan, Mak Zainab tidak diendahkan, Muhammad Ashariff.

 

Pak Mullia melihat akan sikap marah, Mak Zainab. Mak Zainab yang kini sedang menyapu sampah di halaman luar tidak henti membebel kepada anaknya, Muhammad Ashariff.

“Semua anak turutkan kemahuan awak. Ada lagi ke yang tak puas hati?,” tanya, Pak Mullia kepada isterinya. “Awak jangan pulak nak sakitkan hati saya ni ye! Tak habis-habis nak menyindir orang!,” jawab, Mak Zainab dengan nada amarah. “Kalau diri kita pun tak betul… jangan cuba nak betulkan orang lain pulak!,” sindir, Pak Mullia,lagi 
Previous: Bab 84
Next: Bab 86

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia