Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 15

Kini, Qasif Nursofea dan Muhammad Ashariff menuju kembali ke hotel. “Sofea membuka selendang di dalam kereta milik, Muhammad Ashariff. “Huh panasnya! Tak tahanlah macam ni! Macam manalah orang lain boleh pakai benda ni? Sampai berbelit-belitleher!,” rungutan, Qasif Nursofea itu didengari, Muhammad Ashariff.

“Sayang,dekat akhirat nanti lagi panas tau bila dekat dunia ni tak tutup aurat rambuttu!,” bunyi seakan marah, Muhammad Ashariff kepada, Qasif Nursofea.

Qasif Nursofea memandang ke arah, Muhammad Ashariff. “Hey! Awak jangan nak berceramah dekat saya okey!! Saya cuma berjanji dan bersetuju dengan kontrak kita! Tapi bukan sampai nak ikut telunjuk awak! Bukan nak dengar ceramah awak!,” marah,Qasif Nursofea.

Muhammad Ashariff tidak mengalah kerana dia merasakan dirinya tiada salah tentang apayang dicakapnya sebentar tadi. “Fea…? Susah sangat ke awak nak faham dengan syarat kita??,” marah, Muhammad Ashariff kini. “Saya berhak tegur awak! Perkara yang tak betul saya tegur! Awak harus ikut apa saja yang saya kata selagi tidak menyalahi di sisi agama. Faham??,” Muhammad Ashariff memandang wajah, QasifNursofea yang merah akibat panas.

“Awak suka ke… tak suka ke, saya ada hak jugak tahu! Dengan apa yang awak buat ni, bawak saya pergi ke rumah parents awak.Saya sikit pun tak tahu! Lain kali bagitahu dulu…! Jangan nak buat saya macam lembu kena cucuk hidung,” Qasif Nursofea tetap merasa tidak berpuas hati dengan tindakan, Muhammad Ashariff.

Qasif Nursofea dan Muhammad Ashariff kini membisu. Muhammad Ashariff memasuki laman luar hotel dan memberhentikan enjin keretanya.

“Saya boleh masuk sorang. Takkan itu pun awak nak ambil tahu!,” marah, Qasif Nursofea lagi. Qasif Nursofea melangkah keluar daripada perut kereta dan langkah, Qasif Nursofea itu turut diekori oleh, Muhammad Ashariff.

Mereka melangkah memasuki ke dalam lif. Qasif Nursofea memandang, Muhammad Asharif fyang hanya mendiamkan diri. “Kalau sampai macam ni sekali, lebih baik kita batalkan je niat kita lah!!,” kata, Qasif Nursofea kepada, Muhammad Ashariff memandangkan hanya mereka berdua di dalam kotak lif itu.

“Ingat senang-senang je nak batalkan apa yang dah dijanjikan? Itu bukan sifat saya!Orang yang suka melanggar janji adalah sifat orang munafik,” giliran, Muhammad Ashariff pula bersuara.

Pintu lif kini terbuka. Qasif Nursofea laju sahaja meninggalkan, Muhammad Ashariff.Pintu bilik dibukanya. Muhammad Ashariff sempat sahaja memasuki ke dalam bilikyang di diami oleh, Qasif Nursofea.

Qasif Nursofea hanya membatukan diri dan melihat akan kelibat, Muhammad Ashariff yang duduk menunggunya di atas katil. “Saya tak perlu pertolongan awak!,” jari telunjuk, Qasif Nursofea dinaiknya kini.

“Ashariff! Awak kena ingat ye! Yang saya ni boleh pergi ke mana saje tanpa diawasi oleh orang lain terutama lagi orang yang macam awak ni! faham??!!,” suaranya sengaja ditinggikan. Qasif Nursofea terus mencari pakaian di dalam bagasi miliknya.

“Pakailah baju yang sopan sikit,” ada suara rayuan pada nada suara, Muhammad Ashariff.

Qasif Nursofea melangkah keluar daripada bilik air dengan pakaian barunya. Dress melepasi paras lutut berwarna merah di campur putih. Disikat rambutnya dan dikepil dengan pengepit khas yang sesuai dengan pakaiannya.

“Macamni ke awak nak pakai pergi rumah mak bapak saya?,” tanya, Muhammad Ashariff kepada, Qasif Nursofea.

“Apa masalah saya dengan pakai baju macam ni?! Lagipun… mereka suka ke, tak suka ke…itu bukan urusan saya! faham?!,” Qasif Nursofea tetap berdegil.

Muhammad Ashariff menggeleng kepalanya kerana merasa sedikit marah dengan sikap, Qasif Nursofea. “Lantak awaklah!,” Muhammad Ashariff bangun dari duduknya. “Saya tunggu bawah,” pesan, Muhammad Ashariff lagi.

Qasif Nursofea duduk dikerusi yang disediakan pada meja solek. “Susah betul!!,” rungut,Qasif Nursofea.  

Setengah jam kemudian, Qasif Nursofea turun ke lobi dan ke kaunter untuk menjelaskan bayaran penginapannya. Qasif Nursofea menyerahkan kunci bilik. Pekerja hotel tersebut memeriksa akan bil, Qasif Nursofea.

“Cik,dekat dalam sistem kami sekarang… bil cik sudah pun dijelaskan bayarannya”Qasif Nursofea merasa hairan.

“Tapi saya belum buat apa-apa bayaran lagi. Mungkin ada kesilapan. Cuba check lagi sekali” Petugas di kaunter ituturut melakukan apa yang disuruh oleh, Qasif Nursofea.

“ Tiada kesilapan, cik. Bil cik memang telah dibayar dalam 30 minit lepas,” terang pekerja di kaunter itu lagi.

Qasif Nursofea dapat mengagak. “Okeylah. Terima kasih,” Qasif Nursofea berjalan laju menuju ke keretanya tanpa berpusing langsung ke arah, Muhammad Ashariff yang sedang menunggu di dalam kereta miliknya sendiri.

“Sofea…Sofea, rupanya bukan seorang yang keras kepala,” cakap, Muhammad Ashariff seorang diri apabila melihat akan pakaian yang ditukar oleh Qasif Nursofea.Qasif Nursofea memakai jeans labuh bersama blaus labuh yang mengikut bentuk badannya dan diletakkan kembali selendang yang dibeli oleh Muhammad Asharif.Tiba-tiba Muhammad Ashariff terkejut akan hon yang diberikan oleh, Qasif Nursofea dari arah belakang. Mereka kini bertolak semula pulang ke rumah orang tua, Muhammad Ashariff.

Muhammad Ashariff membelokkan kereta pergi ke arah pantai. Qasif Nursofea hanya mengekori. Qasif Nursofea turut memberhentikan kereta di belakang kereta,Muhammad Ashariff. Melihatkan susuk tubuh tegap milik, Muhammad Ashariff yang telah keluar dari perut  kereta miliknya.

“Kenapa bawak saya ke sini pulak?,” tanya, Qasif Nursofea setelah turut turun mendapatkan Muhammad Ashariff.

“Saya ke sini untuk mengingatkan kembali kata-kata awak tu!,” beritahu, Muhammad Ashariff tegas. Tangan gebu, Qasif Nursofea dipegang dan ditarik oleh, Muhammad Ashariff untuk turut berjalan dengannya.

“Isyh! Sakit tahu tak??!!,” marah, Qasif Nursofea.

“Awak ingat lagi tak, apa yang awak cakap dekat saya semalam??,” tanya, Muhammad Ashariff lagi di hadapan pantai sehingga basah kaki mereka akibat dipukul buih ombak.

“Ingat!,”jawab, Qasif Nursofea.

“Apa?,”tanya Muhammad Ashariff lagi.

“Ingat…!,”jawab Qasif Nursofea lagi.

“Boleh kuat lagi sebut tu?,” tanya, Muhammad Ashariff dengan tegas.

“Ingat......!!!,”jawab Qasif Nursofea dengan geram dan kuat.

“Apa yang awak ingat? Boleh bagitahu saya lagi sekali?,” tanya Muhammad Ashariff.

“Sayanak cari cinta saya pada awak dan cuba mencari cinta saya, kan??,” beritahu,Qasif Nursofea dengan nafas yang kian deras.

Muhammad Ashariff melengkapkan ayat, Qasif Nursofea. “Dan… awak takut kehilangan sayakan?,” soal, Muhammad Ashariff dan mata, Qasif Nursofea memandang tepat pada anak matanya kini.

Muhammad Ashariff menyambung lagi bicaranya yang lembut dan memegang bahu, Qasif Nursofea. “Bagi abang, Sofea. Abang tak perlu ikut syarat kontrak kita. Sebab bagi abang… keputusan yang akan abang cakap nanti adalah sama. Abang betul-betul cintakan, Fea sekarang. Kalau, Fea nak gugurkan kontrak ni… abang setuju! Dengan syarat, Fea terima cinta abang”.

Qasif Nursofea terus memandang wajah, Muhammad Ashariff dan merasakan mahu sahaja meraung apabila terkenangkan akan perbuatan, Hakimi.

“Awak mudah bercakap tentang kontrak sebab kita tak ada hitam putih. So… bila-bila masa sahaja antara kita boleh engkar kontrak yang kita buat!!,” tegas, Qasif Nursofea.

Muhammad Ashariff menunjukkan langit dengan jari telunjuk. “Allah itu ada. Allah itu saksi perjanjian kita!” Qasif Nursofea terkedu dengan jawapan, Muhammad Ashariff.

“Tak boleh! Abang tak tahu tentang, Fea! Abang tak tahu kisah hidup, Fea,” Qasif Nursofea memandang tepat pada wajah Muhammad Ashariff dan meneruskan niat untuk berkata. “Abang akan tinggalkan Fea suatu hari nanti. Percayalah cakap Fea!,” kini Qasif Nursofea melangkah meninggalkan, Muhammad Ashariff dengan air mata yang mula bersinggah di kelopak mata.

“Tak! Fea silap! Abang akan menjadi seorang yang bodoh kalau abang tinggalkan, Fea!,”lengan, Qasif Nursofea ditarik dan langkahnya kini terhenti.

“Abang dengar apa yang, Fea nak cakap. Abang adalah seorang lelaki yang malang kalau memiliki Fea! Dan… yang paling penting, Abang juga akan menyesal kalau teruskan niat abang tu!,” air mata, Qasif Nursofea kini jatuh di hadapan wajah, Muhammad Ashariff. Muhammad Ashariff seakan bingung dengan kata-kata itu.

“Kenapa Sofea…?? Kenapa Fea cakap macam tu??,” pertanyaan, Muhammad Ashariff kepada,Qasif Nursofea tidak dihadirkan dengan jawapan.

“Abang taknak tahu apa pun tentang, Fea. Yang penting, abang nak memiliki, Fea dan kita bina hidup kita sendiri. Usah dikenang lagi masa lalu. Percayalah…! Abang sanggup terima, Fea seadanya,” Muhammad Ashariff terus meyakinkan, Qasif Nursofea.

Air mata, Qasif Nursofea mengalir deras kini. “Masa lalu akan dikenang di masa akan datang. Sejarah yang lepas tak akan hilang sampai bila-bila. Andai kita bersatu,perkara lepas akan terpahat semula dihati abang. Ingat tu!,” Qasif Nursofea menyentuh bahagian dada, Muhammad Ashariff. “Abang jangan berjanji kalau belum lakukan. Jom kita balik,” langkah kaki, Qasif Nursofea bersama air mata yang mengalir diperhati oleh, Muhammad Ashariff. Muhammad Ashariff semakin keliru.

Kereta yang dipandu, Muhammad Ashariff menjadi anak panah kepada laluan, Qasif Nursofea.Kini mereka sampai di perkarangan luar rumah keluarga, Muhammad Ashariff. 

Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia