Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 3

Kelopak matanya dibuka dengan air mata yang masih dirasakan basi. Digagahkan tubuhnya untuk berdiri supaya dapat membersihkan dirinya daripada habuk kota Bandar,Russia. Kini, dia merasakan dirinya semakin segar.

 

“Abang,Sofea belum lagi hilang penat dan sedih dia. Abang tak boleh menekan dia dengan keadaan macam ni! Abang kena ingat… adik abang tu masih tak boleh sesuaikan diri lagi dengan keadaan sekarang ni!,” ujar, Awatif kepada suaminya.

“Habistu awak ingat saya dengan, Ain boleh sesuaikan diri dengan keadaan sekarang ni?”Qasif Nursofea yang sebentar tadi mengatur langkah membarisi anak tangga 3 tingkat mahligai mewah itu terkesima apabila mendengar perbualan abangnya bersama isteri.

“Apa yang abang maksudkan?,” terdengar pula suara anak kedua keluarga itu, Qasif NurAin. Hanya kesunyian yang membalas sapaan, Qasif Nur Ain. “Boleh explain pada, Ain? Abang, Kak Atif,” soal,Qasif Nurain lagi yang tidak kurang cantiknya seperti, Qasif Nursofea.

“Mama dengan babah takde sebab, SOFEA!!” Bagaikan panahan kilat di jantung, Qasif Nursofea setelah mendengar perkataan itu. Air mata yang tadi kering kesan daripada memujuk hati kini ianya datang lagi seperti air yang sedang bergelora.Terduduk lesu tubuh itu di anak tangga.

“Kerana aku?? Apa yang aku dah buat? Apa maksud dia orang? Aku bersalah pada siapa?Kenapa aku? Kenapa pulak aku?,” rintih hatinya dengan timbul pelbagai tandatanya.

Adakah perlu dia teruskan langkah pergi kepada bicara itu? Tidak mungkin dia sanggup melakukan itu semua. Qasif Nursofea tidak sanggup mendengar bicara itu.

 

“SOFEA!!”entah bagaimana tubuhnya tersungkur di atas permaidani berwarna perang menghadap enam pasang anak mata yang menikam terus pada anak matanya kini.

“Kau tengok video ni! Kau tengok apa yang ada dalam video ni! Kau tak payah terangkan apa-apa pun kepada kami! Kau sebenarnya memang tak layak menyusung tubuh hina kau tu dalam keluarga kami!! Kau adalah pembunuh ibubapa kami!!,” tengking,Qasif Nurain.

Hatinya runtuh berkecai apabila disuruh melihat rakaman. Malangnya, dia tidak sempat melihat kerana telefon itu sudah tidak berfungsi kesan daripada lontaran kuat yang dilakukan oleh, Qasif Nurain.

Qasif Nursofea semakin bercelaru memikirkan. Seperti orang yang tiada kewarasan lagi apabila dia menangis teresak-esak sambil mencuba memperbetulkan telefon bimbit milik arwah babahnya, Dato Dr. Darwish.

 

Kini hanya tinggal, Qasif Nursofea di mahligai mewah itu. Keluarganya yang lain yang sebentar tadi melontarkan kata-kata yang sangat pedih pada hati, Qasif Nursofea telah melangkah pergi meninggalkan rumah mewah itu. Pergi entah kemana. Apakandayanya untuk mempertahankan langkah orang yang telah melemparkan kata-kata tuduhan bahawa dia telah menyebabkan kematian kedua orangtuanya.

Kini,hanya tinggal dia bersama dua orang pembantu rumahnya. “Mereka semua sudah tinggalkan saya. Takde salahnya kalau, mak cik dan awak Riyanti, untuk pergi tinggalkan saya juga. Saya boleh berikan gaji akhir kepada kamu semua,” kata-kata itu disampaikan  kepada dua orang pembantu rumahnya yang separuh usia serta seorang pembantu lagi yang sama usianya yang kini 25 tahun.

Sampul surat kecil berwarna putih berisi wang tunai dihulurkan kepada dua pembantu rumah itu. “Mak cik minta halalkan semua makan minum mak cik di sini,” ucap seorang daripada pembantu rumah keluarga tersebut yang dikenali sebagai, Mak CikPuteh.

Qasi fNursofea hanya menganggukkan kepala setelah mendengar ucapan akhir daripada,Mak Cik Puteh. Setelah perginya kelibat Mak Cik Puteh, Qasif Nursofea juga menghulurkan sampul terakhir kepada pembantu rumahnya yang masih berdiri disitu. Sampul itu masih lagi berada di jari runcing milik, Qasif Nursofea.

“Saya enggak mahu non (saya tidak mahu cik),” balas seorong gadis polos dari Indonesia di hadapannya.

“Kenapa awak taknak tinggalkan saya seperti orang lain? Awak nak apa daripada saya? Herm?,”berkaca mata, Qasif Nursofea melihat pembantu rumahnya bernama, Riyanti.

“Non,saya sayang bangat sama keluarga ini. Saya juga enggak mahu berhenti dari kerjaan ini. Izinkan saya berkerja, non. Saya udah tidak ada sesiapa. Saya mahu kerja di sini sampai bila-bila. Permisi ya, non,” Riyanti terus melangkah pergi ke arah dapur rumah mewah itu. Hanya ekoran mata, Qasif Nursofea yang menemani langkah,Riyanti. 

Qasif Nursofea bersandar di kerusi duduknya. Melihat sampul ditangannya dan meletakkan sampul surat itu di meja. Sepi hanya dirasakan kini.

Qasif Nursofea lantas bangun menuju ke luar rumah. Angin sejuk malam meniup lembut diwajahnya dan rambut panjang paras bahu itu bergerak lembut ditiup angin.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia