Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 28

Muhammad Ashariff terus memandu jauh untuk bertemu dengan keluarganya bagi berbincang tentang majlis pertunangan. Hampir masa 1 jam setengah, barulah, Muhammad Ashariff tiba di hadapan rumah ibu bapanya yang seni binanya didirikan dalam bentuk rumah kampung.

“Mak, Riff nak bincang sikit ni,” beritahu, Muhammad Ashariff disaat melangkah masuk ke dalam rumah. “Eh, kamu ni! Bukannya nak bagi salam ke apa dulu! Ni ada kenapani?,” tanya, Mak Zainab yang tidak menyukai perlakuan anak lelaki bongsunya itu ketika ini.

“Mak, kita pergi pinang, Fea cepat-cepat!,” pinta, Muhammad Ashariff. “Eh… kamu ni! Hujan takde, ribut pun takde, tiba-tiba  bagitahu dalam keadaan macam ni dah kenapa, Riff?? Ha? Ke… kamu ni ada apa-apa ni dengan,Sofea?? Ha?! Bagitahu mak cepat!,” marah, Mak Zainab yang bimbang akan berlakunya perkara yang tidak diingini.

“Eh, mak ni… kesitu pulak. Takde lah! Riff dapat persetujuan dari, Sofea sebab tu, Riff nak  benda ni cepat berlangsung,” beritahu, Muhammad Ashariff.

Permintaan Muhammad Ashariff itu tidak diendahkan oleh, Mak Zainab. Malah, Mak Zainab memanggil menantunya kak long. “Long? Ooo long? Keluar sini kejap” “Ye mak! Ha… ada apa?,”kak long melangkah keluar dari rumahnya kini.

“Ni, adik kamu ni! Nak suruh kita pergi meminang, Sofea secepat mungkin,” beritahu,Mak Zainab kepada, kak long. “Erm, cuti sekolah pun lambat lagi mak. Kita buat jelah awal sikit,” kata kak long yang hanya mempersetujui rancangan, MuhammadAshariff.  

“Isyh! Kamu ni long! Apa pun kita tak beli lagi. Dengan hantarannya pun tak tahu kat mana lagi. Macam mana nak tunang cepat-cepat? Hari tu cakap nak suruh kita masuk meminang cuti sekolah! Ni tidak! Percepatkan pulak,” rungut, Mak Zainab.

“Alah…apa yang susahnya mak? Nak buat hantaran tu kejap je. Esok long buat. Lagipun, Riff dah beli perkakasnya. Cuma belum letak isinya je lagi,” kata kak long. “Cepat sangat dah kenapa? Tahulah nak bertunang. Ini tergesa sangat,” rungut, Mak Zainab lagi.

“Jadi, kak long, esok kita boleh siapkan dan kita pergi KL lusa??” “Isyh…!! Jangan buat kerja tak masuk akal, Riff! Tanya dulu, Sofea! Sebab dia yang nak menyambut kita ni ha!,” Mak Zainab mencelah kata-kata, Muhammad Ashariff.

 

“Ibu nak buat apa dengan hantaran-hantaran ni?,” tanya, Akir kepada ibunya yang sedang asyik membelek hiasan hantaran yang dipilih dan dibeli oleh, Qasif Nursofea.

“Mestilah ini semua untuk pak su kamu, takkan ini semua untuk kamu pulak?,” sindir, kak long kepada anaknya sambil ketawa. “Manalah nak tahu… tiba-tiba ibu nak pinangkan untuk, Akir pulak,” jawab, Akir yang hanya melayan akan kata-kata ibunya. “Gatal! Belajar sampai habis dulu! Lepastu cari duit sendiri. Baru boleh ibu masuk pinang anak dara orang,” usik kak long kepada, Akir.

Akir melihat, Muhammad Ashariff yang turut berada di situ. “Pak su jangan lupa pulak jemput, Akir nanti!,” Pak sunya hanya membalas senyuman sambil melangkah masuk kedalam bilik air.

Qasif Nursofea dari tadi hanya membelek barang yang dibelinya dari Kuantan tempoh hari. Lantas dicapainya telefon bimbit. “Hello Nisa, Kau buat apa ni?,” tanya, Qasif Nursofea kepada, Nisa iaitu teman rapatnya semasa belajar di Moscow Russia.

“Aku tak ada apa nak buat dekat kampung ni. makan tidur jelah aku! Ha ada apa kau call aku ni? Nak kahwin dah erk??,” usik,Nisa kepada teman baiknya.

“Erm…tapi bukan kahwin. Tunang je dulu,” jawab, Qasif Nursofea pada pertanyaan,Nisa. “Haaa? Apa? Kau dah nak bertunang? Eh bila? Dengan siapa? Dengan orang mana?,” tanya, Nisa yang terpanjat akan perkhabaran dari teman baiknya itu.

“Yang kau ni tanya macam Mami Penang ni apahal? Sebab tulah aku telefon kau ni. Nisa,datang rumah aku esok? Kau stay sini sampai majlis pertunangan aku. Boleh?,” pinta, Qasif Nursofea.

“Alaa, Fea… bukan aku tak nak pergi. Manalah aku nak cari duit lepas belajar ni? Kau pun tahu kan keadaan aku sekarang?,” Nisa bukan memberi alasan tetapi faktor kewangan yang memandangkan ibu bapanya hanyalah seorang petani.

“Kau tak payahlah fikir pasal duit. Nanti aku masukkan duit dekat akaun kau. Text aku tau, kasi nombor akaun,” beritahu,Qasif Nursofea. “Betul ke ni?,” tanya, Nisa lagi. “Betullah. Ala… Perak denganKL bukannya jauh pun” Nisa tidak menolak.

“Fea, agaknya bila kita boleh langsungkan majlis tu yer?”. Tanya Muhammad Ashariff melalui panggilan telefon.

“Terpulang lah pada abang sekeluarga. Mungkin hujung minggu ni? Senang sikit orang lain nak datang bila hari cuti ni,” Qasif Nursofea menyuarakan pendapatnya. Ini bermakna hujung minggu ini adalah hari pertunangan mereka.

 

Seperti yang diminta kini, Qasif Nursofea menunggu ketibaan, Nisa yang menaiki bas ekspress daripada Ipoh ke Pudu Raya, Kuala Lumpur. Qasif Nursofea melihat basyang dinaiki oleh, Nisa. Nisa ada memaklumkan nama bas ekspress yang akan dinaikinya.

“Nisa? Nisa?!,” Qasif Nursofea seolah menjerit memanggil nama, Nisa dari jauh. Nisa terdengar akan nada seseorang yang memanggilnya. “Fea,” Mereka kini berjumpa dan saling berbalas pelukan.

“Ei, rindunya aku dekat kau tau!,” kata, Nisa kepada temannya. “Aku pun sama. Sebab itulah aku suruh kau turun KL”.  

Mereka terus berjalan untuk kembali ke kereta yang dipandu, Qasif Nursofea. Mereka sama-sama memasuki ke dalam perut kereta mini cooper milik, Qasif Nursofea.“Kau dah makan belum ni?,” tanya, Qasif Nursofea kepada, Nisa. “Belum. Aku malas lah kalau nak makan sorang-sorang. Bukannya kau tak tahu perangai aku,” jawab,Nisa.

Okay! Jom kita pergi makan dulu. Masa tu bolehlah kita bincang,” Qasif Nursofea meneruskan perjalanan menuju tempat makan yang dipilih.

Restoran kegemaran, Qasif Nursofea yang terletak di Damansara menjadi pilihannya. Qasif Nursofea memilih untuk makan nasi lauk campur begitu juga Nisa. Kini, Nisa memulakan suapannya yang pertama.

“Betul ke tidak ni, Fea?” “Apa yang betulnya?,” Qasif Nursofea sedikit kehairanan dengan soalan yang diajukan oleh, Nisa. “Yer lah… tentang pertunangan kau.Betul??,” tanya, Nisa pula pada sahabat yang duduk di hadapannya. “Hey! Betullah! Takkan aku nak main-main pulak! Untuk pengetahuan kau majlis tu akan diadakan pada hujung minggu ni,” jelas, Qasif Nursofea.

Terpancar reaksi terkejut pada wajah Nisa. “Ya Rabbi… bagitahu aku apa pun tidak! Eh,dengan orang mana ni?,” tanya, Nisa lagi. “Dah jodoh. Tak payahlah nak tunggu lama-lama. Aku baru je kenal dia. Orang Terengganu,” beritahu akan, Qasif Nursofea. “Ooh!! Patutlah kau minta posting dekat Ganu. Rupanya nak jadi orang sana!,” Nisa sengaja meneka.

Qasif Nursofea memandang muka, Nisa. “Eh! Eh! Pembetulan okey! Aku minta posting di KL atau Putrajaya! Memang rezeki aku dekat sana, bukan dekat KL”. Sambung,Qasif Nursofea lagi. “Aku panggil kau ni sebab nak minta tolong kau. Ye lah kaukan ada banyak kakak. Mungkin kau expert lah sikit bab-bab majlis ni,” Qasif Nursofea tersengih memandang, Nisa.

“Banyak lah kau punya Expert! Aku bukannya ada pengalaman! Tapi kalau setakat nak curah idea tu bolehlah sikit-sikit,” jawab,Nisa bersahaja. “Ha… betul sangkaan aku! Tak rugilah nampaknya aku jemput kau!,”Qasif Nursofea tersenyum sambil memandang ke arah, Nisa.

Mereka kini tiba di perkarangan rumah mewah Qasif Nursofea. Nisa buat pertama kalinya datang ke rumah sahabatnya itu.

“Ya Allah…! Besarnya rumah kau! Kau tinggal dengan orang gaji kau je dekat sini??Tak takut perompak ke apa?,” tanya, Nisa dengan mulut celuparnya.

“Isyh! Mulut kau! Dahlah! Jom masuk” Nisa melangkah kaki memasuki ke dalam rumah mewah itu. Qasif Nursofea mengarahkan, Riyanti membawa beg, Nisa masuk ke dalam bilik.

“Nisa, apa lagi yang aku kena buat erk?,” tanya, Qasif Nursofea. Ada keluhan besar pada, Nisa. “Apa lah kau ni! Zaman sekarang semuanya hanya di hujung jari.Tambah lagi orang yang berduit macam kau ni,” kata, Nisa kepada teman baiknya itu.

“Apa yang aku perlu buat??,” tanya Qasif Nursofea lagi. “Kau ni kan!! macam ni,sekarang kau tempah je semua makanan, hantaran dan pelamin..! Yang paling penting baju kau untuk majlis tu nanti!,” terang, Nisa. “Oh… macam tu ye?”.

“Ha…Jom! Teman aku pergi butik dekat area sini! Dekat situ ada semua. Dari makanan sampai lah baju!,” tanpa menunggu jawapan daripada, Nisa, Qasif Nursofea terus menarik tangan, Nisa untuk pergi ke butik yang telah disebut olehnya.

“Dekat mana butik tu Fea?,” tanya, Nisa yang asyik melihat ke kiri dan kanan jalan.“Dekat situ je. Aku pernah dengarlah dulu, dia orang kata dekat situ tip top. So buat apa nak pergi jauh-jauh,” beritahu,Qasif Nursofea yang sedang memandu.

Akhirnya,mereka sampai dihadapan butik yang dimaksudkan oleh, Qasif Nursofea. Mereka melangkah masuk ke dalam butik. Sapaan daripada wanita cantik dihadapan mereka kini.

“Ye?Boleh saya bantu?” Qasif Nursofea hanya membalas teguran dengan senyuman.“Boleh saya jumpa dengan owner butikni?,” Nisa mula bersuara.

“Ye saya pemilik butik ini” Qasif Nursofea tersenyum mendengar. “Saya nak buat majlis pertunangan” kini, Qasif Nursofea menyatakan hasratnya.

“Oh, takde masalah. Mari ikut saya duduk dekat meja sana,” ajak pemilik butik tersebut. Langkah, Qasif Nursofea dan Nisa hanya mengikut langkah pemilik butik tersebut.

“Okey…dekat dalam album ni ada gambar pelamin, hantaran dan juga baju bertunang. So cik yang mana satu nak bertunang ni?,”tanya pemilik butik itu sambil memandang ke arah mereka berdua.

“Ni, yang ni ha bakal pengantin. Saya lambat lagi. Calon pun belum ada” kini, Nisa pantas sahaja menjawab. “Isyh!,” Qasif Nursofea hanya melirik mata kepada, Nisa. “Ye,saya sendiri. So, saya datang sini, saya nak tempah dari A sampai Z,” beritahu, Qasif Nursofea.

“Maksudnya, cik belum ada apa-apa persediaan lagi buat masa sekarang?,” tanya pemilik butik itu lagi.

“Yup! Memang takde. Saya nak tempah dekat sini daripada baju, pelamin, hantaran,makanan dan lain-lain lah. Sebab tu saya kata dari A sampai Z. Tapi dulang hantaran saya dah ada. Cik boleh hiaskan jelah,” maklum, Qasif Nursofea.

Pemilik butik dan Nisa hanya ketawa mendengar penjelasan, Qasif Nursofea. Selepas perbincangan dan tempahan dibuat oleh, Qasif Nursofea dan Nisa, Qasif Nursofea mengeluarkan cek dan menulis jumlah yang perlu dibayar.

 

“Banyaknya duit kena keluar! Mahal lah Fea,” Nisa berkata kepada, Qasif Nursofea sewaktu mereka dalam perjalanan pulang ke rumah. “Aku tak kisah. Asalkan aku tak serabut kepala dan yang paling penting semuanya berjalan lancar,” beritahu, Qasif Nursofea.

Mereka kini sampai di hadapan rumah mewah. Qasif Nursofea melangkah kaki mengajak, Nisa pergi ke kawasan kolam renang di dalam kawasan rumahnya sendiri.

“Nak minum apa-apa tak?,” tanya, Qasif Nursofea kepada Nisa. Nisa hanya mengangguk.Qasif Nursofea pergi ke belakang dapur dan meminta, Riyanti membawa minuman kepada mereka

“Fea,kau taknak jemput kawan-kawan kita yang lain ke?,” tanya, Nisa. Qasif Nursofea hanya menggeleng. “Lah! Kenapa? Kan lagi meriah kalau jemput dia orang semua.Lagipun dia orang boleh datang apa! Tambah-tambah lagi, Edwin! Penang tu macam dekat je kalau kau ajak dia datang,” cadang, Nisa kepada Qasif Nursofea yang sedang merendam kakinya di dalam kolam renang tersebut.

Qasif Nursofea meminum air yang telah dibawa oleh Riyanti. “Sebab itulah aku taknak jemput. Kau tahu kan, Edwin ada hati dengan aku? Aku taknak tambah lagi kecewa dia. Nantilah,” Qasif Nursofea memberikan alasan.

“Jadi,kau nak putus kawan macam tu je dengan, Edwin? Fea, kau tak boleh macam ni,”Nisa tidak bersetuju dengan tindakan sahabatnya. “Aku tak cakap pun aku nak buang kawan. Tak ada niat pun. Aku cuma taknak tambah kusut lagi dalam kepala otak aku ni. Nanti lah! Kenduri kahwin nanti aku jemput semua. Okey?,” beritahu, Qasif Nursofea.

“Fea,Macam mana abang dengan kakak kau? Kau bagitahu dia orang tak?,” tanya, Nisa lagi selepas menghirup minuman yang dihantar oleh, Riyanti. “Takkan nak jemput orang yang dia orang benci! Tak payah di jemput. Buat sakit hati je! Aku tahu apa tindakan dia orang selain menghina aku,” rungut akan, Qasif Nursofea. “Kau tak boleh mengalah Fea,” nasihat, Nisa kini.

“Aku bukan mengalah, Nisa. Tapi dia orang yang taknak bagi peluang langsung pada aku ni! Diorang buat macam aku ni orang asing! Apa perlu aku buat lagi, Nisa?? Aku tak mampu”.

“Aku tak tahu nak cakap apa. Lagipun aku tak duduk dekat tempat kau, Fea” Qasif Nursofea hanya memandang wajah, Nisa sambil menyisir rambutnya yang jatuh terurai ditiup angin.

“Aku tak tahu nak cakap apa lagi. Bukannya aku tak pernah cuba Nisa! Dia orang nak pandang muka aku pun dia orang tak sudi! Apatah lagi nak suruh dia orang datang. Aku kan, kadang-kadang rasa tak kuat. Tapi Ashariff, dia lah yang banyak support aku. Sampai aku terpaksa mintak ehsan dari kawan dia untuk wakilkan keluarga aku untuk majlis bertunang nantitau!”  Nisa hanya mendengar luahan, Qasif Nursofea dan bersimpati.

“Fea,aku boleh tolong kau. Kau kawan aku. Dulu waktu aku susah, hingga aku takde duit nak makan, kau yang sudi bantu aku. Kau anggap lah aku ni sebahagian daripada keluarga kau. Aku juga boleh kenalkan kau dengan keluarga aku yanglain. Bukan dia orang tak pernah tahu pengorbanan kau dekat aku,” Nisa seakan memujuk sahabatnya itu.

Qasif Nursofea mahu sahaja menangis di hadapan, Nisa tetapi ditahannya supaya, Nisa tidak memandangnya sebagai seorang yang lemah.

Previous: Bab 27
Next: Bab 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia